Showing posts with label Komentar. Show all posts
Showing posts with label Komentar. Show all posts

February 27, 2022

GOLONGAN MEREMEHKAN AKAL

 Perhatikan ayat-ayat golongan Batiniyah samada batiniyyah itu bertopengkan kesufian atau yang  bertopengkan manhaj Asya'irah, mereka akan merobohkan fungsi akal. Itulah gerbang ke arah menjayakan misi mereka untuk meracunkan orang ramai agar menerima dakwaan sesat mereka. Jika mereka dapat memandulkan akal, maka pertahanan awam telah mula lemah dan di situlah mudah bagi mereka menipu orang ramai.

Asyairah memuliakan akan. Bahkan As'yairah merupakan ahli dalam hujjah. Dustalah kalau ada orang mengakui Asya'irah sedangkan dia menceritakan hal-hal yang tidak ma'qul dan mengajak orang mempercayainya.

Golongan Ahli hadis juga menjunjung akal. Hadis-hadis yang mejatuhkan martabat akal dihukumkan palsu dalam banyak keadaan.

March 9, 2020

Jawapan Pintar

Berlaku pertengkaran antara sekumpulan Sunni dan Syi'i di depan Ibn Jauzi, topiknya ialah, siapa yang afdhal antara Abu Bakar dengan Ali bin Abi Talib. Jawapan Ibn jauzi sangat cemerlang dan dapat melepaskan dirinya daripada terlibat dalam pertengkaran tersebut:

Jawab Ibn Jauzi:

أفضلهما من كانت ابنته تحته

" Terafdhal antara keduanya ialah siapa yang anaknya menjadi isterinya".


Siapa? 

Syiah kata Alilah...sebab anak Rasul iaitu Fatimah  jadi isteri Ali.

Tapi....lain pula kefahaman Sunnni...Abu Bakarlah, sebab anaknya Aisyahmenjadi isteri Rasulullah.

Kedua-dua cara faham ini adalah maqbul. Jawapan singkat Ibn jauzi menjadio perdebatan antara dua puak. Ini cara jawab orang bijak. Jarang sekali seseorang dapat memberi jawapan yang sebegini bagi satu pertanyaan yang memerangkap. 

Pihak yang bertanya mahu memerangkap sang Syeikh, tapi jawapan syeikh membelit mereka pula.

Haha

February 27, 2019

CEMBURU ITU MEMBUTAKAN

Sebuah hadis yang disebutkan dalam Musnad Abi Ya'la:


حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ عُمَرَ بْنِ شَقِيقِ بْنِ أَسْمَاءَ الْجَرْمِيُّ الْبَصْرِيُّ، حَدَّثَنَا سَلَمَةُ بْنُ الْفَضْلِ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِسْحَاقَ، عَنْ يَحْيَى بْنِ عَبَّادِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الزُّبَيْرِ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَائِشَةَ أَنَّهَا قَالَتْ: ” وَكَانَ مَتَاعِي فِيهِ خَفٌّ، وَكَانَ عَلَى جَمَلٍ نَاجٍ، وَكَانَ مَتَاعُ صَفِيَّةَ فِيهِ ثِقَلٌ، وَكَانَ عَلَى جَمَلٍ ثَقَالٍ بَطِيءٍ يَتَبَطَّأُ بِالرَّكْبِ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: حَوِّلُوا مَتَاعَ عَائِشَةَ عَلَى جَمَلِ صَفِيَّةَ، وَحَوِّلُوا مَتَاعَ صَفِيَّةَ عَلَى جَمَلِ عَائِشَةَ حَتَّى يَمْضِيَ الرَّكْبُ. قَالَتْ عَائِشَةُ: فَلَمَّا رَأَيْتُ ذَلِكَ قُلْتُ: يَا لَعِبَادِ اللَّهِ غَلَبَتْنَا هَذِهِ الْيَهُودِيَّةُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. قَالَتْ: فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَا أُمَّ عَبْدِ اللَّهِ إِنَّ مَتَاعَكِ كَانَ فِيهِ خَفٌّ وَكَانَ مَتَاعُ صَفِيَّةَ فِيهِ ثِقَلٌ، فَأَبْطَأَ بِالرَّكْبِ فَحَوَّلْنَا مَتَاعَهَا عَلَى بَعِيرِكِ، وَحَوَّلْنَا مَتَاعَكِ عَلَى بَعِيرِهَا. قَالَتْ: فَقُلْتُ: أَلَسْتَ تَزْعُمُ أَنَّكَ رَسُولُ اللَّهِ؟ قَالَتْ: فَتَبَسَّمَ. قَالَ: أَوَ فِي شَكٍّ أَنْتِ يَا أُمَّ عَبْدِ اللَّهِ؟ ” قَالَتْ: قُلْتُ: أَلَسْتَ تَزْعُمُ أَنَّكَ رَسُولُ اللَّهِ؟ أَفَلَا عَدَلْتَ؟ وَسَمِعَنِي أَبُو بَكْرٍ وَكَانَ فِيهِ غَرْبٌ – أَيْ حِدَّةٌ – فَأَقْبَلَ عَلَيَّ فَلَطَمَ وَجْهِي فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَهْلًا يَا أَبَا بَكْرٍ» فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ أَمَا سَمِعْتَ مَا قَالَتْ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّ الْغَيْرَى لَا تُبْصِرُ أَسْفَلَ الْوَادِي مِنْ أَعْلَاهُ
 
Dalam hadia ini, Aisyah meceritakan satu peristiwa yang terjadi antara dia, Sasulullah dan Sufiah sewaktu dalam satu perjalanan nak unta. Kerana unta Sufiah kelelahan, nabi arahkan agar barang atas untanya dipindahkan ke unta Aisyah dan barang Aisyah pula ke unta Sufiah. Aisyah tidak puas hati dan dia telah bertanya kepada Rasulullah SAW: Bukankah kau kata dirimu Rasul Allah? Maksud Aisyah, kalau Rasulullah kenalah adil. Dua kali dia membuat omelan itu sehingga ayahnya Abu bakar menampar mukanya. Nabi dengan sifat lunaknya melarang tindakan Abu bakar itu dan menyebutkan satu kata-kata:


" Seorang perempuan yang cemburu tidak dapat melihat apa yang ada di lembah dari atas bukit".


Sepatutnya, kalau duduk atas bukit, nampaklah apa yang ada di lembah. Tetapi, ketinggian kedudukan itu tidak memberi makna pada penglihatannya kerana penglihatannya ditutup oleh kecemburuan.


Nabi SAW mengerti keadaan Aisyah yang cemburu dan kata-katanya tidak membuatkan nabi tersinggung.


Hadis ini jadi salah satu hadis bola tanggung kaum Syiah untuk menyerang keperibadian Aisyah. Mereka menuduh Aisyah sebagai orang yang ragu kerasulan nabi Muhammad SAW.
 
Memperkatakan tentang hadis ini, penilaian dibuat tentang kesahihannya. 
 
Hadis ini dihukumkan daif kerana dua sebab:
 
  1. Ada rawi bernama Salmah bin Al-Fadhlu Al-Abrasy- Dia banyak buat silat dalam periwayatan. Imam Bukhari kata tentangnya: Dia ada manakir dan pada dirinya ada sesiatu yang boleh dipertikaikan.
  2. Muhammad bin Ishak adalah seorang Mudallis dan tidak jelas bahawa dia pernah mendengar riwayat daripada Yahya bin Abbad.
 Jika hadis di atas saheh sekalipun, ia tidak boleh dijadikan hujah untuk memburukkan Aisyah. Buktinya nabi tidak marah. Kalau benarlah Aisyah meragui kerasulan nabi, sudah tentu nabi tidak biarkan. 

Ini ini daif, tidak boleh dijadikan hujjah. Hanya kaum Syiah yang mengambil kesempatan. Mereka suka sangat menyebutkan tentang hadis ini. Mereka menjadikannya hujah buat menyerang Aisyah. tapi, mereka tidak pula jadikan ia sebagai hujjah  kuatnya sensitiviti Abu Bakar yang tega menampar anaknya. Kaum Syiah menuduh Abu Bakar mengkufuri nabi secara batin. Masakan kalau orang kufur berbuat demikian . Marah boleh kata-kata tidak sepatutnya diucapkan kepada nabi.


 
 

February 15, 2019

AMBIL ILMU ORANG TELAH MATI

Ibn Arabi tuan punya kitab "Al-Futuhat" dan "Al-Fusus" menyebutkan dalam kitabnya itu perkataan yang diasandarkan kepada Abu yazid Al-Bistami sebagai pengucapnya:



أخذتم علمكم ميتا عن ميت، وأخذنا علمنا عن الحي الذي لا يموت، حدثني قلبي عن ربي، وأنتم تقولون: حدثنا فلان، وأين هو؟ قالوا:مات، عن فلان وأين هو؟ قالوا: مات

Kamu mengambil ilmu daripada orang mati yang menerima daripada orang yang telah mati. Sedangkan kami ( Sufi) mengambil ilmu daripada yang Maha Hidup dan tidak pernah mati. Hatikulah yang menceritakan sesuatu daripada Tuhanku. Kamu pula berkata : Telah menceritakan kepadaku si fulan...di mana sifulan itu? Kata kamu: dia telah mati! Kamu menyebutkan dari si fulan ...di mana si fulan itu? dia telah mati!


Maka sufi seperti ini meremehkan sanad yang menjadi amalan para muhaddisin dan ulama Syariat. Ilmu dengan cara sanad adalah ilmu orang-orang mati. Ilmu yang orang sufi dapat tidak mengikut jalur orang mati sebab ia datang langsung daripada Allah ke dalam hatinya sebagai ilham rabbani atau ladunni.


Namun, ada satu yang pelik. Dalam keadaan orang-orang sufi tidak menghargai sanad para ahli syariat, mereka membuat sanad dan sislsilah mereka sendiri. Satu amalan zikir yang mereka amalkan, mereka sandarkan kepada satu sanad yang bersambung daripada guru ke guru, syeikh ke syeikh sehingga sampai kepada Junaid Al-Baghdadi. Dari Junaid bersambung kepada Sirri As-Suqti, kemudian kepada ma'ruf Al-karkhi kemudian kepada Daud At-Tho-i, kemudian Habib Al-'Ajmi, kemudian kepada Hasan Al-basri dan kemudian sampai kepada Ali bin Abi Tolib. Ali tentunya ambil daripada Rasulullah SAW.


Dalam keadaan tidak menghargai ilmu bersanad yang menjadi syiar para ahli hadis, mereka pun meniru amalan bersanad daripada orang-orang yang telah mati itu.

Cuba berfikir tentang sikap double standard ini.
Catatan Penting: Apakah benar Abu Yazid mengucapkan demikian atau hanya omongan Ibn Arabi?  Abu Yazid terkenal soleh dan dipuji termasuk oleh Imam Az-Zahabi dalam Siyar A'lam. Kita lihat, tokoh-tokoh yang dipuji ahli hadis, diangkat-angkat oleh kalangan Sufi dengan petikan kata-kata yang tidak akan diterima oleh ulama Syariat. 


Ada contoh lain. Ibn Arabi juga menaqalkan kata-kata yang dinisbahkan kepada Junaid Al-Baghdadi:

أحب للمبتذئ أن لا يشغل قلبه بهذه الثلاث، وإلا تغيرت حاله: التكسب، وطلب الحديث، والتزوج، وأحب للصوفي أن لا يقرأ ولا يكتب لأنه أجمع لهمه


" Aku suka kalau para mubtadi tidak menyibukkan hatinya dengan tiga perkara, jika tidak akan berubahlah keadaannya daripada jalan kesufian: Bekerja, belajar hadis dna berkahwin. Aku suka kalau seorang Sufi itu tidak membaca dan menulis kerana ia menghimpunkan kerisauannya".

Kalau benar ini kata-kata Junaid, alangkah teruknya nasihat dan harapan sedemikian. Ketiga-tiga harapan tersebut menyanggahi  saranan nabi. Bahkan nabi marah kalau siapa yang tidak mahu berkahwin  dengan menegaskan dalam hadis :"siapa yang tidak suka sunnahku, dia bukan dari kalanganku!.
Ayat pertama diturunkan suruh kita membaca. Junaid pula larang orang daripada membaca. Allah sendiri menunjukkan contoh , menulis takdir manusia di Luh Mahfuz, sedangkan Junaid melarang orang menulis. Apa akan jadi kepada orang Islam kalau nasihat sebegini diambil dan diamalkan? Jadilah orang Islam kaum bodoh yang tercorot dalam perlumbaan ilmu.

Orang kafir rajin membaca, banyak menulis, beranak pinak dan menambahkan rakyat dan bangsa. Kita? Kerana mahu jadi mubtadi yang sejati, tinggalkan semua itu. Kalau itu jalan terbaik, semua orang patut buat. Bukan khusus untuk orang mubtadi dalam kesufian sahaja. Yang baik kita kena galakkan. Tapi, itu bukan jalan yang baik bahkan merosakkan . Ia menjahanamkan ummat.

Cuma persoalan yang timbul, Benarkan Junaid yang dimuliakan ulama sunnah itu mengucapkan kata-kata sedemikian? Di sini kita perlu mengambil jalan tabayyun. Jika pada akhirnya benarlah ucapan itu dari mulut mereka, maka hendaklah kita jelas dalam satu sikap. Kita tidak memaksumkan sesiapapun selain Rasul.

Manusia manapun kecuali nabi dan Rasul yang dibimbing wahyu, akan berbuat silap. Yang silap yang dituruti. Doakan yang terbaik kepada pengucapnya yang kita berada dalam timbang  tara antara kesolehan dan penyimpangan.


Dalam kitab Tarikh Al-Islam (22/73) disebutkan mengenai perkataan Junaid Al-Baghdadi:


علمُنا مضبوطٌ بالكتاب والسنة ، من لم يحفظ الكتاب ، ويكتب الحديث ، ولم يتفقّه ، لا يُقْتَدى به


"Ilmu kami diikat dengan Quran dan Sunnah. Sesiapa yang tidak menjaga Quran dan mencatat Sunnah serta tidak belajar Feqah, jangan menjadikan aku sebagai contoh ikutannya".







October 29, 2018

KEPINCANGAN DALAM TASAWWUF

Ketahuilah bahawa semua Rasul itu adalah adalah nabi dan juga wali. Kerana itu itu, pangkat Rasul adalah lebih tinggi daripada wali. Tinggi melebihi segala Rasul adalah nabi Muhammad SAW. Bagindalah rasul terakhir dan bagindalah penutup segala nabi. Sementara wali, tiada nas yang qat'i menyatakan bahawa ia ada penutupnya. Sehingga ke akhir zaman, akan terus ada wali Allah dan adalah merupakan satu kebohongan jika didakwa wujud khatamul auliya'  kerana mengqiaskan dengan khatamul ambiya'.

Seorang tokoh bernama AL-Hakim At Turmizi mengarang sebuah kitab bernama "Khatamaul Wilayah". Di dalamnya dia menyatakan konsep penutup kewalian yang merupakan pangkat yang melebihi wali-wali terdahulu. Wali terakhir itu lebih tinggi darjatnya berbanding Abu Bakar dan Umar.  Konsep ini dikiaskannya dengan konsep khatamul ambiyaa'. Nabi Muhammad adalah nabi terakhir dan dia lebih tinggi darjatnya daripada nabi-nabi sebelumnya.

Hasya Lillah!....bagaimana boleh timbul kias yang sedemikian. 

Lalu dalam sejarah, ramailah orang yang mengaku dirinya penutup kewalian kerana mahu kelebihan palsu yang diwar-warkan itu. Ibn Arabi mengaku dia penutup para Wali. Abu yazid Al- Bustami pun mengakui keistimewaannya. Di zaman terkemdian, ramai syikh tariqat mengakui penutup kewalian. Syeiikh Ahmad Tijani, pengasas tariqat Tijani juga mendakwa dirinya khatimul auliya.

Bahkan, ada dengan berani mengungkap kata-kata yang merendahkan martabat kenabian di bawah kewalian. Umpamanya kata-kata yang sering dinisbahkah kepada Abu Yazid Al-Bustami sebagai penuturnya:

"خُضنا بحرًا وقف الأنبياءُ على ساحله"

" Kami para wali berenang di lautan yang para nabi cuma berdiri di pantainya".



Apa makna ucapan ini? Bukankah ia adalah satu gambaran tentang lebihnya pencapaian para wali berbanding para nabi dalam makrifat dan ilmu. Dalam mengenal Allah dan taqarrub kepadaNya. Namun, para pentaksub tasawwuf dan penyanjung tokoh-tokohnya yang berselerak dalam kanvas sejarah punya takwilan yang menghalalkan kata-kata tersebut. Mereka kata, kalam sedemikian bukan bererti melebihkan para wali. Para nabilah yang lebih kerana mereka hanya berdiri di pantai tetapi mampu mendapat apa yang didapati oleh para wali dengan susah payah berenang. Jika difikirkan, kata-kata ini sebenarnya memuji para nabi di atas para wali! Begitulah kilas katanya.


Jika demikian takwilannya, bagaimana hendak mentakwilkan beratus kata-kata lain yang diungkapkan oleh tokoh-tokoh sufi yang jika dinilai dengan ukuran syarak, jatuhlah kufur mereka itu?

Kata Abu Yazid Al-Bustami sebagaimana diriwayatkan oleh Abdul As-Sya'rani dalam Lataiful Minan:

تالله أن لوائي أعظم من لواء محمد صلى الله عليه وسلم، لوائي من نور تحته الجان والجن والإنس، كلهم من النبيين

" Demi Allah...lembayungku lebih agung daripada lembayung Muhamamd SAW. Lembayungku adalah cahaya yang di bawahnya Jan, Jin dan manusia, semuanya daari kalangan nabi-nabi".


Begitu besarnya maqam dan kedudukan Abu Yazid Al-Bustami. Apa pula takwilannya untuk kata-kata megahkan diri atas para nabi-nabi seperti ini?


Ibn Arabi pula berkata:
 مقامُ النبوة في برزخٍ
فُوَيقَ الرسولِ ودون الولِي



Kedudukan para nabi di alam barzah itu atas sedikit dari para Rasul dan dibawah para wali.



Ewah!..ayat berbunga-bunga. Tapi maknanya walilah paling atas. Atas nabi dan atas rasul. Jadi terbalik pula.

Pun begitu, ada sahaja pembelaan ke atas kata-kata kufrawi seperti ini dari puak pentaksub tasawwuf. Lihat apa kata mereka :


Rujuk Link:



http://www.aslein.net/showthread.php?t=13677


Baca Tulisan Safar Al-Hawali:

 http://www.alhawali.com/popups/print_window.aspx?article_no=7724&type=3&expand=1



November 25, 2017

UBAIDILLAH BIN JAHSYI TIDAK MURTAD DI HABSYAH

Tersebar cerita dalam kitab-kitab sirah serta tafsir riwayat yang menyebutkan bahawa Ubaidillah bin Jahsyi, seornag sahabat nabi yang telah berhijrah ke Habsyah telah menukarkan agama Islam dan menganut Kristian di bumi Habsyah. Beliau merupakan suami kepada Ummu Habibah, iaitu anak Abu Sufyan yang kemudiannya dikahwini oleh Rasulullah SAW.
 
Kisah yang menyebutkan Ubaidillah bin Jahsyi murtad dan masuk Kristian juga ada dalam Tobaqat Ibn Saad.

م افتتن وتنصّر فمات وهو نصراني، وأثبت الله الإسلام لأم حبيبة، وأبت أن تتنصّر

رابط المادة: http://iswy.co/e14p73
Ubaidillah bin Jahsyi disebutkan dalam riwayat sirah oleh Ibn Ishak, merupakan salah seorang  daripada 4 orang dalam masyarakat Makkah yang jahiliyyah sebelum Islam yang tidak mahu menyembah berhala. Mereka mencari-cari kepercayaan yang sebenar. Mereka ialah:
1) Waraqah bin Naufal
2) Ubaidillah bin Jahsyi
3) Uthman bin Huwairist
4) Zaid bin Amru bin Nufail.

Dalam Mustadrak Al-Hakim telah meriwatkan secara mursal daripada Az-Zuhri:

ثم افتتن وتنصّر فمات وهو نصراني، وأثبت الله الإسلام لأم حبيبة، وأبت أن تتنصّر

" Kemudian dia (Ubaidillah bin Jahsyi) telah terfitnah dan menganut nasrani, lalu dia mati di sana (habsyah) dalam agama Nasrani. Akan tetapi Allah menetapkan Islam atas Ummu Habibah dan dia enggan untuk masuk Kristian seperti suaminya."


Al-Baihaqi meriwayatkan dalam Ad-Dalail dengan turuq Ibn Lahi'ah daripada Abu Al-Aswad daripada Urwah dengan katanya: dan daripada kalangan

Bani Asad bin Khuzaimah ialah Ubadillah bin Jahsyi, dia telah mati di Habsyah sebagai seorang Nasrani.Bersamanya isterinya Ummu Habibah, anak kepada Abu Sufyan. Namanya Ramlah. Lalu Rasulullah mengambilnya sebagai isteri. Uthman bin Affanlah yang menikahkannya dengan Rasulullah di bumi Habsyah.

Khabar ini dua kecacatan iaitu: Sifatnya yang mrsal dan kedaifan riwayat Ibn Lahi'ah.

Di samping itu ada keganjilan pada matannya. Ibn Kahir mengkritik riwayat ini dengan mengatakan: Adapun riwayat yang menyebut bahawa Urwah mengatakan bahawa Uthman bin Affan yang menikahkannya dengan rasulullah adalah ganjil kerana Uthman telah balik ke Makkah sebelum itu dan telah berhijrah ke Madinah ditemani isterinya Ruqiyyah binti Rasulullah SAW.

Ubaidillah bin Jahsyi adalah seorang yang tergolong kalangan "As-Sabiqunal Awwalun" iaitu orang terawal masuk Islam. Atas beberapa alasan, riwayat yang TIDAK SAHEH mengenai Ubaidillah bin Jahsyi yang terpengaruh dengan kristian dan mati dengan agama itu, dipertikaikan. Berikut adalah alasan untuk menolak cerita yang mencemarkan keperibadian sahabat awal masuk Islam itu:

a) Riwayat yang menyebutkan Ubaidillah masuk kristian dan mati atas agama Kristian itu datang melalui jalan yang tidak bersambung atau melalui perawi yang daif. Ia terbit daripada tiga perawi utama iaitu Ibn Ishak, Ibn lahi'ah dan Al-Waqidi. Riwayat yang bersambung memang ada tetapi melalui Al-Waqidi yang dianggap pendusta oleh ahli hadis. Sementara riwayat dengan jalan Urwah bin Mas'ud pula adalah Mursal.

b) Riwayat yang saheh menceritakan matinya Ubaidllah bin Jahsyi di bumi Habsyah tidak pula menyebut tentang masuknya beliau dalam agama Kristian.

c) Adalah luar biasa dan sukar diterima akal logik, satu orang yang rela menghadapi susah payah menganut Islam di zaman sukar, kemudian bertongkah arus menyemberang laut merah, bergeladangan di Bumi Habsyah, tiba-tiba dikatakan bertukar agama menurut riwayat yang meragukan. Kalau mahu tukar agama, buat apa masuk Islam yang di awalnya menempah susah.  Lagi pula, riwayat beliau masuk Kristian itu pada saat nabi SAW sudah ada di Madinah. Riwayat menyebutkan bahawa nabi mengahwini Ummu Habibah pada tahun ke 6/7 H, sementara matinya Ubaidillah bin Jahsyi adalah sekitar setahun sebelumnya. Saat itu, kedudukan Islam sudah bertambah teguh di Madinah. Logikkah satu orang yang masuk Islam saat Islam lemah, tiba-tiba setelah Islam kuat dia bertukar arah dan memilih kepercayaan lain?

d) Satu dalil lain cukup menarik untuk diperimbangkan ialah jawapan Abu Sufyan di depan Heraklius saat ditanya tentang nabi SAW. Heraklius bertanya kepada Abu Sufyan tentang nabi Muhamamd SAW:
" Apakah ada yang mutad meninggalkan agamanya kerana benci setelah memasukinya?"
Abu Sufyan menjawab: Tidak ada.
Jawapan Abu Sufyan ini menafikan kemurtadan Ubaidillah bin Jahsyi. Masakan Abu sufyan tidak tahu menantunya murtad meninggalkan Islam dan masuk Kristian kalau ia benar berlaku? Padahal ketika itu Abu Sufyan masih kafir dan memerlukan "point" untuk mendeskreditkan nabi Muhammad SAW.

Maka, kesimpulannya, cerita murtadnya Ubaidillah bin jahsyi ini tidak saheh. Ia tidak patut dijadikan cerita dalam ceramah-ceramah  kerana ada keraguan dalam cerita ini. Keraguan itu pula membabitkan maruah akidah sahabat terawal Islam. Cerita kemurtadan ini berkemungkinan besar siri kedustaan yang disebarkan oleh orang-orang punya masalah dengan Bani Ummayyah seperti Ibn Ishak. Termaklum bahawa Ibn Ishak terpalit dengan sangkaan bertasyayyu' dalam banyak riwayatnya. Kerana Ubaidillah bin Jahsyi itu suami Ummu Habibah dan Ummu habibah adalah anak Abu Sufyan, maka cerita ini direka. Tujuannya ialah  agar nama keluarga Bani Umayyah dicemarkan berterusan. Abu Sufyan adalah bapa kepada Mu'awiyyah,  sahabat nabi dan pemula kepada Dinasti Bani Umayyah yang menjadi titik benci kaum Syiah Rafidhah.


April 25, 2017

Mudahanah dan Mudaraat


Dua sifat ini adalah tercela. ia selalu dipalitkan kepada orang. Bila dipalitkan kepada ulama dan tokoh-tokoh dalam sejarah, ia menjatuhkan martabat mereka. Antara tokoh yang dipalitkan tuduhan ini adalah Imam Az-Zuhri. Kerana rapatnya hubungan beliau dengan pemerintah bani Umayyah, dia dituduh sebagai mudahanah dan mudaraat.


Apakah itu Mudahanah dan mudaraat. Sesetengah orang, secara gamblang melebelkan seseorang yang rapat dengan penguasa lalu dilihat mendapat faedah daripada hubungan rapat itu, sebagai mudahanah dan mudarat. Sepatutnya diperhatikan dengan cermat apakah bentuk kedekatan dengan penguasa itu.


Kata Qadhi Iyadh ketika mensyarahkan Saheh Muslim: Mudahanah itu adalah dalam perkara agama, seperti memberi fatwa yang tidak benar (demi memuaskan hati penguasa) sedangkan Mudaraat pula ialah dalam perak dunia.


Sesoorang yang rapat dengan penguasa lalu penguasa itu minta fatwa atau pendapat berhubung sesuatu perkara yang berkait dengan agama, lalu ulama itu pun berfatwa demi menyenangkan penguasa itu, itulah mudahanah. Umpamanya diminta fatwa untuk mengenaikan cukai yang membebankan rakyat, lalu dicari dalil dan hujjah untuk melegetimasikan perkara itu. hal ini ada kaitan dengan hukum hakam agama. maka fatwa tersebut dikatakan sebagai mudahanah.


ودوا لو تدهن فيدهنون



September 8, 2009

Solat taraweh di Masjid Al-Fajr



Ramadhan kali ini, masjid Al-Fajr menjadi tumpuan penduduk setempat dan sekitar. Bagi yang ingin memburu kelebihan bertaraweh di bulan Ramadhan, mereka berpusu-pusu memenuhi surau. Namun, bagi yang tidak menghendaki kelebihan tersebut, tidak juga datang. Bagi setiap orang pekerjaan yang telah ditakdirkan.

قل كل يعمل على شاكلته

Berkat dermawan beberapa individu, masjid Al-Fajr kini sudah dilengkapkan edngan 4 unit penghawa dingin. Beberapa carpet tambahan juga telah disumbangkan. Pintu surau juga telah ditukarkan kepada pintu sliding cermin. Bahagian balai lintang telah dilapiskan mozek.

Semoga Allah memberkati mereka yang telah menaburkan jariah buat masjid Al-Fajr.

CARI KANDUNGAN BLOG