CARI KANDUNGAN BLOG

ANAK-ANAK UBAIRAQ

January 9, 2018

Firman Allah dalam Surah An-Nisak, Ayat 105:


إِنَّا أَنزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ بِمَا أَرَاكَ اللَّهُ ۚ وَلَا تَكُن لِّلْخَائِنِينَ خَصِيمًا



Sesungguhnya kami Telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang Telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi pembela  orang-orang yang khianat.

Berhubung dengan ayat ini, Imam Al-Qurtubi menyebutkan dalam tafsirnya kisah anak-anak Ubairaq. Mereka adalah 3 orang iaitu Basyar , Basyir dan Mubasyyar. Mereka telah membuat satu komplot mencuri barang kepunyaan Rifa'ah bin Zaid yang tersimpan dalam guni tepung. Turut bersama mereka adalah sepupu mereka yang bernama Asir bin Urwah. Barang yang mereka curi adalah baju besi yang guni tepung. Ada riwayat menyebutkan bahawa yang menjadi tukang curi ini hanyalah Basyir sahaja yang digelar Abu Tu'mah. 

Apabila barang itu hilang dari rumah Rifa'ah bin Zaid, anak saudaranya yang beranam Qotadah bin Nu'man pun mengadu kepada Rasulullah SAW. Hal itu disiasat dan didapati ada jejeran tepung dari rumah Rifa'ah ke rumah Ibn Ubairaq. Lalu, bagi menutup jenayah mereka, Abu Tu'mah telah menyembunyikan barang curian itu di rumah seorang jiran Yahudi bernama Zaid bin Samin. Apabila disiasat hingga ke rumah Zaid bin Samin, didapati barang itu ada di rumahnya. Maka Zaid bin samin pun jadi kambing hitam. 

Allah menurunkan wahyu untuk Rasulullah  , menjelaskan pengkhianatan Tu'mah bin Ubairaq itu. Kerana sudah kedapatan, Tu'mah lari meninggalkan Madinah dan ke Mekah. Dia menjadi murtad, atau sememangnya dia tidka pernah Islam kerana menyimpan nifaq. Di makkah dia menumpang di rumah Sulafah binti Sa'ad bin Syahid.

Hasan bin Tsabit mengarang Syair mencela Tu'mah dan Syair itu pun sampai kepada Sulafah. Sulafah pun merasa malu dan marah dengan Tu'mah. Dia menghalau Tu'mah dari rumahnya . Tu'mah pun lari ke Khaibar. Di sana, dia tidak dapat tinggalkan tabiat mencurinya. satu malam, waktu dia tengah memecah sebuah rumah, satu dinding jatuh menimpanya dan dia mati.

Tamatlah kisah Tu'mah bin Ubairaq. Dia mati dalam keadaan hina dan tergolong kalangan yang rugi.

Read more...

AL MAWARDI

January 5, 2018

Nama sebenarnya adalah Abu Al-Hasan Ali bin Muhamamd bin Habib Al- Basri Al Mawardi. Dia lebih lebih dikenali dengan panggilan Al-Mawardi. Panggilan itu adalah nisbah kepada pekerjaan keluarganya iaitu memproses dan memperniagakan air bunga mawar.

Beliau lahir di Basrah tahun 364H dan meninggal tahun 450H.

Antara karyanya dalam tafsir adalah An-naktu wal 'uyun. 

Taqiyyudin Ibn Solah menuduhnya muktazilah berdasarkan kandungan kitab tafsirnya itu.

Namun, Az-Zahabi menolak lebel itu ke atasnya dengan mengatakan: 

"Kalau semua orang alim kita cari kesalahannya, akan adalah kegelincirannya. Tidak akan selamat kecuali sedikit".

Ibn Kathir dalam Tobaqatul Fuqaha' As-Syafi'iyyin (Jil 1; ms 419) menyifatkan Ibn Solah menohmahnya dengan tuduhan muktazilah berdasarkan kitab tafsirnya itu.

Ibn Hajar Al-Asqolani menyatakan bahawa persamaan beberapa perkara antara Al-Mawardi dengan pegangan muktazilah bukan alasan untuk mengatakannya sebagai muktazilah, seperti kesepakatannya dengan prinsip mewajibkan berhukum dan beramal dengan apa yang ma'qul dan bukan manqul.

Bersambung lagi nanti....

Read more...

من الفتى؟

كن ابن من شئت واكتسب أدباً     يُغْنِيكَ مَحْمُودُهُ عَنِ النَّسَبِ
 فليس يغني الحسيب نسبته     بلا لسانٍ له ولا أدب
 إن الفتى من يقول ها أنا ذا     ليسَ الفَتَى مَنْ يقولُ كان أبي

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP