Showing posts with label Isu. Show all posts
Showing posts with label Isu. Show all posts

April 14, 2022

MELIHAT NABI MUHAMMAD SAW SECARA YAQAZAH.

 Isu Yaqazah menjadi titik panas di kalangan ahli ilmu. Bertitik tolak daripada dakwaan berlakunya Yaqazah, beberapa ajaran dan tarikat di Malaysia dihukumkan sesat. Antaranya ajaran Al-Arqam. Apabila pemimpinnya mendakwa bertemu dengan nabi secara Yaqazah, maka ia menjadi antara point penting ajaran itu diistiharkan menyeleweng dan terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Demikianlah juga dengan satu tariqat yang banyak diperkatakan dewasa ini iaitu tariqat Naqsyabandiyyah Al-Aliyah. Kerana ada dakwaan syeikhnya bahawa dia bertemu dengan nabi secara Yaqazah, tariqat itu juga dihukumkan sesat.

Maka, bagaimana sebenarnya menanggapi isu Yaqazah ini?

Syeikh Ali Jum'ah, yang pernah menjawat posisi mufti Negeri Mesir pernah mendakwa:


(كنت منهمكاً في قراءة كتب السيرة .. قرأت قرابة الأربعين كتاب .. ثم تجلى لي النبي فرأيته يقظة ) 


"Aku  pernah menyibukkan diri dengan membaca buku-buku Sirah. Aku telah membaca hampir 40 buah buku Sirah. Kemudian nabi pun muncullah di depanku secara Yaqazah".


Dakwaan oleh Syeikh Ali Jumu'ah ini bukan pertama kalinya datang daripada tokoh-tokoh besar dalam agama. Sejak zaman dahulu, telah ramai orang yang hebat mendakwa melihat nabi secara Yaqazah.


Namun, ramai pula ulama yang membantah dakwaan tersebut. Lihat bagaimana jawaban Al-Hafiz As-Sakhawi dalam kitab Al-Mawahib Al-Laduniyyah (5/295 ), karyaAl-Qostalani.

لم يصل إلينا ذلك ـ أي ادعاء وقوعها ـ عن أحد من الصحابة ولا عمن بعدهم وقد اشتد حزن فاطمة عليه‏ صلى الله عليه وسلم حتى ماتت كمدًا بعده بستة أشهر على الصحيح وبيتُها مجاور لضريحه الشريف ولم تنقل عنها رؤيته في المدة التي تأخرتها عنه


Begitulah juga apa yang disebutkan oleh Ibn Hajar Al-Asqalani dalam Fathul Bari:

أن ابن أبى جمرة نقل عن جماعة من المتصوفة أنهم رأوا النبي في المنام ثم رأوه بعد ذلك في اليقظة وسألوه عن أشياء كانوا منها متخوفين فأرشدهم إلى طريق تفريجها فجاء الأمر كذلك  ، ثم تعقب الحافظ ذلك بقوله: وهذا مشكل جدًا ولو حُمِل على ظاهره لكان هؤلاء صحابة ولأمكن بقاء الصحبة إلى يوم القيامة ويعكر عليه أن جمعًا جمًا رأوه في المنام ، ثم لم يذكر واحد منهم أنه رآه في اليقظة وخبر الصادق لا يتخلف - (فتح الباري) (12/385).



Ulasan tentang hadis:


 من رآني في المنام فسيراني في اليقظة


أما حديث (من رآني في المنام فسوف يراني) فهو "مبتور", والراوي نفسه لم يذكر (فسوف يراني) وسكت, إنما قال في روايته عن حديث النبي: ( من رآني في المنام فسوف يراني أو لكأنما رآني في اليقظة ) وهذه التكملة تدل على وقوع الشك في رواية الراوي, لإن رواية البخاري ليس فيها هذا اللفظ (فسوف يراني) إنما لفظ البخاري هو (فقد رآني) فقط, من غير زيادة ولا نقصان.

وقال الشيخ شحاتة صقر: والرواية أخرجها مسلم (حديث رقم 2266) ، وأبو داود (حديث رقم 5023) ، و أحمد (5/306) الذي فيه اللفظ المذكور بلفظ «فسيراني في اليقظة. أو لكأنما رآني في اليقظة » وهذا الشك من الراوي يدل على أن المحفوظ إنما هو لفظ «فكأنما رآني » أو «فقد رآني»؛ لأن كلًا منهما ورد في روايات كثيرة بالجزم وليس فيها شيء شك فيه الراوي.

فيتضح أن رواية الحديث الذي استدل به المفتي عفا الله عنه مبنية على الظن لقول الراوي (أو لكأنما رآني) وبالتالي نحن نأخذ المُحكَم ولا نأخذ المتشابه, والرواية المحكمة في الحديث هي (فقد رآني) أي أن رؤية النبي في المنام هي رؤية حق لإن الشيطان لا يتلبس بالنبي صلى الله عليه وسلم, وبالتالي فرؤيته في اليقظة مستحيلة من كل وجه.



 Rujuk ulasan:


https://islamic-content.com/hadeeth/606







 

September 4, 2021

TUKAR NAMA SYIHAB JADI HISYAM

 وروى البخاري في الأدب المفرد عن عائشة رضي الله عنها قالت: ذُكر عند رسول الله صلى الله عليه وسلم رجل يقال له: شهاب، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "بل أنت هشام"


Seorang lelaki bernama Syihab, lalu nabi tukar namanya jadi Hisyam. 

Ramai ulama menghukumkan makruh menamakan seseorang dengan sandaran kepada "din" seperti Nuruddin, Nasiruddin (kecuali Kamaruddin-kerana ia nama kuih-haha-ketawa sikit). Apatah lagi kalau sandaran kepada Din itu yang negatif seperti Syihabuddin. Syihab itu ertinya nyalaan api. Jamung. 

Dalam Surah An-namlu ayat 7: Allah SWT berfirman mengesahkan perkataan Musa kepada isterinya:

سَآتِيكُمْ مِنْهَا بِخَبَرٍ أَوْ آتِيكُمْ بِشِهَابٍ قَبَسٍ لَعَلَّكُمْ تَصْطَلُونَ

Jadi, yang namanya Syihab ni sejenis api. Api itu berkaitan dengan siksaan dan azab. Mana sesuai digandingkan dengan Din yang bermaksud agama. Agama itu rahmat.


Minta maaflah bagi yang namanya Syihabuddin. Ini kerana ada hadis sahih yang sebut nabi tukar nama Syihab jadi Hisyam. Jadi, bubuh nama Hisyamuddin. Namun itu masih lagi makruh kalau ikut pendapat tadi.

Zaman dulu, gelaran sahaja guna nama Din. Lama-lama ia jadi nama. 

Imam Nawawi sendiri terkenal dengan Muhyiddin. Ibn Taimiyyah dikenali sebagai Taqiyuddin.  Bukan sedikit nama ulama yang pakai Din segala ni.

Maka, kalau nak pakai ajalah. Hukumnya kalau nak dirungkaikan, boleh sampai ke makruh sahaja. Namun, ia masih mukhtalaf. Tidak ada dalil Qat'i bahawa nama bersekedudukan dengan Din ini makruh. hanya ijtihad sebahagian ulama.

Namaku Kamaruddin....


June 11, 2019

MUKHALAFAT IBN TAIMIYYAH

Ibn Taimiyyah menyalahi pendapat mazhab yang empat dalam beberapa masalah. Ibn Tulun dalam kitabnya " Zakhairul Qasr Fi Tarajum Nubala-il 'Asr" telah menyebutkan masalah-masalah tersebut. Antara yang disebut adalah:

1) Sumpah Talak tidak jatuh talak dan cuma perlu bayar kifarat.
2) talak isteri yang sedang haid tidak jatuh
3) talak 3 sekaligus cuma jatuh satu talak.
4) Wanita berhaid boleh tawaf di kaabah dan tidak perlu kifarat.
5) Cukai dianggap zakat???
6) Cecair tidak dinajiskan dengan bangkai tikus.
7) Tidak perlu Qodha solat yang sengaja ditinggalkan.
8) Orang berjunub boleh solat malam dengan tayammum dan tidka perlu tunggu hingga mandi junub, walaupun dalam keadaan tidak bermusafir.
9) Boleh Qosar solat asal musafir sekalipun dekat.
10) Anak dara walau berusia, tidak perlu beristibra'
11) Sujud Tilawah tidak perlu berwuduk.
12) Orang yang makan sahur dengan sangkaan belum subuh lalu ternyata sudah subuh, puasanya sah dan tidak perlu Qodha
13) Haji tamattu' hanya perlu sekali sa-i sahaja antara safa dan marwah.
14)

March 17, 2011

Hadis: Larangan memulakan salam kepada bukan Islam.

Terdapat hadis yang menyebutkan Rasulullah SAW melarang daripada memulakan salam kepada orang bukan Islam. Hadis tersebut terdapat dalam Saheh Muslim, Sunan Tarmizi dan Musnad Ahmad. Dirawayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
 
لا تبدءوا اليهود ولا النصارى بالسلام، فإذا لقيتم أحدهم في طريق فاضطروه إلى أضيقه.

"Janganlah kamu memulakan salam kepada Yahudi dan Nasrani, jika kamu bertemu dengan mereka di jalan, himpitkan mereka ke tepi".

Ada dua perkara dalam hadis ini iaitu:

a) Larangan memulakan salam ke atas Yahudi dan Nasrani (termasuklah semua orang kafir)

b) Perintah menghimpit orang Yahudi dan Nasrani ke tepi jika bertemu di jalan

Oleh itu, jika kita hendak menegaskan tentang haramnya memulakan salam ke atas orang kafir sebagaimana dalam point pertama, bagaimana pula dengan point kedua yang memerintah supaya menghimpit mereka?

Para ulama mempunyai perselisihan pendapat mengenai memberi salam kepada orang kafir dan menjawab salam dari mereka. Kebanyakkan ulama salaf dan khalaf berpendapat haram memulakan salam ke atas orang kafir dan mewajibkan jawapan ke atas salam mereka hanya dengan lafaz "wa 'alaika". Hadis di atas menjadi dalil pengharaman memulakan salam ke atas orang kafir.

Namun, sebagaimana disebutkan oleh Imam Al-Qurtubi terdapat sebahagian ulama salaf yang membolehkan memberi salam kepada orang kafir. Di anataranya Ibnu Mas,ud,Hasan Al Basri, Nakahei, dan Umar Abdul Aziz.Ibnu Hajar Al-asqalani menyebutkan di dalam kitabnya FathulBari bahawa Abu Umamah dan Ibnu Uyainah berpendapat sedemikian. Abu Umamah berkata: Sesunguhnya Allah Taala menjadikan salam ini adalah untuk tahiyah(sambutan) kepada kita dan keamanan kepada orang bukan Islam(zimmi).
 
Adapun hadis yang melarang kita memberi salam orang kafir ,mengikut  Dr. Yusuf Al-Qaradawi, ia terbatas pada hari-hari peperangan sahaja. Ini kita boleh ketahui dengan meneliti keadaan hadis ini di mana Nabi ingin menuju ketempat yahudi, Nabi berkata " Aku akan pergi menunggang esok menuju kegolongan yahudi,jangan mulakan mereka dengan salam" .Kalau kita perhatikan kata-kata Nabi, ini berlaku kerana Nabi ingin menghukum mereka kerana mengkhianati Nabi di dalam peperangan Azhab.

Syeikh Muhammad Uthaimin merumuskan persoalan menjawab salam daripada orang kafir kepada 3 bahagian:

a) Jika orang kafir itu mengucapkan "As-samu alaikum", maka kita jawab "wa'alaikum".
b) Jika kita ragu-ragu sama ada dia mengucapkan "As-Samu'alikum" atau "Assalamualaikum", maka jawapan kita ialah "Wa'alaikum".
c) Jika orang kafir mengucapkan "Assalamualaikum" secara jelas dan terang, maka hendaklah kita menjawab "Wa'alaikumussalam".


Imam Ibnul Qayyim dalam kitab Zaadul Ma''aad jilid 2 halaman 424 menuliskan bahwa sebagian ulama membolehkan untuk mendahului orang kafir dalam memberi salam demi kemashlahatan yang kuat dan nyata dibutuhkan. Atau karena alasan takut dari ulah orang kafir itu. Atau karena adanya hubungan kekerabatan denganmereka. Atau karena sebab-sebab lain yang seperti itu.


Rujuk Tulisan Ibn Taimiyyah. 

Bacaan tambahan:

1). Khilafahcenter
2). Islamweb
3). Islamqa



CARI KANDUNGAN BLOG