Showing posts with label Hukum. Show all posts
Showing posts with label Hukum. Show all posts

October 23, 2020

HUKUM LANDAK

 Telah ditanya Ibn Umar mengenai hukum makan landak. Beliau lalu membacakan ayat:

قُل لاَّ أَجِدُ فِي مَا أُوْحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّمًا عَلَى طَاعِمٍ يَطْعَمُهُ إِلاَّ أَن يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَمًا مَّسْفُوحًا أَوْ لَحْمَ خِنزِيرٍ الآية 

[الأنعام:145]

Lalu dikatakan kepadanya oleh seorang Syaikh, Abu Hurairah mengatakan rasulullah telah bersabda:

 إنه خبيث من الخبائث

 

Lalu, Ibn Umar pun berkata:

 إن كان رسول الله ﷺ قال ذلك، فهو كما قاله

Riwayat ini tekah didaifkan oleh Al-Baihaqi kerana Syaikh yang berkata itu adalah majhul. Ibn Umar pun tidak pula pula mengesahkannya. Beliau hanya berkata, "jika benar rasulullah berkata demikian, maka demikianlah hukumnya".

Kerana itu hukum landak adalah harus.

 


HUKUM MAKAN TUPAI



 

 
Isunya, apakah tupai sejenis haiwan yang termasuk dalam makna bertaring dan siba'?

Ulama berkhilaf tentang hukumnya. Bagi yang mengkategrikannya sebagai haiwan yang bertaring dan siba', mereka mengharamkannya seperti pandangan Mazhab maliki dan sebahagian fuqaha Mazhab Syafie dan Hambali. Bagi Mazhab Maliki, hukumnya adalah makruh.

Imam Nawawi dalam Al-Majmuk, Ibn Qudamah dalam Al-Mughni,  Khalil dalam At-Taudhih dan Al-Mardawi dalam Al-Insaf menghukumkannya sebagai halal dan boleh dimakan.

HUKUM MAKAN DAGING GAJAH

 

فقد ذهب جمهور أهل العلم إلى أن أكل لحم الفيل حرام، وذهب المالكية ومن وافقهم إلى أنه مكروه، وذلك لاختلافهم في مدلول النهي الوارد في الحديث الذي رواه البخاري ومسلم ومالك عن أبي ثعلبة: أن النبي صلى الله عليه وسلم نهى عن أكل كل ذي ناب من السباع، وكل ذي مخلب من الطيور. فحمله الجمهور على التحريم، وحمله المالكية على الكراهة.

قال العلامة خليل المالكي في مختصره: والمكروه: سبع، وضبع، وثعلب، وذيب، وهر...وفيل... قال شراحه: كره الحسن وغيره أكل الفيل لأنه ذو ناب، وهم للأسد أشد كراهة. ويجوز الانتفاع بعظمه وجسده ونابه إذا ذكي.

 

 

 



Menurut Jumhur (hanafi, syafie dan hambali), daging gajah haram dimakan kerana gajah digolongkan haiwan bertaring.



Menurut Maliki, hukum makan daging gajah adalah halal, namun makruh

Hukum Makan Musang menurut As-Syafie




وأما أكل الثعلب فقد اختلف أهل العلم في حكمه ، فمذهب أبي حنيفة والمشهور من مذهب أحمد أنه لا يحل أكله ، وهو قول عمرو بن دينار والزهري وابن المنذر محتجين بأنه من السباع ، وأما مالك فكره أكله ، وذهب الشافعي إلى أنه حلال ، وهو قول طاووس وقتادة وأبو ثور والليث وابن عيينة ، وإحدى الروايتين عن عطاء ، وقول لأحمد ، لأنه من الصيد الذي يفدى في الحرم والإحرام ، وهذا القول الأخير هو الراجح -والله أعلم- لأن الأخبار تضافرت عن النبي صلى الله عليه وسلم بالنهي عن أكل كل ذي ناب من السباع ، والمحرم هو ما جمع الوصفين : أن يكون له ناب ، وأن يكون من السباع العادية بطبعها ، كالأسد والذئب والنمر والفهد. والثعلب -وإن كان ذا ناب -إلا أنه ليس من السباع العادية ، فهو إذن كالضبع الذي أجاز النبي صلى الله عليه وسلم أكله مع أن له ناباً.
 
Pandangan Imam Syafie dan satu qaul dalam mazhab Hambali, musang hukumnya halal. Sama seperti dubuk. Walaupun musang ada taring, ia bukan binatang siba' ( pemangsa seperti singa, harimau dan seumpamanya)
 
Namun, mengikut mazhab Abu Hanifah dan satu qaul yang masyhur dalam hambali, musang diharamkan kerana ia digolongkan sebagai siba'.
 
Adapun pandangan Mazhab  Maliki menghukumkannya makruh.

October 7, 2019

MEMAKAI PAKAIAN BERWARNA MERAH

Apakah hukumnya memakai pakaian berwarna merah?

Tertadapat hadis yang menunjukkan bahawa ia dilarang tetapi hadis-hadis mengenai larangan tersebut semuanya tidak saheh.


Terdapat hadis-hadis saheh yang menunjukkan nabi SAW berpakaian merah, antaranya:

عن أبي جحيفة رضي الله عنه قال : رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم بمكة وهو بالأبطح في قبة حمراء من أدم ورأيت بلالا أخذ وضوء رسول الله صلى الله عليه وسلم ورأيت الناس يبتدرون ذاك الوضوء فمن أصاب منه شيئا تمسح به ومن لم يصب منه شيئا أخذ من بلل يد صاحبه ثم رأيت بلالا أخذ عنزة فركزها وخرج رسول الله صلى الله عليه وسلم في حلة حمراء مشمرا صلى إلى العنزة بالناس ركعتين ورأيت الناس والدواب يمرون من بين يدي العنزة. متفق عليه.

Bila wujud-wujud hadis yang melarang(walaupun daif), lalu terdapat pula hadis yang menunjukkan nabi mengamalkan apa yang dilarang tersebut, maka di kalangan ulama Usul, ia difahamkan bahawa larangan itu bermaksud makruh.

June 20, 2019

MUHALLIL YANG MENGHALALKAN PERTARUHAN

Sepuluh orang masuk pertandingan meniti atas jambatan pinang yang licin. Jambatan itu merentas di atas sebatang cerok (anak sungai kecil). Setiap orang yang masuk pertandingan tesebut kena bayar RM10. Maka pihak penganjur pertandingan ada RM100 hasil yuran yang dipungut. Untuk jadikan pertandingan itu mencabar, batang pinang itu dilumur minyak kelapa. Siapa yang boleh lepas ketika meniti batang pinang itu dialah pemenang. Jika tiada yang berjaya, maka tiadalah yang diberi hadiah,

Pertandingan sebegini ini satu perjudian. 

Agar ia tidak jatuh dalam perjudian, maka dari 10 peserta tadi, hendaklah 4 orang masuk tanpa dikenakan yuran penyertaan. Mereka yang 4 orang itu adalah peserta bebas yang sama kemampuan macam peserta lain. 4 Orang peserta itu adalah untuk melengkapkan 1/3 daripada penyertaan  hendaklah sebagai Muhallil

Mereka itulah yang dinamakan Muhallil dalam sayembara.

October 5, 2016

Hukum makan dubuk.


Disebutkan oleh Ibn Hajar Al-Asqalani dalam Fathul Bari:

جاء في الفتح لابن حجر ــ رحمه الله ــ:
[5530].....اخْتَلَفَ الْقَائِلُونَ بِالتَّحْرِيمِ فِي الْمُرَادِ بِمَا لَهُ نَابٌ فَقِيلَ إِنَّهُ مَا يَتَقَوَّى بِهِ وَيَصُولُ عَلَى غَيْرِهِ وَيَصْطَادُ وَيَعْدُو بِطَبْعِهِ غَالِبًا كَالْأَسَدِ وَالْفَهْدِ وَالصَّقْرِ وَالْعُقَابِ وَأَمَّا مَا لَا يَعْدُو كَالضَّبُعِ وَالثَّعْلَبِ فَلَا وَإِلَى هَذَا ذَهَبَ الشَّافِعِيُّ وَاللَّيْثُ وَمَنْ تَبِعَهُمَا وَقَدْ ورد فِي حمل الضَّبُعِ أَحَادِيثُ لَا بَأْسَ بِهَا وَأَمَّا الثَّعْلَبُ فَوَرَدَ فِي تَحْرِيمِهِ حَدِيثُ خُزَيْمَةَ بْنِ جَزْءٍ عِنْد التِّرْمِذِيّ وبن ماجة وَلَكِن سَنَده ضَعِيف .فتح الباري(657/9)

-Dubuk bukan termasuk dalam kumpulan "as-siba' "
- Ia tidak memburu mangsanya sepertimana biasanya singa, harimau dan burung helang.
-Sama seperti dubuk juga adalah musang.
-Pendapat yang mengatakan dubuk halal dimakan adalah As-Syafie, Al-Laithi dan mereka yang mengikut kedua-duanya.
-Terdapat hadis yang menyatakan dubuk adalah haiwan buruan.
-Hadis mengenai keharaman musang adalah daif.
-Pendapat yang yang mengatakan dubuk halal adalah pendapat teramai.
-Pendapat Hanafiyyah mengatakan ia haram sebab termasuk haiwan pemangsa.

July 7, 2016

Fidyah Puasa ( nota 3)

1) Nas-nas menyebutkan bahawa zakat fitrah, kafarat sumpah dan fidyah hendaklah dilangsaikan dengan mengeluarkannya dalam bentuk makanan yang menjadi asasi bagi penduduk dalam negeri.

2) Pendapat yang masyhur di kalangan Malikiah dan Syafi'iyyah ialah tidak harus mengerluarkan zakat fitrah, kifarat sumpah atau fidyah puasa selain dalam bentuk makanan sesuai dengan nas-nas yang menyebutkan tentangnya.

3) Pendapat yang mengharuskan kadar zakat, kifarat sumpah atau fidyah itu ditukarkan kepada nilai matawang adalah daripada pendapat ulama Hanafiah.

4) Bagi Imam Ahmad bin Hambal, beliau mengharuskan pada situasi tetentu dan melarangnya pada situasi yang lain. Kesimpulan pandangan itu dijelaskan oleh Ibn Taimiyyah dalam Fatawanya bahawa keharusan mengeluarkan dalam bentuk nilai matawang adalah jika ada hajat dan keperluan serta lebih baik bagi fakir dan miskin. Jika tidak, hendaklah ia dikeluarkan dalam bentuk makanan.

Ummat Islam di Malaysia telah mengeluarkan zakat fitrah dalam bentuk matawang. Dalam bab ini para Syafi'iyyun di Malaysia telah bertukar menjadi Hanafiyyun. Maka, jika zakat telah lepas, fidyah puasa bukanlah masalah lagi. Sesiapa yang telah keluarkan zakat pakai duit, jelaskanlah fidyah puasa yang ditinggalkan itu dengan duit juga. Jika dia masih istiqamah dengan pendapat dalam mazhab Syafi'i yang mensyaratkan Qut (ruji) maka dalam bab fidyah puasa ini seeloknya dia istiqamah.

Namun, umat Islam awam di manapun bukan pengikut mazhab 4 yang tulin. Mereka adalah pengikut pendapat yang dipilih oleh mufti yang berfatwa. Fenomena ini sudah berlangsung lama. Lebih menyerlah dalam zaman global merentas sempadan ini. Di Malaysia, dakwaan bahawa mazhab yang diamalkan dalam negeri-negeri tertentu sebagai Syafi'i telah dilonggarkan dan banyak sekali dilanggari.
Tidak mengapa...asal di bawah lembayung "Ahlul Sunnah Wal Jama'ah"

Fidyah Puasa ( nota 2)

Kadar Fidyah Puasa adalah dikhilafkan kalangan ulama:

1) Malikiah dan Syafi'iyyah mengatakan kadarnya adalah 1 Mud ( cupak) iaitu menyamai 750 gram. Ia adalah 1/4 So' (gantang) yang mana nilai adalah 3 Kg.


2) Hanafiah mengatakan kadar fidyah adalah 1 So' iaitu 1 gantang menyamai 3 Kg. Namun dibezakan antara kadar tamar dengan gandum yang mana gandum dan yang seumpamanya berkadar setengah gantang iaitu 1.5 Kg.

3) Hambaliah mengatakan bahawa kadar fidyah adalah setengah gantang iaitu 1.5 Kg kecuali bijirin seperti gandum dan seumpamanya maka kadarnya adalah secupak iaitu 750 kg.

Maka, berdasarkan pandangan di atas, fidyah puasa untuk negara Malaysia yang makanan rujinya adalah nasi, maka kadarnya adalah 750 gram beras bagi setiap hari yang ditinggalkan.

Fidyah Puasa ( nota 1)


1) Diharuskan bagi seorang yang berusia tua lalu lemah daripada puasa atau yang sakit tidak ada harapan sembuh untuk berbuka puasa Ramadhan.

2) Maka setiap hari yang ditinggalkan puasa itu digantikan dengan fidyah.


3) Kadar fidyah adalah khilaf kalangan ulama tetapi kadar satu cupak (750 gram) makanan yang menjadi ruji dalam negeri berkenaan adalah yang paling rajih.

4) Boleh juga masak makanan dan menjemput orang miskin memakannya seperti yang pernah dibuat oleh Anas bin Malik R.A.

5 ) Jika mahu berikan fidyah untuk semua hari yang ditinggalkan itu kepada satu orang miskin sahaja, tidak menjadi larangan.

CARI KANDUNGAN BLOG