April 20, 2010

DAURAH 177


TARIKH: 20 / 04/2010
MUKA SURAT :177
SURAH AL-ANFAL: AYAT 1-8

PENGERUSI                     : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST SUKRI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA
ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN 


1) USTAZ SUKRI BIN MAT
Ulasan Tambahan: Mengaitkan ayat 2 surah Al-Anfal dengan suara azan yang didenagar oleh ramai orang tetapi tak merasa perlu untuk hadir menyahut seruan azan itu dan mendirikan solat berjema'ah. Apakah kita boleh mendakwa kita takutkan Allah jika suara azan yang menyebutkan kebesaran Allah kita tidak endahkan?

Ramai orang pula sanggup mengalirkan air mata ketika menyaksikan rancangan TV yang memperlihatkan idol pujaan mereka tersingkir. Demikian murahnya harga air mata ummat Islam hari ini. jauh sekali untuk menangis kerana Allah SWT.

2) SYAMSUDDIN ANTONG

Apakah ada ayat yang mengharamkan judi? Ada orang mendakwa tiada ayat yang mengharamkan judi.

Ust Kama: Ayat mengharamkan judi disebutkan dengan terang dalam Quran iaitu ayat 219 surah Al-Baqarah.

3) AHMAD DAUD

a) Ada orang membahaginakan iman kepada 5 peringkat. Apakah tingkat iman ini berkaitan dengan darjat syurga yang disebutkan dalam Quran?

Ust Kama: Pembahagian iman kepada tingkat-tingkat tertentu dengan nama tertentu bukanlah sesuatu yang sabit dalam Quran dan Hadis. Ia merupakan hasil ijtihad sebahagian ulama. Sememangnya iman itu punya tingkat-tingkatnya dan para ulama punya pandangan dan pengkelsanb yang berbeza antara satu sama lain.

Penentuan tingkat syurga mana kita berada adalah ditentukan oleh Allah SWT berdasarkan  amal kita.

b) Apakah boleh bermain judi untuk membayar hutang? Ada orang menyebutkan bahawa berjudi untuk bayar hutang adalah dibenarkan di bawah klausa darurat seperti kes makan daging babi di kala darurat.

Ust Kama: Tidak halal dan tidak boleh menggunakan klausa darurat dalam kes perjudian.
Ust Helmi: Matlamat tidak menghalalkan cara.



4) SURADI

a) Disebutkan dalam hadis yang telah disebutkan semalam, mengenai larangan berdoa dengan suara yang kuat, "wahai manusia". Kenapa nabi menggunakan lafaz 'wahai manusia'?

Ust Kama: Hadis tersebut diriwayatkan dalan saheh Bukhari dan Muslim. Berikut adalah matannya:


يا أيها الناس اربعوا على أنفسكم, فإنكم لا تدعون أصم ولا غائباً إن الذي تدعونه سميع قريب أقرب إلى أحدكم من عنق راحلته

Mengapa nabi menyebut 'wahai manusia' tidak 'wahai yang beriman', wallhu a'lam.

b) Harta rampasan dalam bentuk wanita yang sudah bersuami, bagaimanakah kedudukan perkahwinannya?

Ust Kama: Perkahwinan tawanan wanita dengan suaminya terfasakh.

c) Dikatakan ada syurga bernama illiyyin. Apakah di sana tempat roh orang yang beriman?


5)MR. X

Apakah hukum pertandingan yang dijalankan oleh petronas dan shell. Apakah ia satu perjudian?

Ust Kama: Beli minyak dan dapat borang, kemudian disi borang, tiba-tiba menang. Itu bukanlah satu perjudian kerana  kita membeli minyak bukan membayar untuk masuk pertandingan tersebut.


April 19, 2010

DAURAH 176


TARIKH: 19 / 04/2010
MUKA SURAT :176
SURAH AL-A'RAF: AYAT 196-206

PENGERUSI                     : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST MAT ISA
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN TAMBAH DAN PERSOALAN

1) MUDA AJAK

Komentar Isu

a) Sebilangan orang  yang berduit banyak kali melaksanakan Umrah dan tidak pula mahu melakukan haji. Apakah mereka ini lebih mengutamakan sunat berbanding fardhu?

b) Di Sandakan, dulu ada beberapa sekolah agama. Kini banyak yang tidak dapat hidup. Alangkah baiknya kalau orang yang selalu pergi umrah ini mendermakan wangnya buat membangunkan sekolah-sekolah agama ini.

2) AHMAD DAUD

Apakah hukumnya hutang bank  untuk pergi haji?

Ust Kama: Berhutang di Bank untuk pergi haji menjadi amalan di negara Indonesia. Kalau anda sedar, anda akan selalu nampak jemaah haji Indonesia memakai pakaian seragam yang tertulis Bank Syariah Indonesia.

Maka, berhutang untuk pergi haji adalah harus tetapi tidak wajib.

Rujuk : Islamweb


3)  SURADI

a) Apakah hukumnya sujud 2 kali. Kali pertama sujud atas batu lalu diangkat dan sujud di sebelahnya.

Ust Kama: Jika sengaja, batallah solat kerana menambah rukun.

b) Seseorang yang murtad dan kemudian bertaubat dan kembali kepada Islam, bagaimanakah dengan amal ibadat sebelumnya, perlukah dikada?

Ust Kama: Murtad memusnahkan seluruh amalnya sebelum murtad. Maka, hendaklah orang yang bertaubat daripada dosa murtad mengkadakan semua ibadat wajibnya sebelum murtad.

c) Apakah perbezaan antara hidayah dengan basirah?


Ust Kama: Wallhu a'lam- Saya memahamkan begini. Hidayah adalah anugerah Allah SWT kepada siapa sahaja. Basirah pula terbit daripada kemampuan ilmu.

April 14, 2010

DAURAH 175

TARIKH: 14 / 04/2010
MUKA SURAT :174
SURAH AL-A'RAF: AYAT 179-187

PENGERUSI                     : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        :UST MAT ISA SAUD -hukum Qalqalah
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALA



1) SYAMSUDDIN FRANK

a) Apakah kaitan antara Qarin dan manusia?

Ust Kama: Qarin adalah syaitan yang dilahirkan bersama manusia dan sentiasa berusaha menggelincir manusia.

b) Apakah pandangan Islam tentang kewujudan dinasour?

Ust Kama: Ia merupakan satu perkara yang terbuka kepada kajian ilmiah dan tiada nas Islam yang boleh difahami menafikan kemungkinan wujudnya.

2) AHMAD DAUD

Siapakah ummat Muhammad? Apakah kalangan yang tidak sampai dakwah kepada mereka pada zaman sesudahnya termasuk dalam kalangan ummat Muhammad?

Ust Kama: Ummat Muhamamd adalah semua manusia dan jin yang hidup di atas muka bumi pada zamannya dan sesudah wafatnya sehingga hari kiamat. Ummat nabi Muhamamd sama ada yang beriman dengannya atau yang tidak beriman dengannya. Hal ini samalah dengan ummat nabi-nabi terdahulu seperti ummat nabi Nuh, nabi Hud, Soleh, Syuaib, Musa dan selai mereka.  Kalangan mereka ada yang beriman dan kalangan mereka ada yang kufur dengan dakwah nabi-nabi tersebut. 

Bagi mereka yang tidak sampai dakwah kepada mereka, mereka dipanggil sebagai ahlil fatrah. Mereka tidak diazab dengan sebab kejahilan mereka.


3) UST WAN HELMI

Siapa yang tahu tentang pembuktian ilmu dan sains tentang jumlah tulang rusuk manusia lelaki?

Rujuk:
Islamweb
Islamonline


4)SURADI

a) Apakah hukumnya menemui bomoh untuk bertanya tentang sesuatu barang hilang?

Ust Kama: Maksud hadis, "siapa yang mendatangi kahin lalu percaya dengannya maka sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang aku bawa" adalah cuykup menjadi amaran kepada kita supaya menjauhi kebiasaan menemui tukang tuduh ini.

b) Dikatakan bahawa bayi mati kecil akan didatangkan kepada rasul untuk menguji keimanannya bagi menetukan syurga atau neraka pada hari akhirat. Siapakah rasul tersebut?

Ust Kama: Wallahu a'lam tentang siapa rasul itu. Kadang-kadang istilah rasul merujuk kepada malaikat yang membawa wahyu Allah.

5) UST WAN HELMI

Menjelaskan tentang iradat Allah yang terbahagi kepada 2 iaitu:

a) Iradat kauniyyah yang merupakan kehendak azali Allah yang tersimpan dalam ilmunya.Sesuatu akan berlaku sepertinya kehendaNya itu. Tidak dapat tidak.

b) Iradat Syariyyah yang merupakan kehendaklah Allah berdasarkan tuntutan syariat dan tidak semestinya berlaku sebagaimana yang diperintahkaNya.




Rujuk : Multaqa Ahli Tafsir

CARI KANDUNGAN BLOG