Showing posts with label Petikan. Show all posts
Showing posts with label Petikan. Show all posts

August 31, 2022

TOLAK 10 , TOLAK 9

Telah bersepakat para lama ahli sunnah atas keutamaan 10 sahabat yang dikhabarkan berita gembira bahawa mereka ahli syurga. Telah masyhurlah kelebihan dan manaqib mereka. Siapakah yang lebih jahil daripada mereka yang tidak mahu mengakui angka 10 itu ? Atau mereka yang enggan mengiktiraf 10 orang dari kalangan mereka? Mereka membenci sahabat-sahabat terbaik nabi Muhammad SAW. Sahabat-sahabat yang disaksikan untuk mereka syurga Allah SWT. Dalam masa yang sama mereka mengecualikan saidina ali bin Abi Talib.  Ironinya , mereka mengangkat 9 pemimpin sedangkanmereka membenci 9 daripada 10. Mereka marah dan benci kepada seluruh muhajirin dan ansar. Padahal golongan itulah yang merupakan golongan awal masuk Islam. Merekalah yang telah berbai'ah di bawah sepohon kayu dengan Rasulullah SAW.


Merekalah yang Allah firmankan dalam Al-Quran , Surah Al-Fath: Ayat 18:



لقد رضي الله عن المؤمنين إذ يبايعونك تحت الشجرة


"Demi sesungguhnya Allah telah redha terhadap orang-orang beriman ketika mereka berbai'ah kepadamu wahai Mhmmad saat berada di bawah pokok".




Sesungguhnya telah sabit satu hadis saheh dalam Saheh Muslim diriwayatkan sahabat nabi Jabir R.A bahawa nabi SAW bersabda:

 


لا يدخل النار أحد بايع تحت الشجرة


" Tidak masuk neraka seorang pun yang berbai'ah di bawah pokok".



Para Syiah Rafidah dulu dan kini , mereka berelepas diri daripada seluruh sahabat nabi SAW kecuali sekumpulan yang sedikit sekitar 10 orang.


August 6, 2022

Kata-kata Junaid dan As-Syibli tentang Al-Hallaj

(Petikan daripada Kitab" Al-Fikrus Sufi; ms 390)

 Apakah Junaid Al-Baghdadi berakidah Wehdatul Wujud juga seperti Abu Mansur Al-Hallaj. 

Pada Saat Al-Hallaj telah dijatuhkan hukuman bunuh oleh penguasa pada masa itu, Junaid Al-Baghdadi mengurumkan surat kepadanya yang bertulis: "Sesungguhnya kamu telah menyebarkan rahsia ketuhanan lalu Dia memberikan kamu rasa kelazatan besi".


Begitu juga As-Syibli berkata mengenai nasib yang menimpa Al-Hallaj ini.  Katanya: Aku dan Al-Hallaj adalah dua orang yang satu hanya berbeza kerana dia bercakap (Mengenai Wehdatul Wujud ) sedangkan aku tidak". 

Perkataan-perkataan ini boleh difahami bahawa Junaid dan As-Syibli mempunyai keyakinan yangs ama seperti Al-Hallaj. Cuma mereka tidak mewar-warkan akidah mereka. 

Cuma, soalnya apakah benar nisbah perkataan itu kepada dua tokoh besar dalam Islam itu? Apakah tidak mungkin ia adalah takzib ke atas keduya-duanya oleh para pengobar ilmu tasawwif yang berkeyakinan wehdatul wujud?

December 27, 2020

MAKSUD KHAWARIJ


 Bekata Syahrastani dalam Al-Milal Wan Nihal:



كل من خرج على الإمام الحق الذي اتفقت الجماعة عليه يسمى خارجياً، سواء كان الخروج في أيام الصحابة على الأئمة الراشدين أو كان بعدهم على التابعين لهم بإحسان والأئمة في كل زمان

 

Maksudnya,sesiapa yang memerangi pemerintah yang sebenar, yang telah dipilih oleh rakyat  dengan kesepakatan, sama ada pada zaman sahabat atau sesudah zaman mereka, maka mereka itulah golongan Khawarij

November 30, 2020

BERDIRI KETIKA SOLAWAT

 Menjadi kebiasaan dalam mayarakat bila sampai kepada solawat dan "mahllul Qiyam", maka berdirilah ornag yang ada dalam majlis solawat itu. Terdapat dakwaan yang mengatakan perbuatan berdiri itu kerana menganggap rasulullah datang. Apakah benar itu tujuan berdiri? Bediri kerana menyambut kedatangan rasulullah ke dalam majlis tersebut?

Memang itulah yang dikatakan orang. Sementelahan berdiri semasa solawat itu tidak ditunjuki oleh nabi SAW dan para sahabat.

 

Sayyid Muhamamd bin Alwi Al-Maliki Al-Hasani  mengarang sebuah buku bertajuk "al-i'lam bi fatwa  a-immatil Islam haula maulidihi alaihi solatu wassalam" dan menyatakan penolakannya terhadap wujud tanggapan sedemikian di kalangan mereka yang berdiri semasa solawat dalam majlis maulid nabi SAW.

 Menurutnya, perbuatan berdiri itu hanyalah tindakan refleks yang bukan satu ibadat. Ia bukan syariat dan bukan sunat. Ia cuma adat kebiasaan orang bila rasa gembira. Seorang yang gembira dengan kelahiran nabi SAW, maka dia bangun.


Wallahu a'lam....


 

CARI KANDUNGAN BLOG