Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

June 13, 2016

Tazkirah Taraweh-Menghidupkan Malam Ramadhan

13 Jun 2016 (7 Ramadhan 1473)
Masjid Nurus Saadah.
(18 Minit)

Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ قامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

" Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh iman dan memburu pahala daripada Allah, diampunkan baginya dosa-dosa yang lepas".(Muttafaq alaih)

Mendirikan Ramadhan adalah bermaksud solat taraweh. Ini dinyatakan lebih lanjut dalam sebuah hadis yang lain iaitu:

من قام مع الإمام حتى ينصرف كُتب له قيام ليلة

Sesiapa yang mendirikan taraweh bersama imam sehingga selesai, dituliskan baginya pahala qiamullail sepanjang malam. (Hadis riwayat An-Nasai, Abu Daud dan At-Tirmizi dan dinyatakan Saheh oleh Albani)

Dalam hadis mengenai solat bersama imam hingga selesai itu, asbabul wurudnya merujuk kepada pengalaman sahabat solat taraweh di zaman nabi SAW. Ada sahabat yang bertanya mengenai bolehkah kalau mereka mahu solat nafilah lagi sesudah solat taraweh yang mereka lakukan bersama nabi SAW itu. Maka nabi pun menuturkan sabdanya tersebut.

Ramai yang solat taraweh tidak dapat ganjaran qiamullail sepanjang malam kerana tidak menghabiskannya bersama imam. Adakalanya kerana imam buat 20 rakaat sedangkan ramai makmum hanya buat 8 rakaat. Bahkan yang buat 20 bersama imam pun meninggalkan witir bersama imam, "Bersurai"nya imam dalam hadis membawa maksud sehingga witir. Maka meninggalkan witir juga dikira sebagai tidak "insiraf" bersama imam.

Oleh kerana itu, saya suka kalau masjid buat 8 rakaat dengan tazkirah. Ini memberi peluang ramai orang mendapat pahala Qiamullail sepanjang malam berdasarkan hadis. Kita dianggap orang berihsan jika memberikan ruang kepada seramai mungkin ornag mendapat rahmat Allah. Dalam kondisi kecenderungan orang bertaraweh hari ini yang hanya mahu buat 8 rakaat , maka adalah baik jika masjid -masjid bersikap anjal demi mencakupkan lebih ramai orang dalam keberhasilan pahala qiamullail sepanjang malam. Buat 8 dan tambahkan dengan witir menjadikannya 11 rakaat. Ia juga tsabit dalam sunnah sebagaimana disebutkan sebuah hadis riwayat A'ishah mengenai solat malam nabi SAW.

Seterusnya, jika tidak dapat juga pahala qiamullail sepanjang malam melalui solat taraweh bersama imam kerana faktor imam buat 20 sedangkan makmun hanya sekadar 11 rakaat, atau meninggalkan witir bersama imam, maka ada peluang lain untuk meraihnya. Dalam hadis riwayat Muslim, dinyatakan:

عن عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ

" Daripada Uthman bin Affan katanya, aku dengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang solat Insya berjemaah, maka seolah-olah dia qiamullail separuh malam, dan sesiapa yang solat Subuh berjemaah, maka seolah-oleh dia solat sepanjang malam".

Maka rahmat Allah itu luas. Pintu kebaikan bukan satu. Jika terlepas satu, ada pintu lain menanti. Beruntungnya jadi ummat Muhammad SAW. Kelebihan seperti ini tidak ada pada ummat yang terdahulu.

Apa yang penting, hendaklah kita beramal mengikut petunjuk nabi SAW. Jangan beramal ikat kemahuan "puas hati" sendiri. Ikut petunjuk nabi, amal sedikit ganjarannya lumayan.

August 11, 2010

JADUAL BERTUGAS


JADUAL BERTUGAS
IMAM SOLAT TARAWEH DAN TAZKIRAH
SURAU AL-FAJAR, SANDAKAN
TAHUN 1431/2010



TARIKH
IMAM
BILAL
TAZKIRAH
TEMA TAZKIRAH
1 RAMADHAN
10 OGOS
TN ROSLAN TUAN MUDA
EN. MUDA AJAK
TAZKIRAH RAMADHAN DISAMPAIKAN OLEH IMAM YANG BERTUGAS

JIKA IMAM KEBERATAN MENYAMPAIKAN TAZKIRAH, HENDAKLAH DICARI PENGGANTINYA

MASA  TAZKIRAH  ANDALAH ANTARA 10-15 MINIT SAHAJA

WAKTUNYA ADALAH SETELAH 4 RAKAAT SOLAT TARAWEH

TAZKIRAH SEPATUTNYA BERKISAR TEMA YANG DISENARAIKAN


Ramadhan bulan mentarbiah diri
2 RAMADHAN
11 OGOS
KAMARUDDIN WAHAB
SURADI MAT ARIF
Beberapa isu berkaitan Puasa Ramadhan.
3 RAMADHAN
12 OGOS
WAN HELMI WAN ABD HAMID
HUSSEIN MUIN
Beberapa hukum berkaitan Puasa
4 RAMADHAN
13 OGOS
MAT ISA SAUD
ANUAR TABALUN
Nasihat mengenai solat sempurna
5 RAMADHAN
14 OGOS
YAZIT  MD JAIS
SAMIT ABD SANI
Inna solati wanusuki…
6 RAMADHAN
15 OGOS
SUKRI BIN MAT
MOMOH BIN SIDUM
Gandaan amal: Seruan infaq harta
7 RAMADHAN
16 OGOS
AHMAD SYAHRAN IBRAHIM
HJ. AWANG MAHALI
Dakwah tugas semua
8 RAMADHAN
17 OGOS
HUSAINI BIN MOHAMMAD
HJ AYUNG HASSAN
Sifat-sifat mazmumah
9 RAMADHAN
18 OGOS
AGUS SALIM
EN. MUDA AJAK
Sifat-sifat Mahmudah
10 RAMADHAN
19 OGOS
M. SABRI YUNUS
SURADI MAT ARIF
Sunnah dalam kehidupan
11 RAMADHAN
20 OGOS
1.FADIL HARUN
2.MOHD AZLI ABDULLAH
SAMIT ABD SANI
Tokoh:(Sahabat Rasulullah)
12 RAMADHAN
21 OGOS
FADHIL ALIAS
ANUAR TABALUN
Buah iman adalah amal
13 RAMADHAN
22 OGOS
AHMAD SIDQI DANIAL
HJ. JAAFAR SAHARULLAH
Kesempurnaan akhlak nabi
14 RAMADHAN
23 OGOS
NAZRI   JUSOH
MOMOH BIN SIDUM
Tokoh:(Tabi’in)
15 RAMADHAN
24 OGOS
RAHIM JUSUH
HJ. AWANG MAHALI
Hadis: Akhir zaman
16 RAMADHAN
25 OGOS
RASHID  SALEH
HJ AYUNG HASSAN
Sifat-sifat Syurga
17 RAMADHAN
26 OGOS
MOHD ZAWARI MOHAMAD
EN. MUDA AJAK
Nuzul Al-Quran
18 RAMADHAN
27 OGOS
KAMARUDIN RAMLI
SURADI MAT ARIF
Sifat-sifat Neraka
19 RAMADHAN
28 OGOS
FAZLI AZIZUDDIN
SAMIT ABD SANI
Alam kubur
20 RAMADHAN
29 OGOS
SYAMSUL RIZAL ZULFATMI
ANUAR TABALUN
Menghidupkan 10 Akhir
21 RAMADHAN
30 OGOS
BUNYAMIN  BAKRI
HJ. JAAFAR SAHARULLAH
Tahajjud dan Qiamullail
22 RAMADHAN
31 OGOS
TN. ROSLAN BIN TN. MUDA
MOMOH BIN SIDUM
Tanda-tanda Lailatul Qadar
23 RAMADHAN
01 SEPT
WAN HELMI WAN ABD HAMID
HJ. AWANG MAHALI
Hubungan kejiranan dalam Islam
24 RAMADHAN
02 SEPT
YAZIT MAT JAIS
HJ AYUNG HASSAN
Taqwa: Apakah kita memilikinya?
25 RAMADHAN
03 OGOS
MAT ISA SAUD
EN. MUDA AJAK
Kewajipan Zakat Fitrah
26 RAMADHAN
04  SEPT
KAMARUDDIN  WAHAB
SURADI MAT ARIF
Hari raya dan pesiapannya
27 RAMADHAN
05 SEPT
SUKRI MAT
SAMIT ABD SANI
ANUAR TABALUN
Sesudah Ramadhan-ke mana?

28 RAMADHAN
06 SEPT
HUSAINI BIN MOHAMMAD
HJ. JAAFAR SAHARULLAH
Mendidik isteri permata syurga
29 RAMADHAN
07 SEPT
AHMAD SYAHRAN IBRAHIM
MOMOH BIN SIDUM
Cinta Allah ikut Nabi
30 RAMADHAN
08 SEPT
Malam Aidil Fitri -Takbir

PERHATIAN:

1.     Jadual bertugas solat taraweh ini di susun bagi tujuan kelancaran program Qiam Ramadhan. Oleh itu imam dan bilal yang terlibat  hendaklah melaksanakan amanah yang diberikan dengan penuh tanggungjawab.

2.     Tugas-tugas yang disenaraikan merangkumi solat fardhu Insya dan juga taraweh serta witir.

3.     Imam dan bilal hendaklah datang awal ke surau pada malam bertugas dan terus mengambil tempat iamam dan bilal.

4.     Senarai tema tazkirah Ramadhan yang diberikan adalah sebuah cadangan agar penyampaian muzakkir tidak berlaku pengulangan keterluan. Muzakkir boleh memilih tema lain yang dikehendakinya.

5.     Jika imam berhalangan dengan sebab sesuatu keuzuran sila maklumkan kepada penyelaras jadual secepat mungkin.



Penyelaras:  Ust Kamaruddin Wahab (Ketua Biro Dakwah)            : 019 8409708  
                       Ust Tuan Roslan Tn Muda (Ketua Biro Kebajikan )      : 019 2083126

CARI KANDUNGAN BLOG