CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 258

February 28, 2011

TARIKH: 28/ 02/2011
MUKA SURAT :258
SURAH IBRAHIM: 19-23


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN.SURADI
TERJEMAHAN                : SABARUDDIN
TAFSEER                          : UST KAMA




ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN


1) MARIJIN
Apakah iblis dan Syaitan dimatikan oleh Allah SWT?

Ust Kama: Iblis (yang enggan sujud kepada Adam) dilanjutkan usianya sehingga hari kiamat. Sementera syaitan dari kalangan zuriat Iblis, para ulama berbeza pandangan tentang matinya. Jumhur mengatakan ia juga dilanjutkan usianya sehingga kiamat. Adapun syaitan dari kalangan jin, maka ia mati sebagaimana matinya syaitan dari kalangan manusia.


2) HJ. AYONG HASAN

Apakah hukumnya menjawab salam daripada non muslim?

Ust Kama: Menjawab salam orang bukan Islam adalah harus.


3) SURADI

a) Iblis dikatakan tidak berbuat syirik. Bukankah dia yang menyesatkan manusia?

b) Manusia dijadikan semula dengan "khalqin jadid". Apakah maksudnya?


Read more...

CERAMAH: SEMPENA MAULIDUR RASUL

February 26, 2011

Pihak Masjid Al-Fajr telah menjemput seorang penceramah jemputan iaitu Ust. Suharto Sukarni, seorang penceramah dari USIA. Beliau mengambil kesempatan untuk bersama-sama jemaah Masjid Al-Fajr di samping menyampaikan ceramah bersempena kehadirannya untuk forum yang bakal diadakan di Dewan Masyarakat esok hari.

Antara lain, dalam ceramah beliau, ditekankan konsep hidup yang menegakkan gaya "as-salam" kerana itulah yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW. Beliau juga mengulas mengenai kerukunan hidup bermazhab dalam dunia Islam. Menurutnya juga, kelamahan ummat Islam hari ini kerana kurangnya budaya mengkaji sekalipun banyak mengaji. Kurangnya mengkaji juga menyebabkan pemimpin-pemimpin kafir melihat Islam sebagai agama teror.

Read more...

DAURAH 257

February 23, 2011

TARIKH: 23/ 02/2011
MUKA SURAT :257
SURAH IBRAHIM: 11-18


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN. SURADI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA





ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) ANWAR TABALON

Siapakah yang melantik rasul dan bagaimanakah caranya?

Ust Kama: Allah yang memilih darim kalangan manusia untuk menjadi rasulNya.  Cara perlantikan seseroang Rasyl itu ialah dengan mengutuskan malaikat memberikan wahyu kepadanya memerintahkannya menyampakan risalah mengajak ummat menyembah Allah.


2) KHAIRUDDIN


Pertanyaan tentang tariqat yang mendakwa beberapa jalan yang luar biasa yang tidak dimaklumi oleh orang awam.

Ust Kama: Sesebuah tariqat hendaklah dipadankan dengan Al-Quran dan Hadis. Jika menyalahi, tariqat itu sesat, tidak syak lagi. Tariqat juga tidak harus meletakkan guru dan syeikhnya dalam kecintaan melebihi Allah dan Rasulnya. Jika tariqat mengkultuskan syeikhnya ke peringkat menenggelamkan keberadaan Rasul sebagai pembimbing unggul ke jalan hidayah, tentunya itu adalah tariqat yang menyeleweng. Agama yang disampaikan oleh nabi Muhammad SAW tidak mengandungi soal-soal batin yang disembunyikan daripada orang awam. Ketika nabi SAW bertanya para sahabatnya ketika Hujjatul Wida', Adakah saya telah menyampaikan?, para sahabat telah bersaksi bahawa baginda telah menyampaikan. Semua tentang Islam telah disampaikan kepada para sahabat. Maka, jika ada dakwaan wujudnya ilmu-ilmu rajsia yang disifatkan sebagai ilmu isi (hakikat) dan apa dipelajari orang ramai itu hanyalah syariat, itu adalah dakwaan yang meremehkan sifat tabligh Rasulullah.


3) MARIJIN

Bagaimanakah cara mengenali wali Allah?

Ust Kama: Wali Allah dikenali berdasarkan sifatnya.  Sifat yang pertama sekali ialah menunaikan solat dan mengeluarkan zakat. Mereka juga tidak meresa takut kepada selain Allah dan tidak merasa dukacita terhadap hilangnya dunia dari mereka. Wali Allah juga diberi keramat. Keramat terunggul wali Allah ialah "istiqamah" dalam iman dan amal soleh hingga ke mati.

Bacaan Tambahan:

1) Laman Ilmu dan Ulamak
2) Hafiz Firdaus
3) Syeikh Jibreen 
4) Info Sunnah






4) SURADI

a) Apakah fatwa Dr. Yusuf Al-Qaradhawi agar Muammar Gadafi dibunuh berdasarkan dalil-dalil syarak?

Ust Kama: Tentunya Dr. Yusuf Al-Qaradhawi tidak berfatwa atas asas emosi. Beliau orang yang lama meladeni persoalan fatwa untuk hukum.Pada dasarnya, membiarkan Muaamar Gaddafi hiudp lebih banyak keburukan berbanding membunuhnya.

b) Apakah maksud kata-kata nabi :"kalaulah ada nabi sesudahku, umarlah...", ?

Ust Kama: Ia adalah kehebatan dan manaqib Umar al-Khattab.


عن أبي هريرة قال: قال النبي صلى الله عليه وسلم: لقد كان فيمن كان قبلكم من بني إسرائيل رجال يكلمون من غير أن يكونوا أنبياء، فإن يكن من أمتي منهم أحد فعمر
Daripada Abu Hurairah r.a telah berkata bahawa nabi SAW telah bersabda: Sesungguhnya ummat sebelum kamu dari kalangan Bani Israil ada lelaki-lelaki mereka yang berkata-kata (dengan lidah nabi) sedangkan mereka bukanlah nabi. Jika ada orang seperti mereka dari kalangan ummatku, dialah Umar”.
(Diriwayatkan oleh Bukhari dalam bab “manaqib Umar Al-Khattab)






Read more...

DAURAH 256

February 22, 2011

TARIKH: 22/ 02/2011
MUKA SURAT :256
SURAH IBRAHIM: 6-10


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : CIKGU KHAIRUDDIN
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA





ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) KHAIRUDDIN

Minta ulasan ayat 7 dengan konsep bersyukur dalam membelanjakan harta ke jalan Allah SWT.

2) HJ. RANGES

Apakah selain sujud syukur, ada juga solat syukur?

3) SURADI

a) Apakah tidak hadir ke jemputan kenduri oleh jiran boleh ditafsirkan sebagai menolak razeki?

b) Ada kes murtad berlaku di Taman Fajar. Apakah tindakan kita?

4) SABARUDDIN

Apakah cara melaksanakan hukuman bunuh kepada orang murtad?

5) SAMIT

Mengulas tentang pembunuhan dengan cara pancung dari segi sains.

Read more...

DAURAH 255

February 21, 2011

TARIKH: 21/ 02/2011
MUKA SURAT :255
SURAH AR-RA'DU:43
SURAH IBRAHIM: 1-5


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN SURADI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN 

1) EN. MOMOH

Ummat Islam dikatakan terpecah kepada 73 golongan. hanya satu ke dalam neraka. 72 lagi dalam neraka. Apakah mereka kekal dalam neraka?


2) OTING

Sabar dikatakan separuh iman. Bagaimana pula dikatakan syukur itu separuh iman?


3 ) SURADI


a) Nabi Muhammad diutuskan kepada seluruh manusia. Apakah ini dimaksudkan dengan syafaat nabi kepada manusia?

b) Apakah seseorang itu menanggung dosa orang lain yang solat tidak sempurna, umpamanya makmum masbuk yang solat tidak cukup rakaat?  Kita sedar tetapi membiarkan.


Read more...

DAURAH 254

February 16, 2011

TARIKH: 16/ 02/2011
MUKA SURAT :254
SURAH AR-RA'DU:


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN SURADI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA





ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) HJ. JAAFAR

Kenapa buah anggur disebut sebagai buah syurga, tidak buah lain seperti kurma?

Ust Kama: Buah anggur adalah buah idaman ramai orang terutama masyarakat Arab.Jika buah anggur pun ada dalam syurga,lebih-lebih lagilah buahan lain.

2) SURADI

a) Orang selalu menyebut syurga dunia. Apakah perkataan itu tepat?

Ust Kama: syurga itu dua, syurga hakikat dan syurga sifat. Apa yang disebut itu cuma syurga sifat. Tidak menjadi kesalahan.

b) Kata-kata nabi :'Demi yang jiwaku di tanganNya", bolehkah kita turut mengucapkannya?

Ust Kama: Itu kata-kata penyerahan diri kepada Allah. Boleh kita ucapkan.

c)Ibnu Sirin dianggap penta'bir mimpi yang hebat. Siapa yang memberi perakuan kepadanya?

Ust Kama: Ulama-ulama terdahulu mengakui kehebatannya dalam bidang itu. Kita hanya mengikut memperakuinya.


Read more...

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

February 15, 2011

Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di masjid Al-Fajr dengan penyampaian ceramah iktibar daripada kelahiran Rasulullah SAW oleh ust Nazif, GPI yang bertugas di SMK Sandakan 2. Kemudian acara bersolawat dipimpin oleh Tn. Hj. Ayung Hj. Hasan. Para jemaah membawakan juadah dan dinikmati beramai-ramai sesudah solat Fardhu Insya.

Read more...

DAURAH 253

February 14, 2011

TARIKH: 14/ 02/2011
MUKA SURAT :253
SURAH AR-RA'DU:29-34


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN SURADI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA


ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) SURADI


a) Imam kurang 1 rakaat duduk tahiyyat akhir. Makmum tegur dengan "subhanallah". Bolehkah dia bangun tambah rakaat sebelum imam bangun?

Ust Kama: Makmum hendaklah menunggu imam bangun dahulu. Dia tidak boleh mendahului imam. Kecuali jika dia berniat mufaraqah.


b)Apakah boleh diterima kata-kata seperti: Ini razeki anak....ini tuah anak?

Ust Kama: Kata-kata "...ini razeki anak", tidak ada salahnya. Namun, kata-kata" ini tuah anak mungkin menimbulkan tandatanya. Dalam Islam,tidak ada tuah sebagaimana Islam menafikan adanya sial mial.


2) HJ YUSUF


Menceritakan pengalaman memancing tidak dapat ikan. Tukar dengan pancing lain pun tak dapat ikan.Bukan kerana sial joran tetapi tak ada razeki.



Read more...

DAURAH 252

February 9, 2011

TARIKH: 09/ 02/2011
MUKA SURAT :252
SURAH AR-RA'DU:19-28


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST HELMI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA





ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN





Read more...

DAURAH 251

February 8, 2011

TARIKH: 08/ 02/2011
MUKA SURAT :251
SURAH AR-RA'DU: Ayat 14-18


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN SURADI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA



ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) RANGES

Apakah boleh kita mengucapkan kata-kata "dengan berkat nabi Muhammad"?

Ust Kama: 

2) SURADI

a) Apakah keadaan seseorang yang berada di tengah kerumunan ramai orang seperti di Makkah. Airjauh dan tanah tayammum tak ada. Bagaimana hendak bersuci?

b) Persoalan umur dihitung dengan kiraan tahun masihi atau hijri?

3) HJ AYUNG

a) Bagaimana hendak bertayammum kalau tidak ada debu tanah?

Ust Kama: Jika tiada debu tanah, gunaka dinding untuk bertayammum. Jika dinding yang dibuat daripada batu bata atau tanah lagi baik. Jika tiada, dinding papan pun boleh dengan andaian ada debu tanah di sana.

Rujukan dibuat terhadap al-ahkam:

Mazhab Malik dan Hanafi membenarkan apa sahaja debu digunakan untuk bertayammum [al-Mausu'ah al-Fihqiyyah, 14/261]. Ibn Taimiyah rh. cenderung kepada pendapat ini apabila seseorang itu tidak berjumpa dengan debu tanah [Al-Ikhtiyaaraat al-Fiqhiyyah, ms. 28].

Ibn Utsaimin rh. mengatakan bahawa jika dinding tersebut diperbuat dari tanah (batu batu dsb), maka boleh dibuat untuk tayammum. Malah menurut beliau, jika dinding tersebut diperbuat dari papan, akan tetapi wujudnya habuk atau debu, maka tidak ada masalah menggunakannya [Fataawa al-Tahaarah, ms 240].

b)Seseorang yang bernajis pakaian dan tempatnya, bagaimana hendak menunaikan solat?


Read more...

DAURAH 250

February 7, 2011

TARIKH: 07/ 02/2011
MUKA SURAT :250
SURAH YUSUF: (AYAT 104)


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : Ust Kamaruddin Ramli
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA





1) En Haziq


Sambutan Maulid Nabi, apakah sunnah Rasul?

Ust Kama: Sambutan tersebut adalah antara pro dan kontra. Ia memang bukan sunnah Rasul. Apakah ia bid'ah, tergantung kepada corak sambutan. Sambutan yang melibatkan maksat seperti meninggalkan solat, pergaulan bebas dan melampau adalah membawa kepada bid'ahnya sambutan tersebut. Sekadar mengulang cerita perkesahan kelahiran nabi melalui ceramah dan tayangan, tidak ada masalah.


2) Cikgu Marijin


a) Apakah kedudukan dari segi agama golongan Syiah yang menyembah Ali?

Ust Kama: Bukan semua Syiah sampai ke peringkat mempertuhankan Ali. Mereka yang mempertuhankan Ali adalah dari kelompok Syiah Sabaiiyyah. Mereka tentunya kafir dan telah keluar dari Islam.


b) Bagaimana pula kedudukan agama Islam syiah secara keseluruhannya?

Ust Kama: Para ulama terkenal dunia tidak menghukumkan mereka sebagai kafir. Mengambil jalan tawaqquf adalah lebih selamat. Syiah Zaidiyyah peling dekat dengan ahli sunnah.


3) SURADI


Kenapa malaikat Mu'aqqibat hanya jaga di depan dan belakang? Tidak kiri dan kanan juga?

Ust kama: Muaqqibat menjaga hamba daripada kejadian buruk kecuali yang telah ditakdirkan. Ia tentunya berkaitan hal kelmarin dan hari esok. Sebab itu disebutkan depan dan belakang sahaja.


Read more...

DAURAH 249

February 2, 2011

TARIKH: 2/ 02/2011
MUKA SURAT :249
SURAH YUSUF: (AYAT 104)
SURAH AR-RA'DU: Ayat 1-5


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN. SURADI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

Rujukan Tafseer: Al-Qurtubi




Baca huraian tentang surah di sini.


ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN


1) HJ. JAAFAR
Setiap orang dikatakan punya pasangannya. Bagaimana dengan bujangan yang meninggal dunia sebelum bertemu pasangannya di dunia?

Ust Kama: Allah menjadikan setiap satu berpasangan. 

2) SURADI

a) Apakah bunyi petir itu juga tasbih memuji Allah?

Ust Kama: Yang dikatakan bertasbih memuji Tuhan itu ialah suara guruh. Firman Allah SWT:

هُوَ الَّذِي يُرِيكُمْ الْبَرْقَ خَوْفاً وَطَمَعاً وَيُنْشِئُ السَّحَابَ الثِّقَالَ وَيُسَبِّحُ الرَّعْدُ
بِحَمْدِهِ وَالْمَلائِكَةُ مِنْ خِيفَتِهِ وَيُرْسِلُ الصَّوَاعِقَ فَيُصِيبُ بِهَا مَنْ يَشَاءُ وَهُمْ يُجَادِلُونَ فِي اللَّهِ وَهُوَ شَدِيدُ الْمِحَالِ
Dia-lah Tuhan yang memperlihatkan kilat kepadamu untuk menimbulkan ketakutan dan harapan, dan dia mengadakan awan mendung.  Dan guruh itu bertasbih dengan memuji Allah, (demikian pula) para malaikat Karena takut kepada-Nya, dan Allah melepaskan halilintar, lalu menimpakannya kepada siapa yang dia kehendaki, dan mereka berbantah-bantahan tentang Allah, dan Dia-lah Tuhan yang Maha keras siksa-Nya.

(Surah Ar-Ra’du: Ayat 12-13)

Al-Barq adalah guruh. Guruh bukan petir atau halalintar. Maka Guruh adalah guruh.




Read more...

DAURAH 248

February 1, 2011

TARIKH: 1/ 02/2011
MUKA SURAT :248
SURAH YUSUF: (AYAT 104-111)


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN. SURADI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

Rujukan Tafsir Al-Qurtubi:




Rujukan Tafsir Ibn Kathir:




ULASAN DAN PERSOALAN

1) OTING

Apakah menggantungkan ayat-ayat pelaris di premis perniagaan termasuk dalam makna tangkal azimat?

Ust Kama: Jika dia menggantung ayat-ayat Quran untuk tujuan tersebut, maka samalah hukumnya dengan tangkal sekalipun ianya ayat Al-Quran.

Rujuk Video ini:



الرقية الشرعية - أبو البراء اسامة بن ياسين المعاني from mohamed saeed on Vimeo.


2) SAMIT

Membawa Al-Quran dalam kerata sebagai azimat perjalanan, apakah dibolehkan?

3) MOMOH

Bagaimana dengan jampi serapah orang dahulu (dibacakan jampinya)?

Ust Kama: Jika diketahui maknanya dan tidak mengandungi unsur syirik dan sebutan yang diharamkan, maka tidak menjadi masalah. Namun, Riqyah yang diambil daripada Al-Quran dan hadis adalah yang terbaik.

4) SURADI

Apakah maksud ayat yang mengumpamakan orang yang mengingkari ayat-ayat Allh seumpama anjing yang menjelir lidah?

Ust Kama: Allah berfirman:


وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَاهُ بِهَا وَلَكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الْأَرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِنْ تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَثْ ذَلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآياتِنَا فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
Dan kalau kami menghendaki, Sesungguhnya kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, Maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga). demikian Itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka Ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir.

(Surah Al-‘A’raf: Ayat 176)



Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP