Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

June 6, 2021

PERPECAHAN UMMAT ISLAM.

 Khilaf kalangan umat Islam peringkat awal tidak membawa kepada tahap membid'ahkan pihak yang bertentangan , apa lagi mengkafirkannya. Khilaf pertama dapat dikesan ketika nabi SAW saat sakitnya meminta agar dibawakan kertas untuk dituliskan pesanannya. Umar Al-Khattab menolak( Rujuk Hadis)

Kemudian khilaf berrlaku tentang di mana nabi SAW mahu dikebumikan. 

Kemudian khilaf di Balai Bani Saadah tentang perlantikan Khalifah.

Khilaf zaman Uthman sehingga membawa kepada pembunuhannnya.

Khilaf Ali dengan Aisyah, Ali dengan Muawiyah yang bawa kepada perang Al-Jamal dan As-Siffin.

Kemudian pada zaman Ali bin Abi talib sebagai khalifah,  muncullah 4 firqah awal:

1) Syiah

2) Khawarij

3) Murjiah

4) Penyokong Bani Umayyah


Kemudian muncullah Qodariyyah pada zaman-zaman akhir periode sahabat. Firqah ini dirintis oleh Ma'bad Al-Juhani yang kemudiannya diteruskan oleh Ghailan Al-Damsyiqi.


Pada Zaman Hasan Al- Basri, muncullah Puak Muktazilah yang diasaskan oleh Wasil bin Ato'.

Pada zaman khilafah Abbasiyyah, perpecahan ini nampak jelas kepada 5 firqah tunggak iaitu:

a) Ahlus Sunnah

b) Muktazilah

c) Murjiah

d) Syiah

e) Khawarij


Daripada 5 firqah asas ini akhirnya beranak pinak menumbuhkan firqah-firqah yang pelbagai seperti Jabariyyah, Qadariyyah, Batiniyyah, Jahmiyyah, Kullabiyyah, Falasifah, Musyabbihah dan banyak lagi.






November 27, 2020

KEBATILAN CERITA MENGENAI AYAH NABI.



Riwayat yang menyebutkan bahawa Abdullah ayah nabi ada wanita lain selain Aminah disebutkan oleh Ibn Ishak. Menurut riwayat yang dibawa oleh Ibn Ishak, pada satu ketika Abdullah mendatangi wanita itu tetapi dia dalam keadaan berdebu. Wanita itu enggan melayaninya. Lalu dia pun membersihkan dirinya dan kemudian mahu pergi kepada Aminah. Ketika itu, wanita yang satu ini memanggilnya, tetapi tidak diendahkannya. Dia mendatangi Aminah sehingga berlaku hubungan antara dia dengan Aminah. Ketika dia mahu kepada wanita itu, wanita itu pun menolak. Alasannya, cahaya putih pada wajah Abdullah telah tiada kerana telah dapat kepada Aminah.



Abu Zuhrah dalam kitabnya, Sirah Nabawiyyah menolak cerita ini dengan beberapa hujjah:



Cerita ini hanya riwayat yang ditunggali oleh Ibn Ishak. Ia tidak dinaqalkan dalam mana-mana kitab hadis yang saheh. kalau benar, tentu ada yang menyebutkannya sebagaimana perihal ayahnya Abdul Mutallib yang disebutkan tentang berapa isterinya dan berapa anaknya. Kedudukan Abdullah tidaklah kurang berbanding ayahnya itu, lebih-lebih lagi Abdullah adalah ayah kepada junjungan besar nabi Muhamamd SAW.


Cerita Abdullah ada isteri lain selain Aminah ini tidak dijelaskan bila dia menikah, bagaimana dan apakah kesudahannya. Kenapa Abdullah berkahwin lebih daripada satu pada usia yang begitu muda? Ketiadaan penjelasan mengenainya menunjukkan cerita ini pelik dan tidak boleh diterima.
Jika dilihat kepada riwayat Ibn Ishak itu, sebenarnya tidak disebutkan bahawa wanita itu isterinya. Wanita itu mengajaknya melakukan hubungan dan Abdullah mahu. Cuma keadaan dirinya yang menyebabkan proses itu lambat. Ini bertentangan dengan apa Nabi sebut bahawa baginda adalah daripada keturunan yang suci dan orang-orang yang bersih. Masakan demikian sifat dan watak Abdullah?


Cerita itu kelihatan tidak konsisten kerana. Penolakan wanita itu pertamanya kerana Abdullah berlumuran debu. Bila Abdullah sudah mandi dan mendatangi Aminah, dia kembali kepada wanita itu, ditolaknya. Alasannya cahaya di muka sudah hilang. Kalau kerana cahaya itu yang menjadi dambaannya, apa masalahnya kalau Abdullah berdebu sekalipun. Bukankah yang diingininya adalah cahaya itu? Jadi cerita itu goyah dan menunjukkan kebatilannya.
Wallahu a'lam



Rujuk : Sirah nabawiyyah oleh Abu Zuhrah.

November 26, 2020

Fimyun menyebarkan agama nabi Isa di Najran


Fimyun ini seorang lelaki soleh yang menganut agama nabi Isa a.s. Agama nabi Isa sebenarnya Islam. Namun, nasrani telah mencalarbalarkannya, maka orang pun sebutkannya agama Nasrani. Hampir tidak dapat dibezakan antara pembawa agama sebenar nabi Isa a.s dengan para penyeleweng yang telah menunggangterbalikkan agama nabi Isa a.s. Lalu, disebutlah Nasrani mewakili agama nabi Isa, padahal ia telah menjadi berkecamuk dengan bid'ah-bida'h yang dibuat oleh pendeta terutama campurtangan raja Constantine.

Fimyun ini berasal dari Syam. Dia lari meninggalkan Syam membawa agamanya. Mungkin dia jadi buruan atau tidak lagi senang hati duduk di Syam yang dikuasai oleh kerajaan Romawi yang kononnya beragama nabi Isa tetapi telah menukarnya menjadi Nasrani. Pengembaraan Fimyun ini menemukan dia dengan seorang anak muridnya yang setia bernama Soleh. Mereka mengembara bersama.

October 30, 2020

FAHR BIN MALIK

Fahr bin Malik bin An-Nadhar bin Kinanah merupakan datuk nabi SAW yang ke-10. Sebahagian ahli sejarah menyatakan bahawa belia adalah bapa kepada bangsa Quraisy. Namun, ramai ahli sejarah menolak untuk menyetujui bahawa Quraisy bermula daripadanya. Ramai ahli nasab dan ahli sejarah menyebutkan bahawa An-Nadhar, datuknyalah yang menjadi titik mulanya bangsa Quraisy. Ini kerana ada sabda junjungan yang berbunyi:


نحن بنو النضر بن كنانة
 
"Kami adalah anak-anak An-Nadhar bin Kinanah". 
 
Dalam Saheh Muslim disebutkan:
 

 إن الله اصطفى كنانة من ولد إسماعيل واصطفى قريشًا من كنانة واصطفى من قريش بني هاشم واصطفاني من بني هاشم

" Sesungguhnya Allah telah memilih Kinanah daripada  anak-anak Ismail, kemudiannya dipilih Quraisy daripada anak-anak Kinanah, Kemudiannya dipilih Bani Hasyim daripada anak-anak Qurasiy dan memilihku daripada anak-anak Hasyim".

 


Sebahagian mufassirin mengkelaskan Fahr bin Malik bin Quraisy Pertengahan (Ausat) manakala datuknya adalah Quraisy Akbar sementara Qusai bin Kilab adalah Quraisy Kecil.

At-Tobari menyebutkan dalam tarikhnya:


وكان فهر في زمانه رئيس الناس بمكة

"Fahr merupakan pemimpin zamannya di Kota Makkah"

Sebab dinamakan An-nadhar itu Quraisy:

Kata Ibn Abbas: Satu ketika An-Nadhar naik sebuah kapal di laut. Lalu ada satu binatang laut namanya Quraisy naik atas kapal. Binatang itu dibunuh oleh An-nadhar dan kepalanya dibawa balik ke Makkah. Kerana itu dinamakan dia Quraisy.???

















September 17, 2020

SAIF ZI YAZAN MENGKHABARKAN KENABIAN NABI MUHAMMAD SAW.

Saif Zi Yazan, apabila diangkat menjadi raja Yaman oleh kerjaaan Parsi, telah dikunjungi oleh Abdul Mutallib bin Hasyim, Datuk nabi SAW. Beliau mengunjungi atas tujuan mengucapkan tahniah atas perlantikan itu. Ketika bertemu dengan Saif Zi Yazan, Abdul Mutallib dikhabarkan bahawa daripada keturunannnya akan lahir seorang nabi. 

Ada kalangan yang menolak cerita ini. Namun, cerita ini ada dalam sumber-sumber sirah yang dipecayai. Antaranya dalam Dalailun Nubuwwa oleh Al-Baihaqi. Disebutkan di dalamnya:

 

http://bayanelislam.net/Suspicion.aspx?id=02-05-0002


September 1, 2020

BANI AL-ABSI

Bani Absi adalah salah satu kabilah Arab yang besar dan terkenal. Dari segi ranking, kabilah ini menduduki tempat kedua selepas Quraisy.Kabilah ini adalah pecahan daripada kabilah Ghatfan bin Saad bin Qais bin 'Ailan. dari segi nasabnya, ia kembali kepada Abbas bin Baghidh bin Rais bin Ghatfan bin Sa'ad bin Qais bin 'Ailan bin Nazar bin Ma'ad bin Adnan (Salah seorang anak nabi nabi Ismail)


Setahun sebelum Makkah disernag tentera bergajah, bani Absi telah keluar daripada kawasan Hijaz dan menempati Yamamah.  Di Yamamah mereka telah dapat mengalahkan Bani Kindah  dan di Yamamah. Mereka dapat menguasai kawasan-kawasan yang sibur dan sumber mata air. Bani Abs  memilih Jazimah Al-Absi sebagai raja mereka dan kemudian dilanjutkan kepada anaknya Zuhair bin jazimah al-Absi.Seterusnya kepada Qais in Zuhair.


Qabilah ini telah masuk Islam pada zaman nabi SAW. Di kalangan mereka ada ramai sahabat nabi yang telah menyertai peperangan Yamamah.


Hari ini, Bani Rashid yang menghuni Saudi Arabia, Kuwait, Sudan, Eritrea, Jordan, Yemen, Libya, Tunisia, United Arab Emirates, Oman merupakan keturunan Bani Abs yang paling terkenal.


Antara tokoh nama yang berasal dari Bani Abs adalah:

1) Urwah bin Al-Wardi

2) Antarah bin Syaddad

3)

July 13, 2020

YAZDEGERD

Yazdegerd merupakan raja terakhir dinasti Sasaniyyah  yang memerintah Parsi. Pemerintahannya berlangsung antara tahun 632 sehingga 651M. Beliau adalah putera kepada Syahriyar dan merupakan cucu kepada Khosrow II. Beliau digelar Yazdagerd III.

Syariyar ayahnya diselamatkan olehnya ketika Kavad II menjalankan pembunuhan ke atas saudara-saudaranya (anak kepada Khusrau II) yang dilihat sebagai pesaingnya.

Pada usia 8 tahun, dia naik tahta.

Kerajaannya dikalahkan oleh Islam pada zaman Khlaifah Umar Al-Khattab.

Setelah tentera MUslimin yang dipimpin oleh Saad bin Abi Waqas dapat mengalahkan tentera Parsi dalam peperangan Al-Qadosiyyah, Yazdagerd lari meninggalkan Al-Madain ke Hulwan. Dari sana dia lari lagi ke Asfahan dan seterusnya lari lag di beberapa daerah lain sehinggalah dia mati terbunuh.

Dengan terbunuhynya Yazdagerd, berakhirlah sejarah pemerintahan Sasaniyyah di Parsi.

Kisra Khusrau II (Barwiz)

Khusrau II (528-590M) atau namanya Barwiz merupakan seorang raja Danasti Sasaniayah yang memerintah Parsi. Beliau adalah anak kepada Hurmuz I dan cucu kepada Kisra I (Anusyirwan Adil). Apabila Khusrau II naik tahta, beliau menjaga hubungan dengan kerajaan Bayzintin. Beliau bersahabat dengan kaisar Rom yang bernama Maurice. Apabila Kaisar Maurice mati terbunuh pada tahun 602, Khusrau II merasa marah dan dia menyerang wilayah-wilayah di bawah  Kerajaan Rom sehingga menjelang tahun 608 Qostantine pun diserangnya.

Khasrau II  menaiki tahta dengan sokongan para pemuka kerajaan yang memberontak ke atas Hurmuz IV, ayahnya selpas ayahnya itu buta. Ayahnya telah terbunuh. Dalam masa yang sama Bahram Tachobin, seorang bangsawan Parsi, juga mendakwa kelayakan beliau sebagai pewaris kuasa. Khusrau II tak mampu menanganinya dan beliau pun lari ke Syria dan mendapat pertolongan kaum kerabatnya di sana. Kemudiannya, Kaisar Maurice pun turun tangan dan membantu Khusrau II. Dengan bantuan Kaisar Maurice Khusrau II mendapat kembali tahtanya pada tahun 591M. Bahram Tachobin dibuang negeri ke Turki.

Khusrau II menganggap dirinya tuhan manusia. Rasulullah pernah hantar surat dakwah kepadanya yang dibawa oleh sahabat Abdullah bin Huzafah. Surat Rasulullah telah dikoyak dan Rasulullah mendoakan agar Allah mengoyak kerajaannya,

Khusrau II akhirnya mati dibunuh oleh anaknya sendiri Syirawaih pada tahun 628M yang menjadi raja seterusnya bergelar Qubad II.

Hadis Riwayat Muslim menyebutkan:

إذا هلك كسرى فلا كسرى بعده، وإذا هلك قيصر فلا قيصر بعده، فوالذي نفسي بيده لتنفقن كنوزهما في سبيل الله

" Apabila mati seornag Kisra, maka tiadalah Kisra selepasnya. Apabila mati kaisar, tiada lagi Kaisar sesudahnya. Demi Allah, kalian akan dapat membelanjakan khazanah mereka di jalan Allah."

BAZAN BIN SASAN

Beliau adalah Bazan bin Sasan Jarwan, menjadi gabenor Yaman untuk kerajaan Parsi. Beliau merupakan pemimpin golongan Al-Abna' di Yaman. Beliau dilantik oleh Anusyirwan, Kisra Parsi.

Beliau telah masuk Islam pada tahun ke-6H (627M) dan selepas masuk Islam Rasulullah kekalkan beliau sebagai Gabenor ke atas Yaman. Kemasukannya ke dalam agama Islam adalah setelah Kisra Parsi Barwiz dibunuh oleh anaknya Syarwaih

Hadis yang meriwayatkan Kisah Bazan


جاء في كتاب: الجامع الصحيح للسنن والمسانيد لصهيب عبد الجبار قال
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ ـ رضي الله عنهما ـ قَالَ: لَمَّا رَجَعَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم مِنَ الْحُدَيْبِيَةِ فِي ذِي الْحِجَّةِ سَنَةَ سِتٍّ, أَرْسَلَ الرُّسُلَ إِلَى الْمُلُوكِ يَدْعُوهُمْ إِلَى الْإِسْلَامِ, وَكَتَبَ إِلَيْهِمْ كُتُبًا.. وَبَعَثَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم عَبْدَ اللهِ بْنَ حُذَافَةَ السَّهْمِيَّ ـ رضي الله عنه ـ إِلَى كِسْرَى يَدْعُوهُ إِلَى الْإِسْلَامِ, وَكَتَبَ مَعَهُ كِتَابًا، قَالَ عَبْدُ اللهِ بْنُ حُذَافَةَ: فَدَفَعْتُ إِلَيْهِ كِتَابَ رَسُولِ اللهِ صلى الله عليه وسلم, فَقُرِئَ عَلَيْهِ، ثُمَّ أَخَذَهُ فَمَزَّقَهُ، فَلَمَّا بَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: اللَّهُمَّ مَزِّقْ مُلْكَهُ, وَكَتَبَ كِسْرَى إِلَى بَاذَانَ عَامِلِهِ عَلَى الْيَمَنِ أَنِ ابْعَثْ مِنْ عِنْدِكَ رَجُلَيْنِ جَلْدَيْنِ إِلَى هَذَا الرَّجُلِ الَّذِي بِالْحِجَازِ فَلْيَأْتِيَانِي بِخَبَرِهِ، فَبَعَثَ بَاذَانُ قَهْرَمَانَهُ وَرَجُلًا آخَرَ، وَكَتَبَ مَعَهُمَا كِتَابًا, فَقَدِمَا الْمَدِينَةَ وَفَرَائِصُهُمَا تُرْعَدُ، فَدَفَعَا كِتَابَ بَاذَانَ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم، فَتَبَسَّمَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم وَدَعَاهُمَا إِلَى الْإِسْلَامِ, وَقَالَ: ارْجِعَا عَنِّي يَوْمَكُمَا هَذَا حَتَّى تَأْتِيَانِي الْغَدَ فَأُخْبِرَكُمَا بِمَا أُرِيدُ، فَجَاءَاهُ مِنَ الْغَدِ، فَقَالَ لَهُمَا: أَبْلِغَا صَاحِبَكُمَا أَنَّ رَبِّي قَدْ قَتَلَ رَبَّهُ كِسْرَى فِي هَذِهِ اللَّيْلَةِ لِسَبْعِ سَاعَاتٍ مَضَتْ مِنْهَا ـ وَهِيَ لَيْلَةُ الثُّلاثَاءِ لِعَشْرِ لَيَالٍ مَضَيْنَ مِنْ جُمَادَى الْأُولَى سَنَةَ سَبْعٍ ـ وَإِنَّ اللهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى سَلَّطَ عَلَيْهِ ابْنَهُ شِيرَوَيْهِ فَقَتَلَهُ، فَرَجَعَا إِلَى بَاذَانَ بِذَلِكَ, فَأَسْلَمَ هو وَالْأَبْنَاءُ الَّذِينَ بِالْيَمَنِ
.

March 25, 2020

ENAM AHLI SYURA

Perlantikan ahli syura mula timbul apabila Umar Al-Khattab terkena tikaman Abu Lu'lu' Al-Majusi. Saat beliau sedang sakit yang mana mati kerananya, para sahabat mengusulkan pertanyaan tentang penggantinya. Saidina Umar Al-Khattab lalu menyebut 6 orang sahabat nabi sebagai pilihan. Enam ornag itulah yang disebutkan dalam sejarah sebaga Ahli Syura yang enam. Siapakah mereka? 

Mari kita ingat nama mereka:

1) Uthman bin Affan
2) Ali bin Abi Talib
3) Talhah bin Ubaidillah
4) Az-Zubair bin Al-Awwam
5) Abd Rahman bin Auf
6) Saad bin Abi Waqqas.

March 13, 2020

MUHALLAB BIN ABI SAFRAH AL-AZDI

Kunyahnya Abu Said.

Namanya Muhallab bin Zalim bin Sariq.

Daripada qabilah Al-Azdi yang berasal daripada kawasan pantai Oman.

Nama tempat tinggal mereka disebut sebagai Bandar Daba. Daba adalah pasar terbesar di zaman Arab Jahiliyyah, menjadi tumpuan pedagang Arab, Sind, Hindi dan juga China.

Beliau lahir tahun 8H
Jadi kelahirannya adalah pada tahun Fathu Makkah. 
Dia ada sembilan beradik dan dia yang paling bongsu.

Kerana Qabilah Al-Azdi telah terfitnah dengan gerakan menolak zakat yang diketuai laqit bin malik, kabilah itu telah mendapat hukuman setelah Laqit ditewaskan. Anggota kabilah Al-Azdi telah ditawan dan dibawa ke Madinah sebagai tawanan, termasuklah Muhallab dan ayahnya Zalim. Sampai di Madinah, mereka dibebaskan setelah Omar Al-Khattab menjelaskan ketidakterlibatan mereka dengan gerakan Laqit.
Dalam Perang Al-Qadisiyah, dia sertai dibawah pimpinan Saad bin Abi Waqas.
dalam Perang Al-Janal , Ali berikannya tugas memimpin satu sayap pasukan Ali.
Beliau dilantik Hajjaj bin Yusuf menjadi gabenor di Khurasan pada tahun 77H setelah beliau memecat gabenor di sana Umayyah bin Abdullah. Muhallab meninggal di Khurasan pada tahun  dan di sanalah dia meninggal pada tahun 82H. Anaknya Yazid kemudiannya menggantikannya.

Dalam tabaqat Ibn Saad, Muhallab dibilangkan kalangan Tabi'in.

Diriwayatkan bahawa Muhallab pernah bersama Abdullah bin Zubair pada masa pemerintahan Abdullah bin Zubair ke atas Hijaz dan Iraq. Ketika itu masuk kepada mereka Abdullah bin Safwan bin Umayyah bin Khalaf bin Wahab Al-Qursyi Al-Jamhi. Abdullah bin safwan bertanya  Abdullah bin Zubair .
" Siapa yang kau asyik berbual dengannya wahai amirul mukminin?
Ibn Zubair berkata
"Apakah kau tidak kenal dia? Dia Muhallab bin Safrah. Pemimpin Ahli Iraq".
"Siapa  orang ini?" , Muhallab pula bertanya kepada Ibn Zubair
"Dia penghulu Quraisy", jawab Ibn Zubair.
" Dia Abdullah bin Safwan", teka Muhallab.
" Ya!", jawab Ibn Zubair


Muhallab dan ayahnya mengikuti misi pimpinan Abdurrahman bin Samrah ke Sijistan pada tahun 42H

Muhallab meninggal pada masa pemerintahan Abd malik bin Marwan.

Catatan:

  1. Muhallab terkenal dengan kejayaannya membanteras gerakan Khawarij.
  2. Kabilah Al-Azdi pernah mendapat bala dituduh murtad kerana angkara Laqit bin Malik Al-Azdi yang membuat kempen menolak zakat diserahkan kepada khalifah Abu Bakar.
  3. Laqit digelar Zu Taj( Yang memiliki mahkota)
  4. Pada masa Jahiliyyah, Laqit digelar Al-Julandi. 
  5. Jaifar dan Ubad sebagai wakil khalifah dihalau oleh Laqit
  6. Laqit mendakwa sebagai nabi
  7. Abu bakar mengirim pasukan yang dipimpin oleh Huzaifah bin Mihson Al-Bariqi untuk mengamankan Oman dan 'Arfajah bin Harsamah untuk mengamankan Qabilah Mahrah.-kemudian Ikrimah bin Abu jahal menyusul setelah selesai tugasnya di Yamamah.

March 8, 2019

KEMUSYKILAN DALAM KISAH UMMU QIRFAH

Ummu Qirfah, nama sebenarnya adalah Fatimah binti Rabi'ah bin Badar dari kabilah Fazarah yang menghuni daerah utara Madinah menuju ke Syam.

Apa yang menjadi musykil dan perdebatan kalangan sarjana ialah kisah mengenai yang diriwayatkan dalam buku-buku sirah seperti Ibn Hisyam, Al-Waqidi , bahkan dalam syarah hadis Bukhari sendiri, dalam bab mghazi.

Ummu Qirfah telah memerangi Rasulullah SAW dan kerana itu Rasulullah tugaskan Zaid bin Harithah untuk menanganinya. Ummu Qurfah dapat ditawan dan dia telah dibunuh dengan cara yang kejam. Caranya adalah "Muthlah", iaitu diikat kaki tangannya pada unta dan ditarik sehingga bercerai berai badannya. 

Riwayat mengenai cara pembunuhan tidak berperikemanusiaan inilah yang menjadi pertanyaan di kalangan pengkaji. 

Kerana itu, sebahagian ulama mempertikaikan kesahehan riwayat ini. Ia disebut sebagai riwayat yang Mudhtarib kerana tidak senada dalam pelbagai versinya. 

Dalam tarikh Tobari disebutkan:

أن زيد قتل أم قرفة في هذه الغزوة ، وهي فاطمة بنت ربيعة بن بدر، وأنه قتلاً عنيفاً بأن ربط برجليها حبلاً بين بعيرين حتى شقها شقاً، وكانت عجوزاً كبيرة وأسر ابنتها

" Sesungguhnya Zaid telah membunuh Ummu Qurfah dalam peperangan ini. Ummu Qurfah, namanya ialah Fatimah binti Rabi'ah bin Badar. Zaid telah membunuhnya dengan cara yang sadis iaitu diikat dua kakinya pada dua ekor unta sehingga terkoyak. Pada saat itu Ummu Qurfah sudah tua. Anak perempuannya pula ditawan".
(Ms 642-643)



Musuh  Islam menyerang dengan mengatakan kejadian ini tidaklah dianggap wewenang Zaid dan Rasulullah cuci tangan. Ini kerana ketika anak perempuan Ummu Qirfah yang ditawan itu dibawa balik ke Madinah, baginda minta ia diserahkan kepadanya dan baginda lalu berikan kepada Huznin bin Abi Wahab.

Musuh-musuh Islam yang senentuasa mengintai ruang menjadikan kisah ini bola tanggung untuk menyerang keperibadian Rasulullah SAW. Itulah yang mereka lemparkan kepada nabi mulia.

Apakah riwayat cerita ini benar?

Adnan Ibrahim menuntaskan dalam ceramahnya bahawa cerita ini dusta perawi mghazi. Ibn Ishak, Al-Waqidi dan lain-lain.






Dalam bab ini, Adnan Ibrahim mengambil sikap yang membela kemuliaan Rasulullah SAW. Kerana itu, walaupun aku tidak suka kepada orang ini atas kelancangan dalam beberapa isu, aku menyimpan sedikit tasamuh dengannya.


Catatan :

1) Cerita ini ada dalam :
  • Tobaqat Ibn Saad
  •  Al-Muntazim Ibn Jauzi
  • Sirah Ibn Hisyam
  • Al-Bidayah Wan Nihayah -Ibn Kathir
2) Midar riwayah kisah ini adalah Muhamamd bin Umar Al-Waqidi
3) Imam Bukhari kata Al-Waqidi adalah Matrukul Hadis (Lihat: Tahzibul Kamal; Jil 26)
 -Imam Ahmad kata dia itu Kazzab. Yahya bin Ma'in kata dia daif dan juga pernah kata  "laisa bisyai'" (yakni tak bernilai)
-Abu Daud kata sampai kepadanya kata-kata Ali AlMadini bahawa Al-Waqidi meriwayatkan 30 ribu hadis  gharib.
-Az-Zahabi kata : Mujmak dia ditinggalkan riwayatnya.
4) An-Nasai menyebutkan  dalam Ad-dhu'afaa Wal Matrukin: Yang terkenal dengan penimpuan atas Rasulullah SAW ada 4 iaitu: Al-Waqidi di  di Baghdad, Ibrahim bin Abi Yahya di Madinah, Muqatil bin Sulaiman di Khurasan dan Muhammad bin Abi Sa'id Al-Maslub di Syams.

5) Ramailah tokoh mentajrihkan Al Waqidi spt Imam Ahmad, Ibn Ma'in, Ali Al-Madini, Al-Hatim, Ibn Mubarak, dll.

6) Dalam Sunan Al-Kubra oleh Al-Baihaqi, cerita Ummu Qirfah ini berlaku pada zaman Abu Bakar dan beliau murtad dan diperangi oleh Abu Bakar.

7) Dalam Sirah Ibn Hisyam dan Bidayah Wan Nihayah , cerita ini daripada jalan Ibn Ishak tanpa sanad.



Kesimpulan:

Kisah Ummu Qirfah ini tidak saheh. Ringkasnya ia adalah riwayat dusta atas sirah Rasulullah SAW.


March 7, 2019

ABU MIHNAF PENDUSTA DALAM SEJARAH

Namanya Lut bin Yahya bin Said bin Mikhnaf Al-Azdi  dan terkenal dengan panggilan Abu Mikhnaf.

Datuknya Mikhnaf adalah seorang sahabat nabi.

Lahir di Kufah.
 
Meninggal tahun 157H/158H

Orang ini, ceritanya tak boleh dipercayai. Dia pengolah cerita bohong.

Ibn Ma'in kata: Orang ini tidak ada nilai.

Katanya lagi : Dia tidak boleh dipercayai.

Perkataan Ibn Ma'in ini diriwayatkan dalam Tarikh Asma' Ad-Dhu'afaa Wal Kazzabin oleh Ibn Syahin (Ms 162)

Imam Az-Zahabi dalam Siyar menyebutkan perkataan Abu Hatim mengenainya sebagai Matrukul Hadis. Kata Daruqutni: Akhbari Daif

Ceritanyalah yang diriwayatkan oleh At-Tobari dalam Tarikhnya bahawa selepas peristiwa Tahkim, Ali melaknat membaca doa laknat dalam qunut solat Subuh. Tobari menulis bahawa Allai membaca:

 اللهم العن معاويةَ وعمرًا وأبا الأعور السلميّ وحبيبًا وعبد الرحمن بن خالد والضحاك بن قيس والوليد، 



Lalu doa laknat itu pun sampai khabarnya kepada Mu'awiyah , maka Mu'awiyah pun baca doa laknat pula dalam solat subuhnya untuk Ali, Ibn Abbas, Al-Asytar, Hasan dan Husain.

Rujuk :(Tarikh Tobari:5/71), (Al-Kamil Li Ibn Athir( 2/684) dan Tarikh Ibn Khaldum (2/637)

Kewujudan riwayat ini dalam kitab tarikh Tobari bukan alasan untuk mengiyakannya. Imam Tobari yang hebat itu memasukkan riwayat ini bukan bermakna beliau mengesahkannya. Bagi yang membaca kitab Tarikh Tobari perlu selalu ingat apa yang disebut oleh Imam Tobari dalam muqaddimah tarikhnya itu. Apa katanya:




فما يكن في كتابي هذا من خبر ذكرناه عن بعض الماضين مما يستنكره قارئه، أو يستشنعه سامعه، من أجل أنه لم يعرف له وجهًا في الصحة، ولا معنى في الحقيقة، فليعلم أنه لم يؤت في ذلك من قِبلنا، وإنما أُتي من قِبل بعض ناقليه إلينا، وإنَّا إنما أدَّينا ذلك على نحو ما أُدِّي إلينا



January 25, 2019

IBADHIAH

Disebut sebagai Mazhab Ibadhi. Hari ini berkuasa di Oman. 

Nama ini disandarkan kepada Abdullah bin Ibadh, seorang Tabi'in yang belajar dengan Ibn Abbas dan ramai sahabat lain. Beliau adalah tokoh dalam HHadis dan tafsir dan mempunya mazhab dalam fiqah.

Khawarij Ibadhi menyandarkan namanya kerana ada kesamaan dalam pegangan politik dan ilmu kalam antara mereka dengan Abdullah bin Ibadh. Pada zaman awal, pengikut Abdullah bin Ibadh tidka menggunakan "ibadhi" bagi menunjukkan mazahab mereka. Mereka menggunakan istilah " "Jama'ah Muslimin", atau " Ahlu Dakwah " dan juga "Ahlu Al-Istiqamah".

Penggunaan istilah Ibadhi ini muncul menjelang akhir kurun ke-3 H.


Abu Sya'tha' Jabir bin Zaid Al-Azdi diakatakan pengasas Ibadhi dan beliau merupakan Tabi'in  yang belajar dengan Ibn Abbas. Faqih, mufassir dan Muhaddis. Lahir tahun 21H pada zxaman Khalifah Umar dan banyak menetap di Basrah.Meninggal di sana tahun 93H. Beliau belajar dengan ramai sahabat termasuk Ibn Abbas dan meriwayatkan hadis daripada Aisyah.

Mazhab Ibadhi tidak dinisbahkan kepadanya ettapi dinisbahkan kepada Abdullah bin Ibadh yang juga merupakan tabi'in yang hidup sezaman dengan Mu'awiyah bin Abi Sufyan dan meninggal pada akhir pemerintahan Abdul malik bin Marwan. Nisbah nam, ini dipanggil nisbah 'ardhiyyah ( Sandaran sifat sahaja)

Tentang ibadhiah dianggap sebagai satu firqah Khawarij....ini ada perbincangan.

KUMPULAN AL-AZARIQAH DALAM SEJARAH

Zaman sekarang orang berikan nama ISIS. Nama lain baginya adalah Da'isy.. Ualam-ulama menjustifikasikan ia sebagai satu contoh kumpulan khawarij pada zaman kini. Sifat dan wataknya menyamai sifat dan watak khawarij pada zaman silam

Salah satu kumpulan Khawarij pada zaman silam adalah Al-Azariqah. Kumpulan ini diasaskan oleh Nafi' bin Al-Azraq selepas puak Khawarij mengalami kemusnahan besar pada zaman Saidina Ali di Nahrawan. Kehancuran di Nahrawan tidak membunuh akar Khawarij. Memangnya akar kesesatan tidka mati dan ia ibarat kuman virus.  Hilang di satu bahagian tubuh, ia muncul di bahagian yang lain. Begitulah umpamanya golongan Khawarij ini. Dalam tubuh bernama Islam, ia muncul sekalipun dibasmi dengan racun perosak. ia tidka lenyap.

Al-Azariqah adalah kelompok khawarij yang paling jauh menyeleweng daripada Ahli Sunnah Wal-Jamaah, bahkan menyeleweng daripada teras khawarij yang asal.

Kumpulan ini beroperasi di kawasan Basrah, bumi Irak. Bumi subur  milal dan nihal.

Pada mulanya kumpulan ini bergabung dengan Ibn Zubair menentang Bani Umayyah sehingga matinya Yazid bin Mu'awiyah tahun 64H. Kemudian, mereka fun mufaraqah dan memusuhi pula pemerintahan Ibn Zubair menyebabkan berlaku peperangan. Nafi' sendiri mati terbunuh dalam satu peperangan 

Punca mufaraqah memreka dengan Ibn Zubair adalah ketidaksetujuan mereka terhadap sikap Ibn Zubar terhadap khalifah Uthman bin Affan. Kumpulan Azariqah sebagaimana sikap leluhur mereka, menynjung Abu Bakar dan Umar tetapi membenci Uthman dan Ali. Apabila Ibn Zubair tidak boleh mengambil sikap seperti mereka, mereka pun meninggalkan Ibn Zubair. Rahmat Allah bersama Ibn Zubair dan kemurkaan Allah membakar para pencela sahabat  baginda Rasulullah SAW.

Nafi' bin Al-Azraq berjaya membawa keluar 300 orang pengikutnya daripada tentera Ibn Zubair tetapi Abdullah bin ibadh bersama orang-orangnya enggan ikut. Mereka inilah yang kemudiannya menuju ke sebelah Yaman dan hari ini menjadi Khawarij Ibadhi yang memerintah Oman.

January 14, 2019

Fahaman Kerajaan-Kerajaan Di Afrika Utara.

Kemuculan kerajaan-kerajaan di kawasan Afrika Utara diwarnai dengan pelbagai kecenderungan aliran:

1- Kecenderungan Sunni
Iaitu kerajaan Aghlabiyyah dan  Murabitun serta kerajaan Az-Ziriyyah Sonhajiyyah.

2-Kencenerungan Khawarij
Kerajaan Rustamiyyin dan Midrariyyin

3- Kencenderungan Rafidah/Syiah
Kerajaan Ubaidiyyin

4-Kecenderungan Muktazilah
Kerajaan Idrisiyyah

5- Kecenderungan Rencam
Kerajaan Muwahhidun

Rujuk:

https://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=23956

DAULAH MUWAHHIDUN

Kerajaan ini terbentuk pada tahun 541H/1146M dan diasaskan oleh Ibn Tumart, seorang berbangsa Berber.

Abdul Mukmin bin Ali

(Bersambung)

CARI KANDUNGAN BLOG