Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

July 21, 2022

JANGANLAH BUATKAN ORANG MENCELA KITA

(نسلم ويسلمون خير من أن نؤجر ويأثمون)

" Kita selamat dan mereka selamat lebih baik daripada kita dapat pahala sedangkan mereka berdosa".

Ungkapan di atas diutarakan oleh Ibrahim An-Nakhai kepada Sulaiman bin A'masy pada satu hari tatkala mereka dalam perjalanan menuju ke sebuah  masjid di Kota Kufah.

Kisah ini diriwayatkan oleh Ibn Al-jauzi dalam kitabnya Al-Muntazim:

Ibrahim An-Nakha'i adalah  buta mata sebelah sementara Sulaiman bin A'masy pula rabun kedua-dua matanya.

Ibrahim An-Nakha'i berkata kepada Sulaiman bin A'masy : Wahai Sulaiman, kau ikut jalan lain dan aku ikut jalan lain! Aku bimbang kalau kita jalan bersama-sama, nanti orang ramai yang melihat kita akan mengatakan orang buta sebelah mata memimpin ornag rabun. Mereka akan mengumpati kita dan mereka mendapat dosa.

Sulaiman A'masy pun berkata: Oh Abu Imran, apa yang kau nak kisahkan. Mereka menuai dosa sedangkan kita menuai pahala.

Lalu kata Ibrahim an-Nkha'i: Subhanalah!, adalah lebih baik kita selamat dari dosa dan mereka pun selamat dari dosa  daripada kita dapat pahala sedangkan mereka berdosa!

Pada masa kini, kita sering dengar ornag mengungkapkan kata-kata bila mereka dicela di media sosial lantara ulah yang dibuatnya:

" Tak apa, mereka kata kepada saya, mereka dapat dosa sedangkan saya dapat pahala!".


Seorang melakukan sesuatu yang mengundang celaan orang, Lalu bila orang mencela, mengata dan mengejinya, dia beranggapan bahawa dia dapat pahala. Di manakah nilai cinta dan kasih kepada saudara muslim kalau begitu sikapnya?


Kalau kasih kepada saudara muslim, bukan dia bergembira dengan umpat keji orang kepadanya. Patutnya, dia cari jalan mengelakkan diri daripada menjadi mangsa celaan orang!

July 24, 2019

KISAH OLEH IBN AL-MUNKADIR

Sebuah kisah diceritakan oleh Ibn Al-Munkadir dan cerita ini terdapat dalam kitab Sifatus Sofwah karya Ibn Al-Jauzi. 

Penceritanya adalah Ibn Al-Munkadir. Katanya dalam masjid nabawi, dia ada satu tiang yang dia selalu solat di belakangnya. Satu ketika Madinah dilanda kemarau dan orang pun keluar solat minta hujan. Tapi hujan tak turun. Satu malam, lepas solat Insya, Ibn Al-Munkadir solat di belakang tiang tersebut, datanglah seornag lelaki masuk solat. Lepas solat dia berdoa:

" Ya Allah, Orang ramai telah keluar solat minta hujan tapi hujan tak turun. Aku bersumpah dengan namaMu, turunkanlah hujan."

Ibn Al-Munkadir , dalam hatinya berkata: Gila orang ini. Namun sebelum sempat dia menjatuhkan tangannya, kedengaran suara guruh berdetum. Hujan pun turun dengan lebatnya.

Lelaki itu pun berkata: "Siapalah aku wahai Tuhan, sehingga kau maqbulkan doaku...?"

Lantas lelaki itu bangun berdiri dan mula solat sehingga masuk Subuh. Selepas solat jemaah Subuh diapun keluar. Ibn Al-Munkadir ikut belakang untuk tahu rumahnya.

Malam esok dia datang lagi. Demikianlah seperti sbelumnya.

Ibn Al-Munkadir pun ikut daripada belakang untuk tahu ruhamnya. Ketika waktu duha diapun pergilah kepada lelaki itu. Rupanya dia tukang kasut. Ibn Al-Munkadir pun tegur dan tanya pasalnya ibadatnya semalam. Dia sangat terkejut dan terdiam.

Sejak kejadian itu dia hilang. Bila Muhamamd Al-Munkadir menyusuli ke rumahnya, orang di sana kata dia sudah pindah.


October 25, 2016

Ibn Jauzi Menjawab

Ibnu Jauzi, nama sebenarnya adalah Abu Al-Faraj Abdul Rahman bin Abi Al-Hasan bin Ali bin Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Hummadi bin Ahmad bin Jaafar Al-Jauzi Al-Qursyi At-Tayyimi Al-Bakri Al-Baghdadi, Faqih Hambali dan sasterawan dengan nama pena Jamaluddin.

Pada zaman Ibn Jauzi telah berlaku satu perbalahan antara kelompok Syiah dengan kelompok Sunni. Isunya ialah siapa yang lebih afdhal? Abu Bakar atau Ali bin Abi Talib. Ibn Jauzi telah menjawab dengan satu jawapan yang membuatkan kedua-dua pihak boleh menerima jawapan tersebut. Baik kelompok Syiah maupun kelompok sunni.

Katanya:

أفضلهما من كانت إبنته تحته

" Yang paling afdhal antara keduanya ialah siapa yang anak perempuanya di bawahnya".

Ibn Jauzi tidak menunggu pertanyaan susulan. Dia terus tinggalkan majlis itu selepas mengungkapkan jawapannya. Puak Syiah kata jawapan Ibn Jauzi bermaksud Ali yang lebih Afdhal kerana anak perempuan Rasulullah SAW iaitu Fatimah Az-Zahraa berada di bawah Ali bgin Abi Tali, iaitu sebagai isterinya. Tetapi kalangan Sunni pula berkata bahawa jawapan Ibn Jauzi itu bermaksud Abu Bakar yang lebi Afdhal kerana ana perempuan Abu Bakar iaitu Aisyah ummul mukminin yang berada di bawah Rasulullah SAW, iaitu sebagai isteri baginda.

Maka, jawapan Ibn jauzi tersebut mengandungi dua kemungkinan. Dan kemungkinan itu dipulangkan kepada yang bertanya untuk memahaminya. Jika dia menjawab secara terus, sudah tentulah akan ada pihak yang tidka berpuas hati. Sebuah pertikaian klasik yang tidak menampakkan hujungnya, tidak guna dijawab. Jawapan tidak akan menyelesaikan.

Namun, jika dinilai daripada aspek bahawa, iaitu dhomir "ha" dalam jawapan itu, tentulah Ibn jauzi bermaksud Abu Bakar As-Siddiq yang lebih afdhol kerana pertanyaan adalah antara Abu Bakar dan Ali dan bukan Rasulullullah SAW. Dalam jawapan tersebut ada dua dua kali ulangan dhomir "ha". Dhomir "ha' yang pertamalah merujuk kepada kepada maksud "siapa yang" yang menjadi pokok kepada jawapan yang dikehendaki.

Namun, kerana orang Syiah adalah kelompok bodoh yang otak fikiran mereka telah masuk ketaasuban melampau terhadap Ali, aspek ini tidka terlihat oleh pemikiran mereka.

Berlaku satu peristiwa yang lain, sebagaimana disebutkan oleh Ibn Khalikan. Satu pertanyaan dilontarkan kepada Ibn Jauzi.

" Manakah yang afdhol? Tasbih atau Istighfar?

Maka dijawab oleh Ibn Jauzi: " Pakaian kotor  lebih memerlukan sabun daripada wap!(strika lah tu)

Di samping kepintaran menjawab soalan-soalan dengan jawapan yang luar biasa, Ibn jauzi diriwayatkan ada satu kelemahan. Kata Ibn Rajab, itulah satu keaibannya. Dia seorang yang suka puji diri, angkat bakul sendiri dan memuliakan diri. Pun begitu, kata Ibn Rajab, dia memang ada apa yang dia banggakan itu bukan mengada-ada.

Antara ungkapan Syairnya yang mengandungi pujian terhadap diri ialah:

لو كان هذا  العلم شخصا  ناطقا....وسألته هل زار مثلى؟ قال : لا

" Kalaulah ilmu itu seorang yang dapat bercakap....lalu aku tanya diapernahkah dia dilawati orang sepertiku? Akan dia jawab: tidak pernah!



June 20, 2013

Memori Dunia di bawa ke syurga.

Apa yang diminati dalam hidup, dalam syurga jadi impian. Jika masa di dunia minat main badminton dalam syurga pun hendak main badminton juga. Kalau minat sangat bola sepak, dalam syurga pun minta nak main atau tengok bola sepak. Kalau suka memancing, pun dalam syurga sana itulah yang diminta.

Cuma, pertanyaan yang berat, adakah wajar ahli syurga minta semua itu? Sama juga persoalan-persoalan yang lain. Wajarkah ahli syurga minta main chess, main dam, alat muzik, minta nak menari gangnam style atau apa ssahaja benda yang diminati dalam dunia.

Masakan ahli syurga minta semua itu. Kalau itu yang jadi impian dalam syurga, layakkah pula menempati syurga?

Dalam Hadis nabi ada ceritakan mengenai ahli syurga minta apa yang jadi hobinya dalam dunia.

Daripada Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

أن رجلا من أهل الجنة استأذن ربه في الزرع فقال : أولست فيما شئت ؟ قال : بلى ، ولكني أحب أن أزرع ، فأسرع وبذر ، فتبادر الطرف نباته واستواؤه واستحصاده وتكويره أمثال الجبال ، فيقول الله تعالى : دونك يا ابن آدم فإنه لا يشبعك شيء ، فقال الإعرابي : يا رسول الله ، لا تجد هذا إلا قرشيا أو أنصاريا ، فإنهم أصحاب زرع ، فأما نحن فلسنا بأصحاب زرع ، فضحك رسول الله

Seorang lelaki ahli syurga telah minta izin kepada Tuhan untuk bercucuk tanam( dalam syurga).

Lantas Allah berkata kepadanya: Tidak cukupkah apa yang kamu mahukan dalam syurga?

Katanya: Memang sudah cukup, tetapi hobiku bercucuk tanam.

Lalu dia pun bersegera menyemai bijian dan yang ditanamnya tumbuh dengan dahan dengan cepat dan meninggi dengan pantas serta dituai dengan segera sehingga longgokan tuaiannya seperti gunung.

Allah berfirman kepadanya: Ayuhlah kemari makan wahai anak Adam, sesungguhnya ia tidak akan membuatkan kamu rasa kenyang berapa banyak pun kamu makan.

Lalu seorang Arab Badwi berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah. TIdak merasai nikmat ini melainkan orang Quraisy atau Ansar kerana merekalah ahli pertanian sedangkan kami bukan ahli pertanian.

Maka ketawaRasulullah SAW .

(Hadis Riwayat Bukhari)

Jadi, apa yang anda minat? Minat itu akan dibawa ke syurga. Tapi...jangan buat malu dalam syurga minta hobi-hobi yang sebenarnya bukan syiar orang beriman.

Ditertawakan orang dalam syurga kang...salah tempat ke apa orang ni..hehe...

CARI KANDUNGAN BLOG