Tafsir Bid'ah: Menafsirkan Imam sebagai Jamak kepada Umm (ibu)
June 20, 2024
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Israk, ayat 71:
يَوْمَ نَدْعُو كُلَّ أُنَاسٍ بِإِمَامِهِمْ ۖ فَمَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ فَأُولَٰئِكَ يَقْرَءُونَ كِتَابَهُمْ وَلَا يُظْلَمُونَ فَتِيلًا
Tafsir makna Imam dalam ayat adalah Imam dalam hidayah. Maka pada hari akhirat, setiap orang akan diseru sebagai pengikut imam hidayahnya. Mereka adalah para nabi Allah yang menyampaikan hidayah untuk diikuti manusia.
Namun, Zamakhsyari dalam tafsirnya, aL-KASYYAF, menafsirkan Imam itu sebagai ibu-ibu. Ertinya, kelak di akhirat, semua oranmg akan diseru dengan berbinkan ibunya. Alasannya menafsirkan demikian adalah kerana menjaga hak nabi Allah Isa A.S dan menutup keaiban anak zina serta memuliakan Hasan dan Husain yang silsilah mereka bersambung dengan Rasulullah SAW melalui Fatimah.
Menafsirkan Imam sebagai kata jamak kepada Ummu (ibu ) adalah menyalahi tatabahasa Arab. Jamak bagi Ummu adalah Ummat atau Ummahat. Lalu bagaimana dan dengan jalan apa kalimah Imam dihubungkan dengan Ummahat?
Sementara alasan menjaga hak nabi Isa yang lahir tanpa bapa sebenarnya tidak perlu. Justeru, kelahiran tidak berbapa itu merupakan satu kemuliaan buatnya. Kemuliaan Hasan dan Husain juga tidak memerlukan rekaan cerita sedemikian. Di hari akhirat, ornag tidak lagi mempudulikan anak zina dan seumpamanya. Setiap orang ada Sya'nun Yughnih.
Maka, penafsiran ini disifatkan sebagai bid'ut tafasir oleh Abdullah Al-Ghumari dalam kitabnya Bid'uttafasir.
Menurut Abdullah Al-Ghumari, apa yang menghairankannya, bagai Al-Baidhawi yang merengkaskan tafsir Zamakhsyari itu boleh mengangkat penafiran tersebut dalam kitab mulkhisnya.
Qiraat Al-Hasan Al-Basri yang membacakan " bi kitabihim" bukan "bi Imamihim" , walaupun syaz dan riwayat Ahad , menjadi dalil bahawa erti Imam dalam ayat bukanlah ibu tetapi kepala kepada millah atau hidayah. Lagi pula , apalah ertinya diseruseseorang berbinkan ibunya sedangkan konteks ayat adalah mengenai kejayaan ahlul haq dan kerugian ahlu batil.
Rujuk : Bid'uttafasir, Abdullah Al-Ghumari, ms78-79