Showing posts with label SAHABAT. Show all posts
Showing posts with label SAHABAT. Show all posts

February 14, 2019

MENANGGAPI KRISIS ZAMAN SAHABAT

 Dalam menanggapi pristiwa-peristiwa berdarah zaman sahabat, ambillah sikap sebagaimana kita menanggapi kisah persenngketaan saudara-saudara Yusuf. Bukankah di atas segala persengketaan saudara-saudara Yusuf itu, mereka tidak terhumban keluar daripada kenabian dan kewalian. Kita pun tidka berhak mencela saudara Yusuf lagi. Maka demikian kita wajar mengambil sikap ke atas mana-mana sahabat sama ada untuk berlepas diri atau menggabungkan diri.

Kata-kata Hasan Al-Basri yang pernah menemui 500 orang sahabat dan terbilang sebagai Sayyiduttabi'in boleh dijadikan panduan. Beliau, tatkala ditanya pandangan tentang peperangan antara sahabat, dijawabnya:

قتال شهده أصحاب محمد  وغبنا ، وعلموا وجهلنا، واجتمعوا فاتبعنا واختلفوا فوقفنا

"Ia adalah peperangan yang disaksikan oleh para sahabat nabi Muhammad SAW sedangkan kita tiada waktu itu. Mereka tahu tentangnya sedangkan kita jahil mengenainya. Mereka bersepakat maka kita ikuti mereka. Mereka berkhilaf maka kita bertawaqquf".

Satu lagi kata-kata yang masyhur adalah perkataan Umar bin Abdul Aziz ketika ditanya kepadanya berkenaan isu peperangan yang menumpahkan darah antara sahabat:


تلك دماء طهر الله منها أيدنا، فلا نخضب بها ألسنتنا

"Itu adalah darah yang tumpah dan Allah tidak babitkan tangan kita di dalamnya, maka janganlah kita melumuri darah itu pada lidah kita!"

March 23, 2016

ABU BAKRAH

Abu Bakrah adalah tergolong kalangan sahabat Rasulullah SAW. Namanya yang sebenar adalah Nafi' bin Al-Harith atau Nafi' bin Masruh. Beliau adalah berasal dari Taif dan kalangan hamba. Pada masa Taif dikepung oleh tentera Rasulullah, beliau menyambut seruan Rasulullah SAW supaya ahli Taif menyerah diri. Lalu beliau dibebaskan oleh Rasululalh SAW.

Beliau adalah sahabat yang diambil hadis Rasulullah SAW daripadanya, khusnya oleh 4 orang anaknya iaitu: Ubaidillah, Abd rahman, Abd Aziz dan Muslim. Di samping itu beliau juga dirujuk oleh beberapa kalangan tabiin seperti Abu Uthman An-Nahdi, Hasan Al-Basri, Muhammad bin Sirin dan Uqbah bin Suhban. Beliau adalah kalangan sahabat yang menyisihkan diri ketika berlaku peperangan Jamal dan juga Siffin dan tidak menyebelahi mana-mana antara dua kumpulan Islam yang berperang.  Beliau meninggal pada tahun 51 H di Basrah.

Ketika Al-Mughirah bin Syu'bah menjadi Amir Basroh pada zaman khalifah Umar Al-Khattab, telah berlaku tuduhan zina oleh Abu Bakrah ke atas Al-Mughirah bin Syu'bah. Kes itu disaksikan oleh 4 orang tetapi salah seorang menarik balik kesaksiannya pada saat akhir ketika disoal oleh khalifah. Lalu 3 orang termasuk Abu Bakrah dihukum sebat kerana Qazaf dan diminta bertaubat dari kesalahan Qazaf. Tiga orang sanggup bertaubat tetapi Abu Bakrah tidak mahu kerana pada hematnya dia bukan melakukan jenayah Qazaf tetapi dia menjadi saksi. Hanya saksi kes tersebut menjadi kurang kerana penarikan diri salah seorang daripadanya.


CARI KANDUNGAN BLOG