Showing posts with label KITAB. Show all posts
Showing posts with label KITAB. Show all posts

November 18, 2020

TAFSIR AL-KABIR MUQATIL BIN SULAIMAN

Kitab tafsir ini penuh dengan riwayat Israiliyyat. Dalam kitab ini, Muqatil banyak mengambil riwayat daripada Abu 'Ismah Nuh bin Abi Maryam Al-Jami'.  Beliau adalah seorang yang dinisbahkan sebagai pendusta. Begitu juga diambil riwayat daripada Muqatil Huzail bin Habib. Beliau lebihbaik daripada Nuh bin Abi Maryam tetapi tetap dinilai daif oleh para ulama rijal dan disifatkan sebagai Majhulul Hal.

March 21, 2020

KITAB DURRATUN NASIHIN


 Kitab Karya Uthman bin Hussain bin Ahmad As-Syakir Al-Khuwairi, seorang tokoh ulama kurun ke 13H. Kitab ini sempurna dikarang pada tahun 1224H. Beliau tinggal di Qastanitiniah, Turki pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid.

Syeikh Bin Baz ditanya mengenai kitab ini.  Beliau menjawab bahawa kitab ini penuh dengan hadis daif dan hadis maudhuk. Maka kitab ini tidak boleh dijadikan sandaran. Ulama hadis telah mengorbankan masa dan tenaga yang banyak untuk menapis hadis. Maka seharusnya kitab-kita yang telah dihasilkan dengan hadis-hadis saheh perlu dijadikan sandaran. Umpamanya kitab Saheh Bukhari dan Muslim, Kitab Sunan yang Empat, Mutaqal Akhbar oleh Ibn tamiyyah, Bulughul Maram oleh Ibn Hajar, Umdattul Hadis oleh Abd Ghani bin Abd Wahid Al-Muqaddisi, Riyadhus Solihin oleh Imam An-Nawawi, dan lain-lain kitab hadis yang diiktiraf oleh para ulama hadis.


هذا الكتاب لا يعتمد عليه، وهو يشتمل على أحاديث موضوعة وأحاديث ضعيفة لا يعتمد عليها، ومنها هذان الحديثان فإنهما لا أصل لهما، بل هما حديثان موضوعان مكذوبان على النبي ﷺ، فلا ينبغي أن يعتمد على هذا الكتاب وما أشبهه من الكتب التي تجمع الغث والسمين والموضوع والضعيف، فإن أحاديث الرسول عليه الصلاة والسلام قد خدمها العلماء من أئمة السنة وبينوا صحيحها من سقيمها.
 فينبغي للمؤمن أن يقتني الكتب الجيدة المفيدة مثل الصحيحين، وكتب السنن الأربع، ومنتقى الأخبار لابن تيمية، ورياض الصالحين للنووي، وبلوغ المرام للحافظ ابن حجر، وعمدة الحديث للحافظ عبدالغني بن عبدالواحد المقدسي، وأمثالها من الكتب المفيدة المعتمدة عند أهل العل

Rujuk:
مجموع فتاوى ومقالات الشيخ ابن باز (6/ 512)


September 9, 2019

Imam Az-Zahabi merendahkan ilmu warisan Ibn Arabi


Kata Imam Az-Zahabi:

" Demi, Allah, seorang muslim yang hidup jahil (daripada ilmu tasawwuf falsawi) mengekori lembu, tak tahu apa-apa tentang ilmu itu, hanya hafaz beberapa ayat Quran yang membolehkan dia solat , dia beriman dengan Allah dan hari akhirat, itu terlebih baik baginya daripada ilmu dan hakikat ini yang mana ahlinya itu baca beratus kitab  dan beramal dengan beratus khulwah".

Ini pula catatan Ibn Hajar Al-Asqolani dalam Lisanul Mizan:



Rujuk Kitab:

كتاب ابن عربي الصوفي في ميزان البحث والتحقيق

KITAB TOBAQATUL AULIYA

Dikarang oleh Ibn Mulaqqin. Nasma beliau yang sebenar ialah Sirajuddin bin Umar bin Ali bin Mulaqqin.

سراج الدين عمر بن علي بن أحمد


Bermazhab Syafie.

Manhaj Asy'ari

karang kitab Asybah Wan Nazoir


June 16, 2019

MU'AWIYYAH ADALAH SAHABAT NABI -ADIL

Ulamak Ahli Sunnah berijmak bahaw asemua sahabat nabi adil belaka sama ada yang terjerumus ke dalam fitnah  pada zaman khalifah Ali atau tidak. Kerana itu Muawiyah adalah adil. Namun, masalah Mu'awiyah ini telah membuatkan ramai orang tergelicir dalam menilainya. kalaupun tidak mencelanya seperti kelakuan para Rafidhah, mereka mengambil mendekatan tawaqquf dan tidak mahu menjazamkan prinsip keadilan sahabat atasnya. Bahkan kata-kata yang disandarkan kepadanya bernada perlecehan seperti melenbelkannya sebagai lewat Islam, Tulaqa dan sebagainya.

Sila baca kitab Raddul Buhtan 'An Mu'awiyah bin Abi Sufyan karya Abdullah Az-Zahabi.


CARI KANDUNGAN BLOG