CARI KANDUNGAN BLOG

KESESATAN JAHILIYYAH

July 25, 2019

Daurah 146
Surau Al-Awwam
24 Julai 2019

Surah Al-An'am: 138-142

1) Allah menceritakan contoh-contoh kebodohan masyarakat Jahiliyyah.

a) Mereka mengharamkan haiwan ternakan dan tanama tertentu atas mereka dengan alasan ia dikhususkan untuk berhala. 

b) Mereka membuat peraturan jenis-jenis haiwan tertentu untuk lelaki dan perempuan

c) Mereka membunuh anak perempuan mereka atas dasar kebodohan mereka.

2) Orang pertama yang melakukan "wa'dul banaat" adalah Qais bin 'Aseem At-Tamimi.

Ada juga yang suka menyelamatkan anak perempuan daripada ditanam hidup-hidup. Beliau adalah So'so'ah bin Najiyah, datuk kepada Farazdaq, seorang penyair terkenal zaman awal Islam. Beliau dikatakan pernah menyelamat sekitar 300-400 anak perempuan.


3) Ayat 141 Surah Al-An'am menjadi dalil bagi Imam Abu Hanifah bahawa segalah hasil bumi yang tumbuh dan mengeluarkan hasil perlu dizakatkan. Ini berbeza dengan Jumhur yang membataskan kepada jenis tertentu sahaja.

4) Tipudaya Syaitan yang menyebabkan timbul pengharaman haiwan ternaakan yang halal itu. Syaitan ingin menyusahkan manusia. Syaitan buatkan manusia terbatas. Syaitan juga buatkan manusia membazir. Ifrat dan tafrit dalah olah Syaitan. Yang diajar nabi daripada Allah adalah tawassut



BAINA IFRAT WAT TAFRIT AT-TAWASSUT

Read more...

KISAH OLEH IBN AL-MUNKADIR

July 24, 2019

Sebuah kisah diceritakan oleh Ibn Al-Munkadir dan cerita ini terdapat dalam kitab Sifatus Sofwah karya Ibn Al-Jauzi. 

Penceritanya adalah Ibn Al-Munkadir. Katanya dalam masjid nabawi, dia ada satu tiang yang dia selalu solat di belakangnya. Satu ketika Madinah dilanda kemarau dan orang pun keluar solat minta hujan. Tapi hujan tak turun. Satu malam, lepas solat Insya, Ibn Al-Munkadir solat di belakang tiang tersebut, datanglah seornag lelaki masuk solat. Lepas solat dia berdoa:

" Ya Allah, Orang ramai telah keluar solat minta hujan tapi hujan tak turun. Aku bersumpah dengan namaMu, turunkanlah hujan."

Ibn Al-Munkadir , dalam hatinya berkata: Gila orang ini. Namun sebelum sempat dia menjatuhkan tangannya, kedengaran suara guruh berdetum. Hujan pun turun dengan lebatnya.

Lelaki itu pun berkata: "Siapalah aku wahai Tuhan, sehingga kau maqbulkan doaku...?"

Lantas lelaki itu bangun berdiri dan mula solat sehingga masuk Subuh. Selepas solat jemaah Subuh diapun keluar. Ibn Al-Munkadir ikut belakang untuk tahu rumahnya.

Malam esok dia datang lagi. Demikianlah seperti sbelumnya.

Ibn Al-Munkadir pun ikut daripada belakang untuk tahu ruhamnya. Ketika waktu duha diapun pergilah kepada lelaki itu. Rupanya dia tukang kasut. Ibn Al-Munkadir pun tegur dan tanya pasalnya ibadatnya semalam. Dia sangat terkejut dan terdiam.

Sejak kejadian itu dia hilang. Bila Muhamamd Al-Munkadir menyusuli ke rumahnya, orang di sana kata dia sudah pindah.


Read more...

ABDUL RAHMAN BIN ZAID BIN ASLAM

Pada satu musim haji, di zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar, Umar Al-Khattab telah membeli seorang hamba di Kota makkah bernama Aslam. Ahli sejarah berbeza tentang asal Aslam. Ada kata dia berbangsa Habsyi. Ada kata kata dia asal Yaman. Ada kata dia Asal Bani Adi berketurunan Quraisy.

Aslam mendapat keberuntungan daripada itu. Dia dapat berdamping dengan Umar, mengambil hadis daripada Abu Bakar dan Uthman bin Affan. Imam Az-Zahabi menyifatkannya dalam Siyar A'lam sebagai seorang imam yang faqih dna menjadi salah seorang perawi hadis dalam Sunnan Sittah.

Beliau meninggal tahun 80H.

Anaknya Zaid juga jadi alim dan perawi hadis. Az-Zahabi menyebutnya sebagai Al-Imam, Al-Qudwah, Al-Hujjah dan Al-Faqih.

Anak-anak kepada Zaid pula jadi jaguh dalam bidang hadis dan tafsir. Mereka ialah : Usamah, Abdullah dan Abdul Rahman.

Zaid bin Aslam meninggal tahun 136H.

Zaid bin Aslam tidak pernah bertemu Umar Al-Khattab dan tidak bertemu ramai kalangan sahabat yang lain . Maka hadis-hadis yang diriwayatnya daripada mereka adalah kebanyakan Mursal.

Banyak pengarang menulis "Zaid bin Aslam maula Umar Al-Khattab". Sebenarnya maksud pengarang adalah Aslam bukan Zaid. namun Jika Zaid pun dinisbahkan bsebagai Maula Umar, boleh juga kerana dia anak Aslam.

Abdul Rahman bin Aslam meninggal di Madinah di awal zaman pemerintahan Harun Ar-Rasyid (182H)

Dalam tafsir Al-Qurtubi, jika ditemui nama Ibn Zaid, itulah Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam maula Umar Al-Khattab. Namanya juga berlegar dalam kitab tafsir lain seperti Tafsir Abdurrazaq, As-Tsa'labi dll.

Abdul Rahman belajar dengan bapanya dan juga Ibn Al-Munkadir!


Read more...

IMAM SOLAT LEBIH RAKAAT

July 23, 2019

Berlaku kejadian dalam solat Jemaah, Imam solat telah terlebih daripada rakaat. Makmum di belakang sedar akan lebihnya rakaat itu. Apa yang perlu dibuat?


1) Makmum perlu menegurnya dengan menyebut "Subhanallah!".

2) Imam yang sedar kesilapannya itu hendaklah duduk semula dan baca tahiyyat serta Sujud Sahwi.

3) Jika Imam berasa yakin dia benar atau tambahan itu ada kewajaran lain seperti dia merasakan ada rakaatnya tidak sah; umpamanya tidak baca fatihah, imam itu boleh teruskan rakaat yang dikatakan lebih itu.


4) Namun, jika imam itu sedar dia silap menambahkan rakaat, tetapi dia tetap tidak kembali duduk, bahkan terus menyempurnakan rakaat yang lebih itu, BATAL lah solatnya.

5) Makmum tidak boleh sekali-kali sengaja dan sedar , bangun mengikut imam untuk rakaat yang lebih itu. Jika itu dilakukannya, batallah solatnya kerana menambahkan rakaat dengan sengaja.

6) Jika Imam tidak kembali duduk walaupun telah ditegur, makmum boleh kekal duduk menunggu imam menyelesaikan rakaatnya yang diyakininya itu (Makmum bersangka baik bahawa imam yakin atau ada alasannya kenapa tidak kembali duduk), atau niat mufaraqqah sahaja kalau makmum itu  mahu berbuat demikian.

7) Jika makmum masbuk dan dia sedar kesilapan imam, hendaklah dia duduk dan tidak bangun mengikut imam untuk rakaat yang silap itu.
8) Jika makmum masbuk bangun ikut imam dalam keadaan dia sedar imam silap, maka batallah solat makmum masbuk tadi.
9) Namun, jika makmum masbuk tidak tahu kesilapan imam atau jahil tentang apa yang perlu dibuat dalam situasi itu, lalu dia ikut imam pada rakaat yang lebih itu, maka solatnya masih sah. Tidak perlu lagi dia menambah rakaat selepas imam beri salam. Rakaatnya bersama rakaat tambahan imam itu dikira.

10) Dalam semua kes yang berlaku, bila imam Sujud Sahwi, makmum yang masih belum mufaraqah dengan Imam perlu turut sama Sujud Sahwi.

Read more...

IYASY BIN ABI RABI'AH

July 22, 2019

Beliau tergolong kalangan awal masuk Islam. Beliau saudara seibu kepada Abu Jahal.

Beliau masuk Islam sebelum nabi menjadikan rumah Al-Arqam sebagai markaz dakwah.

Beliau berhijrah ke madinah bersama Umar Al-Khattab.

Abu Jahal datang Madinah dan tipu Iyasy, kata emaknya sakit. Emaknya mogok tak mahu bersikat rambut dan berteduh. Umar bagi nasihat tapi Iyasy pilih untuk balik ke Mekah ikut Abu Jahal. Sampai di baida', dia diikat dan dipukul.  Dia dibawa balik ke Mekah dalam keadaan terikat dan dikurung.

Dalam masa disiksa inilah Al-Harist mengeluarkan kata-kata menghinanya:

" Wahai Iyasy, kalau aku jadi kamu sedang ikut petunjuk, sesungguhnya petunjuk itu telah meninggalkan engkau. Jika ia sesat, maka aku lebih rela sesat".

Iyasy bersumpah kalau jumpa Al-Harits di tempat yang tersembunyi, dia akan membunuhnya.

Al-Harits masuk Islam kemudiannya dan dia berhijrah ke Madinah tanpa sepengetahuan Iyasy.

Beliau tersilap membunuh Al-Harith bin Yazid yang ada sejarah hitam bersamanya masa Iyasy disiksa.Pada sangkaannya, Al-Harith itu masih lagi kafir. Kerana peristiwa silap bunuh itulah, turunnya Ayat Quran, Surah An-Nisak: 92:

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ أَنْ يَقْتُلَ مُؤْمِنًا إِلَّا خَطَأً وَمَنْ قَتَلَ مُؤْمِنًا خَطَأً فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُؤْمِنَةٍ وَدِيَةٌ مُسَلَّمَةٌ إِلَى أَهْلِهِ إِلَّا أَنْ يَصَّدَّقُوا فَإِنْ كَانَ مِنْ قَوْمٍ عَدُوٍّ لَكُمْ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُؤْمِنَةٍ وَإِنْ كَانَ مِنْ قَوْمٍ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ مِيثَاقٌ فَدِيَةٌ مُسَلَّمَةٌ إِلَى أَهْلِهِ وَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُؤْمِنَةٍ فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ تَوْبَةً مِنَ اللهِ وَكَانَ اللهُ عَلِيمًا حَكِيمًا

Iyasy mati tahun 15 H pada zaman pemerintahan Khalifah Umar. 

Read more...

'AMRU BIN ABD WUD AL-'AMIRI AL-QURSYI

Beliau adalah pahlawan Arab yang dianggap paling berani dan ditakuti di zaman Jahiliah. 

Nama timangan adalah Pahlawan Yalil ( Pahlawan Malam) kerana kegagahannya mengalahkan kumpulan penyamun yang menyerang kumpulannya di malam hari. Ahli kumpulannya lari sedangkan dia sendirian dapat menewaskan gerombolan penyamun itu.

Semasa perang Khandak, beliau bersama 4 orang lagi soldadu Quraisy menyemberang parit. Beliau mencabar tentangan daripada pihak muslimin. Ali bin Abi Talib menyahut cabarannya. Berlaku pertarungan dan Ali berjaya membunuhnya.

Ternyata, Ali lebih tinggi kepahlawanannya daripada 'Amru bin Abd Wud itu!


Read more...

KEDUSTAAN CERITA UMAR TANAM ANAK PEREMPUAN

July 18, 2019

Daurah Siri ke 145 ( tafsir Surah 132-137) 

Kandungan:

  1. Amal kebaikan ada darajat dan amal jahat ada darakat.
  2. Sifat Ketuhanan: Istighna dan Iftiqar
  3. Maksud Allah menggantikan kaum yang lain 
  4. Sikap double standard kaum musyrikin terhadap Allah dan berhala sembahan mereka ketika melakukan korban.
  5. Amalan "Wa'dul Banat" adalah natijah daripada kepercayaan Syirik .


Daurah Al-Quran semalam, aku juga menyebutkan isu ini:
 
Riwayat yang menyebut bahawa Umar pernah membunuh anak perempuannya pada masa Jahiliyyah adalah riwayat palsu yang ditanam oleh orang Syiah zaman dahulu untuk memburukkan keperibadian Umar Al--Khattab. Kepalsuan riwayat ini adalah berdasarkan beberapa hujjah:

1) Dalam Al-Bidayah Wan Nihayah (7/156) disebutkan riwayat jalan Al-Waqidi, Ibn Kalbi dan lain lain bahawa Umar telah berkahwin dengan Zainab binti Maz'un dan lahirlah anak iaitu Abdulah, Abdul Rahman Al-Akbar dan Hafsah. Kelahiran Hafsah sebagai anak perempuan  sulung Umar Al-Khattab adalah 5 tahun sebelum tahun kenabian. Bagaimana anak sulung tidak dibunuh dan anak seterusnya dibnunuh pula?

2) Umar ada adik perempuan bernama Fatimah yang berkahwin dengan Said bin Zaid r.a yang diceritakan mengenai mereka dalam kisah keislaman Umar. Keluarga Umar adalah daripada kabilah Bani 'Adi yang tidak diriwayatkan pernah membuat pembunuhan anak perempuan.

3) Hadis riwayat Nu'man bin Basyir:

عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رضي الله عنه؛ سئل عن قَوْلِ اللهِ تعالى: ﴿وَإِذَا الْمَوْءُودَةُ سُئِلَتْ ۞ بِأَيِّ ذَنْبٍ قُتِلَتْ﴾ [التكوير: 8-9]، قَالَ: جَاءَ قَيْسُ بْنُ عَاصِمٍ إِلَى رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عليه وآله وسلم فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ، إِنِّي وَأَدْتُ بَنَاتٍ لِي فِي الْجَاهِلِيَّةِ، فَقَالَ: «أَعْتِقْ عَنْ كُلِّ وَاحِدَةٍ مِنْهُنَّ رَقَبَةً». قَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ، إِنِّي صَاحِبُ إِبِلٍ؟ قَالَ: «فَانْحَرْ عَنْ كُلِّ وَاحِدَةٍ مِنْهُنَّ بَدَنَةً» رواه البزار.

Soalan tambahan ditanya:

Apakah perlu makmum yang melihat najis di kaki Imam memaklumkan kepadanya? Apakah hukum solat imam itu setelah diberitahu?

Benarkan  wanita yang solat berjemaah di belakang tirai dalam Surau tidak sah tetapi sah jika dalam masjid??
 
 

Read more...

AZALI, ABADI, AMADI DAN SARMADI

July 17, 2019

Kuliah Tafsir semalam, di Masjid Al-Muhtadin, Sungai Seluang. Saya menyampaikan tafsir  Surah Al-Qosas. Antara lain berkisar pada ayat 71 dan 72 di mana Allah menyebutkan tentang kejadian malam dan siang yang sifatnya bersilih ganti. Seandainya Allah jadikan malam atau siang itu sarmadi, maka siapakan yang mampu menukarkan keadaannya agar tidak sarmadi.

Apakah maksud sarmadi?

Dalam hal ini, ada empat kalimah yang berbeza maksudnya, bercakap mengenai tempoh masa.. Empat kalimah tersebut adalah:

Azali: membawa maksud sesuatu yang tiada permulaan.
Abadi: Iaitu sesuatu yang tiada kesudahannya.
Sarmadi: Sesuatu yang tiada permulaan dan tiada kesudahannya.
Amadi: Sesuatu yang ada permulaan dan ada kesudahannya.

Maka, yang Sarmadi itu hanyalah Allah SWT. Yang Azali itu juga Allah. Yang Abadi itu pun Allah Tetapi Selain Allah, akhirat juga abadi. Nerakanya dan syurganya abadi. Menghimpunkan kedua-dua keadaan itu, Sarmadi, tentunya semata-mata Allah SWT. Yang Amadi itu, dunia inilah. Diciptakan ada pemulaan dan ada kesudahannya.

Read more...

BERI PAHALA KALAU TIDAK DAPAT BERIKAN YANG LAIN.

July 9, 2019



Seorang lelaki didatangi pengemis lalu dia minta orang gajinya bawakan secupak gandum buat sang pengemis. Namun orang gajinya mengatakan mereka tiada lagi gandum di rumah. Diminta bawa duit, duit pun tiada. Disuruh bawa makanan (roti), pun tak ada. 

Lalu kata lelaki: Beramsuslah wahai orang fasik yang keji!

Pengemis keheranan: Subhanallah...kamu tak berikan apa-apa tetapi mencemuhku pula?

Kata lelaki: Justeru aku berikan kamu pahala.

Read more...

Kultus orang mati di kalangan Sufi

July 5, 2019

1) Akidah Raj'ah

Berawal daripada pegangan Rafidhah, ia meresap ke dalam kalangan sufi dan menjadi kepercayaan mereka bahawa para wali tidak mati bahkan akan kembali semula . 

Kita telah tahu bahawa Raj'ah merupakan salah satu tunggak keimanan Syiah-Rafidhah. Mereka meyakini bahawa Orang mati akan bangkit semula ke dunia ini sebelum Kiamat.. Mereka meletakkan imam-imam mereka sebagai orang yang akan mengalami Raj'ah. AL-Mahdi Muntazor akan keluar memimpin para imam Raj'ah itu membuat pembalasan ke atas musuh-musuh Syiah.

Pemikiran ini masuk ke dunia kesufian. Mereka yang menyelak turath tokoh Sufi akan menemui kepercayaan ini.  Dunia Sufi telah dipengaruhi akidah Syiah dalam aspek "ismah", Ilmu Ghaib dan lain-lain lagi.

Akidah raj'ah yang menjadi anutan dalam kesufian ini diambil daripada Syiah, bahkan Sufi telah meluaskan lagi , lebih daripada apa yang Syiah pegang. Sytiah hanya mentapkan Raj'ah berlaku pada individu-individu tertentu sahaja, tetapi Sufi  meluaskan kepada ramai yang lain yang namanya tidka terhitung.

Orang Sufi, bila mati seornag wali Allah mereka, dia tidak disebut sebagai mati. Dalam kitab-kitab mereka serta ucapan mereka, dia disebut sebagai" telah hilanglah"" telah pergi haji" dsb.

Orang Syiah beranggapan Ali tidak mati dan Almahdi akan muncul, demikianlah pula di kalangan Sufi. 

Petikan daripada apa yang ditulis oleh Syeikh Ali bin Muhammad Wafa: Ali bin Abi Tolib itui diangkat ke langit sebagaimana nabi Isa diangkat ke langit. Beliau akan turun sebagaimana turunnya nabi Isa. Kata-kata ini dinaqal oleh Abd wahab Sya'rani dengan ta'liq:" demikianlah kata Saidi Ali Al-Khawas".
 

Jika dalam masalah imam Mahdi, Syiah bernaggapan bahawa Imam Mahdi itu ghaib dan akan muncul semula, demikianlah pula orang Sufi. kata Syeikh Afdholuddin dalam menjawab soalan yang bertanyanya tentang martabat guru-guru yang muncul di Mesir pada kurun yang ke-10 yang menghuni Zawaya:  " Sesungguhnya telah berhimpunlah sesetengah darupada Syeikh itu dengan Al-mahdi dan Almahdi memberitahu waktu akan munculnya".

Imam Mahdi bukan lahir macam biasa tetapi telah ada , cuma belum muncul.

mahdi mana yang dimaksudkan? Itulah Mahdi Syiah!

Daripada akidah Raj'ah ini, dibinalah beberapa keyakinan yang bertujuan memperkuatkannya iaitu:

1) Pegangan bahawa Nabi SAW boleh ditemui secara Yaqazoh.

Berjumpa dengan nabi secara Yaqozoh ini menjadi pegangan Jumhur Ahli Sufi zaman dulu dan semua yang bergiat di zaman kini. 

# Jika ada ahli Sufi yang tidak pegang keyakinan ini, ertinya mereka bukan di atas jalan para ahli Sufi silam itu. 

Kata Abu Al-Abbas Al-Qussob: Nabi Muhammad tidak pernah mati. Yang mati adalah persediaan kamu supaya kamu dapat melihatnya dengan mata hatimu". Rujuk Tazkiratul Auliyaa (2/185)


Read more...

KEPERCAYAAN PENGKULTUSAN WALI DALAM DUNIA KESUFIAN

Rujuk Kitab : Taqdis Al-Asykhas Fi Al-Fikru As-Sufi  Karya Muhammad Ahmad Luj

 1) Para Wali boleh berada di tempat yang berbagai-bagai dalam satu masa.

Contoh: Telah menceritakan As-Sya'rani  ketika menjelaskan terjemah seorang yang bernama Syeikh Hussain Abi Ali:  Adapun Syeikh ini adalah dari kalangan orang Arifin yang sempurna  dan juga Orang yang menguasai daerah-derah.  Dia banyak berlegar....

Sya'rani bertanya kepada gurunya Syeikh Ali Al-Khawas: Apakah seseorang wali itu diambil nkira apa yang dia lakukan melalui tubuh jelmaannya atau hanya dikira tubuh asli sahaja? Syeikhnya menjawab bahawa semua tubuhnya itu  diberi pahala berasingan sekalipun sampi seribu.

2) Khayalan wali menjadi kenyataan walaupun perkara itu mustahil.

3) Para wali boleh menyalahi Syariat

Cerita dalam kitab sufi menunjukkan bahawa terdapat Syeikh Sufi yang tak solat tetapi perbuatan itu dihalalkan dengan alasan yang tidka masuk akal. Umpamanya apa yang ditulis oleh Sya'rani tentang Syeikh Ibrahim Al-Mabtuli: Beliau selalu solat Zuhur di masjid Putih di Ramallah dan para ulama yang melihatnya selalu mengatakannya tidak solat  kerana mereka tidak nampak dia solat di sisi mereka.  

#Dalam pemikiran Sufi ada Bukit Qaf. Apa itu bukit Qaf? Bahkan ada Bukit Ain dan ada bukit Sod!  Itu adalah gunung ganang yang berada di bumi lapisan bawah! Bukit Qaf mengelingi bumi ini sedangkan bumi-bumi lain yangbawa itu ada bukit-bukit lain . Bukit Qaf adalah yang paling kecil antara bukit-bukit lain itu.

Kerana itu, perbuatan menyalahi Syariat para Syeikh Sufi hendaklah sentiasa dita'wil. Jika dia tidak solat Jumaat misalnya, hendaklah dita'wil bahawa dia solat di tempat lain. Jika dia buat benda haram seperti zina, minum arak dna cakap dusta, hendaklah dita;wil bahawa itu cuma gambaran khayalan dan bukan hakikat. Sesiapa yang masih menimbangkan perbuatan mereka dengan Zohior Syariat, maka orang itu akan menanggung kerugian dunia dan akhirat.

4) Para Wali mengetahui perkara Ghaib

Mereka tahu apa yang ditulis oleh Qolam di Lauh Mahfuz. (Rujuk Al-Jawahir Waddur :Ms 210)

5)  Para wali ada kehebatan kalimah "Kun Fa Yakun".

Syeikh Idris bin Al-Arbab kata : Darjat para wali itu ada 3 iaitu: Ulya, Wusta dan Sughra.

Wali Sughra mampu terbang di udara, berjalan di atas air dan mengkhabarkan hal-hal ghabib
Wali Wusta pula mempunya kuasa penciptaan  (kauniyyah) iaitu kuasa kalimah "Kun Fa yakun".
Wali Kubra pula yang berada pada darjat Qutbaniyyah

6) Para Wali mestilah dapat dilihat karamat zahiriyyah padanya.

Siapa yang zahir karamahnya, dialah wali. kalau tak zohir bukan wali.  

7) Para wali disifatkan dengan sifat-sifat ketuhanan.

Syeikh Tijani menyebutkan tentang hal ini dan boleh dilihat dalam terjemahnya: Katanya: Kerana sfatnya  adalah sifat-kesifat ketuhanan. Dia telah membebaskan diri daripada sifat kemanusiaan sebagaimana kambing dilapah keluar kkulitnya".
(Rujuk Jawahirul Ma'ani: (2/76)

8 ) Pangkat kewalian itu boleh diberikan melalui anugerah wali utama kepada wali peringkat rendah.

Macam dekan Universiti anugerah ijazah kepada pelajar. Macam guru silat anugerah tili pinggang hijau, merah dan hitam kepada murid yang lulus! ( tambahan pent)

Syeikh Tijani sendiri mendakwa bahawa dia memperolehi kewalian pangkat Qutbaniyyah itu sebagai hadiah daripada Syeikh Muhammad Al-Kurdi. Kononnya, dia bermusafir ke Kaherah bertemu Syeikh itu lalu dia dia ditanya: Apa yang kau mahu? Tijani menjawab: Aku mahu pangkat Qutbaniyyah yang Uzma. Syeikh itu pun berkata: Bagimu lebih daripada itu!  Tijani bertanya lagi: Di atas daripadamu sendiri?  kata Syeikh itu: Ya!
(Rujuk Jawahirul Ma'ani: 1/46)

9) Para Wali boleh bertemu dengan nabi SAW secara "Yaqazoh".

Di kalangan para Sufi , tertera dalam karya -karya mereka , kisa bertemu dengan nabi SAW secaraq Yaqazoh ini.

Melalui pertemuaan secara yaqozoh (jaga) ini mereka boleh mensahehkan sesebuah hadis dengan bertanya langsung kepada nabi. Mereka juga boleh mendaifkan atau mamaudhukkan hadis saheh dengan alasan telah beryaqazoh dan menyoal nabi mengenainya.

10) Para Wali ada penamat (Khatam) sebagaimana para nabi ada Khatamun Nubuwwah (Nabi SAW)

Pemikiran ini dimulakan oleh seorang yang bernama Al-hakim At-Turmizi yang hidup pada kurun ke-3 H

banyaklah  pula yang mengakui jadi penutup para wali.

bahkan mereka mendakwa para wali lebih hebat daripada para nabi.








Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP