CARI KANDUNGAN BLOG

JANGANLAH BUATKAN ORANG MENCELA KITA

July 21, 2022

(نسلم ويسلمون خير من أن نؤجر ويأثمون)

" Kita selamat dan mereka selamat lebih baik daripada kita dapat pahala sedangkan mereka berdosa".

Ungkapan di atas diutarakan oleh Ibrahim An-Nakhai kepada Sulaiman bin A'masy pada satu hari tatkala mereka dalam perjalanan menuju ke sebuah  masjid di Kota Kufah.

Kisah ini diriwayatkan oleh Ibn Al-jauzi dalam kitabnya Al-Muntazim:

Ibrahim An-Nakha'i adalah  buta mata sebelah sementara Sulaiman bin A'masy pula rabun kedua-dua matanya.

Ibrahim An-Nakha'i berkata kepada Sulaiman bin A'masy : Wahai Sulaiman, kau ikut jalan lain dan aku ikut jalan lain! Aku bimbang kalau kita jalan bersama-sama, nanti orang ramai yang melihat kita akan mengatakan orang buta sebelah mata memimpin ornag rabun. Mereka akan mengumpati kita dan mereka mendapat dosa.

Sulaiman A'masy pun berkata: Oh Abu Imran, apa yang kau nak kisahkan. Mereka menuai dosa sedangkan kita menuai pahala.

Lalu kata Ibrahim an-Nkha'i: Subhanalah!, adalah lebih baik kita selamat dari dosa dan mereka pun selamat dari dosa  daripada kita dapat pahala sedangkan mereka berdosa!

Pada masa kini, kita sering dengar ornag mengungkapkan kata-kata bila mereka dicela di media sosial lantara ulah yang dibuatnya:

" Tak apa, mereka kata kepada saya, mereka dapat dosa sedangkan saya dapat pahala!".


Seorang melakukan sesuatu yang mengundang celaan orang, Lalu bila orang mencela, mengata dan mengejinya, dia beranggapan bahawa dia dapat pahala. Di manakah nilai cinta dan kasih kepada saudara muslim kalau begitu sikapnya?


Kalau kasih kepada saudara muslim, bukan dia bergembira dengan umpat keji orang kepadanya. Patutnya, dia cari jalan mengelakkan diri daripada menjadi mangsa celaan orang!

Read more...

TUDUHAN YANG TIDAK MELIBATKAN ZINA BUKANLAH QAZAF

July 19, 2022

Jika seandainya seseorang menuduh orang lain dengan tuduhan melakukan perbuatan fasiq seperti khulwat, minum araq, mencuri, berciuman , menonton video lucah dan seumpanya, maka tuduhan itu bukanlah termasuk dalam jenayah Qozaf. Tidak perlu bawa 4 orang saksi lelaki yang adil untuk membuyktikan tuduhan tersebut. Qozaf hanyalah bila tuduhan itu melibatkan tuduhan zina. Jika gagal bawa 4 saksi, maka penuduh boleh dihukum dengan hukuman 80 kali sebatan.

Tuduhan zina sangat berat kerana ia boleh membawa kepada hukuman hudud kepada yang dituduh jika tsabit.

Penjelasan mengenai khususnya tuduhan ini bagi jenayah zina disebutkan dalam kiita-kitab fekah. Antaranya kitab fekah Hanafi seperti Al-jauharah aN-NIRAH FI Fiqhil Ahnaf (Bab jenayah Qozaf) 

جاء في الجوهرة النيرة في فقه الأحناف (باب حد القذف): الأصل فيه قوله تعالى: وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء. والمراد بالرمي الرمي بالزنا بالإجماع دون الرمي بغيره من الفسوق، والكفر وسائر المعاصي وفي النص إشارة إليه وهو اشتراط أربعة من الشهود وذلك مختص بالزنا.


Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP