CARI KANDUNGAN BLOG

DALAMI HUKUM ZIHAR BERDASARKAN FATWA ULAMA

December 30, 2019

Rujuk kitab:

Ahkam Wa Fatawa Al-mar'ah almuslimah

Link:  https://books.google.com.my/books?id=LH6DDwAAQBAJ&pg=PT400&lpg=PT400&dq=%D9%81%D9%8E%D8%B5%D9%90%D9%8A%D9%8E%D8%A7%D9%85%D9%8F+%D8%B4%D9%8E%D9%87%D9%92%D8%B1%D9%8E%D9%8A%D9%92%D9%86%D9%90+%D9%85%D9%8F%D8%AA%D9%8E%D8%AA%D9%8E%D8%A7%D8%A8%D9%90%D8%B9%D9%8E%D9%8A%D9%92%D9%86%D9%90&source=bl&ots=cjid6VjXNy&sig=ACfU3U183IrA55RE5nDnlWndkpLoiYgL3A&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwjo26axhdzmAhXKXSsKHem_DBU4FBDoATAAegQIEBAB#v=onepage&q=%D9%81%D9%8E%D8%B5%D9%90%D9%8A%D9%8E%D8%A7%D9%85%D9%8F%20%D8%B4%D9%8E%D9%87%D9%92%D8%B1%D9%8E%D9%8A%D9%92%D9%86%D9%90%20%D9%85%D9%8F%D8%AA%D9%8E%D8%AA%D9%8E%D8%A7%D8%A8%D9%90%D8%B9%D9%8E%D9%8A%D9%92%D9%86%D9%90&f=false

Read more...

KHUMAINI-SOSOK PENCELA SAHABAT

December 9, 2019

Said Hawa menulis dalam satu buku ringkas bertajuk " Khumaini, Syuzuz Fil 'Aqa'id Syuzuz Fil Mawaqif", mendedahkan pendirian Khumaini yang janggal dari segi akidah dan sikap. Said Hawa menyenaraikan bukti-bukti pendirian menyimpang Khumaini tentang Al-Quran, kemelampauan terhadap kedudukan imam, penolakan sunnah nabi yang saheh, penghinaan terhadap sahabat nabi, keceluparan terhadap Rasulullah, menyalahi ijmak, menganggap Ahli Sunnah sebagai Nasibi dan melampau dalam menyanjung Fatimah Az-Zahraa.

Membaca buku ini, tahulah kita, betapa jelik dan busuk relung hati Khumaini yang berpotretkan imam bagi Syiah Imamiyyah. 


Read more...

SEDEKAH FATIHAH KEPADA RASULULLAH

December 1, 2019

Baca fatihah, hadiah pahala kepada Rasulullah SAW. Ini tiada petunjuk langsung daripada nabi Muhammad SAW. Tidak juga diamalkan oleh para sahabat serta generasi salaf. Itu faktanya. 

Cuma, ada pendapat kalangan ulama yang membolehkannya. Dasar yang diguna adalah qias dengan  solawat dan juga doa sesudah azan. Kerana itu, hadiah pahala Fatihah kepada Rasulullah  , menurut pendapat ini,  adalah untuk mengangkat darjat dan maqam Rasulullah SAW.

Apakah alasan dari qias ini boleh diterima?

Pertamanya, apakah kaedah Qias boleh dibuat dalam soal-soal yang berkaitan tasyri' dan peribadatan? Ini persoalan penting yang perlu diselesaikan dulu sebelum melangkah kepada isu lain. Atau...ibadat itu adalah idtirari. Ibadat tidak boleh kecuali ittiba'. Ini telah disebutkan dalam hadis yang saheh.

Keduanya, bukankah tanpa niat hadiah pahala pun, pahala bacaan fatihah itu menjadi milik Rasulullah SAW. Baginda sebagai perintis dan guru agung yang mengajarkan fatihah, maka sesiapa yang membacakan fatihah, maka pahalanya dapat kepada Rasulullah SAW , tidak kurang sedikitpun daripada tukang baca.Ini ditegaskan dalam hadis yang saheh.

Jika demikian, apa perlunya niat hadiah pahala?

Kekadang ada yang menyampuk, berkilas hujah. Kenapa perlu solat jenazah Rasulullah SAW? Kata mereka, bukankah Raulullah itu maksum dan tidak perlu diminta ampun. Perkara ini tidak perlu dipeningkan fikiran untuk cari alasan. Perkara yang ada dalil amalan Rasulullah dan perintahnya, diamalkan oleh para sahabat, terima sahaja sebagai bahagian agama. Itulah dalil dan sandaran.

Orang lain yang buat, tidak jadi dalil. Mereka perlu ada sokongan amalan nabi dan para sahabat.

Hujahan lemah akal kekadang muncul. Dikatakan, mengapa kita buat benda yang Rasulullah tak buat? Rasulullah tak naik kereta, kita naik. Rasulullah tidak pakai microphone, kita pakai. Kita menyalahi Rasulullah SAW. Ini hujahan ibarat orang lemas dalam air. Menggapai apa sahaja tersambar oleh tangan.

Tidak pula orang yang paling kuat membid'ahkan orang sekalipun memasukkan ciptaan moden dalam perkara bid'ah terlarang. Bid'ah yang mereka tegah keras itu masih dalam lingkungan agama. Cuma, berlaku perbezaan kalangan keras sederhana dan lembut dalam mengklasifikasikan perkara agama yang dimasukkan dalam bid'ah itu. Hatta, ada yang melampau sampai membid'ahklan qunut subuh, wirid lepas solat, doa berjemaah dan sebagainya. 

Persoalan bacan fatihan dan sedekah pahala kepada kanjeng nabi SAW apakah bid'ah? Jawapannya  mungkin berbeza sekalipun di kalangan orang yang mengatakan ia tidak ada dalam syariat. Aku antara orang tidak suka membid'ahkan amalan tersebut. Cuma aku sokong bahawa perkara mensedekahkan fatihah kepada nabi ini perkara yang tidak disokong oleh dalil yang jelas. Lalu tidak perlu. Boleh dan perlu adalah dua hal yang berbeza.

Seperti dikatakan tadi, kias yang digunakan tidak dengan solawat dan doa lepas azan, tidak cocok untuk dipakai. Qias ma'al fariq.

Mengangkat makam nabi dengan sedekah fatihah juga adalah andaian akliyyah sahaja. Apakah jawapannya andai dikatakan, kalau dihadiahkan fatihah buat kucing kesayangan yang mati, kelak di akhirat kucing tersebut akan naik darjat. Lagi banyak sedekah fatihah yang didapatinya, dia mungkin jadi kucing syurga yang hidup abadi dalam nikmat syurga. Walau sekadar hanya seekor kucing. Kucing lain mati jadi debu hancur, sedangkan kucing penerima sedekah fatihah meningkat makamnya.

Begitukah logik yang terpakai?

Read more...

SOLAT SUNAT HADIAH

Solat sunat hadiah adalah solat khusus yang dilakukan sesudah mayat ditanam dan selalunya pada malam pertama. Solat sunat hadiah bukanlah bermaksud solat sunat lalu dihadiahkan pahalanya kepada si mati. Jika hadiah pahala sunat kepada si mati, maka ia masihg lagi dalam daerah khilaf di kalangan ulama. Mazhab Abu Hanifah kata pahala amalan yang dihadiahkan kepada si mati, sampai. Manakala pendapat Imam Syafie dam Imam Malik, tidak sampai pahala.

Samalah hadiah pahala sedekah, baca Quran, puasa , solat dan sebagainya.

Namun, apa yang dinamakan solat Hadiah dengan tatacaranya itu, maka tiada didapati sumber otentik dalam nas. Mereka yang bercakap mengenai solat ini, termasuk pak guru dari pesentren, tidak membawa bersama dalil amalan tersebut daripada rasulullah SAW. Mereka cuma membaca petikan dalam kitab yang juga tidak membawa dalil saheh daripada Rasulullah SAW.

Padahal solat adalah amrun tasyri'i yang tidak boleh masuk di dalamnya bikinan orang lain. Ia mesti datang dari pentunjuk Rasulullah SAW.

Ringkas cerita solat sunat hadiah ini tidak disyariatkan. Sekurang-kurangnya , inilah sikap ulama kibar ahlu Sunnah termasuk para jaguh hadis.

Jika dirujuk kepada sumber-sumber Syiah, solat ini diriwayatkan dalam kitab-kitab mereka. Mereka menamakan solat ini dengan Solat wahsyah, Solat lalatu dafni atau Solat Hadiyah.

Apakah amalan ini diserap masuk ke dalam dunia Sunni dari Syiah seperti halnya banyak amalan lain yang kepunyaan Syiah tetapi mempengaruhi Sunni. Hal ini akan kita telaah dalam kesempatan yang lain.

Sila rujuk konsep solat Hadiah dalam dunia Syiah. Apakah tidak mungkin ini sumbernya yang merayap ke dalam khazanah Ahli Sunnah.  Syiah adalah Yahudi ummat ini dan ummat ini kata nabi , akan mengikut Yahudi syibran syibran.


 

Read more...

Anak diseru berbinkan ayahnya, bukan ibunya.

November 25, 2019

Semalam kuliah Tafsir di Masjid Nurus Saadah. Tafsir antara lain ayat 50 Surah Al-Mukminun.

وَجَعَلْنَا ابْنَ مَرْيَمَ وَأُمَّهُ آيَةً وَآوَيْنَاهُمَا إِلَىٰ رَبْوَةٍ ذَاتِ قَرَارٍ وَمَعِينٍ 

" Dan kami jadikan anak Maryam dan ibunya sebagai satu tanda serta kami bawa kedua-duanya berlindung di sebuah tempat tinggi yang boleh dihuni dan ada sumber mata air".

Ketika jelaskan tentang lafaz Ibn Maryam, anak Maryam iaitu nabi Isa, saya kaitkan dengan dakwaan sesetengah orang tentang anak dibinkan dengan ibu pada hari akhirat.  Kerana itu, masa baca talqin, lebai akan mentalqinkan mayat sambil menyeru y" yah Sya'ari bin Amatillah". Membinkan seseornag dengan ibunya tidak disokong oleh nas yang Saheh. Nas yang saheh menyebutkan bahawa seseornag itu dibunkan dengan ayahnya, dan bukan ibunya.

Nas pertama adalah daripada Al-Quran sendiri. Surah Al-Ahzab, ayat 5 , Allah berfirman:

ادْعُوهُمْ لِآبَائِهِمْ هُوَ أَقْسَطُ عِندَ اللَّهِ
"Panggillah mereka( anak-anak) dengan dibinkan kepada ayah mereka, itulah yang lebih adil dalam neraca Allah"

Quran suruh panggil anak dengan dibinkan kepada ayah.Bukan Ibu.

Nas kedua adalah daripada Hadis. hadis dalam Saheh Muslim. No hadis 6177. 


عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ( إِنَّ الْغَادِرَ يُرْفَعُ لَهُ لِوَاءٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يُقَالُ هَذِهِ غَدْرَةُ فُلَانِ بْنِ فُلَانٍ ).

Kata Nabi, pada hari kiamat seseorang pengkhianat diberikan tanda dan namanya disebut Fulan bin Fulan dan bukan Fulan bin Fulanah!

Lantas daripada mana datangnya amalan menyebut mayat dibinkan dengan ibunya. Ianya datang daripada sumber hadis yang  daif Jiddan. Hadis itu disebutkan dalam Mu'jam At-Tobrani. Daripada Abu Umamah Al-Bahili, katanya Rasulullah telah bersabda:

إذا مات أحد من إخوانكم فسويتم التراب على قبره فليقم أحدكم على رأس قبره ثم ليقل يا فلان بن فلانة فإنه يسمعه ولا يجيبه ثم يقول يا فلان بن فلانة فإنه يقول أرشدنا يرحمك الله

فقال رجل يا رسول الله فإن لم يعرف اسم أمه ؟ قال فلينسبه إلى أمه حواء يا فلان ابن حواء
 

Hadis ini Daif Jiddan , tidak boleh jadi hujjjah dan tidak boleh buat amalan . Al-Haithami kata dalam sanadnya ada sekumpulan yang dia tidak kenal mereka. Ibn Solah, AN-Nawawi, Al-Iraqi, Ibn Qayyim dan Ibn Hajar, semua mereka mendaifkannya.

Perlu diingat , Imam Bukhari sendiri telah membuat bab dalam Sahehnya dengan tajuk:


 ما يدعى الناس بآبائهم

Bab Seseorang Manusia diseru dengan nama bapanya

Tidaklah Imam Bukhari yang bijak laksana itu membuat nama bab tanpa ada tujuannya.





Read more...

Dunia ini lebih ringan daripada sayap Nyamuk

November 24, 2019

Anda lihat mereka yang kafir, tak beriman kepada Allah itu, yang derhaka dan bergelumang maksiat kepada Allah, mendapat habuan melimpah dalam dunia ini. Apakah anda rasa tergiur? Lalu anda mengeluh...

"Oh Tuhan...aku beriman kepadaMu, taat menjunjung perintahmu, tapi mengapa tidak Kau berikan aku kesenangan dunia ini?".

Ingatlah, dunia itu barang yang nilainya tidak lebih berat daripada sayap nyamuk. Apalah harganya sayap nyamuk? Mahukah kau rebuti sayap nyamuk? Nak buat apa sayap nyamuk? Sayap kalkatu pun kita tak mahu, apa lagi sayap nyamuk. Kalau disuruh kita buat satu pekerjaan, upahnya adalah sayap nyamuk, sumpah taubat lahum, kita tak mahu buat kerja untuk diupah hanya sayap nyamuk. 

Kata junjungan kita nabi Muhammad, dunia itu lebih ringan daripada sayap nyamuk. Sabda baginda:

لَوْ كَانَت الدُّنْيَا تَعْدِلُ عِنْدَ اللَّه جَنَاحَ بَعُوضَةٍ مَا سَقَى كَافِرًا مِنْها شَرْبَةَ مَاءٍ

"Kalaulah dunia itu ada seberat sayap nyamuk nilainya di sisi Allah SWT, tentulah Allah tidak benarkan orang yang kafir dengannya minum walau seteguk air". 


Ingatlah, ketaatanmu kepada Allah, bukan mahu dibalas dengan dunia. Dunia murah. Ketaatan akan dibalas dengan harga mahal di akhirat. Biarlah orang kafor berseronak dengan barang murah, kita orang beriman akan mencari barang mahal. kalau mereka yang kafir itu dapat limpahan dunia, itu bukan ganjaran kebaikan mereka, tetapi itu adalah "acah-acahan " Allah untuk bermain-main dengannya. 

Acahan itu disebut ISTIDRAJ!

Read more...

Nabi Isa dan nabi Yahya

November 20, 2019

Ibu nabi Yahya bernama Isya' (إيشاع )

Para Mufassirin berbeza pandangan tentang hubungan Isya' ini dengan Hannah, isteri Imran yang merupakan ibu kepada Maryam. Isya' itu dikahwini oleh nabi Allah Zakaria dan dia tidak mendapat anak kerana mandul. Hinggalan takdir Allah menentukan lahirnya Yahya dan hilanglah sifat mandul Isya' itu.

Ada dua pandangan mengenai status Isya' tersebut:

1) Dia adalah anak kepada Hannah, iaitu kakak kepada Maryam.

Pandangan ini berasaskan hadis nabi SAW mengenai peristiwa nabi SAW naik ke langit ke-2 dan bertemu dengan nabi Yahya dan Isa. Ketika memperkenalkan mereka, Jibrail menyifatkan mereka dengan katanya:


 وَهُمَا ابنَا الخَالَةِ
Kedau-duanya adalah anak kepada ibu saudara

Perkataan ini membawa maksud bahawa Yahya dan Isa itu masing adalah anak kepada ibu saudara yang lain. Dengan kata lain, emak nabi Yahya adalah ibu saudara kepada nabi Isa, manakala ibu nabi Isa pula adalah ibu saudara kepada nabi Yahya. Jika demikian, Maryam dengan Isya' adalah dua beradik dan mereka anak kepada Hannah. 

Inilah pandangan Jumhur Mufassirin sebagaimana dinukilkan dalam Al-Bidayah wan Nihayah.

2) Dia adalah adik kepada Hannah dan ibu saudara kepada Maryam.

Pandangan ini berasaskan kepada fahaman mengenai ayat yang menyebutkan tentang nazar Hannah sebelum Maryam lahir. Ayat itu memberi isyarat bahawa Hannah tidak dapat anak lalu dia bernazar sehingga lahirlah Maryam. Maryam adalah satu-satunya anaknya. Bagimana pula dikatakan Maryam ada kakak?`

Berpegang dengan alasan itu, hadis yang menyifatkan bahawa Yahya dan Isa sebagai masing-masing anak kepada makcik difahami bahawa kedudukan Isa sebagai anak kepada ibunya yang menjadi saudara kepada Isya', sama statusnya dengan anak saudara juga. Dari segi hukum, jika ibu anak saudara kepada seseorang, anaknya juga dianggap anak suadara kepada orang itu. Maka Isa dianggap anak sudara kepada Isya' walaupun antara dia dengan Isya' ada ibunya.

Justeru, Yahya dan Isa itu disifatkan sebagai anak kepada makcik tidak bertentangan.

Yahya anak kepada makcik Isa iaitu Isya'. Manakala Isa adalah anak kepada sepupunya iaitu Maryam.


Read more...

Penawar Sakit Gigi

Disebutkan dalam Tafsir Al-Qurtubi, ketika mentafsirkan ayat 26 Surah Al-An'am:

Ditulis ayat di atas atas "kaghid". Kaghid dalam Mu'jam Al-Arabi diertikan "Al-Qirtas", iaitu kertas. Maka tulis ayat tadi atas kertas dan letak atas gigi yang sakit. Demikianlah apa yang disebut oleh As-Tsa'labi.

Read more...

40 Orang tanpa Syirik

November 16, 2019

عن ابن عباس رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ما من رجل مسلم يموت، فيقوم على جنازته أربعون رجلاً لا يشركون بالله شيئاً إلا شفعهم الله فيه. 

Hadis riwayat  Ibn Abbas dalam Saheh Muslim mneyebutkan bahawa baginda Rasulullah SAW telah bersabda: Tidaklah mati seorang lelaki, llau solata atas jenazahnya 40 orang lelaki yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu, maka Allah akan jadikan doa mereka itu syafaat buat jenazah itu.

Kerana mahu dapatkan angka ini, kedapatan amalan mengupah orang untuk solat jenazah. Lama-kelamaan kebiasaan ini telah mengubah keikhlasan solat jenazah kepada untuk dapatkan duit. Sekarang ini, plaing murah nilai 4 takbir solat jenazah ialah RM 5. Ramai yang datang solat, dalam niatnya sudah tersimpan mahu duit solat jenazah itu.

Maka, ringkas katanya, mereka itu telah berbuat syirik dalam ibadah. Tiadalah faedahnya syafaat yang dijanjikan dalam hadis itu buat si mati.

Read more...

Al-Ja'du bin Dirham

October 21, 2019

Al-Ja'du bin Dirham itu telah dibunuh oleh Khalid bin Abdullah Al-Khusri.

Riwayat masyhur menyebutkan bahawa pada satu hari raya Aidil Adha, di Kufah, dia berkhutbah di atas membar dengan mengatakan:

من كان منكم يريد أن يضحي فلينطلق فليضح فبارك الله في أضحيته فإن مضح بالجعد بن درهم زعم أن الله لم يكلم موسى تكليما ولم يتخذ إبراهيم خليلا سبحانه عما يقول الجعد علوّاً كبيراً

" Sesiapa di kalangan kamu yang ingin berkorban, maka lakukanlah korban kamu, semoga Allah memberkatinya pada korbannya.  Aku juga akan berkorban dengan menyembelih Al-Ja'du bin Dirham. Dia mendakwa bahawa Allah tidak bercakap dengan Musa dan tidak pernah mengambil Ibrahim sebagai khalilNYa!", 

Khalid bin Abdullah Al-Khusri turun dari membar lalu menyembelih Al-Ja'du bin Dirham.

Imam Az-Zahabi menyebutkan tentang zalimnya Khalid bin Abdullah  Al-Khusri tetapi dalam masa yang sama memujinya kerana membunuh Al-Ja'du bin Dirham.

Barangkali....inilah yang membuktikan apa yang Allah firmankan dalam Al-Quran:

وَكَذَلِكَ نُوَلِّي بَعْضَ الظَّالِمِينَ بَعْضاً

"Demikianlah kami jadikan orang Zalim menguasai atas orang zalim yang lain
Surah Al-an'am : 129


Al-Ja'du bin Dirham adalah salah satu pimpinan kesesatan yang hidup zaman tabi'in. Beliau menafikan sifat Allah, mendakwa bahawa Allah tidak mengambil Ibrahim sebagai khalilnya dna tidak bercakap dengan Musa.

Ibu Taimiyyah menyebut, sebagaimana para imam dalam Islam punya sanadnya sampai kepada Rasulullah, demikianlah para pimpinan kesasatan.

Sanad kebatilan adalah, Jaham bin Safuan darpada Al-Ja'du bin Dirham darpada Bayan bin Sam'an daripada Talut daripada Lubaid bin Al-A'som.

Sanad ini seperti Sanad Sudasi yang ada dalam Sanad ilmu Hadis.

Siapakah Khalid Al-Qusri?

Imam Azzahabi menyebutkan namanya dalam Siyar A'lam bahawa namanya ialah Amir Abu Al-Haitham Khalid bin Abdullah bin Yazid bin Asad bin Kurz Al-Bajli Al-Qasri Al-Damsyiqi, menjadi Gabenor Iraq untuk Khalifah Hisyam bin Abd Malik daripada dinasti Bani Umayyah. Sebelumnya , beliau pernah jadi gabenor di Makkah pada zaman Al-Walid dan Sulaiman.  Beliau sangat kuat semangat nasibahnya dan hal itu terkenal. Abdullah bin Ahmad meriwayatkan bahawa Ibn Ma'in menyebutkan bahawa dia lelaki jahat kerana  suka mencela Ali.


 Datuk Khalid Al-Khasri bernama Yazid bin Asad Al-Khasri merupakan seorang sahabat nabi SAW.

Tahun 89H dia menjadi Gabenor Makkah iaitu pada zaman Al-Walid bin Abdul Malik. Lantikan tersebut adalah rekomendasi daripada Hajjaj bin Yusuf As-Tsaqafi. Ini kerana beliau melihat Umar bin Abd Aziz yang menjadi gabenor Madinah ketika itu lemah kerana membiarkan pelarian politik berlindung di sana. Makkah dan Madinah jadi tempat berlindung para pelarian politik itu. Dengan cadangan Hajjaj, Uthman bin Hayyan dilantik menggantikan Umar Abd Aziz atas Madinah dan Khalid Al-Khusri ke atas Makkah.

Bila Sulaiman bin Abd Malik jadi khalifah, dia meneruskan perkhidmatannya sehingga dia dilucutkan dan digantikan dengan Daud bin Talhah.

Kata Ibn Khalikan: Khalid Al-Khasri terkenal sebagai pemidato Arab yang terbilang fasih dan penuh balaghah. 

Katanya lagi: Adalah Khalid itu ditohmah tentang agamanya. DIa telah membina sebuah kanisah buat ibunya untuk ibunya beribadat di dalamnya. Itulah yang diungkapkan oleh Farazdaq dalam syairnya:

 
 ألا قبح الرحمن ظهر مطية 
أتتنا تهادى من دمشق بخالد 
وكيف يؤم الناس من كانت أمه 
تدين بأن الله ليس بواحد 
بنى بيعة فيها الصليب لأمه
 ويهدم من بغض منار المساجد


Mengulas mengenai syair Farazdaq ini, Al-Mubarrad dalam Al-Kamil menyatakan bahawa sebab Khalid Al-Khusri meruntuhkan menara masjid adalah kerana telah sampai kepadanya syair seorang mawali Ansor yang menkritik para muazzin yang nampak wanita-wanita yang berada dia atas sutuh rumah mereka. Ini menceroboh privasi mereka. Khalid pun meruntuhkan menara tersebut. Apakah itu bukan satu yang baik?


Sementara, tentang ibu Khalid yang beragama Nasrani, Khalid bina gereja di laman rumah buat ibunya, itu adalah satu kebaktian anak buat sang ibu. Bukan satu tanda bahawa Khalid juga seorang Kristian. Bukankah seroang lelaki Muslim boleh menikahi wanita Nasrani? Apakah tidak mungkin kalau benarlah ibunya Nasrani, bapa Khalid menikahinya sesuai dengan keizinan yang dibrikan oleh Syariat. Seorang Muslim boleh menikahi wanita Kitabiyyah tanpa perlu mengubah agamanya.










Read more...

IMAM SYAFIE MENCELA ILMU KALAM

Kata Imam Syafie:


وقال الشَّافعي: "أنْ يَبْتَلي اللهُ المرْءَ بما نهَى عنه خَلا الشِّرْك بالله - خيرٌ من أن يبتليه بالكلام"؛



Allah menguji seseorang dengan apa yang dilarangnya (Kecuali syirik dengan Allah) lebih baik daripada diujidengan ilmu Kalam".



Maka, bila kita baca hadis yang menimbulkan syubhat tentang maknanya, maka hendaklah mengambil jalan percaya, serah maknanya kepada Allah dan menjauhi takwilan para ahli kalam. Mereka yang suka mentakwil ini akan mengarah kepada kelompok yang dinamakan Jahmiy.

Read more...

Allah Ciptakan Adam Dalam Rupa-nya

 خَلَقَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ آدَمَ على صُورَتِهِ طُولُهُ سِتُّونَ ذِرَاعاً
" Allah telah menciptakan Adam di atas rupanya, tingginya ialah 60 hasta"

Allah ciptakan Adam dalam rupanya. Rupa siapa? 
1) Rupa Adam
2) Rupa Allah.

Rupa Adam adalah rupa yang yang Allah ciptakannya sejak awal. Rupanya seperti rupa yang kita ada. Inilah rupanya yang dimaksudkan dalam hadis.

namun ada sesetengah menafsirkan rupanya itu adalah rupa Allah. Namun, ada penjelasan lanjut mengenai maksud rupa Allah SWT itu. Ia bukanlah bermaksud Allah berupa seperti manusia. Allah itu mendengar, Adam juga diciptakan dengan pendengaran. Demikianlah melihat dan berkata-kata. Maka, rupanya yang dimaksudkan itu adalah rupa Allah dalam bentuk bersifat mendengar, melihat dan berkata-kata. Persamaan dengan Allah bagi Adam itu hanya pada nama sahaja dan bukan hakikatnya. Sifat-sifat tersebut, secara kolekstif ada pada manusia dan inilah yang membezakan kewijudannya pada makhluk lain selain manusia seperti malaikat dan juga jin.

Bandingkan pula dengan hadis yang lain disebutkan dalam Bukhari dan Muslim:

Rasulullah SAW bersabda:


إن أول زمرة تدخل الجنة على صورة القمر 

"Sesungguhnya kumpulan pertama yang masuk ke syurga adalah atas rupa rembulan".



Macam mana rupa rembulan? Masakan rupa manusia jadi rupa bulan. Rupa bulan bulat , jauh beza dengan rupa manusia. Maka, difahamkan rupa rembulan itu adalah sifat yang ada bulan iaitu bercahaya terang .

Maka, bila dikembalikan gantinama pada kalimah "rupa-nya" itu kepada Allah, tidak semestinya Adam itu sama seperti Allah walaupun ada keserupaan dalam aspek-aspek tertentu.





Read more...

Musykil Hadis: Tinggi Adam 60 hasta.

October 20, 2019

Ini satu hadis yang dimusykilkan.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW telah bersabda:

خلق الله آدم وطوله ستون ذراعا ، ثم قال : اذهب فسلم على أولئك من الملائكة فاستمع ما يحيونك ، فإنها تحيتك وتحية ذريتك . فقال السلام عليكم فقالوا : السلام عليكم ورحمة الله . فزادوه : ورحمة الله فكل من يدخل الجنة على صورة آدم ، فلم يزل الخلق ينقص حتى الآن


Penemuan-penemuan tunggalan sejarah binaan manusia tidak membuktikan hal sedemikian. Apa yang dikatakan Madain Soleh misalnya, tidak menunjukkan ia dihuni manusia amalaqah, sebaliknya manusia seperti zaman kita ini. 

Justeru hadis ini menjadi musykil bagi mereka yang memikirkannya

Padaku, kerana hadis ini saheh dan tidak keraguan padanya, aku menerima sahaja. Mungkin apa yang dikatakan tinggalan purba itu tidak benar mewakili ummat nabi Soleh.

Read more...

MUSYKIL HADIS: KERANA HAWA KHIANATI ADAM...

Hadis yang menyebutkan Hawa khianati Adam terdapat dalam hadis  riwayat Bukhari dan Muslim dengan lafaz:

وَلَوْلاَ حَوَّاءُ لَمْ تَخُنْ أُنْثَى زَوْجَهَا 

" Jika tidak kerana para wanita tidak akan khianat kepada suaminya".

Maksud khianat hawa tersebut bukanlah khianat dalam ertikata curang dengan lelaki lain. maksudnya ialah Hawa tidak menyelamatkan dia daripada makan buah terlarang dengan nasihat  sewaktu Adam memakannya. Itulah khianatnya Hawa. Perihal khianat Hawa ini diperakui sendiri oleh Adam sebagaimana diriwayatkan dama sebuah hadis yang lain yang diriwayatkan dalaqm Az-Zawaid oleh Abdullah bin Ahmad bin Hambal dan Al-Hakim dalam Al-Mustadrak. Al-hakim menilainya sebagai Saheh Sanad dan Albani mensahehkannya dalam Silsilah.

Hadisnya berbunyi:

عَنْ عُتَيٍّ قَالَ: رَأَيْتُ شَيْخًا بِالْمَدِينَةِ يَتَكَلَّمُ، فَسَأَلْتُ عَنْهُ فَقَالُوا: هَذَا أُبَيُّ بْنُ كَعْبٍ. فَقَالَ: " إِنَّ آدَمَ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - حَضَرَهُ الْمَوْتُ فَقَالَ لِبَنِيهِ: أَيْ بَنِيَّ، إِنِّي أَشْتَهِي مِنْ ثِمَارِ الْجَنَّةِ. فَذَهَبُوا يَطْلُبُونَ لَهُ فَاسْتَقْبَلَتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ مَعَهُمْ أَكْفَانُهُ وَحَنُوطُهُ، وَمَعَهُمُ الْفُئُوسُ وَالْمَسَاحِي وَالْمَكَاتِلُ، فَقَالُوا: يَا بَنِي آدَمَ، مَا تُرِيدُونَ وَمَا تَطْلُبُونَ؟ أَوْ مَا تُرِيدُونَ وَأَيْنَ تَذْهَبُونَ؟ قَالُوا: أَبُونَا مَرِيضٌ فَاشْتَهَى مِنْ ثِمَارِ الْجَنَّةِ. قَالُوا لَهُمْ: ارْجِعُوا فَقَدْ قُضِيَ أَبُوكُمْ. فَجَاءُوا، فَلَمَّا رَأَتْهُمْ حَوَّاءُ عَرَفَتْهُمْ فَلَاذَتْ بِآدَمَ، فَقَالَ: إِلَيْكِ عَنِّي، فَإِنَّمَا أُتِيتُ مِنْ قِبَلِكَ، خَلِّي بَيْنِي وَبَيْنَ مَلَائِكَةِ رَبِّي تَبَارَكَ وَتَعَالَى. فَقَبَضُوهُ وَغَسَّلُوهُ وَكَفَّنُوهُ وَحَنَّطُوهُ، وَحَفَرُوا لَهُ وَلَحَدُوا لَهُ، فَصَلُّوا عَلَيْهِ، ثُمَّ دَخَلُوا قَبْرَهُ فَوَضَعُوهُ فِي قَبْرِهِ وَوَضَعُوا عَلَيْهِ اللَّبِنَ، ثُمَّ خَرَجُوا مِنَ الْقَبْرِ ثُمَّ حَثَوْا عَلَيْهِ، ثُمَّ قَالُوا: يَا بَنِي آدَمَ هَذِهِ سُنَّتُكُمْ


Dari 'Utay ia berkata, “Aku melihat ada seorang syaikh di Madinah berbicara, lalu aku bertanya tentangnya, maka mereka menjawab, "Ini adalah Ubay bin Ka'ab." Ia (Ubay) berkata, "Sesungguhnya Adam –semoga Allah melimpahkan shalawat dan salam kepadanya- ketika kedatangan maut, maka ia berkata kepada anak-anaknya, "Wahai anak-anakku, sesungguhnya aku suka buah-buahan surga." Maka anak-anaknya pergi untuk mencarikan buah-buahan itu, lalu para malaikat menghadap mereka dengan membawa kafan dan hanuth (pengawet), demikian juga membawa kapak, sekop dan keranjang. Mereka berkata, "Wahai anak Adam, apa yang kalian inginkan dan apa yang kalian cari?" Atau mengatakan, "Apa yang kalian inginkan dan ke mana kalian pergi?" Mereka menjawab, "Bapak kami sakit, ia ingin buah-buahan surga." Maka para malaikat berkata, "Kembalilah, sesungguhnya ketetapan untuk bapak kalian telah tiba." Mereka pun datang. Saat Hawa melihat mereka, maka ia mengenalinya sehingga ia berlindung kepada Adam." Lalu Adam berkata, "Menjauhlah dariku, aku pernah melakukan kesalahan karenamu. Biarkanlah aku dengan para malaikat Tuhanku Tabaaraka wa Ta'aala. Maka mereka mencabut nyawanya, memandikannya, mengkafankannya dan memberinya pengawet. Mereka juga membuat galian untuknya dan membuatnya berbentuk lahad (adanya galian di pinggir kubur). Kemudian mereka menyalatkannya, masuk ke kuburnya dan meletakkan Adam di kuburnya, demikian juga menaruh bata di atasnya. Setelah itu mereka keluar dari kubur dan menuangkan pasir ke atasnya, selanjutnya mereka berkata, "Wahai anak Adam, ini adalah sunnah kalian." (Haitsami berkata, "Diriwayatkan oleh Abdullah bin Ahmad, para perawinya adalah para perawi hadits shahih selain 'Utay bin Dhamrah, namun ia tsiqah." Syaikh Umar Sulaiman Al Asyqar dalam Shahih Al Qashashin Nabawi menjelaskan, bahwa hadits ini meskipun mauquf (sampai kepada sahabat) pada Ubay bin Ka'ab, tetapi mempunyai hukum marfu', karena perkara seperti ini tidak membuka peluang bagi akal untuk mengakalinya.)
 
 
 
Bersama dengan hadis tentang khianatnya Hawa kepada Adam ini, ada hadis pasal membusuknya daging angkara kaum Bani Israil iaitu:
 
 
لَوْلاَ بَنُو إِسْرَائِيلَ لَمْ يَخْنَزِ اللَّحْمُ

" Jika tidak kerana perbuatan Banu Israil, daging tidak akan membusuk".

Mengenai hadis ini, akan dibicarakan dalam sesi yang lain!.

Read more...

MUSYKIL HADIS: HADIS SALIM MENYUSU DI KALA DEWASA

Hadis mengenainya disebut dalam Saheh Bukhari dan Muslim. Saidatina A'isyah meriwayatkan bahawa Salim adalah hamba kepada Abu Huzaifah dan sering masuk dalam rumah Abu Huzaifah serta bergaul dengan keluarganya. Dia umpama anak mereka sedangkan dia cuma anak angkat. Isteri Abu Huzaifah, Sahlah bt Suhail, isteri Huzaifah bertanya nabi mengenai persoalan tersebut. Nabi SAW menyuruh Sahlah menyusukannya. 

Menanggapi hadis ini, para ahli ilmu mempunyai dua pandangan:
1) Hadis ini mansukh
2) Hadis ini khusus untuk Salim sahaja.



حديث أم المؤمنين عائشة رضي الله عنها ، : " أَنَّ سَالِمًا مَوْلَى أَبِي حُذَيْفَةَ كَانَ مَعَ أَبِي حُذَيْفَةَ وَأَهْلِهِ فِي بَيْتِهِمْ ، فَأَتَتْ - تَعْنِي ابْنَةَ سُهَيْلٍ - النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ: إِنَّ سَالِمًا قَدْ بَلَغَ مَا يَبْلُغُ الرِّجَالُ. وَعَقَلَ مَا عَقَلُوا. وَإِنَّهُ يَدْخُلُ عَلَيْنَا. وَإِنِّي أَظُنُّ أَنَّ فِي نَفْسِ أَبِي حُذَيْفَةَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا.
 فَقَالَ لَهَا النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَرْضِعِيهِ تَحْرُمِي عَلَيْهِ، وَيَذْهَبِ الَّذِي فِي نَفْسِ أَبِي حُذَيْفَةَ ، فَرَجَعَتْ فَقَالَتْ: إِنِّي قَدْ أَرْضَعْتُهُ. فَذَهَبَ الَّذِي فِي نَفْسِ أَبِي حُذَيْفَةَ ".
زاد مسلم في روايته : " قَالَتْ: وَكَيْفَ أُرْضِعُهُ؟ وَهُوَ رَجُلٌ كَبِيرٌ ، وَكَانَ قَدْ شَهِدَ بَدْرًا ، فَتَبَسَّمَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ: قَدْ عَلِمْتُ أَنَّهُ رَجُلٌ كَبِيرٌ "  .

Bagaimana Sahlah menyusukan Salim? Kata Al-Qadhi Iyadh, ia menyusukan dengan cara memerahnya dan minum tanpa menyusu secara langsung. 

Ibn Taimiyyah menyatakan bahawa menyusukan orang dewasa untuk tujuan menjadikannya muhram dibenarkan untuk kes-kes seperti Salim.

Hadis-hadis yang menyebutkan mengenai menyusu hendaklah 2 tahun ke bawah apabila dibaca bersama hadis ini, maka hendaklah ada cara mengharmonikan kedua-duanya. Cara mengatakan hadis Aisyah mengenai Salim itu mansukh atau khusus untuk Salaim sahaja adalah satu cara mengharmonikannya. Namun, pandangan Ibn Taimiyyah itu salah satu caranya juga. As-Syaukani dalam Nailul Authar menyokong cara Ibn Taimiyyah ini dengan mengatakan bahawa ia jalan pertengahan antara orang yang manyatakan bahawa hadis ini mansukh/khusus dengan orang yang berdalilkannay mengatakan bahawa menyusu orang dewasa sama sahaja dengan menyusu anak-anak bawah umur 2 tahun.

Inilah jalan pertengahan. Iaitu, menyusu orang dewasa menjadikannya anak susuan bagi ibu susu dalam situasi tertentu sahaja. Situasi yang sama dengan situasi Salim.

Segolongan menolak hadis ini dan menganggapnya palsu sekalipun ada dalam Saheh Bukhari dan Muslim! Mereka adalah orang-orang "aqlaniyyin" yang mana asalkan sesebuah hadis itu menyalahi aqal, mereka tolak. Padahal hadis mengenai Salim menyusu dengan Sahlah ini diriwayatkan oleh sejumlah besar ulama hadis dan hampir mencapai had mutawatir.

Kesimpulan:

Dalam memahami hadis ini ada 4 pendekatan yang berbeza:

1) Pegang zahirnya, maka harus orang dewasa menyusu dan implikasihukumnya sama dengan bayi yang menyusu.

2) Hadis ini dimaksukhkan .

3) Hadis ini adalah khusus untuk kes Salim sahaja.

4) Hadis ini membayangkan rukhsoh iaitu keringanan bagi kes-kes manapun yang seumpama kes Salim.

Read more...

MAKSUD HADIS: bilakah kiamat?

October 9, 2019

Hadis ini diriwayatkan dalam Saheh Bukhari dan Muslim:

عن أنس رضي الله عنه : أَنَّ رَجُلًا مِنْ أَهْلِ الْبَادِيَةِ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , فَقَالَ : يَا رَسُولَ الله , مَتَى السَّاعَةُ قَائِمَةٌ ؟ قَالَ : وَيْلَكَ ! وَمَا أَعْدَدْتَ لَهَا ؟ قَالَ : مَا أَعْدَدْتُ لَهَا إِلَّا أَنِّي أُحِبُّ الله وَرَسُولَهُ , قَالَ : إِنَّكَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ . فَقُلْنَا: وَنَحْنُ كَذَلِكَ, قَالَ : نَعَمْ . فَفَرِحْنَا يَوْمَئِذٍ فَرَحًا شَدِيدًا . فَمَرَّ غُلَامٌ لِلْمُغِيرَةِ , وَكَانَ مِنْ أَقْرَانِي, فَقَالَ : إِنْ أُخِّرَ هَذَا فَلَنْ يُدْرِكَهُ الْهَرَمُ حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ 

Daripada Anas R. A bahawa seorang lelaki dari kampung telah mendatangi Rasulullah SAW lalu bertanya: 
Bilakah kiamat?
Jawab Rasulullah SAW: Aduhai kau..apa yang kau sediakan untuknya?
Jawab lelaki itu: Aku tiada persediaan kecuali aku punya cinta kepada Allah dan Rasulnya!
Rasulullah menjawab:
Kamu akan bersama dengan siapa yang kau cintai.
Lalu kata para sahabat: Kami pun demikian!
Baginda menjawab: Ya

Lalu, pada hari itu kami rasa amat gembira. Kemudian lalulah seorang kanak-kanak anak kepada Al-Mughirah dan dia dai dari kalangan kawan-kawanku (Kawan Anas).

Baginda bersabda:
Jika dipanjangkan umur budak ini, dia tidak akan sempat nyanyuk sebelum berlakunya kiamat.

Hadis ni hendaklah difahami dengan fahaman yang betul. Salah faham makna hadis ini akan membawa kepada meraguinya sedangkan ia adalah hadis saheh dalam Saheh Bukahri dan Muslim. Meragui kesahehannya akan membawa kepada curiga dengan tahap pengetahuan Imam Bukhari dan Muslim. Inilah yang telah berlaku kepada seorang penceramah bernama Dr. Adnan Ibrahim. Kerana pada anggapannya hadis ini tidak logik, dia mengatakan bahawa Imam Bukhari dan Muslim telah cuai dalam meriwayatkannya.

Sebenarnya, kiamat yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah kematian kamu. Nabi mengucapkan kepada para sahabat yang waktu telah pun berusia. Maksudnya, sebelum budak itu menjadi nyanyuk, semua veteran yang ada dalam majlis itu telah menghadapi kiamat mereka, iaitu mati.

Kiamat bagi setiap orang adalah hari matinya.

Read more...

HADIS: KELEBIHAN MATI HARI JUMAAT ATAU MALAMNYA

October 7, 2019

Terdapat hadis yang saheh mengenai kelebihan mati hari Jumaat dan malamnya:

ما من مسلم يموت يوم الجمعة أو ليلة الجمعة إلا وقاه الله فتنة القبر 
. رواه أحمد والترمذي وحسنه الألباني.

Kelebihannya: Selamat daripada fitnah alam kubur.

Read more...

MEMAKAI PAKAIAN BERWARNA MERAH

Apakah hukumnya memakai pakaian berwarna merah?

Tertadapat hadis yang menunjukkan bahawa ia dilarang tetapi hadis-hadis mengenai larangan tersebut semuanya tidak saheh.


Terdapat hadis-hadis saheh yang menunjukkan nabi SAW berpakaian merah, antaranya:

عن أبي جحيفة رضي الله عنه قال : رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم بمكة وهو بالأبطح في قبة حمراء من أدم ورأيت بلالا أخذ وضوء رسول الله صلى الله عليه وسلم ورأيت الناس يبتدرون ذاك الوضوء فمن أصاب منه شيئا تمسح به ومن لم يصب منه شيئا أخذ من بلل يد صاحبه ثم رأيت بلالا أخذ عنزة فركزها وخرج رسول الله صلى الله عليه وسلم في حلة حمراء مشمرا صلى إلى العنزة بالناس ركعتين ورأيت الناس والدواب يمرون من بين يدي العنزة. متفق عليه.

Bila wujud-wujud hadis yang melarang(walaupun daif), lalu terdapat pula hadis yang menunjukkan nabi mengamalkan apa yang dilarang tersebut, maka di kalangan ulama Usul, ia difahamkan bahawa larangan itu bermaksud makruh.

Read more...

أسماء الأبار


Read more...

KEJAHILAN ORANG MUSYRIK

October 3, 2019

Jahil itu lawannya ilmu. Seorang yang jahil tentang sesuatu, kejahilannya itu akan menjadi keuzuran (Excuse) buatnya. Ada dua situasi yang perlu dijelaskan secara berasingan:

1) Jahil orang kafir.

Seseorang yang masih kafir, jika dia jahil tentang Islam disebabkan tidak sampai kepadanya dakwah Islam, maka kejahilannya tidak menjadikannya muslim di dunia. Dalam dunia ini, dia dihukumkan kafir dan jika mati, matinya dihukumkan mati sebagai kafir. Namun, kelak di akhirat, dia akan diberi cubaan oleh Allah untuk menentukan penerimaannya terhadap dakwah Islam. 

Terdapat beberapa pandangan mengenai orang  kafir yang tidak sampai kepadanya dakwah Islam. Mereka ini juga disebut dengan nama "Ahlil fatrah". Namun pandangan yang paling kuat adalah dia akan diuji dengan Rasul di kalangan malaikat pada hari kiamat nanti. Jika dia ditakdirkan sejak azali mengikut kebenaran, dia akan mengikut rasul itu. Namun, jika sudah suratan azalinya dia engkar, dia akan tetap menolak seruan Rasul itu.

2) Jahil seorang Muslim. 

Kejahilan mungkin terjadi dalam pelbagai bidang. Jahil dalam mana-mana bidang pun, ia menjadi sebab keuzuran (excuse).  Jahil dalam bab feqah ibadat, buat sesuatu yang membatalkan solat sebab jahil, dihukumkan tidak batal solatnya. Jahil juga diiktiraf  dalam bidang akidah sekalipun.  Ambil satu kisah yang disebutkan dalam hadis mengenai seorang berwasiat agar anak-anaknya membakar mayatnya selepas dia mati dan debunya dihambur ke lautan. Dia jahil tentang sifat Allah dan kerana itu Allah ampunkannya.

Rujuk Saheh Bukhari Jilid 2 MS 500

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP