Showing posts with label Makluman. Show all posts
Showing posts with label Makluman. Show all posts

February 19, 2019

HADHIR DAN NAZHIR

Hadir dan Nazir maksudnya berada di sesuatu tempat dan menyaksikan sesuatu peristiwa. Dua kalimah ini merujuk kepada apa yang dipercayai oleh satu golongan sufi yang dinamakan Brelwi. Kumpulan ini muncul di India dan pengasasnya bernama Ahmad Ridho Khan Taqi Ali Khan. Dengan kepercayaan seperti ini, golongan Brelwi meyakini bahawa nabi SAW hadir dalam majlis-majlis yang diadakan di pelbagai tempat. majlis tersebut samada, majlis maulid, qosidah, pengajian atau sebagainya. Rasululullah juga didakwa menyaksikan peristiwa-peristiwa yang berlaku di seluruh alam. Bersama dengan kepercayaan ini, golongan Brelwi mempercayai ketinggian kedudukan nabi SAW sehingga sampai ke peringkat memiliki sifat-sifat Lahut.

Sudah tentu kepercayaan ini janggal. Tetapi ia menjadi panitan mereka dan tidka kurang juga di rantau alam Melayu kita ini yang terpengaruh. Itu sebab kenapa munculnya acara berdiri semasa solawat. Tahukah anda kenapa orang yang buat majlis marhaban itu berdiri? Ia bukan amalan yang tidak ada asal muasalnya. Asalnya kerana percaya nabi hadir.

Tanpa sedar, kepercayaan tantang hadir dan Nazir ini menyerap masuk dalam amalan agama kita. 

Waspadalah!


March 24, 2014

CUTI SEKOLAH: DAURAH DITANGGUHKAN

Daurah minggu ini ditunda sempena cuti sekolah. In Sya Allah, minggu hadapan daurah 523 akan disambung semula.

January 6, 2014

DAURAH KEMBALI UNTUK TAHUN 2014

Daurah Al-Quran bagi  Siri 493 akan disambung pada malam ini. Insya Allah. 

Setelah hampir dua bulan Daurah berhenti rehat berikutan cuti persekolahan, kini slot perbincangan isi kandungan Al-Quran yang mensasarkan komunikasi ilmu pelbagai hala ini akan disambung kembali.Diharapkan para ahli Daurah Al-Quran boleh mempersiapkan kembali minda dan hati untuk sama-sama menggali isi kandungan Al-Quran. Tahun 2014 ini merupakan tahun-tahun yang kian mendekati pengakhiran.

October 30, 2013

DAURAH DIBATALKAN MALAM INI

Moderator Daurah tidak sihat. Daurah siri 489 yang dijadualkan malam ini dibatalkan. Bertemu semua pada minggu hadapan, Insya Allah.


June 3, 2013

Penangguhan Daurah

Sempenan cuti sekolah selama dua minggu, daurah ditanguhkan. Selamat bercuti. Daurah berikutnya adalah untuk siri ke 457 pada 10hb Jun 2013, Insya Allah!

February 14, 2013

WANG LEBIHAN QURBAN

Pada 7 Januari 2013, sejumlah RM5657.00 telah dimasukkan ke akaun Maybank atas nama Surau Al-Fajr. Jumlah tersebut adalah lebihan wang program korban bagi dua tahun ia dilaksanakan iaitu tahun 2011 dan 2012. Sebelum ini, wang tersebut disimpan oleh bendahari program sebagai dana backup program korban bagi setiap tahun. Keputusan memasukkan wang lebihan tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat khas Pra Mesyuarat Agung Masjid Al-Fajr yang dipengerusikan oleh Tn. Hj. Ayong Hasan dan dihadiri oleh beberapa AJK.


January 14, 2013

DAURAH TAHUN 2013 BERMULA

Pada malam ini, daurah bagi tahun 2013 disambung semula. Setelah bercuti selama 66 hari (mengikut hitungan Mas Suradi), maka daurah pada malam ini membawa peserta menelaah muka surat ke 417 surah As-Sajdah.  Alhamdulillah, sungguhpun keadaan banyak berubah lewat terakhir ini, Allah masih menetapkan hati kita semua untuk bersama-sama dalam daurah Al-Quran. Mudah-mudahan semuanya akan berjalan lancar dan menemui matlamatnya.

November 9, 2012

BERAKHIRNYA DAURAH TAHUN 2012

Dengan berakhirnya Daurah Siri ke 416 semalam, maka berakhirlah Daurah Al-Quran bagi tahun 2012.  Daurah Al-Quran bagi tahun 2012 telah berlangsung dari Siri 335  sehinggalah siri 416. Segala perbincangan dan persoalan-persoalan yang dibahaskan, harap dapat dimanfaatkan. Sehingga bertemu lagi dalam Daurah Sesi 2013 dan akan bermula pada siri 417. Insya Allah!





November 7, 2012

DAURAH DIBATALKAN

Daurah siri ke 416 yang sepatutnya pada malam ini dibatalkan kerana moderator ada program lain iaitu ceramah di Taman Jalil Alip untuk program Kemanisan Iman anjuran UPI Sandakan.

Insya Allah satu sesi daurah penutup akan diadakan di mana ia merupakan penamat bagi sesi tahun 2012.
 
Catatan:
 
Pihak UPI (Unit Pendidikan Islam), PPD mengadakan satu program pemantapan akidah yang dinamakan Kem Kemanisan Iman melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah di Sandakan. Saya dijemput oleh Ust Sarudin Andang untuk menyampaikan satu slot bertajuk : Akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Menerima jemputan tersebut, saya ajak Ust Mohd Shahran menemaniku. Sementelahan tem[at program itu di Jalil Alip. Malam hari, jalan ke sana gelap dan sunyi. Kalau ada teman, dapat juga dibualkan sepanjang perjalanan. Lebih-lebih lagi ust Mohd Syahran ada sesuatu hajat dengan saya.

Saya menyampaikan isu akidah dengan menekankan prinsip akidah salafus soleh sebagai model akidah selamat.  Beberapa kefahaman moden juga diperingatkan bahayyanya terutama kefahaman syiah yang menular dalam masyarakat. Fahaman-fahaman baru yang dianut sesetengah anggota masyarakat juga disimpulkan sebagai terkeluar dari akidah ahlis sunnah wal jamaah seperti pluralisme, liberalisme, sekularisme dan pelbagai isme moden yang mengancam.
 
Semoga generasi baru yang lahir punya akidah yang sejahtera kerana akdiah yang betul menentukan betulnya amalan dan menepati manhaj nabi serta para sahabat.
 
 
(Ust Kama)

July 4, 2012

DAURAH DITANGGUH

Daurah pada malam ini ( 4 /07/ 2012) ditangguhkan kerana Moderator Daurah sakit kaki.

January 23, 2012

DAURAH BAGI TAHUN 2012

Daurah bagi tahun 2012 akan dimulakan bagi siri 335 bermula pada malam ini.

November 7, 2011

DAURAH DITANGGUHKAN

SEMPENA EIDUL ADHA, DAURAH DITANGGUHKAN

May 25, 2011

PENAGGUHAN DAURAH DAN PERPISAHAN HJ JUBAIDI

Dengan berakhirnya Daurah Quran siri 291 pada malam ini, Majlis daurah Quran ditangguhkan sempena cuti sekolah selama 2 minggu. Pada malam ini juga, diadakan majlis perpisahan Hj. Jubaidi, Pengarah Politeknik Sandakan yang menamatkan perkhidmatannya kerana akan bersara hujung bulan ini. Selepas solat insya, diadakan bacaan doa selamat dan sedikit jamuan. 

Khusus buat Hj. Jubaidi, tentunya kepulangannya ke Semenanjung (akan menetap di Ipoh) akan meninggalkan rasa sayu di kalangan ahli Masjid Al-Fajr yang telah rapat dengannya. Beliau merupakan seorang yang seringkali bersama dalam komuniti Masjid Al-Fajr dalam sebarang aktivitinya. Beliau juga seroang ahli Daurah yang selalu merancakkan perbincangan dalam daurah.

Semoga Allah memberkatinya pada baki usianya.

March 13, 2011

Cuti sekolah-Daurah ditangguhkan




Minggu ini  cuti sekolah. Daurah pada minggu ini ditangguhkan dan akan diadakan pada minggu berikutnya, insya Allah. Penangguhan ini kerana kemungkinan ramai ahli  Daurah yang akan pergi bercuti, termasuk mentor Daurah. Sehingga bertemu lagi selepas cuti persekolahan.





CARI KANDUNGAN BLOG