August 30, 2025

Mereka mewarnakan lidah meerka dengan kitab

 Makna Firman Allah SWT:

وَإِنَّ مِنْهُمْ لَفَرِيقًا يَلْوُونَ أَلْسِنَتَهُم بِالْكِتَابِ لِتَحْسَبُوهُ مِنَ الْكِتَابِ وَمَا هُوَ مِنَ الْكِتَابِ وَيَقُولُونَ هُوَ مِنْ عِندِ اللَّهِ وَمَا هُوَ مِنْ عِندِ اللَّهِ وَيَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ وَهُمْ يَعْلَمُونَ (78)



يلوون ألسنتهم بالكتاب

Mereka Mentahrif-utulah erti ayat ini sebagaimana ditafsirkan oleh Ar-Rabi' bin Anas.

Apa yang aku faham kalimah "yalwuuna" berasal daripada kalimah "launun" yang bermaksud warna. Maksudnya mereka mewarnakan lidah mereka dengan kitab.

Imam Ibn Kathir mengatakan ia bermaksud mereka menta'wilkan kitab Allah dengan bukan ta'wilnya.







August 22, 2025

Maksudnya: " يَأْتِينَكَ سَعْيًا "

 Takkala Nabi IBrahim A.S mohon kepada Allah SWT agar diperlihatkan kepadanya bagaimana orang mati dibangkitkan oleh Allah, maka, Allah SWT perintahkan nabi Ibrahim dapatkan 4 ekor burung lalu dicincang dagingnya , dicampurbaurkan , kemudian diletakkan di empat buah buah gunung. Kemudian nabi Ibrahim diperintahkan menyerunya. 

Apabila hal itu dilakukan oleh nabi Ibrahim, hasilnya ialah:


يَأْتِينَكَ سَعْيًا

" Pastilah burung-burung itu mendatangimu dengan segera "

Fokus kita dalam memahami ayart ini ialah bagaimana cara burung itu datang kepada nabi Ibrahim. Apa yang dimaksudnya dengan segera="sa'yaa" itu?

Ada dua pandangan kalangan mufassirin mengenai maksud datangnya burung itu dalam keadaan "sa'yaa"

i) Buyrung datang dalam keandaan terbang

ii) Burung datang dalam keadaan berlari atas dua kakinya.

Syeikh Othaimin dalam tafsirnya menjelaskan dan mengangkat pandangan yang mengatakan bahawa kata "sa'yaa" yang disandarkan kepada burung itu lebih tepat diertikan datang dengan terbang kerana itu adalah menunjukkan sempurnya kebangkitan semula burung irtu dari kematiannya. Kalau datang berjalan. mungkin disangka sayapnya tidak sempurna!

Namun, bagaimana jika dikatakan apakah jika burung itu datang terbang, disangka pula kakinya ada masalah. Lalu dilihat kebangkitan burung itu tidka sempurna kerana kaki tak ada!


Baca:https://alathar.net/home/esound/index.php?op=codevi&coid=92878


CARI KANDUNGAN BLOG