Showing posts with label Pemikiran. Show all posts
Showing posts with label Pemikiran. Show all posts

December 1, 2019

SEDEKAH FATIHAH KEPADA RASULULLAH

Baca fatihah, hadiah pahala kepada Rasulullah SAW. Ini tiada petunjuk langsung daripada nabi Muhammad SAW. Tidak juga diamalkan oleh para sahabat serta generasi salaf. Itu faktanya. 

Cuma, ada pendapat kalangan ulama yang membolehkannya. Dasar yang diguna adalah qias dengan  solawat dan juga doa sesudah azan. Kerana itu, hadiah pahala Fatihah kepada Rasulullah  , menurut pendapat ini,  adalah untuk mengangkat darjat dan maqam Rasulullah SAW.

Apakah alasan dari qias ini boleh diterima?

Pertamanya, apakah kaedah Qias boleh dibuat dalam soal-soal yang berkaitan tasyri' dan peribadatan? Ini persoalan penting yang perlu diselesaikan dulu sebelum melangkah kepada isu lain. Atau...ibadat itu adalah idtirari. Ibadat tidak boleh kecuali ittiba'. Ini telah disebutkan dalam hadis yang saheh.

Keduanya, bukankah tanpa niat hadiah pahala pun, pahala bacaan fatihah itu menjadi milik Rasulullah SAW. Baginda sebagai perintis dan guru agung yang mengajarkan fatihah, maka sesiapa yang membacakan fatihah, maka pahalanya dapat kepada Rasulullah SAW , tidak kurang sedikitpun daripada tukang baca.Ini ditegaskan dalam hadis yang saheh.

Jika demikian, apa perlunya niat hadiah pahala?

Kekadang ada yang menyampuk, berkilas hujah. Kenapa perlu solat jenazah Rasulullah SAW? Kata mereka, bukankah Raulullah itu maksum dan tidak perlu diminta ampun. Perkara ini tidak perlu dipeningkan fikiran untuk cari alasan. Perkara yang ada dalil amalan Rasulullah dan perintahnya, diamalkan oleh para sahabat, terima sahaja sebagai bahagian agama. Itulah dalil dan sandaran.

Orang lain yang buat, tidak jadi dalil. Mereka perlu ada sokongan amalan nabi dan para sahabat.

Hujahan lemah akal kekadang muncul. Dikatakan, mengapa kita buat benda yang Rasulullah tak buat? Rasulullah tak naik kereta, kita naik. Rasulullah tidak pakai microphone, kita pakai. Kita menyalahi Rasulullah SAW. Ini hujahan ibarat orang lemas dalam air. Menggapai apa sahaja tersambar oleh tangan.

Tidak pula orang yang paling kuat membid'ahkan orang sekalipun memasukkan ciptaan moden dalam perkara bid'ah terlarang. Bid'ah yang mereka tegah keras itu masih dalam lingkungan agama. Cuma, berlaku perbezaan kalangan keras sederhana dan lembut dalam mengklasifikasikan perkara agama yang dimasukkan dalam bid'ah itu. Hatta, ada yang melampau sampai membid'ahklan qunut subuh, wirid lepas solat, doa berjemaah dan sebagainya. 

Persoalan bacan fatihan dan sedekah pahala kepada kanjeng nabi SAW apakah bid'ah? Jawapannya  mungkin berbeza sekalipun di kalangan orang yang mengatakan ia tidak ada dalam syariat. Aku antara orang tidak suka membid'ahkan amalan tersebut. Cuma aku sokong bahawa perkara mensedekahkan fatihah kepada nabi ini perkara yang tidak disokong oleh dalil yang jelas. Lalu tidak perlu. Boleh dan perlu adalah dua hal yang berbeza.

Seperti dikatakan tadi, kias yang digunakan tidak dengan solawat dan doa lepas azan, tidak cocok untuk dipakai. Qias ma'al fariq.

Mengangkat makam nabi dengan sedekah fatihah juga adalah andaian akliyyah sahaja. Apakah jawapannya andai dikatakan, kalau dihadiahkan fatihah buat kucing kesayangan yang mati, kelak di akhirat kucing tersebut akan naik darjat. Lagi banyak sedekah fatihah yang didapatinya, dia mungkin jadi kucing syurga yang hidup abadi dalam nikmat syurga. Walau sekadar hanya seekor kucing. Kucing lain mati jadi debu hancur, sedangkan kucing penerima sedekah fatihah meningkat makamnya.

Begitukah logik yang terpakai?

November 24, 2019

Dunia ini lebih ringan daripada sayap Nyamuk

Anda lihat mereka yang kafir, tak beriman kepada Allah itu, yang derhaka dan bergelumang maksiat kepada Allah, mendapat habuan melimpah dalam dunia ini. Apakah anda rasa tergiur? Lalu anda mengeluh...

"Oh Tuhan...aku beriman kepadaMu, taat menjunjung perintahmu, tapi mengapa tidak Kau berikan aku kesenangan dunia ini?".

Ingatlah, dunia itu barang yang nilainya tidak lebih berat daripada sayap nyamuk. Apalah harganya sayap nyamuk? Mahukah kau rebuti sayap nyamuk? Nak buat apa sayap nyamuk? Sayap kalkatu pun kita tak mahu, apa lagi sayap nyamuk. Kalau disuruh kita buat satu pekerjaan, upahnya adalah sayap nyamuk, sumpah taubat lahum, kita tak mahu buat kerja untuk diupah hanya sayap nyamuk. 

Kata junjungan kita nabi Muhammad, dunia itu lebih ringan daripada sayap nyamuk. Sabda baginda:

لَوْ كَانَت الدُّنْيَا تَعْدِلُ عِنْدَ اللَّه جَنَاحَ بَعُوضَةٍ مَا سَقَى كَافِرًا مِنْها شَرْبَةَ مَاءٍ

"Kalaulah dunia itu ada seberat sayap nyamuk nilainya di sisi Allah SWT, tentulah Allah tidak benarkan orang yang kafir dengannya minum walau seteguk air". 


Ingatlah, ketaatanmu kepada Allah, bukan mahu dibalas dengan dunia. Dunia murah. Ketaatan akan dibalas dengan harga mahal di akhirat. Biarlah orang kafor berseronak dengan barang murah, kita orang beriman akan mencari barang mahal. kalau mereka yang kafir itu dapat limpahan dunia, itu bukan ganjaran kebaikan mereka, tetapi itu adalah "acah-acahan " Allah untuk bermain-main dengannya. 

Acahan itu disebut ISTIDRAJ!

March 7, 2019

PEMBOHONGAN SYIAH: MU'WIYAH MEMBUAT SUNNAH LAKNAT KEPADA ALI ATAS MIMBAR

Kononnya, pada zaman pemerintahan Mu'awiyah, khutbah-khutbah atas mimbar diselitkan laknatan atas Saidina Ali bin Abu Talib. Mu'awiyahlah orang yang membuat sunnat itu dan ia dikuti oleh para gabenornya di daerah-daerah. Selama hampir 50 tahun Sunnah itu berlanjut sehinggalah dimansukhkan pada zaman Umar bin Abdul Aziz.

Ini pendapatku sebelum baca nukilan para ulama untuk menjawabnya. Betapapun cerita ini ditulis dalam beberapa buku sejarah, aku kurang yakin dengan kebenarannya. Fikiran warasku dalam menilai riwayat sejarah tidak dapat menerimanya.

1) Pada zaman Mu'awiyah menjadi pemerintah, banyak sahabat yang masih hidup. Jika MU'awiyah mencela dan melaknat Ali secara terbuka atas membar, masakan para sahabat nabi boleh berdiam diri. Generasi sahabat sudah teruji dengan mehnah dan mereka tidka takut apapun. Jika perkara itu mungkar, mereka akan tentang. Melaknat Ali bin Abi Talib bukan maksiat kecil. Ia perkara besar. 

2) Kita pun tahu bahawa pada zaman Mu'awiyah, dialah pertama sekali pemerintah Islam yang bina armada laut menyerang negeri-negeri jajahan Romawi termasuk kepulaun Cyprus. Antara yang ikut serta sahabat nabi. Kalau demikian buruknya perangai Mu'awiyah, bagaimana mereka boleh berdiam diri dan memberi sokongan kepada misi dan visi Mu'awiyah?

Cerita ini rekaan golongan yang hidup mereka berujikan laknat. Lihatlah bagaimana puak Syiah melaknat Abu Bakar, Umar, Aisyah dan Hafsah. Pada perkiraan mereka, laknat ini perkara biasa. Mereka biasa buat dan ornag lain pun biasa buat. Kerana mereka jenis kaum pelaknat, mereka rasa tidaklah pelik untuk mengatakan Mu'awiyah melaknat Ali atas membar!

Siapa yang percaya cerita dunggu ini, memang otaknya sudah hilang fungsi.


March 1, 2019

NIQAB-TRADISI ATAU SYARIAT?

Catatan ini adalah bahan renungan. Dimabil daripada kritikan Muhamamd Al-Ghazali. Siapa yang tidak suka kepada Syeikh Muhamamd Al-Ghazali, boleh sahaja. Lemparkan pandangannya ke dinding. Namun, keilmuan Muhammad AL-Ghazali telah masyhur dna yang hendak menolak dan meremehkan buah fikirnya, perlu menunjukkan apa yang difikirkannya lebih baik dengan menggunakan hujjah-hujjah yang jauh daripada emosi. 

Syeiikh Al-Qaradhawi memuji Muhamad Al-Ghazali dalam catatannya di lamannya: "Akhirnya Bintang pun sirna" 

Muhammad Al-Ghazali menolak bahawa pakai purdah tuntutan Syariat Islamm sebaliknya dia menyifatkannya sebagai tradisi kaum yang diberikan wajah Islam. Beliau mendatangkan sedret hujah yang boleh difikirkan bagi yang mahu berfikir:


1-


February 25, 2019

Pemikiran Sufi Al-Hubb

Amir bin Abdullah bin Abd Qais Al-'Anbari adalah Sufi pertama yang membebaskan dirinya daripada pemikiran Sufi  yang berorientasikan duka dan tangisan kepada Sufi "live Oriented".

Ungkapannya yang masyhur:

Aku cintakan Allah dengan cinta yang memudahkan daku menanggung segala musibah dan membuatkan daku redha segala ketentuanNya. Dengan cinta itu, aku tidak hirau apa pun yang akan terjadi kepadaku".
(Kaukab Durriyyah: 1/129)

Maka Sufi pun keluar daripada kota sempitnya yang bersenandung duka dan tangis kepada kemerdekaan rasa yang berasaskan cinta!


Fikrah Cinta dalam kesufian muncul di Basrah dan itulah pada period hidupnya Amir bin Abdullah bin Qais Al-'Ambari. Beliau dicatatkan mati di Baitil Maqdis pada zaman pemerintahan Muawiyyah. Sudah tentulah sebelum tahun 60

CARI KANDUNGAN BLOG