Showing posts with label ulasan. Show all posts
Showing posts with label ulasan. Show all posts

December 9, 2019

KHUMAINI-SOSOK PENCELA SAHABAT

Said Hawa menulis dalam satu buku ringkas bertajuk " Khumaini, Syuzuz Fil 'Aqa'id Syuzuz Fil Mawaqif", mendedahkan pendirian Khumaini yang janggal dari segi akidah dan sikap. Said Hawa menyenaraikan bukti-bukti pendirian menyimpang Khumaini tentang Al-Quran, kemelampauan terhadap kedudukan imam, penolakan sunnah nabi yang saheh, penghinaan terhadap sahabat nabi, keceluparan terhadap Rasulullah, menyalahi ijmak, menganggap Ahli Sunnah sebagai Nasibi dan melampau dalam menyanjung Fatimah Az-Zahraa.

Membaca buku ini, tahulah kita, betapa jelik dan busuk relung hati Khumaini yang berpotretkan imam bagi Syiah Imamiyyah. 


December 1, 2019

SOLAT SUNAT HADIAH

Solat sunat hadiah adalah solat khusus yang dilakukan sesudah mayat ditanam dan selalunya pada malam pertama. Solat sunat hadiah bukanlah bermaksud solat sunat lalu dihadiahkan pahalanya kepada si mati. Jika hadiah pahala sunat kepada si mati, maka ia masihg lagi dalam daerah khilaf di kalangan ulama. Mazhab Abu Hanifah kata pahala amalan yang dihadiahkan kepada si mati, sampai. Manakala pendapat Imam Syafie dam Imam Malik, tidak sampai pahala.

Samalah hadiah pahala sedekah, baca Quran, puasa , solat dan sebagainya.

Namun, apa yang dinamakan solat Hadiah dengan tatacaranya itu, maka tiada didapati sumber otentik dalam nas. Mereka yang bercakap mengenai solat ini, termasuk pak guru dari pesentren, tidak membawa bersama dalil amalan tersebut daripada rasulullah SAW. Mereka cuma membaca petikan dalam kitab yang juga tidak membawa dalil saheh daripada Rasulullah SAW.

Padahal solat adalah amrun tasyri'i yang tidak boleh masuk di dalamnya bikinan orang lain. Ia mesti datang dari pentunjuk Rasulullah SAW.

Ringkas cerita solat sunat hadiah ini tidak disyariatkan. Sekurang-kurangnya , inilah sikap ulama kibar ahlu Sunnah termasuk para jaguh hadis.

Jika dirujuk kepada sumber-sumber Syiah, solat ini diriwayatkan dalam kitab-kitab mereka. Mereka menamakan solat ini dengan Solat wahsyah, Solat lalatu dafni atau Solat Hadiyah.

Apakah amalan ini diserap masuk ke dalam dunia Sunni dari Syiah seperti halnya banyak amalan lain yang kepunyaan Syiah tetapi mempengaruhi Sunni. Hal ini akan kita telaah dalam kesempatan yang lain.

Sila rujuk konsep solat Hadiah dalam dunia Syiah. Apakah tidak mungkin ini sumbernya yang merayap ke dalam khazanah Ahli Sunnah.  Syiah adalah Yahudi ummat ini dan ummat ini kata nabi , akan mengikut Yahudi syibran syibran.


 

November 25, 2019

Anak diseru berbinkan ayahnya, bukan ibunya.

Semalam kuliah Tafsir di Masjid Nurus Saadah. Tafsir antara lain ayat 50 Surah Al-Mukminun.

وَجَعَلْنَا ابْنَ مَرْيَمَ وَأُمَّهُ آيَةً وَآوَيْنَاهُمَا إِلَىٰ رَبْوَةٍ ذَاتِ قَرَارٍ وَمَعِينٍ 

" Dan kami jadikan anak Maryam dan ibunya sebagai satu tanda serta kami bawa kedua-duanya berlindung di sebuah tempat tinggi yang boleh dihuni dan ada sumber mata air".

Ketika jelaskan tentang lafaz Ibn Maryam, anak Maryam iaitu nabi Isa, saya kaitkan dengan dakwaan sesetengah orang tentang anak dibinkan dengan ibu pada hari akhirat.  Kerana itu, masa baca talqin, lebai akan mentalqinkan mayat sambil menyeru y" yah Sya'ari bin Amatillah". Membinkan seseornag dengan ibunya tidak disokong oleh nas yang Saheh. Nas yang saheh menyebutkan bahawa seseornag itu dibunkan dengan ayahnya, dan bukan ibunya.

Nas pertama adalah daripada Al-Quran sendiri. Surah Al-Ahzab, ayat 5 , Allah berfirman:

ادْعُوهُمْ لِآبَائِهِمْ هُوَ أَقْسَطُ عِندَ اللَّهِ
"Panggillah mereka( anak-anak) dengan dibinkan kepada ayah mereka, itulah yang lebih adil dalam neraca Allah"

Quran suruh panggil anak dengan dibinkan kepada ayah.Bukan Ibu.

Nas kedua adalah daripada Hadis. hadis dalam Saheh Muslim. No hadis 6177. 


عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ( إِنَّ الْغَادِرَ يُرْفَعُ لَهُ لِوَاءٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يُقَالُ هَذِهِ غَدْرَةُ فُلَانِ بْنِ فُلَانٍ ).

Kata Nabi, pada hari kiamat seseorang pengkhianat diberikan tanda dan namanya disebut Fulan bin Fulan dan bukan Fulan bin Fulanah!

Lantas daripada mana datangnya amalan menyebut mayat dibinkan dengan ibunya. Ianya datang daripada sumber hadis yang  daif Jiddan. Hadis itu disebutkan dalam Mu'jam At-Tobrani. Daripada Abu Umamah Al-Bahili, katanya Rasulullah telah bersabda:

إذا مات أحد من إخوانكم فسويتم التراب على قبره فليقم أحدكم على رأس قبره ثم ليقل يا فلان بن فلانة فإنه يسمعه ولا يجيبه ثم يقول يا فلان بن فلانة فإنه يقول أرشدنا يرحمك الله

فقال رجل يا رسول الله فإن لم يعرف اسم أمه ؟ قال فلينسبه إلى أمه حواء يا فلان ابن حواء
 

Hadis ini Daif Jiddan , tidak boleh jadi hujjjah dan tidak boleh buat amalan . Al-Haithami kata dalam sanadnya ada sekumpulan yang dia tidak kenal mereka. Ibn Solah, AN-Nawawi, Al-Iraqi, Ibn Qayyim dan Ibn Hajar, semua mereka mendaifkannya.

Perlu diingat , Imam Bukhari sendiri telah membuat bab dalam Sahehnya dengan tajuk:


 ما يدعى الناس بآبائهم

Bab Seseorang Manusia diseru dengan nama bapanya

Tidaklah Imam Bukhari yang bijak laksana itu membuat nama bab tanpa ada tujuannya.





October 3, 2019

ORANG MULIA TIDAK BERZINA

Anda pernah mendengar nama Hindun? Ya, dia adalah Hindun binti Utbah bin Rabi'ah. Mulanya dia bersuami dengan Al-Fakih bin Al-Mughirah Al-Makhzumi. Lalu, berlaku krisis antara mereka. Hindun dituduh oleh Al-Fakih melakukan zina dan diceraikannya Hindun. Hindun mengadu kepada ayahnya Utbah dan Utbah telah membawa persoalan itu kepada ahli nujun yang ada di Yaman. Ahli Nujum menafikan keterlibatan Hindun dalam perbuatan keji yang dituduhkan bekas suaminya itu. Bahkan mereka menemui satu ramalan bahawa kelak Hindu akan dapat seorang anak yang akan menjadi raja. 



Setelah namanya dibersihkan, Al-Fakih mahu kembali kepada Hindun, tetapi Hindun sudah berkerat rotan. Dia kemudiannya berkahwin pula dengan Abu Sufyan. Dengan Abu Sufian dia mendapat anak yang kelak di kemudian hari menjadi raja pertama dalam Islam.

Sewaktu nabi mengambil bai'ah daripada para wanita selepas peristiwa pembukaan Kota Makkah, Hindun datang dalam majlis tersebut tetapi dia berselubung dengan niqab. Nabi menyebutkan ayat-ayat bai'ahnya:
على ألا يشركن بالله شيئا


Sehingga nabi menyebut :
 
ولا يزنين


Hindun menyampuk dengan mengatakan dengan riak kehairanan:

أو تزني الحرة؟ 

" Adakah boleh terjadi wanita merdeka berzina?!"  


Kata-kata Hindun ini menggambarkan kepada kita persepsinya terhadap perbutan zina. Perbuatan zina bukan dilakukan oleh wanita merdeka, iaitu wanita terhormat dalam masyarakat Jahiliyyah. Ia mungkin terjadi di kalangan hamba, tapi tidak akan terjadi kalangan wanita bangsawan dan terhormat.

Demikian pandangan dalam masyarakat Jahiliyyah, apatah lagi dalam masyarakat Islam. Zina dilakukan oleh orang yang rendah kedudukannya dalam masyarakat. Dengan kata lain, zina itu mainan orang hina dan bukan kelakuan orang mulia.

 


June 19, 2019

MATI ANTARA NAFI DAN ITHBAT

Kalimah tauhid, La Ilaha Illallah mengandungi dua seksyen iaitu nafi dan Ithbat. Nafi ialah kalimah "Tiada Tuhan". Manakala Ithbat ialah menetapkan iaitu "Melainkan Allah".

Ada seorang Sufi, namanya Syeikh Syazili, beliau tidak berzikir dengan kalimah tauhid ini. Akan tetapi lebih lebih suka menggunakan kalimah mufrad iaitu Allah.  Ketika ditanya orang mengenai sebabnya, maka dijawapnya:

 أخاف أن أموت بين النفي والإثبات

"Aku takut kalau akau mati antara nafi dan Ithbat".

Ibn Taimiyyah, dalam Majmuk Fatawa mengkritik perkataan sedemikian dengan mengatakan bahawa seseorang itu dilihat kepada niatnya ketika menyebut kalimah tersebut. Sekalipun dia mati sebelum menyebut ithbat kalimah tauhid itu, apa yang dikira adalah niatnya. Jika itu menjadi masalah, apalah guanya perintah nabi supaya ajarkan orang yang akan mati kalimah itu. Mengapa tidak diajar sahaja kalimah "Allah". Namun, nabi katakan, siapa yang akhir kalamnya kalimah La ilaha Illallah, maka matinya masuk syurga. 


May 19, 2019

BACA AL-QURAN DENGAN CARA HADAR

Ibn Al-Juzari telah membahagikan cara pembacaan Quran kepada tiga sebagaimana diungkapkan dalam Syair:

ويقرأ القران بالتحقيق مع ***  حدر وتدوير وكل متبع
مع حسن صوت بلحون العرب *** مرتلا مجودا بالعربي



Ada tiga cara bacaan Al-Quran iaitu:
a) Tahqiq
b) Hadar 
c) Tadwir

Bacaan secara tahqiq adalah bacaan berlagu yang menjaga hak-hak huruf, hukum mad dan panjang pendek nya.

Bacaan secara hadar adalah bacaan cepat yang masih mengekalkan bunyi huruf dan tajwidnya.

Bacaam Tadwir adalah bacaan pertengahan antara tahqiq dan hadar.

Bacaan hadar ini adalah amalan para huffaz yang mengulangkaji Al-Quran. Kerana itu, jangan hairan jika ada orang yang khatam al-Quran sehari 2 kali. Bahkan boleh khatam Quran dalam solat malamnya.







March 4, 2019

KALAM KUFRAWI TIDAK MENJADIKAN PENUTURNYA DIKATAKAN KAFIR

Tidak ada riwayat yang menunjukkan Imam Ahmad mengkafirkan para pemimpin muktazilah pada zamannya. Miski warad perkataannya : "Siapa yang berkata Al-Quran makhluk, sesungguhnya dia telah kufur". Kata-kata ini tidak boleh difahami bahawa Iman Ahmad mengatakan kafir kepada ulama-ulama muktazilah yang mengatakan Al-Quran itu makhluk. Termasuk yang mengatakannya adalah khalifah Al-Makmun.  Imam Ahmad tidak pernah mengkafirkannya bahkan ada riwayat mengatakan dia istighfar untuknya. Sedangkan istighfar untuk orang kafir adalah dilarang, masakan Imam Ahmad tidak mengetaguinya.

Maka, dalam kes menghukumkan kafir ini, ada beza antara apa yang dikata dengan yang mengatakan. Kata-kata "Quran adalah Makhluk " adalah kalam kufrawi, tetapi yang mengatakannya  itu belumlah boleh dihukumkan kafir sehinggalah ditegakkan hujjah atasnya. 

Imam Ibn Taimiyyah sewaktu berada di Mesir, berlaku debat antaranya dengan tokoh-tokoh Jahmiyyah. Beliau berkata kepada mereka:


أنا لو قلت ما قلتم لكفرتُ، ولستم عندي كفَّارًا


" kalau saya ucapkan apa yang kamu semua ucapkan, jadilah aku kafir, namun kamu bukanlah kafir di sisiku".

Kaum Jahmiyyah, antara peganagan mereka adalah menafikan sifat Allah., bahkan mereka mengatakan sifat Allah itu adalah makhluk.
 
 
Timbul persoalan, kenapa Imam Ibn Taimiyyah mengatakan Ibn Arabi  itu kafir disebabkan perkataannya yang kufrawi dalam Al-Futuhat dan Al-Fusus? Sama juga muridnya Imam Az-Zahabi. Kenapa dalam hal ini, penutur kalam kufrawi itu dihukumkan kafir. Tidak seperti ucapan kaum Jahmiyyah dan Muktazilah itu?

Rujuk: Feqhweb

Perlulah diketahui, bahawa perkara mengkafirkan Ibn Arabi dan yang sama dengannya dari kaum sufi yang menuturkan kalam kufrawi ini, tidaklah sepakat di kalangan ulama. 

1) Ibn Taimiyyah, Az-Zahabi dan lain-lain menghukumkan mereka kafir disebabkan kalam kufrawi mereka itu. Ini kerana kekufuran dalam perkataan itu jelas.

2) As-Suyuthi, As-Subki, Ibn Hajar dan ramai lagi mengatakan perkataan kufrawi mereka itu tidak boleh jadi sebab mereka dihukumkan kafir, sebaliknya hendaklah ditakwilkan kata-kata mereka itu.

3) Mengambil jalan tawaqquf kerana sampai khabar kepada kita tentang kesolehan mereka.




























 

October 1, 2018

Syiah seumpama Lalat

Aku membaca perdebatan hangat dalam sebuah Forum antara seorang yang menamakan dirinya Syi'i Mu'tadil dengan beberapa lelaki Sunni. Ia berawal daripada isu yang ditimbulkan oleh si Syiah tersebut berkaitan sebuah hadis yang diriwayatkan dalam Musnad Ahmad (saheh):


حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ، قَالَ: حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ، عَنْ شَقِيقٍ، عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ، قَالَتْ: دَخَلَ عَلَيْهَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَوْفٍ قَالَ: فَقَالَ يَا أُمَّهْ، قَدْ خِفْتُ أَنْ يُهْلِكَنِي كَثْرَةُ مَالِي، أَنَا أَكْثَرُ قُرَيْشٍ مَالًا، قَالَتْ: يَا بُنَيَّ، فَأَنْفِقْ، فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: " إِنَّ مِنْ أَصْحَابِي مَنْ لَا يَرَانِي بَعْدَ أَنْ أُفَارِقَهُ " فَخَرَج فَلَقِيَ عُمَرَ فَأَخْبَرَهُ، فَجَاءَ عُمَرُ فَدَخَلَ عَلَيْهَا، فَقَالَ لَهَا: بِاللهِ مِنْهُمْ أَنَا ؟ فَقَالَتْ: لَا، وَلَنْ أُبْلِيَ أَحَدًا بَعْدَكَ


Maksud Hadis:
Abd Rahman bin Auf telah masuk bertemu Ummu Salamah, isteri Rasulullah SAW lalu dia mengadu: Wahai ibu, saya bimbang saya binasa sebab harta saya kerana sayalah orang Quraisy yang paling banyak harta.  Ummu Salamah memberinya nasihat: Bersedekahlah, sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya dari kalangan sahabatku mereka yang tidak akan melihatku selepas aku tinggalkan mereka". Bila Abdul rahman bin Auf keluar, dia bertemu Umar Al-Khattab dan dia menceritakan mengenai hadis nabi itu. Umar Al-Khattab pun datang betemu Ummu Salamah lalu bertanya: Demi Allah, apakah aku dari kalangan mereka? Ummu Salamah menjawab: Tidak (Kau bukan kalangan mereka), selepas ini aku tidak akan bersihkan (dedahkan bahawa bukan kalangan yang dimaksudkan hadis) seseorangpun".

Istilah Sahabat dalam hadis ada tiga kemungkinan:
  1. Golongan Munafiq 
  2. Orang Islam yang murtad selpas nabi wafat dan mereka diperangi di zaman Khalifah Abu Bakar
  3. Sahabat-habat nabi  yang dianggap mempunyai kedudukan tertinggi di kalangan ummat Islam selepas nabi SAW.

Syiah  mendapat point penting daripada hadis ini untuk mengesahkan pegangan mereka bahawa kebanyak sahabat menjadi murtad dan yang kekal dengan Islam hanya segelintir kecil yang boleh dihitung dengan jari. Hal ini menyalahi Ahli Sunnah yang menyebutkan sahabat sejumlah yang ramai, mencapai angka ribuan orang. Termasuk yang dimurtadkan kaum Syiah adalah Abu Bakar, Umar dan Othman. 

Hadis ini menyebutkan bahawa di kalangan sahabat nabi ada yang tidak akan pernah bertemu nabi lagi di akhirat. Tidak di mahsyar, di Kolam nabi dan juga di Syurga. Arah kefahaman mereka adalah menjurus kepada mengesahkan pegangan mereka bahawa sahabat2 besar nabi telah murtad semuanya. 
Aku tertarik dengan hujjah-hujjah balas yang dikemukakan oleh "geng Sunni" terhadap Syiah Mu'tadil itu. Disoalkan kepadanya, jika maksud sahabat tersebut adalah Abu Bakar, Umar, Othman, Abd Rahman bin Auf daln lain-lain, maka dengan hujjah apa pula Ali, Fatimah dan lain-lain sahabat yang diiktiraf Syiah dikeluarkan? Persoalan ini membuatkan Syiah Mu'tadil tak terjawab.

Satu hal lagi, tanpa sedar, hadis yang cuba dijadikan hujah kemurtadan sahabat besar seperti Abu bakar, Umar dan selain keduanya itu, sebenarnya mengesahkan keimanan Umar. Jawapan Ummu Salamah dalam hadis yang menafikan keterlibatan Umar dalam sahabat yang bakal tidka bertemu nabi, mengesahkan umar bukan sahabat yang dimaksudkan. Syiah pada mulanya berhujjah bahawa kebimbangan Umar itu menunjukkan dia bukan "Al-Mubassyirin bil Jannah". Hadis Mubayyirin adalah bohong dan rekayasa ulama ahli Sunnah. Itulah dakwa Syiah.

Kalau kebimbangan Umar dijadikan alasan bahawa Umar bukan sahabat yang selamat daripada kesudahan fatal itu, maka ada riwayat yang menyebutkan Ali bin Abi talib sendiri menasihat anaknya Hasan:

قال علي رضي الله عنه في وصيته لابنه الحسن: يا بني أوصيك بتقوى الله في الغيب والشهادة، وأوصيك بكلمة الحق في الرضا والقصد، وأوصيك بالعدل في الصديق والعدو، وأوصيك في العمل بالنشاط وال**ل، وأوصيك بالرضا عن الله في الشدة والرخاء يا بني ما شر بعده الجنة بشر ولا خير بعده النار بخير وكل نعيم دون الجنة محقور وكل بلاء دون النار عافية 

Ali R.a mewasiatkan kepada anaknya hasan: Wahai anakku, aku wasiatkan kamu agar bertakwa kepada Allah dalam keadaan ghaib maupun nyata...( Seterusnya)

Wasiat seperti ini tidak diucapkan jika Ali tahu bahawa dia maksum dan keturunannya maksum sebagaimana yang menjadi iman orang Syiah.  Maka apa bezanya kebimbangan Ali dengan kebimbangan Umar?

Lalu disebutkan satu perumpamaan tentang orang Syiah ini. Umar Mukhtar, pembahas utama dalam isu ini menyebutkan:


الرافضي دائما مثل الذباب ينزل على القذارة 

'Seorang Rafidha itu seumpama lalat yang sentiasa hinggap di atas benda yang kotor"


Terdapat beratus dalil dari Quran dan Hadis yang memuji sahabat. Mereka tentap mencari dalil-dalil yang boleh dimanipulasi untuk memburukkan sahabat.

Itulah Syiah!



November 5, 2017

JAGA LIDAH JANGAN MENCELA ORANG

Memanggil seseorang muslim yang lain dengan panggilah :woi keldai!, ya anjing, hei monyet dan lain-lain binatang yang hina, menurut Jumhur ulama Malikiah, Syafi'iyyah dan Hanabalah serta ulama mutaakhir Hanafiyyah, hendaklah dihukum ta'zir.


Jika untuk orang yang zalim dan derhaka kepada Allah, maka tidak menjadi masalah. Rasulullah pernah menyeru kaum Yahudi Bani Quraizoh dengan bersabda: Wahai saudara kera dan babi!...


Dalam hadis disebutkan:


سباب المسلم فسوق وقتاله كفر


" Mencela satu orang muslim adalah fasiq dan membunuhnya adalah kufur".


As-Son'ani ketika menguraikan hadis di atas menyatakan bahawa mencela orang kafir yang tidak dipelihara kehormatannya adalah diharuskan. Mereka adalah kafir yang bukan zimmi atau ma'ahad, iaitu Harbi.


Pendek kata Islam melarang penganutnya daripada mengungkapkan kata-kata yang mengandungi unsur mencela.


October 25, 2017

APAKAH BENAR KAUM BANI ISRAIL MENYAHUT PERINTAH NABI MUSA-BUNUHLAH DIRI KALIAN!


Riwayat-riwayat menerusi kitab Tafsir menyatakan bahawa kaum Bani Israil yang menyembah lembu telah melakukan pembunuhan Massal sebagai hukuman dan taubat atas dosa menyembah anak lembu. Nabi Musa memerintahkan mereka agar bunuh diri mereka dengan erti kata bunuhlah satu sama lain. Dalam tafsir dinyatakan bahawa Allah menjadikan awan gelap menutupi mereka dan mereka saling tikam menikam sesama mereka sehingga matilah sejumlah 70 ribu di kalangan Bani Israil. Lalu yang mati itu dikira syahid dan yang terselamat diampunkan dosa.

Dari situ disimpulkan bahawa taubat Bani Israil sangat berat sedang taubat Ummat Muhammad SAW tidak sedemikian.

Pendapat kebanyakan para mufassirin ini dikritik oleh Dr. Ahmad As-Sawi sambil menyifatkan ia sebagai rekaan Israiliyyat yang meracuni kitab-kitab tafsir. Beliau menyatakan beberapa hujjah:
1) Kalau benar terjadi pembunuhan untuk taubat itu, sudah tentu disebut secara jelas dengan sebuatan pujian oleh Allah ke atas Bani Israil
2) Nabi Musa pernah memerintahkan kaumnya sembelih lembu untuk cari pembunuh tetapi surahan itu dipersoalkan. Masakan perintah bunuh diri tidak dipersoalkan. Bukankah itu adalah tabiat kaum Bani Israil.
3) Kaum Bani Israil adalah kaum yang sangat sayangkan kehidupan mereka.
4) Ayat-ayat menceritakan tragedi itu, bermula dosa menyembah patung lembu disusuli dengan arahan bunuh diri oleh nabi Musa, diselitkan peringatan bahawa Allah maafkan mereka dan terima taubat mereka. Jika hukuman bunuh berlaku, ia bukanlah nikmat yang perlu dikenang oleh kaum Bani Israil.

Demikianlah antara kritikan yang dinyatakan oleh Dr. Ahmad As- Sawi terhadap peristiwa tersebut. Kritikan ini, walaupun menyimpang pagangan para ulama salafussoleh, ia tidaklah menjadi satu kesalahan dan tidak menjejaskan akidah.

Ummat Islam perlu belajar menerima pandangan walaupun pandangan itu menyisih pandangan mainstream. Ia akan menyuburkan budaya ilmu dan pemikiran kritis di kalangan ummat Islam.

April 3, 2017

Kitab Ar-raddu alal jahmiyyah waz zanadiqoh




Perkataan yang menafikan sifat "uluw" Allah dan mengatakan Allah berada di semua tempat adalah perkataan kaum Jahmiyyah. Imam Ahmad bin Hambal telah mengarang sebuah kitab bertajuk  "Ar-raddu alal jahmiyyah waz zanadiqoh" menjawab perkataan-perkataan sesat mereka. Beliau menulis dengan gaya bahasa "jika berkata kaum jahmiyyah itu" lalu beliau memberi jawapannya " dikatakan kepada mereka".

Imam Ahmad menulis bagaimana mahu menguji akal orang jahmiyyah dengan beberapa bentuk soalan kepada mereka.

Tanya kepada mereka: Apakah Allah telah ada sebelum itu sesuatu itu ada? 

Mereka akan jawab :ya
 

Ada 3 kemungkinan bagi jawapan "ya"  itu. Tidak boleh lari , mesti terima salah satu.

1) Jika mereka mengatakan Allah telah menciptakan makhluk dalam dirinya, kata-kata itu kufur kerana ia bermakna Allah menciptakan Jin, Manusia dan Syaitan dalam dirinya.

2) Jika mereka katakan bahawa Allah menciptakan makhluk di luar dirinya, lalu Allah masuk ke dalam makhluk itu, kata-kata sebegini juga kufur. Mana mungkin Allah masuk  ke dalam tempat keji dan kotor.

3) Jika mereka mengatakan Allah menciptakan makhluk di luar dirinya dan Dia tidak pernah masuk ke dalam makhluk itu, inilah perkataan yang benar. Perkataan inilah yang ditegaskan oleh Ahli Sunnah yang mengatakan Allah bersifat dengan Uluww. Allah Di atas Arasy sebagaimana Dia mensifati dirinya.

Allah tidak boleh dikatakan maujud fi kulli makan sebagaimana dakwaan kaum Jahmiyyah.


Catatan Tambahan: 
Ada kalangan yang mendakwa bahawa kitab ini bukan tulisan Imam Ahmad bin Hambal. Namun, ramai ulama menisbahkannya kepada Imam Ahmad bin Hambal. Cuma Az-Zahabi menyatakan keraguannya tentang nisbah kitab ini kepada Imam Ahmad bin Hambal.

June 27, 2015

Kembali Ke Meja Rundingan.

Menulis oleh Ibn Qayyim dalam Zadul Ma'ad (3/304):

يجوز ابتداء الإمام بطلب صلح العدو إذا رأى المصلحة للمسلمين فيه ، ولا يتوقف ذلك على أن يكون ابتداء الطلب منهم


" Harus pemimpin Islam mengusulkan perdamaian dengan musuh apabila beliau melihat pada perdamaian itu ada kemaslahatan buat kaum kaum Muslimin. Memulakan usul damai tidak semestinya dari pihak musuh sahaja".

Kalangan pemimpin Islam kekadang dibayangi keegoan dengan sangkaan menjaga izzah Islam, lalu enggan mengalah kepada musuh. Dia beranggapan bahawa meminta perdamaian dengan musuh itu akan menjatuhkan darjat Islam padahal perdamaian itu baik untuk kaum muslimin. Pada saat dilihat perdamaian itu baik, maka keegoan perlu disingkirkan. Mulakan usaha untuk kembali berdamai dalam ertikata bertahalluf. Jika ini gagal dilakukan, maka mudarat besar menanti kaum muslimin lebih besar daripada mudarat menghilangkan izzah islam yang didakwakan.

Nabi SAW telah menyebutkan dalam sebuah hadis peristiwa akhir zaman (yang diriwayatkan oleh Abu Daud) :

سَتُصَالِحُونَ الرُّومَ صُلْحًا آمِنًا

" Nanti kamu akan minta damai dengan Rom (pent-Kuasa Barat) melalui satu perjanjian damai yang memberikan keamanan".

Dalam hadis ini, dinyatakan bahawa pada akhir zaman, ketika berlaku siri-siri peperangan, ummat Islam akan mencari dokongan daripada kaum kafir dengan mengajar berdamai. Ajakan tersebut datang daripada pihak Islam dahulu dan bukan dari pihak kafir. Ini membuktikan bahawa tidak menjadi kesalahan kalau pemimpin Islam memulakan inisiatif damai sekalipun keegoan mentafsirkannya sebagai menjatuhkan izzah Islam.

Berta'amul dengan Nas: Hujjatun 'alaina wala lana

Kerap kali, bila kita bacakan Quran dan Hadis, kita bacakan ke atas orang lain, bukan ke atas diri sendiri. Dengan kata lain, sepatutnya Al-Quran itu hujjah ke atas kita dan bukan hujjah buat kita, tidak dipraktiskan. Inilah kesilapan yang membaluti kita sedangkan kita tidak sedar.

Bila kita baca Hadis dan ayat Al-Quran yang cerita tentang keutamaan menyertai Jamaah Islam, maka kita pun kata Jamaah kitalah yang dimaksudkan itu. Bila kita baca pula Hadis atau Ayat Quran memberi amaran tentang keciciran dalam perjuangan Islam, kita pun anggap merekalah yang telah tercicir dan kita pula orang istiqamah.


Bila kita baca tentang firqah najiah, kita kata kitalah kelompok itu.
Bila kita baca tentang orang yang celaka dan binasa, kita kata mereka sebelah sanalah yang celaka dan binasa.

Allah larang daripada mencintai dunia dan karam di dalamnya. Kita pun kata "geng" sebelah sana memang cinta dunia dan karam di dalamnya. Mereka menguasai projek dan mahligai dalam negara. Mereka naik kereta mewah dan dapat pendapatan besar.

Kemudian, jika kita mendapat peluang seperti mereka untuk merangkul dunia, kita kata pulak apa yang kita dapat itu adalah nikmat Allah untuk menguji kita bersyukur atau tidak. Rumah kita yang besar adalah masjid untuk lestarkani perjuangan. Kereta mewah kita pula adalah kuda yang diribat untuk fi Sabilillah.

Inilah bentuk sikap membacakan sabda dan Firman untuk orang lain dan dibacakan pula demi diri sendiri. Perbuatan seperti ini tentulah dibenci oleh Allah. Para salafus soleh terdahulu, bila mereka baca ayat amaran, mereka rasakan bahawa Allah sedang beri amaran kepada mereka, miski ayat itu menceritakan perihal ummat terdahulu atau musuh-musuh Islam semasa.

Marilah kita cuba menghayati falsafah ini. Bahawa Al-Quran, kita bacakan ke atas diri. Sebagai hujjah ke atas pundak kita dan bukan hujjah ke atas tengkuk orang lain.

February 12, 2015

Balasan Allah bukan libasan sang bedal.

Ketika orang dizalimi, anda atau sesiapa sahaja, maka didoakan kepada Tuhan agar si penzalim diberi balasan. Menunggu balasan, tak kunjung datang. Si penzalim terus sahaja bermaharaja lela dan mencakar kezalimanan di dada dunia. Lalu timbul pertanyaan, bilakah balasan Allah akan datang menamparnya?

Mangsa akan mengharapkan agar si penzalim yang menzaliminya akan tersungkur dalam hayat dunia. Namun, ada sampai matinya si penzalim, balasan yang diharap tak kunjung tiba. Lantas, mangsa berkata dengan pasrah...

" Balasan menantinya di mahkamah Allah!".

Sedangkan Allah itu maha adil. Adil dalam kehidupan dunia dan terlebih adil lagi dalam kehidupan akhirat. Allah pasti membalas kezaliman para penzalim di dunia. Namun, balasan yang Allah timpakan atasnya tidaklah selamanya seperti yang diharapkan oleh mangsa kezaliman.Allah punya balasan seni yang tidak disedari oleh manusia yang lemah jangkauan fahamnya.

Lihatlah mereka yang sombong dengan kezaliman mereka. Mereka tidak ditimpa masibah yang dapat kita buktikan sebagai balasan Tuhan atas mereka. Sampai mati, mereka masih menyerigai dengan taring-taring berdarah mereka.

Sebenarnya, Allah telah pun menimpakan balasan ke atasnya. Sebesar-besar azab Allah ialah bila Allah mempatrikan hati mereka sehingga mereka tidak ingin bertaubat dengan kembali ke jalan yang di perintah Tuhan. Mereka berterusan membuat fitnah, adu domba dan menindas manusia. Itulah balasan Allah yang sangat dahsyat buat mereka. Mereka tidak menemui jalan kembali. Mereka sesat dan penasaran sehingga ke batasan terakhir yang menghumban mereka keluar dari hayat duniawi. Mereka meluncur jatuh ke alam selepas mati dalam keadaan memikul dosa sebesar-besarnya tanpa sempat bertaubat. Hati mereka dimatikan sehingga tidak punya hasrat untuk membersihkan diri sebelum hayat dunia berakhir.

Itulah balasan Allah dan itulah balasan yang lebih hebat dari apa yang kita impikan. Kita impikan balasan lahiriah sedangkan balasan maknawiah itu lebih berat tanggungannya buat sang penzalim.



September 7, 2014

Sodaqallahul 'azim

Menjadi kebiasaan apabila selesai membaca Al-Quran, kita menyebutkan kalimah "Sodaqallhul 'Azim". Mengungkap kalimah tersebut tidak menjadi kesalahan apa-apa kerana memanglah Allah itu maha benar. Kita baca kalamNya dan kita mengakui kebenarannya. lalu, menyebutkan kalimah "Sodaqallahul 'azim".

Namun, perlu diketahui bahawa perkataan tersebut tidak warid dalam sunnah. Maka, mengatakannya bukanlah satu sunnah. Jika kita menganggapnya sunat dan melaziminya setiap kali selesai membaca Al-Quran dengan anggapan itu, itulah yang menyebabkan ia disifatkan bid'ah oleh sebahagian tokoh ulama masa kini.

Bukankah bid'ah itu antara cirinya ialah mewajibkan yang tidak wajib dan mensunnatkan yang tidka sunnat. Termasuk juga bid'ah ialah mengharamkan yang halal, atau menghalalkan yang haram. Mengubah hukum Allah SWT adalah sifat bid'ah.

Sesuatu itu dikatakan sunat jika ia datang melalui petunjuk Rasul. Sekadar membacanya dan tidak menggapnya sunnat, ia bukan bid'ah. Sebutlah perkataan tersebut bila selesai baca Quran dan untuk membuktikan kita faham kedudukannya dalam Islam, sebutlah perkataan lain yang bernada sama. Tidak semestinya kalimah tersebut. Juga, kekadang tinggalkan menyebutnya.

Sementara menyebut "sodaqallahul 'aliyyul 'azim" adalah tambahan yang dibuat oleh golongan Rafidhah untuk menyembunyikan ketaksuban mereka kepada Ali. Mereka bertaqiah menyebut Al-'Aliyyu yang merupakan nama Allah yang agung, tetapi mereka menyasarkan maknanya kepada Ali bin Abi talib yang mereka kultuskan. Justeru, jangan meniru kalam Syiah. Sekaliupun perkataan itu baik, jika sudah menjadi syiar Rafidhah, maka perlu kita jauhkan.

November 1, 2012

HIKMAH ANUGERAH ALLAH

Allah berikan kepada Luqman hikmah. Dalam hadis marfu' yang diriwayatkan oleh Ibn Mas'ud menyebutkan bagaimana Luqman telah diberi pilihan antara kenabian dan hikmah, maka dipilihnya hikmah. Ini kerana kenabian akan datang bersamanya bala dan ujian sedangkan hikmah tidak. Kenabian bermakna menjadi khalifah yang merangkap sebagai pemimpin yang memutuskan hukum dan menegakkan keadilan. Ini tentu menuntut banyak pengorbanan. Maka, dikenalilah Luqman itu sebagai ahli bijaksana.

Sebagaimana kenabian, hikmah juga anugerah Allah SWT. Allah berikan hikmah kepada sesiapa yang dikehendakinya. Maka, tidka hairanlah kala kekadang kita lihat ada nelayan, gembala dan orang miskin yang punya hikmah melebihi ali ulama. Hikmah bukan dipelajari dan bukan pula diwarisi.

Lihat video khutbah Jumuat yang disampaikan oleh Almarhum Syeikh Yasin Rushdi membicarakan tentang hikmah Luqman Al-Hakim.


January 31, 2012

Kamu adalah dari kalangan yang pertama!

 وَالَّذِينَ هَاجَرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ ثُمَّ قُتِلُوا أَوْ مَاتُوا لَيَرْزُقَنَّهُمُ اللَّهُ رِزْقًا حَسَنًا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ 

Dan orang-orang yang berhijrah di jalan Allah, Kemudian mereka di bunuh atau mati, benar-benar Allah akan memberikan kepada mereka rezki yang baik (surga). dan Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pemberi rezki.
( Surah Al-Hajj: Ayat 58)
ومن يخرج من بيته مهاجرا إلى الله ورسوله ثم يدركه الموت فقد وقع أجره على الله

 
Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi Ini tempat hijrah yang luas dan rezki yang banyak. barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, Kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), Maka sungguh Telah tetap pahalanya di sisi Allah. dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Surah An-Nisak: Ayat 100)

Menjadi kebiasaan Rasulullah SAW mengunjungi masjid Quba dan menunaikan solat di sana. Satu ketika, dalam ziarah baginda ke sana, baginda singgah di rumah Ummu Haram binti Milham. Beliau adalah seorang wanita ansar yang antara terawal masuk Islam. Nama sebenarnya adalah Ummu Haram binti Malhan bin Khalid bin Zaid bin Haram bin Jundub bin Amir bin Ghanam bin Adi bin Najar al-Anshariyah an-Najariyah al-Madiniyah.

Beliau adalah saudari Ummu Sulaim, iaitu ibu saudara  dari Anas bin Malik pembantu Rasulullah saw. Beliau adalah istri dari sahabat yang agung yang bernama Ubadah bin Shamit. Kedua saudaranya adalah Sulaim dan Haram yang keduanya menyertai perang Badar dan Uhud dan kedua-duanya syahid pada perang Bi’ir Ma’unah. Adapun Haram adalah seorang pejuang yang tatkala ditikam dari belakang beliau mengatakan, “Aku telah berjaya demi Rabb Ka’bah.”
Rasulullah telah tidur siang (mungkin qailulah) di rumah Ummu Haram. Ketika baginda tersedar daripada tidurnya, baginda ketawa. Ummu Haram kehairanan dan bertanya. Lalu, baginda bersabda:
نَاسٌ مِنْ أُمَّتِى عُرِ ضُوْا عَلَيَّ غَزَا ةِّفِى سَبِيْلِ الله ِ,يَرْكَبُوْنَ ثَجَّ هَذَا الْبَحْرِ مُلُوْكًا عَلَى اْلأُ سْرةِ أَوْمِثْلَ الْمُلُوْكِ عَلَى اْلأُ سْرَةِ

‘Sekelompok manusia dari umatku diperlihatkan kepadaku, mereka berperang di jalan Allah dengan berlayar di lautan sebagaimana raja-raja di atas pasukannya atau laksana para raja yang memimpin pasukannya.’

Lantas, Ummu Haram minta agar Rasulullah mendoakan agar dia dari kalangan mereka. Permintaannya dikabulkan oleh Rasulullah.

Seterusnya Rasulullah SAW menyambung tidurnya sehingga kemudian baginda tersedar semula dan baginda ketawa lagi.  Ummu Haram bertanya mengenai apa pula ketawa Rasulullah SAW itu. Baginda pun bersabda:


نَا سٌ مِنْ أُمَّتِي عُرِ ضُوا عَلَيَّ غُزَا ةًفِي سَبِيلِ الله ِمِءْلُ الْمُلُوكِ عَلَى اْلأْ سْرَ ةِ

‘Sekelompok manusia dari umatku diperlihatkan kepadaku tatkala berperang di jalan Allah laksana raja bagi pasukannya.’

Ummu Haram sekali lagi memohon Rasulullah SAW agar mendoakan dia dari kalangan mereka. Namun Rasulullah menjawab dengan sabdanya:

أنت من الأولين
" Kamu dari kelompok yang pertama"


Pada tahun 27 Hijriyyah, semasa pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan, Mu'wiyah binti Abi Sufyan yang merupakan gabenor di Syam telah membentuk armada laut di perairan meditrenean. Dengan armada laiut tersebut, serangan telah dilakukan ke atas pulau Cyprus. Ummu Haram telah ikut serta dalam peperangan tersebut. Tentera Islam telah berjaya menewaskan tentera Romawi dalam peperangan itu. Ketika Ummu Haram turun dari kapal dan menaiki kuda tunggangannya, dia telah terjatuh dan meninggal kerananya. 

Kini, kubur Ummu Haram masih terdapat di persisiran pantai Cyprus. Orang di sana mengenalinya sebagai kubur seorang wanita solehah.

CARI KANDUNGAN BLOG