CARI KANDUNGAN BLOG

DUA TENTERA YANG TERPELIHARA DARIPADA NERAKA

March 24, 2016

Sebuah hadis yang dikeluarkan oleh Ibn Asakir daripada Tsauban r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:


عصابتان من أمتى أجارهما الله من النار , عصابة تغزو الهند وعصابة تكون مع عيسى بن مريم

" Ada dua kumpulan daripada kalangan ummatku, mereka dipelihara oleh Allah daripada neraka. Satu kumpulan ialah yang menyerang India dan satu kumpulan lagi ialah yang bersama-sama dengan Isa bin Maryam.

(Hadis marfu' dan disahihkan oleh Albani)

Hadis ini menyebut janji benar yang disampaikan oleh Rasulullah SAW mengenai peristiwa akhir zaman. Tentera Islam menyerang india dan tentera yang bersama dengan Nabi Isa yang akan turun pada akhir zaman. Setengah kalangan ulama memahamkan mengenai tentera yang menyerang India itu sebagai tentera Islam yang dipimpin oleh Muhammad bin Al-Qasim pada masa pemerintahan dinasti Umayyad. India sebelum daripada itu dikuasai oleh raja-raja Hindu dan dengan usaha Muhamamd Al-Qasim yang mendapat arahan daripada Hajjaj bin Yusuf As-Tsaqafi, Islam dapat memasuki benua India.

Namun, ada juga yang berpandangan bahawa tentera yang dijanjikan Rasulullah menyerang India itu adalah satu kejadian yang hampir sebelum kemunculan Isa bin Maryam. Maka kedua-dua peristiwa itu belum terjadi dan akan terjadi kemudian.


Wallahu a'lam!

Read more...

ABU BAKRAH

March 23, 2016

Abu Bakrah adalah tergolong kalangan sahabat Rasulullah SAW. Namanya yang sebenar adalah Nafi' bin Al-Harith atau Nafi' bin Masruh. Beliau adalah berasal dari Taif dan kalangan hamba. Pada masa Taif dikepung oleh tentera Rasulullah, beliau menyambut seruan Rasulullah SAW supaya ahli Taif menyerah diri. Lalu beliau dibebaskan oleh Rasululalh SAW.

Beliau adalah sahabat yang diambil hadis Rasulullah SAW daripadanya, khusnya oleh 4 orang anaknya iaitu: Ubaidillah, Abd rahman, Abd Aziz dan Muslim. Di samping itu beliau juga dirujuk oleh beberapa kalangan tabiin seperti Abu Uthman An-Nahdi, Hasan Al-Basri, Muhammad bin Sirin dan Uqbah bin Suhban. Beliau adalah kalangan sahabat yang menyisihkan diri ketika berlaku peperangan Jamal dan juga Siffin dan tidak menyebelahi mana-mana antara dua kumpulan Islam yang berperang.  Beliau meninggal pada tahun 51 H di Basrah.

Ketika Al-Mughirah bin Syu'bah menjadi Amir Basroh pada zaman khalifah Umar Al-Khattab, telah berlaku tuduhan zina oleh Abu Bakrah ke atas Al-Mughirah bin Syu'bah. Kes itu disaksikan oleh 4 orang tetapi salah seorang menarik balik kesaksiannya pada saat akhir ketika disoal oleh khalifah. Lalu 3 orang termasuk Abu Bakrah dihukum sebat kerana Qazaf dan diminta bertaubat dari kesalahan Qazaf. Tiga orang sanggup bertaubat tetapi Abu Bakrah tidak mahu kerana pada hematnya dia bukan melakukan jenayah Qazaf tetapi dia menjadi saksi. Hanya saksi kes tersebut menjadi kurang kerana penarikan diri salah seorang daripadanya.


Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP