April 6, 2010

DAURAH 171

TARIKH: 06 / 04/2010
MUKA SURAT : 171
SURAH AL-A'RAF: AYAT

PENGERUSI                     : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED       :UST MOHD SHAHRAN IBRAHIM
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN DAN PERSOALAN

1) SHAMSUDDIN JUNAIDDI 

 Apakah ada nabi/rasul  yang diutuskan serentak pada satu masa?


Ust Kama:Ada nabi yang diutuskan serentak pada satu zaman dan untuk kaum berlainan seperti nabi Ibrahim dan nabi Lut. Ada yang diutuskan sezaman untuk satu kaumyang sama seperti nabi Musa dan Harun.

2) UST NASIR

a) Seseorang yang memberi salam kali pertama  kemudian terbatal wudhu' adalah sah solatnya. Manakala dia melanjutkan dengan salam kedua selepas batal wudhu' itu dikira batal solatnya.Kenapa ?

Ust Kama: Seseorang itu dikira selesai solat dengan salam pertama. Justeru, jika diaterbatal wudhu' ia tidak menjeaskan solatnya kerana dia telah menyempurnakan solatnya  dengan memberi salam pertama. Namun, jika seseorang itu masih melanjutkan salam kedua, dia dikira masih dalam solat kerana salam kedua adalah perkara sunat dalam solat.Jika dia terbatal wudhu' tetapi masih memberi salam kedua, bermakna dia mengerjakan solat dalam keadaan berhadas. Tentu sekali solat dalam keadaan berhadas tidak sah!


b) Doa dikatakan boleh menunda Qadha. Apabila seorang bernazar untuk melakukan sesuatu, lalu Allah menunda Qadhanya dengan sebab nazar itu, apakah dalam situasi ini nazar sama seperti doa?




3) HJ. JAAFAR


Apakah hukum jual dengan dua harga yang berbeza. Satu harga belian cash dan satu harga tangguh. Tidakkah harganya lebih itu menjadi riba?


4) SURADI

a) Apakah hukumnya seorang imam berdoa sembahyang menggunakan gantinama diri sahaja dan tidak merujuk kepada gantinama 'kami' bagi mewakili makmum yang ramai?

Ust Kama: Imam tersebut tidak beradab.


b) Sebuah hadis yang bermaksud puasa adalah ibadat untu Allah dan Allah yang mengganjarinya. Apakah maksud hadis tersebut?

Ust kama: Puasa adalah ibadat yang istimewa. Sesuatu ibadat yang lain adalah diganjari antara 10 amsal sehingga 700.Tetapi puasa tidak begitu. Ia mungkin kurang daripada 10 amsal, hatta tiada apa-apa ganjaran dan mungkin melebihi 700 pahala. Allah menentukan berdasarkan kualitinya.




April 5, 2010

DAURAH 170

TARIKH: 05 / 04/2010
MUKA SURAT : 170
SURAH AL-A'RAF: AYAT

PENGERUSI                     : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        :UST MOHD SHAHRAN IBRAHIM
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN DAN PERSOALAN 

1) SHAMSUDDIN ANTONG

a) Apakah hukumnya orang islam mengambil kontrak membina gereja?

Ust Kama:  Al-Quran menegaskan agar kita bertolongan dalam perkara baik dan taqwa dan melarang kita bertolongan dalam perkara dosa dan permusuhan. Menyembah selain Allah adalah sebesar-besar dosa. Penganut Kristian berbuat syirik kepada Allah SWT dalam gereja mereka. Oleh itu kita diharamkan menolong mereka membangunkan gereja mereka.

b) Apakah hukumnya bekerja dan makan gaji dengan orang kafir?

Ust Kama: Bekerja dengan orang kafir tidak dilarang selagi bidang pekerjaan itu bukan yang diharamkan syarak seperti kerja-kerja dosa dan kesyirikan.




2) AHMAD DAUD

Mengikut konsep Satu Malaysia, kita hendaklah tolong menolong antara kaum berlainan agama. Pada satu ketika, kita dibantu oleh rakan kita beragama kristian untuk ke masjid bagi menunaikan solat Jumuat, dan pada satu ketika lain, kita pula membantunya kegereja. Apakah Islam menerima konsep Satu Malaysia yang diamalkan dalam bentuk ini?

Ust Kama:Konsep Satu Malaysia hendaklah dicerminkan dengan agama Islam. Ia tidak harus diamalkan dalam bentuk pluralism agama. Kita disuruh bertolongan dalam perkara baik dan taqwa dan dilarang bertolongan dalam perkara dosa dan permusuhan. Membantu kesyirikan adalah satu dosa.

3)  SABARUDDIN


Ada hujah kalangan kristian yang mendakwa Al-Kitab membunyai kitab-kitab sokongan yang dikarang oleh tokoh pendeta mereka. Ini, menurut mereka adalah kelebihan Al-Kitab yang mereka miliki sedangkan Al-Quran, apakah karya para ulama itu boleh dikatakan kitab-kitab sokongan yang dapat dibandingkan dengan situasi dalam agama Kristian?

Ust Kama: Kitab Al-Quran adalah wahyu Allah dan ia tidak memerlukan sokongan daripada mana-mana kitab. Ia berdiri sendiri sebagai wahyu yang tulin dan suci. Karya para ulama bukan hujah yang memperkuatkan Quran. Karya mereka cuma huraian dan pendetailan apa yang terkandung dalam Quran.


4) SAMIT


Pandangan: Sesuatu tesis akan dilihat sebagai kuat jika mengambil pelbagai pandangan tokoh. Semakin ramai hujah sokongan daripada pelbagai sumber, semakin kuatlah sesebuah tesis. Mungkin hujah orang kristian tersebut berdasarkan perbandingan dengan sifat tesis dalam dunia akademik.

Ust Kama: Al-Quran bukan sebuah tesis. Ia adalah wahyu Allah. Wahyu Allah tidak memerlukan apa-apa hujah sokongan kerana kekuatan wahyu Allah mengatasi segala sumber lain sama ada yang primer atau secondary,


5) SURADI

Ust mengatakan bahawa harta ghanimah dalam syariat nabi Musa tidak boleh dimakan malah di bakar. Kenapa perempuan tidak dibakar tetapi dikahwini?


Ust Kama: Sememangnya kebolehan makan harta ghanimah hanya ada dalam syariat Islam. Kebolehan mengambil tawanan perempuan sebagai hamba (diperlakukan seperti isteri-bukan dinikahi) juga hanya ada dalam Islam. Tiada dalam syariat terdahulu!

April 1, 2010

MAKLUMAN:PERUBAHAN JADUAL DAURAH

Bermula minggu pertama bulan April 2010, jadual mingguan daurah akan berubah. Malam daurah diubah kepada hari Isnin, Selasa dan Rabu. Jadual aktiviti daurah di Surau Al-Fajr adalah seperti dalam jadual berikut:


AKTIVITI / PENGAJIAN ILMU
SURAU AL-FAJR, TAMAN FAJAR, SANDAKAN, SABAH.

HARI
BENTUK PROGRAM
MASA
PENYAMPAI/MENTOR
AHAD
KULIAH MAGHRIB
Lepas Solat Maghrib
-
ISNIN
DAURAH QURAN
Lepas Solat Maghrib
Ust Kama
SELASA
DAURAH QURAN
Lepas Solat Maghrib
Ust Kama
RABU
DAURAH QURAN
Lepas Solat Maghrib
Ust Kama
KHAMIS
MAJLIS
Lepas Solat Maghrib
Bacaan Yasin
JUMAAT
KULIAH MAGHRIB
Lepas Solat Maghrib
Ust  Wan Mohd Helmi Abd Hamid
SABTU
KULIAH MAGHRIB
Lepas Solat Maghrib
Ust Yazit Md Jais
KULIAH SUBUH
Lepas Solat Subuh
Ust Tuan Roslan Tuan Muda
Ust Mat Isa Saud






CARI KANDUNGAN BLOG