Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

January 7, 2011

SOLAT JUMUAT PERTAMA

7 Jan, Taman Fajar, Sandakan- Solat Jumuat pertama telah diadakan pada hari di Surau Taman Fajar yang kini dikenali sebagai Masjid Taman Fajar, Sandakan. Perjuangan bertahun untuk mendapatkan pengiktirafan dan kebenaran daripada Jabatan Mufti Sabah bagi melaksanakan solat Jumuat di Masjid Al-Fajar, akhirnya berjaya. Ruang solat yang disediakan pada hari ini penuh dan kehadiran jemaah adalah memberangsangkan. Sebahagian besar adalah murid-murid dari SMK Fajar.

September 16, 2009

Kecurian Motosikal Menjelang Aidil Fitri

Tanggal 14 hb September lalu, berlaku kecurian motosikal milik ust Azli dari lorong 9, Taman Fajar. Menurut sumber-sumber cerita, kehilangan tersebut berlaku tengahari. Usta Azli yang pulang dari sekolah pada hari itu, berada dalam rumahnya dan menyedari kehilangan motosikalnya beberapa ketika kemudian apabila melihat tidak ada di luar. Satu laporan polis telah dibuat berikutan kehilangan tersebut.

Di samping itu, solat hajat telah dilakukan agar Allah merungkai musibah itu. Alhamdulillah, esoknya motosikal itu telah ditemui di kawasan hutan berhampiran pejabat pertanian pinggir Taman Fajar. Menurut sumber cerita, ia ditemui oleh seorang petugas pemotong rumput yang curiga dengan keberadaan motosikal di kawasan tersebut untuk satu jangka masa yang lama. Dikatakan beliau telah melihat sekumpulan kira-kira 3 orang pelajar sekolah berada di tepi motosikal tersebut dan kemudian apabila motosikal itu terus berada di situ beberapa jam kemudian, beliau telah menalifon polis.

Ust Azli, mangsa kecurian motor.

Begitulah kisahnya. Namun, pencurinya tidak dapat diberkas kerana tidak dapat dikenalpasti.

Terdahulu, rumah ust Zawari diberitakan dipecah masuk pencuri dan beliau kehilangan sejumlah wang dan sebuah unit Kamera Digital berharga lebih RM1000.00.

Adalah diharapkan masalah kecurian ini akan dapat diselasaikan dengan kerjasama warga setempat, pihak berkuasa disamping berdoa kepada Allah SWT.

CARI KANDUNGAN BLOG