Showing posts with label Sirah. Show all posts
Showing posts with label Sirah. Show all posts

October 22, 2020

RASULULLAH WAFAT MENINGGALKAN 9 ORANG ISTERI

 

 



1) Aisyah bt Abu Bakar Assiddiq


2) Hafsah bt Umar

3) Juwairiyyah bt Al-Harith Al-Mustalaqiyah

4) Ummu Habibah Ramlah bt Abu Sufyan Al-Umawiyyah

5) Zainab bt Jahsyin

6) Saudah bt Zam'ah Al-'Amiriyah

7) Sofiah bt Huyai bin Akhtab An-nadriyyah Al-Israiliyyah Al-Haruniyyah.

8) Maimunah bt Al-Haris Al-Hilaliyyah

9) Ummu Salamah Hindun bt Abi Umayyah Al-Makhzumiyyah



November 20, 2019

Nabi Isa dan nabi Yahya

Ibu nabi Yahya bernama Isya' (إيشاع )

Para Mufassirin berbeza pandangan tentang hubungan Isya' ini dengan Hannah, isteri Imran yang merupakan ibu kepada Maryam. Isya' itu dikahwini oleh nabi Allah Zakaria dan dia tidak mendapat anak kerana mandul. Hinggalan takdir Allah menentukan lahirnya Yahya dan hilanglah sifat mandul Isya' itu.

Ada dua pandangan mengenai status Isya' tersebut:

1) Dia adalah anak kepada Hannah, iaitu kakak kepada Maryam.

Pandangan ini berasaskan hadis nabi SAW mengenai peristiwa nabi SAW naik ke langit ke-2 dan bertemu dengan nabi Yahya dan Isa. Ketika memperkenalkan mereka, Jibrail menyifatkan mereka dengan katanya:


 وَهُمَا ابنَا الخَالَةِ
Kedau-duanya adalah anak kepada ibu saudara

Perkataan ini membawa maksud bahawa Yahya dan Isa itu masing adalah anak kepada ibu saudara yang lain. Dengan kata lain, emak nabi Yahya adalah ibu saudara kepada nabi Isa, manakala ibu nabi Isa pula adalah ibu saudara kepada nabi Yahya. Jika demikian, Maryam dengan Isya' adalah dua beradik dan mereka anak kepada Hannah. 

Inilah pandangan Jumhur Mufassirin sebagaimana dinukilkan dalam Al-Bidayah wan Nihayah.

2) Dia adalah adik kepada Hannah dan ibu saudara kepada Maryam.

Pandangan ini berasaskan kepada fahaman mengenai ayat yang menyebutkan tentang nazar Hannah sebelum Maryam lahir. Ayat itu memberi isyarat bahawa Hannah tidak dapat anak lalu dia bernazar sehingga lahirlah Maryam. Maryam adalah satu-satunya anaknya. Bagimana pula dikatakan Maryam ada kakak?`

Berpegang dengan alasan itu, hadis yang menyifatkan bahawa Yahya dan Isa sebagai masing-masing anak kepada makcik difahami bahawa kedudukan Isa sebagai anak kepada ibunya yang menjadi saudara kepada Isya', sama statusnya dengan anak saudara juga. Dari segi hukum, jika ibu anak saudara kepada seseorang, anaknya juga dianggap anak suadara kepada orang itu. Maka Isa dianggap anak sudara kepada Isya' walaupun antara dia dengan Isya' ada ibunya.

Justeru, Yahya dan Isa itu disifatkan sebagai anak kepada makcik tidak bertentangan.

Yahya anak kepada makcik Isa iaitu Isya'. Manakala Isa adalah anak kepada sepupunya iaitu Maryam.


July 22, 2019

IYASY BIN ABI RABI'AH

Beliau tergolong kalangan awal masuk Islam. Beliau saudara seibu kepada Abu Jahal.

Beliau masuk Islam sebelum nabi menjadikan rumah Al-Arqam sebagai markaz dakwah.

Beliau berhijrah ke madinah bersama Umar Al-Khattab.

Abu Jahal datang Madinah dan tipu Iyasy, kata emaknya sakit. Emaknya mogok tak mahu bersikat rambut dan berteduh. Umar bagi nasihat tapi Iyasy pilih untuk balik ke Mekah ikut Abu Jahal. Sampai di baida', dia diikat dan dipukul.  Dia dibawa balik ke Mekah dalam keadaan terikat dan dikurung.

Dalam masa disiksa inilah Al-Harist mengeluarkan kata-kata menghinanya:

" Wahai Iyasy, kalau aku jadi kamu sedang ikut petunjuk, sesungguhnya petunjuk itu telah meninggalkan engkau. Jika ia sesat, maka aku lebih rela sesat".

Iyasy bersumpah kalau jumpa Al-Harits di tempat yang tersembunyi, dia akan membunuhnya.

Al-Harits masuk Islam kemudiannya dan dia berhijrah ke Madinah tanpa sepengetahuan Iyasy.

Beliau tersilap membunuh Al-Harith bin Yazid yang ada sejarah hitam bersamanya masa Iyasy disiksa.Pada sangkaannya, Al-Harith itu masih lagi kafir. Kerana peristiwa silap bunuh itulah, turunnya Ayat Quran, Surah An-Nisak: 92:

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ أَنْ يَقْتُلَ مُؤْمِنًا إِلَّا خَطَأً وَمَنْ قَتَلَ مُؤْمِنًا خَطَأً فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُؤْمِنَةٍ وَدِيَةٌ مُسَلَّمَةٌ إِلَى أَهْلِهِ إِلَّا أَنْ يَصَّدَّقُوا فَإِنْ كَانَ مِنْ قَوْمٍ عَدُوٍّ لَكُمْ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُؤْمِنَةٍ وَإِنْ كَانَ مِنْ قَوْمٍ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ مِيثَاقٌ فَدِيَةٌ مُسَلَّمَةٌ إِلَى أَهْلِهِ وَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُؤْمِنَةٍ فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ تَوْبَةً مِنَ اللهِ وَكَانَ اللهُ عَلِيمًا حَكِيمًا

Iyasy mati tahun 15 H pada zaman pemerintahan Khalifah Umar. 

'AMRU BIN ABD WUD AL-'AMIRI AL-QURSYI

Beliau adalah pahlawan Arab yang dianggap paling berani dan ditakuti di zaman Jahiliah. 

Nama timangan adalah Pahlawan Yalil ( Pahlawan Malam) kerana kegagahannya mengalahkan kumpulan penyamun yang menyerang kumpulannya di malam hari. Ahli kumpulannya lari sedangkan dia sendirian dapat menewaskan gerombolan penyamun itu.

Semasa perang Khandak, beliau bersama 4 orang lagi soldadu Quraisy menyemberang parit. Beliau mencabar tentangan daripada pihak muslimin. Ali bin Abi Talib menyahut cabarannya. Berlaku pertarungan dan Ali berjaya membunuhnya.

Ternyata, Ali lebih tinggi kepahlawanannya daripada 'Amru bin Abd Wud itu!


June 17, 2019

ABU MUSLIM AL-KHAULANI

Nama beliau adalah Abdullah bin Tsaub.

Beliau beasal daripada Yaman dan masuk Islam di zaman Rasulullah SAW tetapi tidak pernah bertemu dengan Rasululullah. Kerana itu beliau termasuk kalangan Tabi'in. Di kalangan ahli hadis, mereka yang semacam ini diletakkan pada satu tempat khusus yang bukan sahabat dan bukan tabi'in . Ada yang menyebutkan sebagai Kibar Tabi'in. 

Abu Muslim Al-Khaulani adalah dibilang salah seorang daripada 40 orang yang digelar sebagai "Al-Mukhadram" iaitu seorang yang mendapat dua zaman dalam hidupnya iaitu zaman Islam dan zaman Jahiliyyah.

Ketika Abu Aswad Al-'Ansi muncul di Yaman dan berdakyah bahawa dia nabi, Abu Muslim telah mempertahankan keimananya dengan kuat dan tidak mengakui kenabian Abu Aswad.

Ketika berhadapan dengan Abu Aswad Al-Ansi, dia ditanya:
"Apakah kau mengakui bahawa mUhamamd itu Rasul Allah?
Kata Abu Muslim Al-Khaulani: Ya
Apakah kau mengakui bahawa aku Rasulullah?
Kata Abu Muslim: apa? Aku tak dengar!
Jawapan itu diulang setiap kali ditanya .
Abu Aswad merasa marah lalu dia diperintahkan agar dibakar dengan api. Akan tetapi, sehingga api padam, ia tidak menjejaskan Abu Muslim Al-Khaulani .  Kerana tidak mahu kes Abu Muslim Al-Khaulani itu menggugatkan sokongan orang kepadanya, maka Abu Aswad Al-Ansi telah mengambil keputusan membuangnya dari Yaman.

Lalu pergilanAbu Muslim Al-Khaulani ke Madinah dengan harapan untuk bertemu dengan nabi SAW. Dia tidak tahu berita kewafatan nabi SAW. Sampai di Madinah, dia bertemu Abu Bakar As-Siddiq

Ketika berjumpa Abu Bakar As-Siddiq, beliau bertanya Abu Muslim Al-Khalulani.
" Apakah kau ada dengar tentang apa yang dilakukan Abu Aswad Al-Ansi terhadap Abu Muslim Al-Khaulani?
Kata Abu Muslim...
Ya..aku ada dengar kisahnya
Umar Al-Khattab yang melihatnya, lalu berkata
" Apakah engkau Abu Muslim Al-Khaulani?"
Kata Abu Muslim Al-Khaulani: Ya..
Umar bawakan Abu Muslim kepada Abu Bakar. Kata Abu Bakar As-Siddiq:

 الحمد لله الذي لم يمتني حتى أراني في أمة محمد من صنع به كما صنع بإبراهيم الخليل عليه الصلاة والسلام
Alhamdulillah yang tidak mematikan daku sehinggalah aku sempat melihat dalam kalangan ummat nabi Muhammad seorang yang telah diperbuatkan ke atasnya atasnya sebagaimana yang  diperbuatkan ke atas nabi Ibrahim Khalilullah!


Beliau seorang yang sangat berani dan tegas.  Ketika pemerintahan Mu'awiyah, beliau menegur keras tindakan Mu'awiyah yang  menamatkan beberapa pemberian yang diberikan kepada orang Islam. Maka, dalam masa khutbah jumaat, dia berucap membantah ajakan Mu'awiyah supaya dengar dan taat kepadanya. 

" Tiada dengar dan tiada taa't!" katanya.
Mu'awiyah bertanya, kenapa dan dia beritahu bahawa perkataannya itu disebabkan tindakan Mu'awiyah yang memberhentikan beberapa bentuk pemberian yang sebelum ini diperolehi kaum Muslimin itu. Mua'wiyah akhirnya menerima walaupun dia sangat marah.

Hubungan Abu Muslim Al-Khaulani dengan Muawiyah sangat rapat. Pernah terjadi satu hari, dia pulang ke rumah sebagaimana biasa, dia ucapkan takbir depan pintu. Biasanya isterinya akan membalas takbirnya. Haru itu tidak berlaku. Dia masuk ke dalam rumah, dan bertakbir lagi. Isterinya tak jawab. Dia cari rupanya isterinya ada , sengaja tak menjawab. Isterinya rupanya sedang meragam.

Isterinya berkata: patutkan seorang yang dekat dengan Amirul Mukminin Muawiyah tetapi tidak ada orang gaji? Apakah tidka boleh kau minta bantuannya agar dapatkan buat kita orang gaji

Abu Muslim tahu bahawa seseorang telah menghasut isterinya. Beliau berdoa agar Allah membutakan orang yang merosakkan fikiran isterinya dengan idea tersebut. Perempuan itu adalah kawan isterinya. Matanya menjadi buta tiba-tiba. Dia pun sedar apa sebabnya matanya buta. Itu kerana kesalahan kepada Abu Muslim. Dia segera pergi minta maaf. Abu Muslim pun berdoa dan matanya pulih kembali.

Beliau meninggal di negeri yang dikuasai Rom. Kata Bukhari tak jauh daripada Damsyiq. Waktu itu Rom berkuasa di daerah tersebut.


Kisah Selamat daripada bakaran api Aswad Al-'Ansi:



جاء في صفة الصفوة لابن الجوزي عن شرحبيل بن مسلم الخولاني قال: تنبأ الأسود بن قيس العنسي باليمن فأرسل إلى أبي مسلم فقال له: أتشهد أن محمداً رسول الله؟ قال: نعم، قال: فتشهد أني رسول الله؟ قال: ما اسمع . قال: أتشهد أن محمداً رسول الله؟ قال: نعم قال: فتشهد أني رسول الله؟ قال: ما أسمع قال: أتشهد أن محمداً رسول الله؟ قال: نعم قال: فتشهد أني رسول الله؟ قال: ما أسمع . قال: فأمر بنار عظيمة فأججت وطرح فيها أبو مسلم فلم تضره فقال له أهل مملكته: إن تركت هذا في بلادك أفسدها عليك . فأمره بالرحيل فقدم المدينة وقد قبض رسول الله صلى الله عليه وسلم واستخلف أبو بكر . فقام إلى سارية المسجد يصلي فبصر به عمر بن الخطاب، فقال: من أين الرجل؟ قال: من اليمن - قال: فما فعل عدو الله بصاحبنا الذي حرقه بالنار فلم تضره؟ قال: ذاك عبد الله بن ثوب . قال: نشدتك بالله عز وجل أنت هو؟ قال: اللهم نعم . قال: فقبل ما بين عينيه، ثم جاء به حتى أجلسه بينه وبين أبي بكر وقال: الحمد لله لم يمتني حتى أراني في أمة محمد صلى الله عليه وسلم من فعل به كما فعل بإبراهيم خليل الرحمن عليه السلام . - See more at: http://www.alkhaleej.ae/supplements/page/53c26feb-aae4-418c-a7eb-7fa0b3ede93f#sthash.rAdOKfM6.dpuf
جاء في صفة الصفوة لابن الجوزي عن شرحبيل بن مسلم الخولاني قال: تنبأ الأسود بن قيس العنسي باليمن فأرسل إلى أبي مسلم فقال له: أتشهد أن محمداً رسول الله؟ قال: نعم، قال: فتشهد أني رسول الله؟ قال: ما اسمع . قال: أتشهد أن محمداً رسول الله؟ قال: نعم قال: فتشهد أني رسول الله؟ قال: ما أسمع قال: أتشهد أن محمداً رسول الله؟ قال: نعم قال: فتشهد أني رسول الله؟ قال: ما أسمع . قال: فأمر بنار عظيمة فأججت وطرح فيها أبو مسلم فلم تضره فقال له أهل مملكته: إن تركت هذا في بلادك أفسدها عليك . فأمره بالرحيل فقدم المدينة وقد قبض رسول الله صلى الله عليه وسلم واستخلف أبو بكر . فقام إلى سارية المسجد يصلي فبصر به عمر بن الخطاب، فقال: من أين الرجل؟ قال: من اليمن - قال: فما فعل عدو الله بصاحبنا الذي حرقه بالنار فلم تضره؟ قال: ذاك عبد الله بن ثوب . قال: نشدتك بالله عز وجل أنت هو؟ قال: اللهم نعم . قال: فقبل ما بين عينيه، ثم جاء به حتى أجلسه بينه وبين أبي بكر وقال: الحمد لله لم يمتني حتى أراني في أمة محمد صلى الله عليه وسلم من فعل به كما فعل بإبراهيم خليل الرحمن عليه السلام . - See more at: http://www.alkhaleej.ae/supplements/page/53c26feb-aae4-418c-a7eb-7fa0b3ede93f#sthash.rAdOKfM6.dpuf



March 12, 2019

Ar-Rijal bin Unfuwah

Beliau adalah salah seorang anggota rombongan orang Yamamah belasan orang yang datang beriman dengan nabi SAW pada Tahun Wufud ( 'Amul Wufud)  iaitu selepas perjanjian Hudaibiyah pada tahun ke-6 H.  Beliau belajar dengan nabi SAW, menghafaz Al-Quran dan menampakkan ciri-ciri muslim soleh yang tinggal bersama sahabat-sahabat nabi yang lain di Madinah. Abu Hurairah menyebutkan bahawa pada satu hari, beliau duduk dalam satu majlis di mana dalamnya ada Ar-Rijal bin Unfuwah dan beberapa sahabat nabi SAW. Nabi SAW telah bersabda:


إِنَّ فِيكُمْ لَرَجُلا ضَرْسُهُ فِي النَّارِ أَعْظَمُ مِنْ أُحُدٍ
" Sesungguhnya ada seorang lelaki yang yang gusinya dalam neraka lebih besar daripada bukit Uhud".


Abu Hurairah berkata apabila semua yang dalam majlis itu telah mati satu demi satu, tinggallah dia dan Ar-Rijal bin Unfuwah. Abu Hurairah bimbang kalau-kalau dia lelaki yang dimaksudkan itu. Tetapi, apabila berlaku perang membanteras golongan murtad di zaman Abu Bakar, didapatinya Ar-Rijal bin Unfuwah telah bersama Musailamah Al-Kazzab, tahulah Abu Hurairah bahawa lelaki yang dimaksudkan Rasulullah SAW itua adalah Ar-Rijal bin Unfuwah.
Sebelum itu, pada waktu Musailamah mengiklankan kenabiannya selepas wafatnya Rasulullah SAW, Abu Bakar As-Siddiq menghantarkan Ar-Rijal bin Unfuwah untuk berdiskusi dengan Musailamah. Akan tetapi Musailamah telah berjaya mempengaruhi Ar-Rijal sehingga beliau mengakui kenabian Musailamah. 

Maka, Ar-Rijal menjadi satu ancaman berbahaya kepada kaum Muslimin, lebih daripada bahayanya Musailamah sendiri kerana pengetahuannya yang luas tentang Islam berbanding Musailamah.

Dalam perang Al-Yamamah, Ar-Rijal bin Unfuwah telah mati dibunuh oleh Zaid bin Al-Khattab.


Kisah mengenai lelaki ini ada di nukilkan dalam kitab-kitab sirah seperti Al-Bidayah Wan Nihayah oleh Ibn Kathir rahimahullah.

Walau bagaimanapun, terdapat kritikan terhadap kesahehan cerita ini kerana ada perawi yang bernama Saif bin Umair yang dituduh sebagai pendusta.

Darut Qutni yang menyebutkan hadis mengenai gusi besar bukit uhud itu juga tidak sertakan sanad

Cerita kemurtadan Ar-Rijal ini disebutkan juga oleh Ibn Abdul Barr dalam kitabnya Al-Isti'aab, Ibn Hajar dalam Al-Isobah dan sebelum itu lagi oleh Ibn Saad dalam At-Tobaqaat. Namun semuanya tidak disertakan sanad. Maka cerita yang sebegini, walaupun masyhur disebutkan dalam kitab-kitab, ia tidak dapat dimuktamadkan kebenarannya.

Apapun, tidak dapat dinafikan bahawa dalam kelompok sahabat nabi tersebut ada musang berbulu ayam yang dipanggil munafiq. Namun, tentunya bukan sebagaimana yang ditohmahkan kaum Syiah yang menimpakan tuduhan tersebut atas sahabat-sahabat nabi yang teruji kesetiaan dan keteguhan mereka mereka seperti Abu bakar, Umar, Uthman dan lain-lain sahabat yang utama.

Sebuah hadis dalam Saheh Muslim menyebutkan bahawa nabi SAW telah bersabda :

 إن في أمتي اثنا عشر منافقاً، لا يدخلون الجنة ولا يجدون ريحها حتى يلج الجمل في سم الخياط، ثمانية منهم تكفيكهم الدبيلة، سراج من النار يظهر في أكتافهم، حتى ينجم من 
صدورهم


" Sesungguhnya dalam kalangan ummatku ada 12 orang munafiq. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sehinggalah unta masuk ke lubang jarum. 8 daripada mereka akan mati kerana penyakit Dubailah" iaitu nyalaan  daripada api yang kelihatan di bahu mereka sehingga menghunjam dada mereka."


Wallahu a'lam.






March 6, 2018

PEPERANGAN HARRAH

Peperangan ini berlaku antara Penduduk Madinah dengan tentera Yazid bin Mu'awiyyah yang dipimpin oleh Muslim bin 'Uqbah. Ia terjadi kerana penduduk Madinah telah mengikut Ibn Muti' dan Ibn Hanzalah untuk membatalkan Bai'ah ke atas kekhalifahan Yazid. Kerana itu, Yazid telah mengirimkan tentera yang dipimpin oleh Muslim bin 'Uqbah untuk "mengajar" penduduk Madinah. 

Peperangan ini berlaku pada tahun 63H. Harrah adalah sebuah tempat yang terletak di luar Kota Madinah  dan di sana ada banyak batu batan yang berwarna hitam. Penduduk Madinah telah dikalahkan dan ramai yang tebunuh. Bahkan Muslim bin 'Uqbah telah menghalalkan Madinah selama tiga hari. 

Namun, bukan semua warga Madinah mencabut bai'ah mereka atas Yazid. Di antara sahabat yang membantah perbuatan Ibn Hanzalah dan Ibn Muti' itu ialah Ibn Umar. Beliau tidak bersetuju dengan cara mereka dan telah memberi nasihat kepada mereka.

Perbuatan tentera Yazid itu telah menjadi conteng arang atas muka Yazid. Cerita kebejatan Yazid yang dianggap pembunuh Hussain bin Ali, cucu Rasulullah SAW ditambah pula dengan peristiwa Harrah ini. Di atas kecemaran yang ada, bertembah lagi kecemarannya.

Namun, sebahagian ulama cuba mewajarkan tidakan Yazid. Paling tidak memaafkannya. 

Terdapat hadis yang memuji secara tidak langsung penglibatan Yazid bin Mu'awiyah dalam peperangan jihad. Sebuah hadis menyatakan:


أَوَّلُ جَيْشٍ مِنْ أُمَّتِي يَغْزُونَ مَدِينَةَ قَيْصَرَ مَغْفُورٌ لَهُمْ.

" Tentera terawal dari kalangan ummatku, memereka memerangi bandar Qaisar, mereka itu diampunkan Allah".

Catatan dalam kitab sirah menyebutkan bahawa peperangan pertama ke benteng Qastantiniah ialah pada zaman pemerintahan Mu'awiyah bin Abu Sufyan iaitu pada tahun 49H. Pimpinan dalam penyerangan ini ialah Yazid bin Mu'awiyah.  Oleh itu, sebahgian ulama yang menggapi hadis ini memasukkan Yazid bin Mu'awiyah di kalangan orang yang teampun. 

Kendati demikian besar pertanggungjawapan yang dihadapinya., pertama pembunuh Hussain, kedua menghalalkan Madinah dan selain itu riwayat tentang kefasikan dan sifat pemabuknya (sungguhpun diragui kebenarannya), watak jahat dan baik pada seorang adalah normal. Allah boleh mengampunkan selagi seseorang itu tidak berbuat syirik kepada Allah SWT.

Kata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dalam Majmu' Fatawa (Jil 4/ms 473) ketika mengulas isu ini:



بل يزيد مع ما أحدث من الأحداث، من قال فيه: إنه كافر مرتد، فقد افترى عليه. بل كان ملكا من ملوك المسلمين كسائر ملوك المسلمين، وأكثر الملوك لهم حسنات ولهم سيئات، وحسناتهم عظيمة، وسيئاتهم عظيمة، فالطاعن في واحد منهم دون نظرائه، إما جاهل وإما ظالم.
وهؤلاء لهم ما لسائر المسلمين، منهم من تكون حسناته أكثر من سيئاته، ومنهم من قد تاب من سيئاته، ومنهم من كفر الله عنه، ومنهم من قد يدخله الجنة، ومنهم من قد يعاقبه لسيئاته، ومنهم من قد يتقبل الله فيه شفاعة نبي أو غيره من الشفعاء، فالشهادة لواحد من هؤلاء بالنار هو من أقوال أهل البدع والضلال " انتهى من "مجموع الفتاوى" (4 / 473

Bahkan Yazid, dengan segala peristiwa yang dia terlibat, ada yang mengatakan dia kafir lagi murtad. Maka dakwaan ini adalah tuduhan berasas atasnya. Sebaliknya, dia adalah seorang raja daripada raja-raja kaum muslimin. Kebanyakan raja-raja , mereka ada kebaikan dan juga kejahatan. Ada yang kebaikannya lebih banyak dan ada yang kejahatan pula yang lebih banyak. Menuduh hanya satu sisi sahaja, sama ada baik atau jahat, adalah perbuatan orang jahil atau zalim.

Mereka itu macam juga orang Islam yang lain. Ada kalangan mereka kebaikannya mengatasi kejahatan. demikianlah sebaliknya Kalangan mereka ada yang bertaibat kepada Allah lalu Allah mengampunkan dosa mereka.Di kalangan mereka ada yang Allah masukkan ke syurga  dan ada yang dibalas atas kejahatan mereka. Ada pula yang beroleh syafaat nabi Muhammad atau pihak lain yang memberi syafaat. Maka, bersaksi bahawa mereka sebagai ahli neraka adalah perkataan ahli bid'ah dan orang sesat. 

Imam Az-Zahabi dalam Siyar A'lam menyebutkan bahawa Yazid memulakan pemerintahannya dengan pembunuhan Hussain dan menutup dengan Menghalalkan Madinah.

Sikap yang harus kita ada terhadap orang seperti Yazid bin Mu'awiyah ini adalah:

"Kita tidak menyatakan cinta kepadanya dan juga tidak mencelanya. Kita bersikap rasional bahawa setiap orang ada baik dan buruknya. Kita tidak menghukumnya sebagai ahli neraka, jauh sekali menjatuhkan hukum kafir atasnya kerana tiada bukti nyata atas kekafirannya. Kezaliman itu memang asam garam para raja dan itu terpulang kepada Allah untuk mengampunkan atau mengazabkan. Dalam lautan dosa, mungkin ada pulau pahala. Kuwujuna pulau itu menjadi tempat berlabuhnya rahmat Allah serta kempunannya. Siapa  tahu?"

Yang pasti, kita bukan tuan syurga dan juga bukan tuan neraka. Kita sendiri pun tak pasti akan masuk syurga atau neraka!

November 25, 2017

UBAIDILLAH BIN JAHSYI TIDAK MURTAD DI HABSYAH

Tersebar cerita dalam kitab-kitab sirah serta tafsir riwayat yang menyebutkan bahawa Ubaidillah bin Jahsyi, seornag sahabat nabi yang telah berhijrah ke Habsyah telah menukarkan agama Islam dan menganut Kristian di bumi Habsyah. Beliau merupakan suami kepada Ummu Habibah, iaitu anak Abu Sufyan yang kemudiannya dikahwini oleh Rasulullah SAW.
 
Kisah yang menyebutkan Ubaidillah bin Jahsyi murtad dan masuk Kristian juga ada dalam Tobaqat Ibn Saad.

م افتتن وتنصّر فمات وهو نصراني، وأثبت الله الإسلام لأم حبيبة، وأبت أن تتنصّر

رابط المادة: http://iswy.co/e14p73
Ubaidillah bin Jahsyi disebutkan dalam riwayat sirah oleh Ibn Ishak, merupakan salah seorang  daripada 4 orang dalam masyarakat Makkah yang jahiliyyah sebelum Islam yang tidak mahu menyembah berhala. Mereka mencari-cari kepercayaan yang sebenar. Mereka ialah:
1) Waraqah bin Naufal
2) Ubaidillah bin Jahsyi
3) Uthman bin Huwairist
4) Zaid bin Amru bin Nufail.

Dalam Mustadrak Al-Hakim telah meriwatkan secara mursal daripada Az-Zuhri:

ثم افتتن وتنصّر فمات وهو نصراني، وأثبت الله الإسلام لأم حبيبة، وأبت أن تتنصّر

" Kemudian dia (Ubaidillah bin Jahsyi) telah terfitnah dan menganut nasrani, lalu dia mati di sana (habsyah) dalam agama Nasrani. Akan tetapi Allah menetapkan Islam atas Ummu Habibah dan dia enggan untuk masuk Kristian seperti suaminya."


Al-Baihaqi meriwayatkan dalam Ad-Dalail dengan turuq Ibn Lahi'ah daripada Abu Al-Aswad daripada Urwah dengan katanya: dan daripada kalangan

Bani Asad bin Khuzaimah ialah Ubadillah bin Jahsyi, dia telah mati di Habsyah sebagai seorang Nasrani.Bersamanya isterinya Ummu Habibah, anak kepada Abu Sufyan. Namanya Ramlah. Lalu Rasulullah mengambilnya sebagai isteri. Uthman bin Affanlah yang menikahkannya dengan Rasulullah di bumi Habsyah.

Khabar ini dua kecacatan iaitu: Sifatnya yang mrsal dan kedaifan riwayat Ibn Lahi'ah.

Di samping itu ada keganjilan pada matannya. Ibn Kahir mengkritik riwayat ini dengan mengatakan: Adapun riwayat yang menyebut bahawa Urwah mengatakan bahawa Uthman bin Affan yang menikahkannya dengan rasulullah adalah ganjil kerana Uthman telah balik ke Makkah sebelum itu dan telah berhijrah ke Madinah ditemani isterinya Ruqiyyah binti Rasulullah SAW.

Ubaidillah bin Jahsyi adalah seorang yang tergolong kalangan "As-Sabiqunal Awwalun" iaitu orang terawal masuk Islam. Atas beberapa alasan, riwayat yang TIDAK SAHEH mengenai Ubaidillah bin Jahsyi yang terpengaruh dengan kristian dan mati dengan agama itu, dipertikaikan. Berikut adalah alasan untuk menolak cerita yang mencemarkan keperibadian sahabat awal masuk Islam itu:

a) Riwayat yang menyebutkan Ubaidillah masuk kristian dan mati atas agama Kristian itu datang melalui jalan yang tidak bersambung atau melalui perawi yang daif. Ia terbit daripada tiga perawi utama iaitu Ibn Ishak, Ibn lahi'ah dan Al-Waqidi. Riwayat yang bersambung memang ada tetapi melalui Al-Waqidi yang dianggap pendusta oleh ahli hadis. Sementara riwayat dengan jalan Urwah bin Mas'ud pula adalah Mursal.

b) Riwayat yang saheh menceritakan matinya Ubaidllah bin Jahsyi di bumi Habsyah tidak pula menyebut tentang masuknya beliau dalam agama Kristian.

c) Adalah luar biasa dan sukar diterima akal logik, satu orang yang rela menghadapi susah payah menganut Islam di zaman sukar, kemudian bertongkah arus menyemberang laut merah, bergeladangan di Bumi Habsyah, tiba-tiba dikatakan bertukar agama menurut riwayat yang meragukan. Kalau mahu tukar agama, buat apa masuk Islam yang di awalnya menempah susah.  Lagi pula, riwayat beliau masuk Kristian itu pada saat nabi SAW sudah ada di Madinah. Riwayat menyebutkan bahawa nabi mengahwini Ummu Habibah pada tahun ke 6/7 H, sementara matinya Ubaidillah bin Jahsyi adalah sekitar setahun sebelumnya. Saat itu, kedudukan Islam sudah bertambah teguh di Madinah. Logikkah satu orang yang masuk Islam saat Islam lemah, tiba-tiba setelah Islam kuat dia bertukar arah dan memilih kepercayaan lain?

d) Satu dalil lain cukup menarik untuk diperimbangkan ialah jawapan Abu Sufyan di depan Heraklius saat ditanya tentang nabi SAW. Heraklius bertanya kepada Abu Sufyan tentang nabi Muhamamd SAW:
" Apakah ada yang mutad meninggalkan agamanya kerana benci setelah memasukinya?"
Abu Sufyan menjawab: Tidak ada.
Jawapan Abu Sufyan ini menafikan kemurtadan Ubaidillah bin Jahsyi. Masakan Abu sufyan tidak tahu menantunya murtad meninggalkan Islam dan masuk Kristian kalau ia benar berlaku? Padahal ketika itu Abu Sufyan masih kafir dan memerlukan "point" untuk mendeskreditkan nabi Muhammad SAW.

Maka, kesimpulannya, cerita murtadnya Ubaidillah bin jahsyi ini tidak saheh. Ia tidak patut dijadikan cerita dalam ceramah-ceramah  kerana ada keraguan dalam cerita ini. Keraguan itu pula membabitkan maruah akidah sahabat terawal Islam. Cerita kemurtadan ini berkemungkinan besar siri kedustaan yang disebarkan oleh orang-orang punya masalah dengan Bani Ummayyah seperti Ibn Ishak. Termaklum bahawa Ibn Ishak terpalit dengan sangkaan bertasyayyu' dalam banyak riwayatnya. Kerana Ubaidillah bin Jahsyi itu suami Ummu Habibah dan Ummu habibah adalah anak Abu Sufyan, maka cerita ini direka. Tujuannya ialah  agar nama keluarga Bani Umayyah dicemarkan berterusan. Abu Sufyan adalah bapa kepada Mu'awiyyah,  sahabat nabi dan pemula kepada Dinasti Bani Umayyah yang menjadi titik benci kaum Syiah Rafidhah.


December 22, 2015

Ektrsak Kuliah Tafsir: " Muhammad SAW bukan Abtar".


(Surau Al-Hana, Taman Makmur)

Salah seorang penentang dakwah Rasulullah SAW ialah Al-'As bin Wa'il As-Sahmi. Beliau merupakan pemimpin Bani Sahmi, salah satu kabilah daripada bangsa Quraisy. Salasilahnya bertemu dengan dengan salasilah Rasulullah pada Ka'ab bin Lu'i. Dua orang anaknya telah masuk Islam dan merupakan sahabat kepada Rasulullah SAW iaitu Hisham bin Al-'As dan Amru bin Al-'As.

Waktu beliau mendapat tahu anaknya Hisyam telah masuk Islam, beliau telah mengurungnya dan menyiksanya serta memaksanya kembali kepada agama penyembahan berhala. Al-'As bin Wa il mengatakan kepada kaum Qurasiy bahawa dia tidak akan berhenti menyiksa anaknya itu demi berhala Lata, Manat, Hubal dan lain-lainnya. Namun, Hisyam adalah seornag pemuda yang istiqamah dan tetap dengan Islam. Kerana kasihankan Hisyam, isteri saudaranya Amru telah memberi makan dan minum kepadanya secara senyap-senyap dan akhirnya melepaskannya hingga dia dapat lari berhijrah ke Habsyah serta mendapat perlindungan di bawah raja Najasyi.

Setiap punya kesempatan, Al-'As bin Wa il akan menghina dan memperolok-olokkan nabi Muhammad SAW. Beliu memperlecehkan nabi dengan memanggilnya sebagai "ABTAR". Panggilan memerpersendakan "Si Abtar " itu ditempelkan kepada Rasulullah SAW kerana baginda kematian anak-anak lelaki. Dua anak lelaki yang bernama Al-Qasim dan Abdullah mati pada zaman dakwah di Makkah. Berikutnya pula, waktu di Madinah, baginada mendapat anak lelaki dengan Mariah Al-Qibtiyyah, pun meninggal pada usia kecil.

Dia berkata kepada para pemuka Quraisy yang sering melepak di dataran Ka'abah:

" Aku baru tadi bertemu dengan si Abtar",
" Biarkan aja Si Abtar itu, kelak dia akan dilupakan selepas matinya kerana dia tiada penerus keturunan".

Demikian beberapa kalam yang menghina dari Al-'As bin Wa il terhadap Rasulullah. Dia tidak sendirian dalam kerja durjanya. Bersamanya adalah Abu Jahal. Pada satu ketika, dia dan Abu Jahal telah bertemu nabi Muhammad SAW di jalanan. Kesempatan itu digunakan oleh mereka itu menghina dan mengherdik Rasulullah SAW.

Dalam munajat kepada Allah SWT, Rasulullah berdoa :

" Ya Allah, jadikan dia (Al-'As bin Wa il) ditewaskan oleh duri di antara duri-duir di muka bumi".

Doa Rasulullah dimakbulkan. Satu ketika, apabila Al-'As bin Wa il sedang dalam perjalanan ke Taif untuk melawat harta bendanya di sana, dia menunggal keldai dan singgah di satu tempat. Ketika turun dari keldainya, kakinya terpijak duri. Kesan dari pijakannya itu, ia membengkak dan tak mampu berjalan. Kesakitannya meresapo ke seluruh tubuhnya. Dia menderita alang kepalang. Anaknya Amru bin Al-As cuba mencari tabib sehingga ke Taif tetapi Al-As mati sebelum sempat dirawat. Menurut riwayat Al-Waqidi, Al-'As bin Wa il mati pada usia 85 tahun iaitu setahun selepas hijrah Rasulullah ke Madinah.

Nabi Muhamamd tidak sekali-kali menjadi "ABTAR". Keturunannya tidak terputus. Keturunan mereka yang menentang baginda dulu telah lenyap dan tidak ada penyambung perjuangan. Sedangkan Rasulullah meneruskan keturunannnya dan penyambung perjuangannya berkembang biak melanai seluruh alam. Sungguh banyak nikmat Allah untuk Rasulnya dan semua itu menjadi "Kauthar". Di dunia ada "kauthar" yang bermacam-macam dan di akhirat menanti baginda sungai syurga dan telaga yang menjadi "kauthar" untuk baginda dan pengikutnya.

Siapa yang memperjuangkan Islam, Allah pasti berikannya "Kauthar" dan dia tidak sekali-kali menjadi "Abtar".

November 21, 2014

KHAULAH BINTI TSA'LABAH

Para wanita pejuang emansipasi sering mengomentari masalah kedudukan mereka yang tidak dimuliakan oleh Islam sebagaimana golongan lelaki mendapat kemuliaan. Sebenarnya perasaan terhina yang mereka alami itu bukan kerana dizalimi Islam. Mereka mungkin jahil tentang syariat Islam serta hikmahnya atau mereka tidak memahami konsep keadilan dalam Islam. Mungkin juga kerana kesalahan para pembawa wajah Islam sehingga Islam dicoret dengan wajah yang hudoh.

Cerita Khaulah binti Tsa'labah yang menjadi sebab turunnya ayat-ayat berhubung hukum zihar sebagaimana dalam surah Al-Mujadalah menjadi bukti betapa Islam mendengar suara dan keluhan para wanita. Ketika Khaulah diziharkan oleh suaminya Aus bin Shomit, dia datang meminta fatwa daripada Rasulullah SAW. Ketika itu belum turun wahyu yang yang mengkhabar jalan keluar daripada masalah itu kecuali keharaman sang isteri yang diziharkan ke atas suaminya yang menziharkan.

Demikian Rasulullah SAW menjawab walau didesak penyelesaian yang melegakan buat dia dan suaminya.

" Kamu diharamkan atas suamimu", demikianlah penegasan Rasulullah.

Khaulah lantas telah berdoa kepada Allah SWT dengan katanya:

" Ya Allah, kepadamu aku mengadu masalahku"

Lalu turunlah perintah kifarat zihar sebagaimana disebutklan dalam surah Al-Mujadalah. Allah telah mendengar kata-kata Khaulah. Itulah lambang kemuliaan wanita mukminah dalam Islam. Suaranya mengawang melepasi langit ke tujuh.

Khaulah binti Tsa'labah dikenang sejarah sebagai wanita beriman yang tegas menjaga hukum, berani dan ahli dalam menutur kata bicara. Belia pernah menasihatkan Umar Al-Khattab tentang pemerintahan sehingga Umar Al-Khattab yang ketika itu bergelar Amirul Mukminin mendengarnya dengan sabar.

"Demi Allah kalau aku terpaksa mendengar katanya dari pagi sampai senja, aku akan sabar...", Umar Al-Khattab mengetahui bahawa Allah mendengar bicara Khaulah binti Tsa'labah. Maka terlibih aula dia mendengarnya.

November 6, 2012

Kubur Saad bin Abi Waqqas

Saad bin Abi Waqqas, seorang sahabat Rasulullah SAW yang termasuk kalangan 10 yang dijanjikan syurga telah wafat di Al-Aqiq, iaitu satu tempat yang juauhnya kira-kira 10 batu dari Madinah.Kejadian itu berlaku pada tahun 55 H iaitu semasa pemerintahan Khalifah Mu'amiyah RA. Lantas, mayat Saad bin Abi Waqqas telah dibawa ke madinah dan dikebumikan di Al-Baqi'.

Apa yang dibuat ke atas mayat Saad bin Abi Waqqas ini menjadi dalil bagi pandangan yang membolehkan dikuburkan seseorang yang mati di tempat yang selain daripada bumi  yang bukan dia mati atasnya.

CARI KANDUNGAN BLOG