Showing posts with label Notis. Show all posts
Showing posts with label Notis. Show all posts

January 6, 2010

MAKLUMAN

Assalamualaikum wrm wbt...

Alhamdulillah...kita dipanjangkan umur oleh Allah SWT untuk mencicip udara segar tahun baru 1431 hijriyyah dan 2010 masihihiyyah. Semoga peluang yang Allah kurniakan ini dapat kita manfaatkan dan jadikan pertambahan umur kita ini sebagai pertambahan pula dalam amal dan kebaikan. Marilah kita jadikan tahun ini lebih baik daripada tahun yang telah berlalu. Sebenarnya, umat Islam bukan darijenis ummat yang menunggu tahun baru baru hendakmenyusun tekad dan mengubah keadaan. Umat Islam menjadikan setiap hari yang berlalu itu sebagai hari-hari yang penuh perubahan. Perubahan itu tentunya sebuah perubahan yang mengandung makna hijrah.

Daurah Al-Quran tahun lalu telah ditangguhkan pada siri yang ke 135 iaitu sehingga surah Al-An'am, ayat 68.

Tahun 1431 /2010 ini, daurah seterusnya akan dimulakan pada mukasurat 135 bermula ayat 69.

Insya Allah, ia akan dimulakan pada:




10 JANUARI 2010 (AHAD)



September 29, 2009

BLACKOUT

Sejak kira-kira jam 4.30 petang lagi sebahagian besar kawasan Sandakan mengalami gangguan bekalan elektrik. Menjelang wakti maghrib dan insya, keputusan bekalan itu belum dapat diselesaikan. Sesudah selesai solat inya, kira-kira jam 8.30 malam, barulah bekalan elektrik dapat disambung semula.


DAURAH PADA MALAM INI (DAURAH 116) DITANGGUHKAN KE MINGGU HADAPAN....INSYA ALLAH.

September 13, 2009

IHYA' AL-USYUR

Surau al-Fajar pada tahun ini terus menganjurkan program menghidupkan 10 malam terakhir Ramadhan. Baghial Khair mengambil kesempatan untuk bermalam di surau dan qiam pada sepertiga malamnya. Sesungguhnya mencari Lailatul Qadar dengan cara beriktikaf di masjid adalah sunnah baginda Rasulullah SAW. Ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Aishah r.a dalam sebuah hadis:

"كَانَ النَّبِيُّ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَأَحْيَا لَيْلَهُ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ

"Adalah nabi SAW, apabila masuk sepuluh malam yang terakhir daripada Ramadhan, baginda mengikat kainnya (di pinggang), menghidupkan malamnya dan mengejutkan ahli keluarganya (untuk bertahajjud)".

Bacaan tambahan: Imamul Masjid


August 19, 2009

DAURAH QURAN MELABUH TIRAI

Daurah Quran ke 113 semalam adalah daurah terakhir sebelum Ramadhan 1430. Daurah berhenti rehat sepanjang Ramadhan dan akan disambung semula selepas hari Raya Aidil Fitri, Insya Allah.


DAURAH KE 114 AKAN DI SAMBUNG PADA MUKA SURAT 114 PADA SATU MASA YANG AKAN DITENTUKAN KEMUDIAN.

August 11, 2009

BLACKOUT

Pada malam ini, sejak sebelum solat maghrib, bekalan elektrik di Taman Fajar dan sekitarnya mengalami gangguan. Gangguan elektrik ini telah kerap terjadi beberapa minggu terakhir ini. Entah apa alasan SESB kali ini. Apa yang jelas, SESB sering gagal mengurus tadbir bekalan elektrik dengan cekap. Sebab itu berlaku ketidak stabilan tenaga di beberapa kawasan di Sandakan.

Inilah bahananya buat masyarakat apabila sebuah syarikat memonopoli satu barangan atau perkhidmatan. Apa pun kekurangan produk syarikat terbabit, rakyat tidak dapat berbuat apa-apa sekadar mengeluh.

Dalam arus kebangkitan hak kepenggunaan yang sering diperjuangkan dan dilaungkan, hak masyarakat sebagai pengguna elektrik tidak dijaga.

Jika penggunakan mengalami kerugian, mereka perlu dibayar pampasan. Ini hak pengguna dalam sebuah masyarakat yang adil. Jika tidak, masyarakat itu masih kekal sebagai sebuah masyarakat yang dikuasai kapitalisma.

Daurah malam ini tidak dapat dijalankan.

May 27, 2009

PERHATIAN!

Sesi dauratul quran berikutnya ditangguhkan sempena cuti sekolah selama dua minggu. Akan disambung semula untuk DAURAH 86 pada muka surat 86 Surah An-Nisak ayat 45-51 pada:

14 JUN 2009

April 28, 2009

BLACKOUT

27/04/08: Dalam seminggu dua ini, bekalan elektrik di beberapa kawasan di Daerah Sandakan sering terputus. Pada malam ini sebaik sahaja memberi salam solat maghrib, bekalan elektrik seluruh perumahan fajar terputus. Sesi daurah malam ini dibatalkan.

March 8, 2009

SAMBUTAN SEMPENA MAULIDUR RASUL

Pada malam ini, tanggal 8 mac 2009, masjid Al-Fajar mengadakan majlis mengingati kelahiran Rasulullah. Daurah pada malam ini ditunda.

February 28, 2009

Makluman

Pada malam ini, tanggal 22 Februari 2009, Dauratul Quran ditangguhkan berikutan hujan lebat dan program digantikan dengan mendengar bayan dari jema'ah Tabligh yang sedang berada di Masjid Fajar.



January 24, 2009

CUTI TAHUN BARU CINA

Assalamualaikum Wrm Wbt....

Daurah Al-Quran pada minggu ini dibatalkan kerana Cuti Tahun Baru Cina. Moderator pergi ke Kota Kinabalu untuk sesuatu urusan.


sekian



November 9, 2008

MAKLUMAN

DAURAH BERHENTI REHAT. AKAN DISAMBUNG SEMULA PADA BULAN JANUARI 2009. MODERATOR DAURAH BERCUTI UNTUK MELAKSANAKAN IBADAH HAJI.


SEMUA PESERTA DAURAH DIUCAPKAN TERIAMA KASIH ATAS PENGLIBATAN DAN KERJASAMA SELAMA BERLANGSUNGNYA 29 DAURAH.


SEMOGA ALLAH MEMBERI FAHAM DAN MENERBITKAN AMAL KEPADA SEMUA.AMEEN
.




September 14, 2008

PERINGATAN...

Daurah Al-Quran berhenti rehat sepanjang Ramadhan dan insya Allah akan disambung sesudah Ramadhan

CARI KANDUNGAN BLOG