CARI KANDUNGAN BLOG

Mudahanah dan Mudaraat

April 25, 2017


Dua sifat ini adalah tercela. ia selalu dipalitkan kepada orang. Bila dipalitkan kepada ulama dan tokoh-tokoh dalam sejarah, ia menjatuhkan martabat mereka. Antara tokoh yang dipalitkan tuduhan ini adalah Imam Az-Zuhri. Kerana rapatnya hubungan beliau dengan pemerintah bani Umayyah, dia dituduh sebagai mudahanah dan mudaraat.


Apakah itu Mudahanah dan mudaraat. Sesetengah orang, secara gamblang melebelkan seseorang yang rapat dengan penguasa lalu dilihat mendapat faedah daripada hubungan rapat itu, sebagai mudahanah dan mudarat. Sepatutnya diperhatikan dengan cermat apakah bentuk kedekatan dengan penguasa itu.


Kata Qadhi Iyadh ketika mensyarahkan Saheh Muslim: Mudahanah itu adalah dalam perkara agama, seperti memberi fatwa yang tidak benar (demi memuaskan hati penguasa) sedangkan Mudaraat pula ialah dalam perak dunia.


Sesoorang yang rapat dengan penguasa lalu penguasa itu minta fatwa atau pendapat berhubung sesuatu perkara yang berkait dengan agama, lalu ulama itu pun berfatwa demi menyenangkan penguasa itu, itulah mudahanah. Umpamanya diminta fatwa untuk mengenaikan cukai yang membebankan rakyat, lalu dicari dalil dan hujjah untuk melegetimasikan perkara itu. hal ini ada kaitan dengan hukum hakam agama. maka fatwa tersebut dikatakan sebagai mudahanah.


ودوا لو تدهن فيدهنون



Read more...

Ibn Shihab Az-Zuhri

Siapakah Ibn Shihab Az-Zuhri?
هو أبو بكر محمد بن مسلم بن عبيد الله بن عبد الله بن شهاب بن عبد الله بن الحارث بن زهرة بن كلاب القرشي الزهري. وكان أبوه مسلم بن عبيد الله من رواة الحديث الثقات، وممن ساند ابن الزبير في ثورته على الأمويين.

المزيد : http://islamstory.com/detailes.php?module=artical&slug=ابن-شهاب-الزهرى-الفقيه-المؤرخ

هو أبو بكر محمد بن مسلم بن عبيد الله بن عبد الله بن شهاب بن عبد الله بن الحارث بن زهرة بن كلاب القرشي الزهري. وكان أبوه مسلم بن عبيد الله من رواة الحديث الثقات، وممن ساند ابن الزبير في ثورته على الأمويين.

المزيد : http://islamstory.com/detailes.php?module=artical&slug=ابن-شهاب-الزهرى-الفقيه-المؤرخ
هو أبو بكر محمد بن مسلم بن عبيد الله بن عبد الله بن شهاب بن عبد الله بن الحارث بن زهرة بن كلاب القرشي الزهري. وكان أبوه مسلم بن عبيد الله من رواة الحديث الثقات، وممن ساند ابن الزبير في ثورته على الأمويين. وكان أبو جده عبد الله بن شهاب شهد مع المشركين غزوة بدر، وكان أحد النفر الذين تعاقدوا يوم أحد لئن رأوا رسول الله صلى الله عليه وسلم ليقتلنَّه أو ليقتلنَّ دونه. وهم: عبد الله بن شهاب، وأبى بن خلف، وابن قمئة، وعتبة بن أبى وقاص. وأمه أم أهبان بنت لَقِيط بن عروة بن يعمر بن نفاثة بن عدي بن الدئل بن بكر بن عبد مَنَاة بن كنانة. وأخوه عبد الله بن مسلم كان أسنَّ من الزهرى، ويكنى: أبا محمد. وقد لقي ابن عمر رضى الله عنه، وروى عنه وعن غيره، ومات قبل محمد ابن شهاب الزهرى. أما سنه وولادته، فلم تُعلم على وجه الصحة لاختلاف المؤرخين فيها، فهي إما سنة 50هـ أو سنة 51هـ أو سنة 52هـ، وقيل بل سنة 58هـ. وقال: نشأت وأنا غلام، ولا مال لي، منقطع الديوان، فكنت أتعلم نسب قومي من عبد الله بن ثعلبة، وكان عالما بنسبهم وهو ابن أختهم وحليفهم. صفةابن شهاب الزهري قال سفيان بن عيينة: رَأَيْتُ الزُّهْرِيَّ أُعَيْمَشَ أَحْمَرَ الرَّأْسِ وَاللِّحْيَةِ وَفِي حُمْرَتِهَا انْكِفَاءٌ (تغيُّر)، كَانَ يَجْعَلُ فِيهِ كَتَمًا (هو نوع من النبات يخضب به الشعر)، وكان أعَيمِشاً وعليه جُمَيحة، وكان رجلا قصيرا، قليل اللحية، له شعرات طوال، خفيف العارضين.

المزيد : http://islamstory.com/detailes.php?module=artical&slug=ابن-شهاب-الزهرى-الفقيه-المؤرخ
Nama penuh beliau adalah Abu Bakar Muhammad bin Muslim bin Ubaidillah bin Abdullah bin  Syihab bin Abdullah bin Al-Haris bin Zuhrah bin Kilab Al-Qurasyi  Az-Zuhri.

Bapanya, Muslim bin Ubaidillah adalah salah seorang perawi hadis yang Tsiqah dan merupakan pendokong  kepada Ibn Zubair ketika beliau bangkit menentang pemerintahan Yazid bin Mu'awiyah. 

Beliau lahir sekitar tahun 50 H( Tiada kesepakatan ahli sejarah tentang tahun yang tepat) . Beliau sempat menuntut ilmu daripada sahabat dan juga menuntut ilmu daripada Tabi'in. Antara sahabat yang sempat ditemui dan diambil ilmu daripada mereka ialah Ibn Umar, Anas bin Malik, Sahal bin Sa'ad, Abu Thufail, Mahmud bin Ar-Rabi' dan  'Amir.  Sementara Tabi'in pula ialah Said bin Al-Musyaab, Urwah bin Zubair, Ali bin Al-Husain, Abu Idris al-Khlani, Qubaidhah bin Zuaib, Malik bin Anas, Sufyan bin Uyainah, Sufyan bin As-Tsauri dan ramai lagi.

Kata Abu Az-Zanad: kami menulis mengenai yang halal dan yang haram, tetapi Az-Zuhri menulkis semua yang dia dengar.

Soleh bin kaisan mencerita pengalamannya belajar bersama Az-Zuhri. Katanya dia cuma menulis hadis-hadis nabi tetapi Az-Zuhri menulis semua yang datang daripada sahabat dan mengatakan itu juga hadis. Kerana itu Zuhri lebih lumayan ilmunya berbandingnya .

Kata Ali Al-Madini: Az- Zuhri meriwayatkan sejumlah 2000 hadis.

Kata Imam As-Syafi'i: Kalaulah tiada Az-Zuhri, nescaya hilanglah hadis daripada Madinah.

Kata Said : Aku dengar Makhul berkata: Az-Zuhri adalah orang yang paling alim mengenai Sunnah yang lepas.

Az-Zuhri meninggal pada tahun 124 H

Catatan: Di kalangan sebilangan ahli hadis, mereka menolak beberapa hadis daripada Az-Zuhri kerana mursal dan tadlis.

Read more...

Kitab Ar-raddu alal jahmiyyah waz zanadiqoh

April 3, 2017




Perkataan yang menafikan sifat "uluw" Allah dan mengatakan Allah berada di semua tempat adalah perkataan kaum Jahmiyyah. Imam Ahmad bin Hambal telah mengarang sebuah kitab bertajuk  "Ar-raddu alal jahmiyyah waz zanadiqoh" menjawab perkataan-perkataan sesat mereka. Beliau menulis dengan gaya bahasa "jika berkata kaum jahmiyyah itu" lalu beliau memberi jawapannya " dikatakan kepada mereka".

Imam Ahmad menulis bagaimana mahu menguji akal orang jahmiyyah dengan beberapa bentuk soalan kepada mereka.

Tanya kepada mereka: Apakah Allah telah ada sebelum itu sesuatu itu ada? 

Mereka akan jawab :ya
 

Ada 3 kemungkinan bagi jawapan "ya"  itu. Tidak boleh lari , mesti terima salah satu.

1) Jika mereka mengatakan Allah telah menciptakan makhluk dalam dirinya, kata-kata itu kufur kerana ia bermakna Allah menciptakan Jin, Manusia dan Syaitan dalam dirinya.

2) Jika mereka katakan bahawa Allah menciptakan makhluk di luar dirinya, lalu Allah masuk ke dalam makhluk itu, kata-kata sebegini juga kufur. Mana mungkin Allah masuk  ke dalam tempat keji dan kotor.

3) Jika mereka mengatakan Allah menciptakan makhluk di luar dirinya dan Dia tidak pernah masuk ke dalam makhluk itu, inilah perkataan yang benar. Perkataan inilah yang ditegaskan oleh Ahli Sunnah yang mengatakan Allah bersifat dengan Uluww. Allah Di atas Arasy sebagaimana Dia mensifati dirinya.

Allah tidak boleh dikatakan maujud fi kulli makan sebagaimana dakwaan kaum Jahmiyyah.


Catatan Tambahan: 
Ada kalangan yang mendakwa bahawa kitab ini bukan tulisan Imam Ahmad bin Hambal. Namun, ramai ulama menisbahkannya kepada Imam Ahmad bin Hambal. Cuma Az-Zahabi menyatakan keraguannya tentang nisbah kitab ini kepada Imam Ahmad bin Hambal.

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP