CARI KANDUNGAN BLOG

ILMU USUL FEQAH: BAHAGIAN-BAHAGIAN TAKHSIS (AL-MUKHASSOS)

April 24, 2023

Datang nas menyebutkan hukum umum. Maka hukum umum itu menjadi khusus. Ia dipanggil takhsis /Mukhassos. Ada dua jenis takhsis iaitu:



A) Mukhassos Mustaqil (Munfasil)- Takhsis yang berasingan( seperated)



Yakni dalam nas tidak disebutkan pengkghususan itu tetapi ia berlaku secara berasingan: Ada beberapa bentuk iaitu:



1) Berdasarkan idrak dengan pancaindera bahawa takhsis berlaku atas kenyataan umum itu.

2) Akal

3) Uruf dan adat

4) Ijmak

5)Nas Quran dan hadis yang lain

6) Perkataan sahabat

(Dan bagi Hanabilah ditambah lagi)

8) Mafhum( Sama ada muwafaqah atau Mukhalafah)

9)Perbuatan nabi mengkhususkan yang umum

10) Taqrir nabi menjadi umum itu khusus

11) hukum Qias menjadikan khusus sesuatu yang umum.

B) Mukhassos Ghairu Mustaqil ( Muttasil) -Taksis yang bersambung (Included)




1) Ada huruf istisnaa'

2) Ada Syarat

3) Ada sifat

4) Ada ghayah

5) Ada badal ba'dhu
'

Rujukan:  


Penjelasan dengan contoh bagi bentuk-bentuk takhsis di atas boleh dirujuk kepada kitab " al-wajiz fi usulil fiqhi Al-Islami oleh Dr Muhammad Mustafa Az-Zuhaili , mukasurat 62-71



Read more...

Keistimewaan dan kelemahan tafsir At-Tobari?

April 20, 2023

Sesiapa yang menela'ah kitab tafsir At-Tobari akan mendapati ia mempunyai ciri-ciri berikut:


1) Disebutkan di dalamnya aspek bahasa, bentuk-bentuk i'rab dan juga didatangkan syair-syair sebagai dalil.


2) Ada pentarjihan di antara pandangan-pandangan pelbagai yang dibawakan.


3) Menyatakan pendapat At-Tobari sendiri dalam penafsiran secara jelas dan tersendiri serta dibawakan hujahan dalil dari Quran, hadis atau bahasa Arab.


Kelemahan kitab tafsir At-Tobari (Menurut kritikan Al-Ghimari dalam kitabnya bid'u at-tafasir:


1) Kecenderungan At-Tobari untuk mendaifkan beberapa qiraat. Seolah-olah at-tobari beranggapan bahawa Qiraat yang pelbagai itu adalah cetusan akal daripada para qurra'. Padahal ia adalah manqul daripada rasulullah SAW. Maka tidak seharusnya didaifkan mana-mana qiraat dalam qiraat yang 7.



2) Kecenderungan At-Tobari mengambil riwayat israiliyyat dan memasukan ke dalam tafsirnya seperti riwayat mengenai ujian ke atas nabi Ayyub, nabi Daud dan nabi Sulaiman.Demikian pendapat yang mengatakan nabi yang disembelih oleh nabi Ibrahim adalah Ishak. Ditambah pula dengan kisah Harut dan Marut, Syaddad bin 'Ad dan anaknya Iram serta kisah Auj bin Unuq.

Masalah pengambilan riwayat Israiliyyat ini bukan sahaja oleh At-Tobari, tetapi juga menjangkiti ramai ulama mufassirin lain.


Rujuk: Bid'uttafasir oleh Abdullah Muhamamd As-Sodiq Al-Ghimari

Read more...

Pentarjihan pendapat para mufassirin dalam tafsir al-Quran

April 19, 2023

 Kaedah pertarjihan berlaku dalam dua bentuk:


1) Dalam berapa pendapat mufassirin mengenai satu-satu ayat, maka salah satu pendapat itu ditarjihkan.


 

2) Kekadang pentarjihan juga berlaku dalam bentuk radd (bangkang) salah satu pendapat di antara beberapa pendapat yang ada.

 

Riwayat-riwayat tafsir yang dinaqalkan itu terbahagi dua:


1) Ijmak mengenai  satu penafsiran seperti tafsiran makna (   واليوم الموعود ) sebagai hari kiamat. Demikian juga ijmak tentang tafsiran (  المغضوب عليهم  ) sebagai golongan Yahudi dan (  الضالين ) bermaksud golongan Nasrani.


2) Khilaf dalam tafsir . Ia terbahagi kepada dua iaitu:


a) Khilaf tadhad (Kontra)

 

b) Khilaf tanawwu' (Variasi)

 

Dalam dua situasi khilaf di atas, maka  di kalangan mufassirin, ada 3 cara dalam menghadapinya iaitu:


a) Menceritakan khilaf tanpa menernagkan yang tarjeh seperti tafsir Al-Mawardi dan Ibn Al-Jauzi.

 

b) Menceritakan khilaf dan mentarjehkannya tetaou tidak diterangkan sandaran pentarjehan itu. ianya seperti tafsir Ibn 'Atiyyah.

 

c) Menceritakan khilaf yang berlaku serta mana satu yang rajeh dan bagaimana ia menjadi rajeh dan apa kaedah yang dipakai. Ianya seperti tafsir At-Tobari dan A-Syanqiti.




Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP