TOLAK 10 , TOLAK 9
August 31, 2022
Telah bersepakat para lama ahli sunnah atas keutamaan 10 sahabat yang dikhabarkan berita gembira bahawa mereka ahli syurga. Telah masyhurlah kelebihan dan manaqib mereka. Siapakah yang lebih jahil daripada mereka yang tidak mahu mengakui angka 10 itu ? Atau mereka yang enggan mengiktiraf 10 orang dari kalangan mereka? Mereka membenci sahabat-sahabat terbaik nabi Muhammad SAW. Sahabat-sahabat yang disaksikan untuk mereka syurga Allah SWT. Dalam masa yang sama mereka mengecualikan saidina ali bin Abi Talib. Ironinya , mereka mengangkat 9 pemimpin sedangkanmereka membenci 9 daripada 10. Mereka marah dan benci kepada seluruh muhajirin dan ansar. Padahal golongan itulah yang merupakan golongan awal masuk Islam. Merekalah yang telah berbai'ah di bawah sepohon kayu dengan Rasulullah SAW.
Merekalah yang Allah firmankan dalam Al-Quran , Surah Al-Fath: Ayat 18:
Sesungguhnya telah sabit satu hadis saheh dalam Saheh Muslim diriwayatkan sahabat nabi Jabir R.A bahawa nabi SAW bersabda: