Daurah Al-Quran pada malam ini dibatalkan. Pada malam ini mesyuarat Qurban akan diadakan untuk kali yang kedua.
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
October 7, 2013
October 2, 2013
PENGUMUMAM
Daurah malam ini (02 /10/2013) dibatalkan dan satu mesyuarat mengenai Qurban 1434/2013 akan diadakan buat kali yang pertama.
November 16, 2011
PENANGGUHAN DAURAH 1432/2011
Daurah bagi tahun 1432/2011 berakhir pada malam ini. Daurah pada malam ini berhenti pada siri ke 334 iaitu pada muka surat 332, Surah Al-Hajj, ayat 16-23. Penangguhan daurah diumumkan oleh ust. Kama selaku moderator daurah. Insya Allah, daurah bagi siri ke 335 akan disambung semula pada tahun hadapan. Diharapkan kepada semua ahli daurah boleh membuat ulangkaji di samping mengulang bacaan Al-Quran dengan tadabburnya.
Cuti sekolah akan bermula pada minggu hadapan. Demikianlah rutin saban tahun, ramai yang akan pulang bercuti. Ust Kama akan pulang bercuti pada 22 Nov 2011 dan akan kembali semula ke Sandakan pada 31 Disember 2011, insya Allah.
Ma'assalamah....wa ilalliqaa'!
October 8, 2011
JARYAH LCD PROJECTOR
Kempen sumbangan derma untuk membeli LCD Projector bagu kegunaan kuliah-kuliah dan pembentangan multimedia di masjid fajar telah dilancarkan pada penghujung bulan Ramadhan yang lalu. Setelah dikumpulkan semuanya, maka jumlah keseluruhannya ialah RM2120.00. Skrin lengkap dengan kakinya telah disumbangkan oleh seorang anak muda. Insya Allah, urusan pembelian LCD Projector akan disempurnakan dalam masa terdekat.
Setelah itu, kuliah-kuliah ikhtisas akan dijalankan di masjid Al-Fajar. Kuliah-kuliah ini akan menumpukan ilmu-ilmu pelbagai mengikut kepakaran masing-masing termasuk kuliah IT, Bahasa Arab, Inggeris dan sebagainya yang dirasakan perlu. Konsepnya adalah sama seperti kuliah-kuliah agama yang telah menjadi rutin selama ini di masjid-masjid. Berpegang bahawa semua ilmu yang baik itu adalah ilmu Islam dan perlu disebarkan, maka kuliah ikhtisas ini dirasakan perlu untuk memenuhi tuntutan masyarakat.
Para ahli jemaah yang berjiwa duat, ikhlas dan ingin mencari pahala daripada Allah SWT dipelawa untuk menyatakan kesediaan menjadi penyampai kuliah ikhtisas ini. Semoga Allah menambahkan ilmu orang yang menyampaikan ilmunya.
August 31, 2011
KUTIPAN JARYAH 'ISYRIN
Alhamdulillah...Hasil kerjasama wakil-wakil kutipan Jaryah 'Isyrin yang bekerja menyebarkan phamplet Jaryah serta sumbangan tidak berbelah bagi para penyumbang, jumlah terkumpul bagi kutipan Jaryah 'Isyrin sebagaimana diumumkan pada Eidul Fitri kelmarin adalah RM16,431.00.
Allahumma barik....bagi mereka yang telah menyumbang, insya Allah ia akan menjadi sumbangan tetap Jaryah yang akan dapat diambil semula di hari akhirat. Ameen.
July 28, 2011
PENANGGUHAN DAURAH
Daurah Quran akan berhenti rehat sepanjang bulan Ramadhan yang bakal menjelma pada minggu hadapan. Oleh itu, Daurah Quran kali yang ke 311 semalam ini daurah terakhir. Insya Allah Daurah Quran siri 312 akan disambung pada satu tarikh selepas Ramadhan.
Semoga Allah SWT panjang umur kita dalam kebaikan dan berikan kekuatan untuk terus beramal soleh.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK!
November 12, 2010
Solat Jumuat tahun depan
Mesyuarat Jawatankuasa Surau semalam memutuskan untuk melakukan Solat Jumuat pertama pada 7 Januari 2011. Surat kelulusan daripada Jabatan Mufti telah pun diterima oleh pihak Surau Al-Fajr. Namun, disebabkan kekangan musim cuti sekolah telah pun bermula, maka solat Jumuat hanya akan dimulakan pada tahun hadapan. Sementara itu, pihak surau bercadang untuk membuat sedikit pembaikan ruang solat agar lebih luas. Disasarkan, sebelum menjelang tahun hadapan, pembaikan itu akan siap.
Alhamdulillah, penantian bertahun untuk menaiktaraf surau Al-Fajar menjadi masjid dan medapat hak mengadakan solat Jumuat telah mendapat hasil. Persiapan rapi akan dibuat untuk menjadikan Masjid Al-Fajr sebagai tempat ibadat ummat Islam sekitar.
September 18, 2010
MAKLUMAN: DAURAH AKAN DI SAMBUNG
Alhamdulillah, kita diberi kehidupan oleh Allah SWT sehingga ke saat ini. Puji dan syukur hanya buat Allah SWT. Semoga kehidupan amal soleh kita dapat dipertingkatkan sesudah Ramadhan 1431 yang baru sahaja berlalu. Kini, 11 bulan mendatang, adalah medan uji buat kita mempraktikalkan apa yang telah kita cernakan sepanjang Ramadhan.
Insya Allah, Daurah akan disambung semula sepertimana maklumat berikut:
Surah : Yunus
Muka surat : 213
Ayat : 34-42
Tarikh akan diadakan : 20 September 2010
Muka surat : 213
Ayat : 34-42
Tarikh akan diadakan : 20 September 2010
Ahli daurah yang sejauh ini mengikuti daurah Quran dengan istiqamah dan setia, diharap dapat meningkatkan kualiti penyertaan dengan membuat ulangkaji dan persediaan. Mudah-mudahan Allah menambahkan ilmu kita semua. Allahumma Ameen.
Dari Ust Kama
September 14, 2010
KUTIPAN JARYAH 50
Alhamdulillah, Jaryah 50 yang telah dilancarkan pada bulan Ramadhan baru-baru ini telah berjaya memungut sejumlah RM11, 361.00. Kerjasama daripada penyelaras dan wakil-wakil serta kemurahan hati serta semangat berlumba-lumba menyumbang semasa Ramadhan daripada para penderma telah membawa kepada terkumpulnya jumlah tersebut. Walaupun jumlah yang disasarkan ialah RM20,000.00, insya Allah jumlah tersebut dapat dipergunakan sebaik mungkin untuk melaksanakan projek pembaikan yang dirancangkan.
Semoga Allah melipatgandakan ganjaran di dunia dan akhirat bagi mereka yang telah terlibat dalam menyumbang. Sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan setiap yang diinfaqkan dengan ikhlas. Yang murah hati akan mendapat sesuai dengan kemurahan hatinya. Yang kikir dan bakhil akan mendapat sesuai dengan apa yang dikikirkannya.
Allahu waliyyut taufiq wal hidayah...allahumma waffiqna lir rashahd!
September 11, 2010
JUMLAH TERKUMPUL TABUNG SURAU SEMPANJANG RAMADHAN DAN IDUL FITRI.
Sumbangan infaq melalui tabung surau sepanjang Ramadhan dan Idul Fitri pada tahun ini berjumlah RM4083.68. Jumlah ini tidak termasuk hasil kutipan JARYAH 50 yang disalurkan kepada penyelaras-penyelaras program.
Terima kasih kepada para penyumbang. Infaq yang disalurkan akan dinilai oleh Allah SWT dan akan mendapat balasan keluasan razeki dan kelapangan hidup di dunia dan di akhirat menanti balasan yang lebih besar.
August 5, 2010
PENGUMUMAN: PENANGGUHAN DAURAH QURAN
Minggu hadapan, insya Allah kita akan sama-sama memasuki bulan Ramadhan yang penuh dengan kemuliaan. Sebagaimana biasa, sepanjang bulan Ramadhan, surau Al-Fajar akan mengadakan majlis berbuka puasa pada hari-hari tertentu, solat taraweh berjemaah, tazkirah dan tadarrus Al-Quran.
Daurah kali ke 212 adalah daurah terakhir sebelum Ramadhan. Daurah seterusnya iaitu daurah kali ke 213 akan diadakan selepas Ramadhan. Insya Allah.
Daurah kali ke 212 adalah daurah terakhir sebelum Ramadhan. Daurah seterusnya iaitu daurah kali ke 213 akan diadakan selepas Ramadhan. Insya Allah.
Untuk peringatan maklumat daurah akan datang adalah seperti berikut:
Surah : YunusMuka surat : 213Ayat : 34-42Tarikh akan diadakan :Akan ditentukan kemudian
July 26, 2010
NISFU SYA'BAN
Daurah Quran pada malam ini ditiadakan bagi memberi laluan kepada majlis sempena nisfu Sya'ban. Majlis pada malam ini ialah bacaan yasin (satu kali), tahlil dan jamuan makan.
Sebagaimana termaklum, sambutan malam Nisfu Sya'ban telah menjadi satu adat yang sesetengah orang melihatnya sebagai syariat. Di sesetengah tempat, ritual tradisi membaca yasin 3 kali dengan doa-doa yang tertentu bagi setiap kali bacaan yasin masih diteruskan.Hal ini telah dibincangkan oleh ramai kalangan sarjana Islam dan pengetahuan mengenainya ketidaksahihannya dari kacamata sunnah telah hampir merata di kalangan masyarakat.
Membaca yasin hanya sekali pada malam ini adalah satu manifestasi anjakan yang telah berlaku di kalangan masyarakat khususnya ahli jemaah surau Taman Fajar. Dalam menangani amalan tradisi yang disyariatkan, kita semua perlu berlapang dada dan berhemah. Sejajar dengan pertambahan ilmu, ketulinan beragama akan tegak memayungi amalan masyarakat di masa mendatang. Ia tidak perlu dipaksakan.
May 27, 2010
PENGUMUMAN: PENANGGUHAN DAURAH QURAN
Daurah Quran dihentikan buat sementara berikutan cuti persekolahan selama 3 minggu. Insya Allah Daurah siri ke 193 akan diadakan semula pada:
21 Jun 2010
Selamat bercuti kepada rakan-rakan guru...!
Kepada ahli daurah yang selama ini istiqamah mengikuti daurah Quran, semoga kita semua diberi kekuatan untuk melanjutkan daurah pada siri yang berikutnya selepas daurah dibuka semula.
Catatan: Ahli daurah digalakkan untuk membuat ulangkaji perbincangan yang lalu dan membuat semakan awal bagi ayat-ayat yang akan dibincangkan dalam daurah yang akan datang.
May 17, 2010
PENGUMUMAN: Pembatalan Daurah.
Daurah Quran pada malam ini dibatalkan untuk memberi laluan kepada satu kuliah yang akan disampaikan oleh seorang guru Tariqat Naqsyabandiah-Qodiriyyah yang dibawakan khas dari Tawau oleh pengerusi Surau Al-Fajr. Guru Tariqat itu bernama Abd Manaf.
Kuliah pada malam ini membicara tentang pentingnya mengucapkan kalimah 'La ilaha illallah' sebagai zikir afdhal disamping zikir hasanah yang lain. Beliau juga menyebutkab bahawa ada 42 tariqat muktabarah dan salah satunya tentu tariqat yang dibawanya.
Dalam kesempatan kuliah ringkas pada malam ini, beliau menceritakan kisah mursyidnya yang pernah tinggal lama di Makkah sehingga dia menubuhkan tariqat ini.
Wallahu waliyut taufiq wal hidayah....allahummahdina ila toriqatil muhammadiyyah...wakafa billahi rabba...wa Muhammadin nabiyyan wa rasulan wa mursyidan.
Kuliah pada malam ini membicara tentang pentingnya mengucapkan kalimah 'La ilaha illallah' sebagai zikir afdhal disamping zikir hasanah yang lain. Beliau juga menyebutkab bahawa ada 42 tariqat muktabarah dan salah satunya tentu tariqat yang dibawanya.
Dalam kesempatan kuliah ringkas pada malam ini, beliau menceritakan kisah mursyidnya yang pernah tinggal lama di Makkah sehingga dia menubuhkan tariqat ini.
Wallahu waliyut taufiq wal hidayah....allahummahdina ila toriqatil muhammadiyyah...wakafa billahi rabba...wa Muhammadin nabiyyan wa rasulan wa mursyidan.
April 1, 2010
MAKLUMAN:PERUBAHAN JADUAL DAURAH
Bermula minggu pertama bulan April 2010, jadual mingguan daurah akan berubah. Malam daurah diubah kepada hari Isnin, Selasa dan Rabu. Jadual aktiviti daurah di Surau Al-Fajr adalah seperti dalam jadual berikut:
AKTIVITI / PENGAJIAN ILMU
SURAU AL-FAJR, TAMAN FAJAR, SANDAKAN, SABAH.
HARI | BENTUK PROGRAM | MASA | PENYAMPAI/MENTOR |
AHAD | KULIAH MAGHRIB | Lepas Solat Maghrib | - |
ISNIN | DAURAH QURAN | Lepas Solat Maghrib | Ust Kama |
SELASA | DAURAH QURAN | Lepas Solat Maghrib | Ust Kama |
RABU | DAURAH QURAN | Lepas Solat Maghrib | Ust Kama |
KHAMIS | MAJLIS | Lepas Solat Maghrib | Bacaan Yasin |
JUMAAT | KULIAH MAGHRIB | Lepas Solat Maghrib | Ust Wan Mohd Helmi Abd Hamid |
SABTU | KULIAH MAGHRIB | Lepas Solat Maghrib | Ust Yazit Md Jais |
KULIAH SUBUH | Lepas Solat Subuh | Ust Tuan Roslan Tuan Muda | |
Ust Mat Isa Saud |
February 14, 2010
PENGUMUMAN; Daurah malam ini ditangguhkan.
Assalamualaikum...
Daurah pada malam ini dibatalkan kerana moderator Daurah Quran dijangka pulang lewat ke Sandakan. Moderator sedang mengikuti progrm di Ulu Sapi dan akan tamat pada petang Ahad (13 Februari). Memandangkan kemungkinan sampai lewat dan penat dalam perjalanan, sayugia daurah malam ini dibatalkan.
February 6, 2010
KUTIPAN JARYAH 50 (3)
Pada malam ini, saya bagi pihak penderma-penderma yang menyumbang untuk program JARYAH 50 yang masih membuat sumbangan, membuat serahan wang sumbangan kepada Hj. Ayung Hasan sebanyak RM1250.00. Sumbangan ini diterima daripada kutipan Ust Tn Roslan, Ust Mat Isa Saud dan En. Suradi.
Dengan itu, rumusan jumlah kutipan sumbangan orang ramai secara keseluruhannya ialah seperti berikut:
January 29, 2010
KUTIPAN JARYAH 50 (2)
Pada malam wakil-wakil kutipan "JARYAH 50" membuat penyerahan wang sumbangan sebanyak RM 1665.00. Ini menjadikan jumlah kutipan mencecah RM 6236.00. Menurut En. Suradi dan En Ramlin yang banyak berperanan dalam pengedaran kad "JARYAH 50" ke seluruh kenalan dan sahabat, beberapa sumbangan baru masih boleh diharapkan. Kita akan menunggu beberapa hari lagi sehingga kempen "JARYAH 50" menutup tirai.
Wahai Allah...permudahkan urusan kami. Tambahkan razeki orang yang telah bermurah hati dan gandakan apa yang Kau berikan.
KIRAAN
January 28, 2010
KUTIPAN JARYAH 50
Jumlah kutipan yang terkumpul setelah sumbangan ahli jemaah digabungkan pada malam ini ialah RM4571.00. Jumlah ini melebihi sasaran RM2500.00 yang dikehendaki bagi menyempurnakan projek pembaikan lantai Surau Al-Fajr. Sesugguhnya keberhasilan ini adalah hasil kerjasama beberapa sahabat ahli jemaah Surau Al-Fajr yang memainkan peranan menyebarluaskan kad "JARYAH 50" yang telah dilancarkan pada malam tanggal 22 Januari 2010 yang lalu.
Jumlah ini belum dimuktamadkan kerana masih terdapat beberapa wakil yang belum menyerahkan kutipan masing-masing. Insya Allah, dalam sehari dua ini jumlah sebenar kutipan hasil kempen JARYAH 50 akan diumumkan.
Kepada sahabat yang bertungkus lumus menggerakkan kutipan kali ini ribuan terima kasih diucapkan. Kepada para penyumbang yang telah membuat pelaburan akhirat dalam menjayakan projek pembaikan surau, semoga Allah melipatgandakan razeki anda semua. Sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan amalan anda semua. Janji Allah adalah memberi gandaan sehingga 700 kali adalah termaktub dalam Al-Quran.
Allahumma barik liman yunfiq...
Dari,
Ust Kamaruddin Wahab
September 26, 2009
Notis: Daurah siri ke 114 akan dimulakan
Setelah sebulan Ramadhan, program daurah dihentikan buat sementara, kini Daurah ke 114 akan bermula pada minggu ini iaitu paa muka surat 114 :
Ahli daurah dan jemaah diharap dapat mempersiapkan diri dengan ulangkaji awal pada muka surat yang akan dibincangkan. Ahli daurah dan jema'ah juga diharapkan dapat mengamalkan budaya mencatat. Oleh itu sila bawa buku catatan dan alatulis.
Sekian
Daripada:
Tarikh: 27 September 2009 (Ahad)
Masa: Antara maghrib-insya
Tempat: Surau Al-Fajr.
Aktiviti: Bacaan quran, terjemahan, ulasan tajweed, tafsiran, perbincangan dan persoalan.
Ahli daurah dan jemaah diharap dapat mempersiapkan diri dengan ulangkaji awal pada muka surat yang akan dibincangkan. Ahli daurah dan jema'ah juga diharapkan dapat mengamalkan budaya mencatat. Oleh itu sila bawa buku catatan dan alatulis.
Sekian
Daripada:
Ust Kama
Moderator blog
Subscribe to:
Posts (Atom)
CARI KANDUNGAN BLOG
koleksi Tautan
SEMBER MP3 CERAMAH
HARGA MINYAK DUNIA
TRAFFIC
SUMBER MAKLUMAT |
BELAJAR QURANSOFTWARE PILIHANKOLEKSI KHUTBAHLaman Dalam Pengamatan |
PINTU MASUK BLOG
CAPAIAN BLOG
Labels
- Akaun (1)
- Akidah (4)
- Aktiviti (7)
- aluan (1)
- Bahasa Arab (2)
- Berita (2)
- Buku (1)
- Catatan (10)
- Catatan Ramadhan (2)
- cerita (4)
- Daurah (395)
- Dhu'afaa (1)
- DOA (3)
- Download Kitab (1)
- FATWA (10)
- Feqah (3)
- Firqah (1)
- gambar (3)
- Hadis (45)
- Hukum (10)
- Iklan (5)
- intro (1)
- Isu (4)
- Kaedah Usul (6)
- kempen (3)
- Kisah (6)
- KITAB (9)
- Komentar (8)
- Kontroversi (1)
- Kritik (1)
- Kritikan (1)
- Link (2)
- Lughah (1)
- Makluman (14)
- Manaqib (1)
- MUJARRABAT (1)
- Muktazilah (1)
- Notis (12)
- Pandangan (2)
- Pemikiran (6)
- Pendangan (16)
- Pengumuman (21)
- Perawi Hadis (1)
- Personel (8)
- Petikan (14)
- Program (2)
- Quran (5)
- Ramadhan (2)
- Ruqyah (1)
- SAHABAT (2)
- Sejarah (17)
- Sirah (11)
- Sufi (4)
- Syair (3)
- Syiah (1)
- Tafsir (55)
- Tahniah (1)
- Tokoh (78)
- Ulama (1)
- ulasan (32)
- Ulasan Kitab (1)
- Usul Tafsir (10)
- Video (2)
BLOG PILIHAN
LAMAN ULAMA
Laman Ilmu (Arab)
- analbahr
- Laman Syeikh Muhamamd haji Isa Al-Jazairi
- Midad
- Nurullah
- Halaqat Ibn Taimiyyah
- Ibn Taimiyyah
- Fursan As-Sunnah
- Hadie-Islam
- موسوعة أبحر
- الإحوان المسلمون
- Islamqa
- ZadalMa'ad
- شبكة سحاب السلفية
- بلغوا عني ولو أية
- Ahlul hadis wal athar
- Da'watul Islam
- Al-Meshkat
- Al-Islam
- Al-Bi'thu Al-Islam
- Al-Fanous (Cari ayat Quran)
SUMBER TAFSEER
DOWNLOAD KITAB
- https://ebook.univeyes.com/
- Kitab-Kitab Bin Baz
- Kitab-kitab Al-Bani
- مكتبة وقفية
- Al-Qassimy
- Pustaka-EBook
- Khizana
- Al-Eman
- 4shared
- Islam Web
- Islam Way
- Soidul Fawaid
- Al-Meshkat
- E-Book Arab (percuma)




























































