CARI KANDUNGAN BLOG

ABDULLAH IBN ZUBAIR

December 11, 2018

Ibn Abbas , ketika ditanya mengenai Abdullah Ibn Zubair, beliau  mengatakan:


كان قارئاً لكتاب الله، متبعاً لسنة رسول الله، قانتاً لله صائماً في الهواجر من مخافة الله، ابن حواريّ رسول الله صلى الله عليه وسلم، وأمه بنت الصديق، وخالته عائشة حبيبة حبيب الله، زوجة رسول الله صلى الله عليه وسلم، فلا يجهل حقه إلا من أعماه الله‏.‏  


Ibn Zubairt merupakan anak orang Muhajirin yang pertama dilahirkan di Madinah. Kesudahan hidupnya, dia dibunuh oleh Al-Hajjaj bin Yusuf As-Tsaqafi

Read more...

Kitab Fathul Ali

Sebuah kitab yang membawakan masalah-masalah yang dikhilafkan antara dua tokoh besar dalam Mazhab Syafie iaitu Syeikh Ramli dengan Syeikh Ibn Hajar Al-Haitami. Kitab ini 

Boleh didownload di sini:


http://ia802305.us.archive.org/6/items/fath_al3aly/fathalaly.pdf

Isu-isu khilaf:

1.Ibn hajar kata Tatabbu' Ar-Ruksaoh itu menjadikan pelakunya fasiq dan tidak disisi Imam Ramli.


2. Perutusan nabi SAW kepada malaikat. Kata Ramli, nabi tidak kepada malaikat tapi Ibn Hajar kata diutuskan.

3. Masalah Solawat atas nabi dengan lafaz Ifrad

4. Masalah bangkai yang darahnya tak mengalir jatuh dalam air, najis atau tidak. Ibn jhajar kata tidak dan Imam ramli kata najis.
-kalau binatang itu asalnya dalam cairan itu dan mati dalamnya, ittifaq tidak najs

Rujuk :ms48


5. Masalah masukkan bangkai binatang yang tiada darah mengalir ke dalam cairan-Ibn hajar kata tidak menjejaskan tapi Imam Ramli kata menjejaskan.

6- Masalah Syak adakah darah mengalir atau tidak.

7-Masalah hilangnya sifat tagahhayur pada air yang sedikit.

8- Air yang mutaghayyir dengan sebab Debu Musta'mal

9-Masukkan daun dalam air  lalu daun itu pecah dan mengubah air.

10- Air mutagahayyir dengan tar

11-Air mutaghayyir mengubah air  yang bukan mutaghayyir.

12-Air berubah dengan sebab benda suci kemudian timbul syak sama ada sifat taghayyur itu berubah atau tidak.

13 Masalah berkaitan Ightiraf ( Gunakan tangan untuk cedok air basuh anggota wuduk)

Rujuk ms 68

14-Masalah makruh gunakan air musyammas untuk orang hidup dan orang mati.

15- Apakah hilang sifat muyammas pada air jika air itu dimasak?






 341-Masalah syak pada niat di malam hari atau siang

342-Makruhnya bersiwak selepas zawal  bagi orang berpuasa.

343- Sakit yang mengharuskan tayammum itu mengharuskan berbuka atau tidak?



Read more...

PANDANGAN JUMHUR BUKAN HUJJAH

November 23, 2018


Daripada hadis di atas di keluarkan satu kaedah dalam Ijmak, " bahawa pandangan Jumhur bukanlah hujjah untuk menolak pandangan lain yang bukan Jumhur".  Jumhur para sahabat sibuk dengan urusan perniagaan dan perkebunan. Sebilangan kecil seperti Abu Hurairahsibuk dengan belajar dan menghafal hadis nabi SAW. 

Jadi apakah cara hidup kebanyakan sahabat itu perlu dijadikan hujjah untuk menolak cara hidup orang seperti Abu Hurairah? Apakah kita boleh kata Abu Hurairah salah dan yang lain betul? 

Dalam bab fatwa pula, fatwa siapa yang lebih betul? Abu Hurairah ada bersamanya Sunnah dan jika dia berfatwa, fatwa dialah yang lebih tepat. Sementara fatwa para sahabat lain yang tidak ada sunnah bersamanya, walaupun Jumhur, tidak boleh diterima. Demikianlah yang telah dihuraikan oleh Ibn Hazmin dalam Al-Ehkam (Jil 1/599)

Read more...

Soalan-soalan dalam Daurah 128

November 22, 2018

Daurah pada kali ini membicarakan awal surah Al-An'am.  Topiknya berkisar mengenai penentangan kafir Quraisy terhadap dakwah Rasulullah SAW. Walaupun Allah telah datangkan ayat-ayatNya yang berbentuk mukjizat dan juga Al-Quran, mereka tetap memberikan alasan yang pelbagai. Mereka minta diturunkan malaikat yang boleh mereka lihat mengiringi Al-Quran yang tertulis atas kertas. Namun, Allah menegaskan, jika permintaan seperti itu Allah tunaikan, lalu mereka masih kufur, mereka akan mendapat azab segera seperti kaum-kaim yang terdahulu. Seperti halnya kaum Bani Israil yang meminta macam-macam kepada nabi Musa dan juga Isa, lalu mereka masih kufur juga sesudah itu.

Ummat nabi Muhammad adalah ummat yang ditangguhkan azab Allah ke atas mereka. Jika ada kesalahan mereka, di hari akhiratlah perhitungannya. Justeru, permintaan mereka yang pelik-pelik itu tidak ditunaikan.

Ahli Jemaah perempuaqn bertanya dia soalan:

  1. Apakah bacaan doa "rabbighfirli ..." sebelum imam berkataan ameen itu ada?
  2. Apakah niat solat perlu disusun dalam hati?

Read more...

Istidraj yang disangka Karamah.

November 14, 2018

Imam Ibn Taimiyyah menyebutkan dalam kitab "iqtidha As-Siratil Mustaqim" satu contoh bagaimana orang terpedaya. Sesuatu yang merupakan istidraj, disangkanya karamah. Satu orang yang pergi ke kubur lalu berdoa di sana, lantas doanya dimakbulkan, itu bukan satu karamah. Ia adalah Istidraj. Ini kerana perbuatan pergi berdoa di kuburan itu menyalahi sunnah Rasulullah SAW dan merupakan satu perkara bid'ah dalam agama. Jika dengan berbuat hal-hal bid'ah tersebut menerbitkan perkara luar biasa, mendapat nikmat dan sebagainya, ia hanyalah sepertimana orang kafir yang mendapat nikmat walaupun mereka kufur. 

Kerana itu, ukuran kebenaran sesuatu amalan bukan dilihat pada natijah amal itu.

Ia dilihat bagaimana amal itu menepati sunnah baginda Rasulullah SAW!

Jika natijah amal jadi ukuran, maka sudah tentu amalan para pendeta, sami dan mereka yang sesat itu akan dibenarkan. Berapa banyak di kalangan mereka yang mendapat kesan yang mereka mahukan hasil amalan mereka. Para petapa di gunung ganang, pemuja syaitan dan seumpamanya, mereka mendapat hasil daripada amal gigih mereka. Apakah itu lambang kebenaran mereka?

Tetapi , ramai juga orang Islam yang terpedaya dalam hal ini. Yang namanya istidraj disangkanya karamah!

Read more...

Berpada dengan Sunnah

November 6, 2018



Perkataan Ibn Mas'ud disebutkan dalam Ad-Darimi (223), Al-Lalakai (1/55,88):


اقتصاد في سنة خير من اجتهاد في بدعة


"Berpada dengan apa yang ada dalam Sunnah lebih baik daripada bersungguh-sungguh dalam perkara Bid'ah".


"Khabatib Al-Baghdadi dalam kitab Al-Feqh wal Mutafaqqih menyebutkan: Said Al-Musayyab melihat seorang lelaki solat sunat lepas terbit fajar lebih daripada dua rakaat dan panjang rukuk dan sujud dalamnya lalu beliau melarannya. Lantas lelaki itu pun berkatanya: Wahai Abu Muhammad, apakah Allah akan menyiksaku dengan sebab solatku? Kata Said Al-Musayyab: Tidak, akan tetapi Allah menyiksamu dengan sebab kau menyalahi Sunnah!".

Sufyan bin Uyainah berkata: Aku mendengar perkataan Anas bin Malik ketika seorang lelaki datang kepadanya lalu bertanya: Di manakah aku perlu berniat ? Kata Imam Malik: Di Zulhalifah sebagaimana nabi SAW berihram. Kata Lelaki itu: Aku ingin berniat ihram di Masjid Nabi di sebelah kubur baginda. Imam Malik mencegahnya dan berkata: Jangan, aku takut kau ditimpa fitnah. Kata Lelaki itu :Fitnah apa pula. Aku cuma menambahkan jarak!. Kata Imam Malik: Apakah fitnah yang lebih besar daripada kau menyangka kau telah mendahului nabi dalam bab yang dia kurang.Lalu Imam Malik pun membaca firman Allah SWT:


فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ


Dikeluarkan oleh Khatib Al-baghdadi dalam Al-Feqh wal Mutafaqqih (1/146) , Abu Nu'aim dalam Al-Hilyah (6/326) dan lain-lainnya.





Read more...

KEPINCANGAN DALAM TASAWWUF

October 29, 2018

Ketahuilah bahawa semua Rasul itu adalah adalah nabi dan juga wali. Kerana itu itu, pangkat Rasul adalah lebih tinggi daripada wali. Tinggi melebihi segala Rasul adalah nabi Muhammad SAW. Bagindalah rasul terakhir dan bagindalah penutup segala nabi. Sementara wali, tiada nas yang qat'i menyatakan bahawa ia ada penutupnya. Sehingga ke akhir zaman, akan terus ada wali Allah dan adalah merupakan satu kebohongan jika didakwa wujud khatamul auliya'  kerana mengqiaskan dengan khatamul ambiya'.

Seorang tokoh bernama AL-Hakim At Turmizi mengarang sebuah kitab bernama "Khatamaul Wilayah". Di dalamnya dia menyatakan konsep penutup kewalian yang merupakan pangkat yang melebihi wali-wali terdahulu. Wali terakhir itu lebih tinggi darjatnya berbanding Abu Bakar dan Umar.  Konsep ini dikiaskannya dengan konsep khatamul ambiyaa'. Nabi Muhammad adalah nabi terakhir dan dia lebih tinggi darjatnya daripada nabi-nabi sebelumnya.

Hasya Lillah!....bagaimana boleh timbul kias yang sedemikian. 

Lalu dalam sejarah, ramailah orang yang mengaku dirinya penutup kewalian kerana mahu kelebihan palsu yang diwar-warkan itu. Ibn Arabi mengaku dia penutup para Wali. Abu yazid Al- Bustami pun mengakui keistimewaannya. Di zaman terkemdian, ramai syikh tariqat mengakui penutup kewalian. Syeiikh Ahmad Tijani, pengasas tariqat Tijani juga mendakwa dirinya khatimul auliya.

Bahkan, ada dengan berani mengungkap kata-kata yang merendahkan martabat kenabian di bawah kewalian. Umpamanya kata-kata yang sering dinisbahkah kepada Abu Yazid Al-Bustami sebagai penuturnya:

"خُضنا بحرًا وقف الأنبياءُ على ساحله"

" Kami para wali berenang di lautan yang para nabi cuma berdiri di pantainya".



Apa makna ucapan ini? Bukankah ia adalah satu gambaran tentang lebihnya pencapaian para wali berbanding para nabi dalam makrifat dan ilmu. Dalam mengenal Allah dan taqarrub kepadaNya. Namun, para pentaksub tasawwuf dan penyanjung tokoh-tokohnya yang berselerak dalam kanvas sejarah punya takwilan yang menghalalkan kata-kata tersebut. Mereka kata, kalam sedemikian bukan bererti melebihkan para wali. Para nabilah yang lebih kerana mereka hanya berdiri di pantai tetapi mampu mendapat apa yang didapati oleh para wali dengan susah payah berenang. Jika difikirkan, kata-kata ini sebenarnya memuji para nabi di atas para wali! Begitulah kilas katanya.


Jika demikian takwilannya, bagaimana hendak mentakwilkan beratus kata-kata lain yang diungkapkan oleh tokoh-tokoh sufi yang jika dinilai dengan ukuran syarak, jatuhlah kufur mereka itu?

Kata Abu Yazid Al-Bustami sebagaimana diriwayatkan oleh Abdul As-Sya'rani dalam Lataiful Minan:

تالله أن لوائي أعظم من لواء محمد صلى الله عليه وسلم، لوائي من نور تحته الجان والجن والإنس، كلهم من النبيين

" Demi Allah...lembayungku lebih agung daripada lembayung Muhamamd SAW. Lembayungku adalah cahaya yang di bawahnya Jan, Jin dan manusia, semuanya daari kalangan nabi-nabi".


Begitu besarnya maqam dan kedudukan Abu Yazid Al-Bustami. Apa pula takwilannya untuk kata-kata megahkan diri atas para nabi-nabi seperti ini?


Ibn Arabi pula berkata:
 مقامُ النبوة في برزخٍ
فُوَيقَ الرسولِ ودون الولِي



Kedudukan para nabi di alam barzah itu atas sedikit dari para Rasul dan dibawah para wali.



Ewah!..ayat berbunga-bunga. Tapi maknanya walilah paling atas. Atas nabi dan atas rasul. Jadi terbalik pula.

Pun begitu, ada sahaja pembelaan ke atas kata-kata kufrawi seperti ini dari puak pentaksub tasawwuf. Lihat apa kata mereka :


Rujuk Link:



http://www.aslein.net/showthread.php?t=13677


Baca Tulisan Safar Al-Hawali:

 http://www.alhawali.com/popups/print_window.aspx?article_no=7724&type=3&expand=1



Read more...

Syiah seumpama Lalat

October 1, 2018

Aku membaca perdebatan hangat dalam sebuah Forum antara seorang yang menamakan dirinya Syi'i Mu'tadil dengan beberapa lelaki Sunni. Ia berawal daripada isu yang ditimbulkan oleh si Syiah tersebut berkaitan sebuah hadis yang diriwayatkan dalam Musnad Ahmad (saheh):


حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ، قَالَ: حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ، عَنْ شَقِيقٍ، عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ، قَالَتْ: دَخَلَ عَلَيْهَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَوْفٍ قَالَ: فَقَالَ يَا أُمَّهْ، قَدْ خِفْتُ أَنْ يُهْلِكَنِي كَثْرَةُ مَالِي، أَنَا أَكْثَرُ قُرَيْشٍ مَالًا، قَالَتْ: يَا بُنَيَّ، فَأَنْفِقْ، فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: " إِنَّ مِنْ أَصْحَابِي مَنْ لَا يَرَانِي بَعْدَ أَنْ أُفَارِقَهُ " فَخَرَج فَلَقِيَ عُمَرَ فَأَخْبَرَهُ، فَجَاءَ عُمَرُ فَدَخَلَ عَلَيْهَا، فَقَالَ لَهَا: بِاللهِ مِنْهُمْ أَنَا ؟ فَقَالَتْ: لَا، وَلَنْ أُبْلِيَ أَحَدًا بَعْدَكَ


Maksud Hadis:
Abd Rahman bin Auf telah masuk bertemu Ummu Salamah, isteri Rasulullah SAW lalu dia mengadu: Wahai ibu, saya bimbang saya binasa sebab harta saya kerana sayalah orang Quraisy yang paling banyak harta.  Ummu Salamah memberinya nasihat: Bersedekahlah, sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya dari kalangan sahabatku mereka yang tidak akan melihatku selepas aku tinggalkan mereka". Bila Abdul rahman bin Auf keluar, dia bertemu Umar Al-Khattab dan dia menceritakan mengenai hadis nabi itu. Umar Al-Khattab pun datang betemu Ummu Salamah lalu bertanya: Demi Allah, apakah aku dari kalangan mereka? Ummu Salamah menjawab: Tidak (Kau bukan kalangan mereka), selepas ini aku tidak akan bersihkan (dedahkan bahawa bukan kalangan yang dimaksudkan hadis) seseorangpun".

Istilah Sahabat dalam hadis ada tiga kemungkinan:
  1. Golongan Munafiq 
  2. Orang Islam yang murtad selpas nabi wafat dan mereka diperangi di zaman Khalifah Abu Bakar
  3. Sahabat-habat nabi  yang dianggap mempunyai kedudukan tertinggi di kalangan ummat Islam selepas nabi SAW.

Syiah  mendapat point penting daripada hadis ini untuk mengesahkan pegangan mereka bahawa kebanyak sahabat menjadi murtad dan yang kekal dengan Islam hanya segelintir kecil yang boleh dihitung dengan jari. Hal ini menyalahi Ahli Sunnah yang menyebutkan sahabat sejumlah yang ramai, mencapai angka ribuan orang. Termasuk yang dimurtadkan kaum Syiah adalah Abu Bakar, Umar dan Othman. 

Hadis ini menyebutkan bahawa di kalangan sahabat nabi ada yang tidak akan pernah bertemu nabi lagi di akhirat. Tidak di mahsyar, di Kolam nabi dan juga di Syurga. Arah kefahaman mereka adalah menjurus kepada mengesahkan pegangan mereka bahawa sahabat2 besar nabi telah murtad semuanya. 
Aku tertarik dengan hujjah-hujjah balas yang dikemukakan oleh "geng Sunni" terhadap Syiah Mu'tadil itu. Disoalkan kepadanya, jika maksud sahabat tersebut adalah Abu Bakar, Umar, Othman, Abd Rahman bin Auf daln lain-lain, maka dengan hujjah apa pula Ali, Fatimah dan lain-lain sahabat yang diiktiraf Syiah dikeluarkan? Persoalan ini membuatkan Syiah Mu'tadil tak terjawab.

Satu hal lagi, tanpa sedar, hadis yang cuba dijadikan hujah kemurtadan sahabat besar seperti Abu bakar, Umar dan selain keduanya itu, sebenarnya mengesahkan keimanan Umar. Jawapan Ummu Salamah dalam hadis yang menafikan keterlibatan Umar dalam sahabat yang bakal tidka bertemu nabi, mengesahkan umar bukan sahabat yang dimaksudkan. Syiah pada mulanya berhujjah bahawa kebimbangan Umar itu menunjukkan dia bukan "Al-Mubassyirin bil Jannah". Hadis Mubayyirin adalah bohong dan rekayasa ulama ahli Sunnah. Itulah dakwa Syiah.

Kalau kebimbangan Umar dijadikan alasan bahawa Umar bukan sahabat yang selamat daripada kesudahan fatal itu, maka ada riwayat yang menyebutkan Ali bin Abi talib sendiri menasihat anaknya Hasan:

قال علي رضي الله عنه في وصيته لابنه الحسن: يا بني أوصيك بتقوى الله في الغيب والشهادة، وأوصيك بكلمة الحق في الرضا والقصد، وأوصيك بالعدل في الصديق والعدو، وأوصيك في العمل بالنشاط وال**ل، وأوصيك بالرضا عن الله في الشدة والرخاء يا بني ما شر بعده الجنة بشر ولا خير بعده النار بخير وكل نعيم دون الجنة محقور وكل بلاء دون النار عافية 

Ali R.a mewasiatkan kepada anaknya hasan: Wahai anakku, aku wasiatkan kamu agar bertakwa kepada Allah dalam keadaan ghaib maupun nyata...( Seterusnya)

Wasiat seperti ini tidak diucapkan jika Ali tahu bahawa dia maksum dan keturunannya maksum sebagaimana yang menjadi iman orang Syiah.  Maka apa bezanya kebimbangan Ali dengan kebimbangan Umar?

Lalu disebutkan satu perumpamaan tentang orang Syiah ini. Umar Mukhtar, pembahas utama dalam isu ini menyebutkan:


الرافضي دائما مثل الذباب ينزل على القذارة 

'Seorang Rafidha itu seumpama lalat yang sentiasa hinggap di atas benda yang kotor"


Terdapat beratus dalil dari Quran dan Hadis yang memuji sahabat. Mereka tentap mencari dalil-dalil yang boleh dimanipulasi untuk memburukkan sahabat.

Itulah Syiah!



Read more...

لازم القول ليس بقول

September 25, 2018


Ini adalah salah satu kaedah usul yang dicuaikan oleh ramai orang. Mendengar atau membaca perkataan seseorang lalu difahami perkataan itu, maka dihukumkan orang itu telah mengucapkan sepertimana yang difahaminya. Ini salah!


Misalnya, satu orang datang rumah kita lalu dia berkata:


" Aku lapar sekali"


Lalu, setelah mendengar perkataannya, kita pun faham dia mahu makan. Sebagai tetamu, kita pun hidangkan makanan dan panggil dia makan. Tapi dia memberitahu:


" Saya puasa!"


" Tadi kata lapar", kita menempelaknya, tak puas hati . Rasa macam ditipu. Sebenarnya yang salah adalah kita yang salah faham. Puncanya buat tafsiran sendiri. Tak tanya dia apa maksudnya.


" Saya tak minta pun makan. Saya cuma beritahu saya lapar", balas orang itu.


Yang dia beritahu itu, itulah "alqaul". Bukan yang yang kita faham. Betapapun dekat maksud perkataannya itu dengan apa yang kita faham, faham kita itu bukan jawapannya.


Kan dah silap faham. Sebab itu, apa yang kita faham dari perkataan seseorang bukan apa yang menjadi maksud perkataannya. Justeru, kita tidak boleh menghukumkan atas kata-katanya yang kita faham. Kita perlu minta penjelasan.


Tanya dia, apa maksud kata-katamu? Setelah hilang keraguan, baru boleh buat keputusan.Kalau sekadar interpretasi sendiri, jangan sekali-kali hukumkan seseorang berdasarkan perkataanya. Paling bahaya kalau hukumkan seseorang itu kafir kerana ucapannya yang kita fahamkan sendiri tanpa tanya kepada yang menuturnya. Samalah hukumkannya fasiq, munafiq dan yang seumpamanya.


Islam mengajar kita minta penjelasan dan tidak cepat menghukum orang setelah mendengar perkataannya. Satu nas Quran pun orang faham macam-macam. Apalagi kalam manusia! Faham boleh tergelincir.

Read more...

ABU MUSLIM AL-KHURASANI

August 14, 2018

Beliau adalah tokoh penting dalam menumbangkan dinasti Bani Umayyah dan menegakkan dinasti baru iaitu Bani Abbasiyyah. Nama sebenar beliau adalah:

ABDUR RAHMAN BIN MUSLIM/ ABDUR RAHMAN BIN OTHMAN BIN YASAR

Pencapaian beliau sangat menakjubkan. Dia meninggalkan Syam menuju ke Khurasan dengan hanya menunggang kaldai . Tetapi 9 tahun di Khurasan, dia kembali semula dengan tentera  yang ramai sehingga dapat meruntuhkan kerajaan Bani Umayyah

Beliau dihitung sebagai seorang raja yang hebat sehingga diriwayatkan Al-Makmum (Khalifah Abbasi) pernah berkata: Raja besar di bumi ini ada tiga iaitu, Iskandar, Izdasyir dan Abu Muslim Al-Khurasani.

Mengenai asal bangsanya, pasa sejarawan sepakat mengatakan dia berbangsa Parsi. Cuma mereka berbeza tentang keturunan siapakah dia?  Ada pendapat mengatakan dia adalah keturunan raja Parsi, Yazdasyir.

Kata Imam Az-Zahabi dalam Siyar A'lam An-Nubalaa':


كان أبو مسلم سفاكا للدماء يزيد على الحجاج في ذلك وهو أول من سن للدولة لبس السواد
Abu Muslim itu lebih banyak menumpahkan darah berbanding Hajjaj bin Yusuf As-Tsaqafi dan beliau adalah orang yang pertama membuat sunnah berpakaian hitam dalam kerajaan.


Abu Muslim telah dibunuh dengan tipudaya oleh khalifah Abbasiyyah yang kedua iaitu Abu Ja'far Al-Mansur. Kisahnya pembunuhnannya masyhur dalam kitab-kitab sirah seperti Al-Bidayah wan Nihayah. Ketika dia mati terbunuh, umurnya 33 tahun. Mayatnya dikatakan dibuang ke dalam sungai Dajlah.

Dengan matinya Abu Muslim, selesai seteru politik paling mengancam bagi khalifah Abu Jaafar Al-Mansur. Dengan itu dia dapat memperteguh pegangannya atas kekuasaan kerajaan. Kerana itulah, Abu Jaafar Al-mansur dianggap sebagai pengasas sebenar daulah Abbasiyyah yang berdiri lebih 600 tahun di persada dunia.



Read more...

AL MAWARDI

August 13, 2018

Nama sebenar Al-Mawardi ialah Abu Hasan Ali bin Muhammad bin Habib Al-Basri Al Mawardi 
Lahir tahun 364H dan meninggal tahun 450.

Lahir di Basrah. dan berpindah ke Baghdad mengikut bapanya.

Bapanya bekerja jual bunga ros maka sebab itu namanya dinisbahkan kepada Mawardi.

Beliau pernah belajar dengan Ulama Besar Baghdad Abu Hamid Al-Asfarayini (Mati 406H)

Beliau adalah Qadhi besar dalam tempoh2 akhir kerajaan Abbasiyyah.

Belia hidup pada zaman khalifah Al-Qadir billah dan anaknya Al-Qaim bi Amrillah

Buku-bukunya:

  1. Adabud Dunya Wad Din
  2. Ahkam Sultaniyyah
  3. Siyasah A'lam An-Nubuwwah
  4. Tafsir An-Naktu Wal-'uyun
  5. Al-Iqna'

Faqih besar Mazhab Syafie.

Mati pada usia 86 tahun

Solat atas jenazahnya oleh Khatib Baghdadi 

Beliau dituduh muktazilah tetapi Khatib baghdadi mempertahankannya serta menafikan bahawa dia seorang muktazilah.



Read more...

INI FATWA YANG GILA



Read more...

Dosa Besar: Merendah-rendahkan "Ahlul Fadhli ( Orang yang punya kelebihan dalam masyarakat)

July 12, 2018

Kitab Al-Kabair (Dosa-dosa besar) ditulis oleh oleh Imam Az-Zahabi. Namun ada tokoh lain yang turut menulis kitab dengan tajuk yang sama atau mirip tajuk itu tetapi perbincangannya berkisar tentang dosa-dosa besar. Antaranya ialah Syeikh Muhamamd bin Abd Wahab (Al-Kabair), Ibn hajar Al-haitami (Az-Zawajir 'an iftiraqil Kabair) dan Az- Zakhair Li Syarhi manzumati Al-Kabair oleh Ahmad Safarini Al-Hambali.


Di antara dosa besar yang disenaraikan dalam kitab Al-Kabair ialah menghina orang yang ada kelebihan dalam masyarakat. Nabi bersabda: "Bukan dari kalangan kami mereka yang tidak punya belas kasihan kepada orang kecil (kanak-kanak, orang miskin,marhaen dsb) dan tidak tahu memuliakan orang besar ( orang tua, pemimpin, tokoh-tokoh terhormat dan berpangkat dsb)"

Sekarang, perbuatan memperlecehkan "ahlu fadhli" begitu meluas dalam masyarakat. ia merupakan salah satu dosa besar. Mengina Sultan dan raja-raja sebenarnya dosa besar. Menghina pemimpin negara juga dosa besar. Hina ibu bapa orang lain yang dihormati anaknya, juga dosa besar. Perlecehkan tokoh-tokoh ilmuan, orang berjasa dalam masyarakat dan orang yang dikasihi kerana baktinya juga dosa besar.

Pendek kata, perbuatan memperlecehkan orang adalah dosa tetapi menjadi besar jika orang yang diperlecehklan itu tergolongan kalangan orang yang dihormati dalam masyarakat yang diistilahkan oleh nabi SAW sebagai "kabirana".

Hati-hati dan jagalah diri masing-masing.

Read more...

Laka' bin Laka'

June 10, 2018

Sabda Rasulullah SAW


لا تقوم الساعة حتى يغلب على الدنيا لكع بن لكع ، وأفضل الناس مؤمن بين كريمين


" Sebelum kiamat, dunia ini akan dikuasai oleh Laka' bin Laka'. Manusia terbaik ketika itu ialah orang mukmin yang berada di antara dua yang mulia"
(Hadis Riwayat At-Tobrani dalam Al-Ausat dan dinilai Saheh oleh Albani)


Laka' bin Laka' adalah watak yang akan mendominasi dunia ini pada akhir zaman. Siapakah Laka' bin Laka' itu? Mubarak furi menyebutkan dalam Tuhfatul Ahwazi tentang penggunaan nama Laka' bin Laka' dalam hadis. Ia merujuk kepada seseorang yang hina keturunannya dan dikatakan juga tidak diketahui asal usulnya. Dalam An-Nihayah disebutkan bahawa istilah Laka' merujuk kepada hamba dan kemudiannya digunakan bagi menggambarkan kebodohan dan kehinaan.


Hadis ini menggambarkan kemerosotan kualiti hidup di dunia menjelang akhir zaman. Para penguasa yang bersifat seperti Laka' bin Laka' akan mengendalikan urusan orang ramai. Kekuasaan politik, pencapaian ekonomi maupun kehidupan sosial berada di tangan orang yang "entah apa-apa".Orang tidak kenal dia sebelumnya. Tiada "Track record" dan kemunculannya ke arena adalah seperti langau yang menumpang tuah para mujahid dan pejuang. Lalu, mereka menjilat ghanimah dan dunia menjadi milik mereka.

Ketika itu, manusia yang baik adalah manusia yang berada di antara dua yang mulia. Ulama menghuraikan maksud dua yang mulia itu dengan perbezaan pandangan kepada 4 makna:

1) Dua yang mulia itu ialah bapa yang mulia dan ibu yang mulia. Maka orang yang terbaik adalah yang ada ibu dan bapa yang mulia.

2) Dua yang mulia ituialah bapa dan anak. Maka orang yang mulia itu yang ada bapa yang mulia dan anak yang mulia.

3) Dua yang mulia itu ialah dua ekor unta yang digunakan untuk mengiringi pengasingan diri agar ttidak bergaul dengan manusia yang rosak.

4) Dua yang mulia itu ialah dua ekor kuda yang digunakan untuk jihad fi sabilillah.

Read more...

SYEIKH KHALID BIN UTHMAN AS-SABT

June 3, 2018

Syeikh Khalid bin Uthman bin Ali bin As-Sabt lahir pada tahun 1384H lahir di daerah Zulafa. Beliau berpindah ke Dimam bersama bersama dua ibu bapanya dan mendapat pengajian rendah, pertengahan dan menengah di sana.

Bagi yang berminat untuk mendengar kuliah-kuliahnya, boleh masuk ke Link berikut:



Kuliah-kuliahnya mudha difahami dengan bahasa Arab yang fasih dan tidak berjela-jela. Begitu Objektif. Amat bermanfaat bagi pencinta ilmu. Bersama dengan kuliahnya, ada disediakan teks dalam lama web tersebut untuk rujukan. Sesuai benar bagi kaum bangsa Melayu yang ingin belajar. Sekaligus boleh belajar membaca teks dengan betul.
 

Read more...

BUMI DAN LANGIT SATU, LALU DIPISAHKAN

May 31, 2018





أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَاهُمَا ۖ وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ ۖ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ (30)

Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, Kemudian kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?

Ibn Mas'ud telah ditanya oleh seseorang tentang maksud ayat di atas lalu di suruhnya orang itu pergi bertanya kepada Ibn Abbas. Ibn Abbas menafsirkannya dengan mengatakan bahawa dulunya langit tidak menurunkan hujan dan bumi tidak menumbuhkan tumbuhan. Lalu Allah menjadikan hujan turun dan bumi pun menumbuhkan tumbuh-tumbuhan.

Bila orang itu memberi tahu kepada Ibn Mas'ud apa yang ditafsirkan oleh Ibn Abbas itu, Ibn Mas'ud pun berkata:" Sekarang aku yakin bahawa orang ini memang benar berilmu tinggi"( Rujuk Tafsir Ibn kathir: Jil 3 : MS 177)


























Read more...

Islam berpeluang subur dalam liberalisme

May 26, 2018

Ummat yang merdeka dalam berfikir adalah wahana subur untuk dakwah. Kerana itu Allah pilih bangsa Arab untuk diutuskan kalangan mereka nabi akhir zaman. Bangsa Arab adalah kelompok merdeka dan tidak dikuasai oleh pemimpin politik dan agama. Kehidupan mereka tidak seperti rakyat Romawi dan parsi yang menjadi budak suruhan kepad apemimpin politik dan pendeta agama mereka.

Dalam konteks zaman sekarang, kita hendaklah melihat kelompok lioberal sebagai wahana dakwah dan bukan musuh yang perlu dibenci dan dimusnahkan. Islam akan hidup subur dalam kelompok yang sebegini jika mereka menerima dakwah. ISlam akan mandom dan "unfunsional" dalam masyarakat yang takut kepada kuaa politik dan fatwa mengikat agamawan yang berlagak mewakili Tuhan.

Kebangkitan Islam dapat digarap daripada pembebasan pemikiran dari kongkongan agamawan oppurtunis dna politikus yang menindas.

Ayuh...lihat perkembangan liberalisme hari ini sebagai peluang dan bukan ancaman.

Read more...

Ibn Kathir Seorang Salafi Mutasyaddid?

March 30, 2018

Abdullah Al-Ghumari, seorang tokoh hadis dan sufis asal Morocco tidak senag hati dengan Ibn Taimiyyah. Banyak karyanya ditulis mengkritik pemikiran Ibn Taimiyyah sebagaimana resam kebanyakan pendokong anto-wahabi. Dalam tulisan Abdullah Al-Ghumari, dapat dilihat tempias kritikannya terhadap Wahabai mengenai beberapa tokoh besar lain selain Ibn Taimiyyah sendiri. 

Di antaranya ialah Ibn Kathir rahimahullah. Beliau menukilkan keritikannya terhadap Ibn Kathir dengan melebelkannya sebagai Salafi Mutasyaddid melalui kitabnya " Kitab Fi Bid'u Tafasir".




Ibn Kathir dikritik dalam persoalan Allah berada di langit yang disebutkan sebagai ijmak ulama mengenainya. Kata Abdullah Al-ghumari, Ibn Kathir terpengaruh dengan Ibn Taimiyyah dalam pegangan sedemikian.

Wallahu A'lam.

PS: Jangan tercebur dalam petengkaran ilmiah para ulama. Baca, faham dan diam dari mencela sesiapapun. Insya Allah, anda tidak akan merugikan agama anda.







Read more...

PEPERANGAN HARRAH

March 6, 2018

Peperangan ini berlaku antara Penduduk Madinah dengan tentera Yazid bin Mu'awiyyah yang dipimpin oleh Muslim bin 'Uqbah. Ia terjadi kerana penduduk Madinah telah mengikut Ibn Muti' dan Ibn Hanzalah untuk membatalkan Bai'ah ke atas kekhalifahan Yazid. Kerana itu, Yazid telah mengirimkan tentera yang dipimpin oleh Muslim bin 'Uqbah untuk "mengajar" penduduk Madinah. 

Peperangan ini berlaku pada tahun 63H. Harrah adalah sebuah tempat yang terletak di luar Kota Madinah  dan di sana ada banyak batu batan yang berwarna hitam. Penduduk Madinah telah dikalahkan dan ramai yang tebunuh. Bahkan Muslim bin 'Uqbah telah menghalalkan Madinah selama tiga hari. 

Namun, bukan semua warga Madinah mencabut bai'ah mereka atas Yazid. Di antara sahabat yang membantah perbuatan Ibn Hanzalah dan Ibn Muti' itu ialah Ibn Umar. Beliau tidak bersetuju dengan cara mereka dan telah memberi nasihat kepada mereka.

Perbuatan tentera Yazid itu telah menjadi conteng arang atas muka Yazid. Cerita kebejatan Yazid yang dianggap pembunuh Hussain bin Ali, cucu Rasulullah SAW ditambah pula dengan peristiwa Harrah ini. Di atas kecemaran yang ada, bertembah lagi kecemarannya.

Namun, sebahagian ulama cuba mewajarkan tidakan Yazid. Paling tidak memaafkannya. 

Terdapat hadis yang memuji secara tidak langsung penglibatan Yazid bin Mu'awiyah dalam peperangan jihad. Sebuah hadis menyatakan:


أَوَّلُ جَيْشٍ مِنْ أُمَّتِي يَغْزُونَ مَدِينَةَ قَيْصَرَ مَغْفُورٌ لَهُمْ.

" Tentera terawal dari kalangan ummatku, memereka memerangi bandar Qaisar, mereka itu diampunkan Allah".

Catatan dalam kitab sirah menyebutkan bahawa peperangan pertama ke benteng Qastantiniah ialah pada zaman pemerintahan Mu'awiyah bin Abu Sufyan iaitu pada tahun 49H. Pimpinan dalam penyerangan ini ialah Yazid bin Mu'awiyah.  Oleh itu, sebahgian ulama yang menggapi hadis ini memasukkan Yazid bin Mu'awiyah di kalangan orang yang teampun. 

Kendati demikian besar pertanggungjawapan yang dihadapinya., pertama pembunuh Hussain, kedua menghalalkan Madinah dan selain itu riwayat tentang kefasikan dan sifat pemabuknya (sungguhpun diragui kebenarannya), watak jahat dan baik pada seorang adalah normal. Allah boleh mengampunkan selagi seseorang itu tidak berbuat syirik kepada Allah SWT.

Kata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dalam Majmu' Fatawa (Jil 4/ms 473) ketika mengulas isu ini:



بل يزيد مع ما أحدث من الأحداث، من قال فيه: إنه كافر مرتد، فقد افترى عليه. بل كان ملكا من ملوك المسلمين كسائر ملوك المسلمين، وأكثر الملوك لهم حسنات ولهم سيئات، وحسناتهم عظيمة، وسيئاتهم عظيمة، فالطاعن في واحد منهم دون نظرائه، إما جاهل وإما ظالم.
وهؤلاء لهم ما لسائر المسلمين، منهم من تكون حسناته أكثر من سيئاته، ومنهم من قد تاب من سيئاته، ومنهم من كفر الله عنه، ومنهم من قد يدخله الجنة، ومنهم من قد يعاقبه لسيئاته، ومنهم من قد يتقبل الله فيه شفاعة نبي أو غيره من الشفعاء، فالشهادة لواحد من هؤلاء بالنار هو من أقوال أهل البدع والضلال " انتهى من "مجموع الفتاوى" (4 / 473

Bahkan Yazid, dengan segala peristiwa yang dia terlibat, ada yang mengatakan dia kafir lagi murtad. Maka dakwaan ini adalah tuduhan berasas atasnya. Sebaliknya, dia adalah seorang raja daripada raja-raja kaum muslimin. Kebanyakan raja-raja , mereka ada kebaikan dan juga kejahatan. Ada yang kebaikannya lebih banyak dan ada yang kejahatan pula yang lebih banyak. Menuduh hanya satu sisi sahaja, sama ada baik atau jahat, adalah perbuatan orang jahil atau zalim.

Mereka itu macam juga orang Islam yang lain. Ada kalangan mereka kebaikannya mengatasi kejahatan. demikianlah sebaliknya Kalangan mereka ada yang bertaibat kepada Allah lalu Allah mengampunkan dosa mereka.Di kalangan mereka ada yang Allah masukkan ke syurga  dan ada yang dibalas atas kejahatan mereka. Ada pula yang beroleh syafaat nabi Muhammad atau pihak lain yang memberi syafaat. Maka, bersaksi bahawa mereka sebagai ahli neraka adalah perkataan ahli bid'ah dan orang sesat. 

Imam Az-Zahabi dalam Siyar A'lam menyebutkan bahawa Yazid memulakan pemerintahannya dengan pembunuhan Hussain dan menutup dengan Menghalalkan Madinah.

Sikap yang harus kita ada terhadap orang seperti Yazid bin Mu'awiyah ini adalah:

"Kita tidak menyatakan cinta kepadanya dan juga tidak mencelanya. Kita bersikap rasional bahawa setiap orang ada baik dan buruknya. Kita tidak menghukumnya sebagai ahli neraka, jauh sekali menjatuhkan hukum kafir atasnya kerana tiada bukti nyata atas kekafirannya. Kezaliman itu memang asam garam para raja dan itu terpulang kepada Allah untuk mengampunkan atau mengazabkan. Dalam lautan dosa, mungkin ada pulau pahala. Kuwujuna pulau itu menjadi tempat berlabuhnya rahmat Allah serta kempunannya. Siapa  tahu?"

Yang pasti, kita bukan tuan syurga dan juga bukan tuan neraka. Kita sendiri pun tak pasti akan masuk syurga atau neraka!

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP