December 7, 2020

Mustaqir matahari

Firman  Allah dalam surah Yasin:


وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَهَا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ ۝ وَالْقَمَرَ قَدَّرْنَاهُ مَنَازِلَ حَتَّى عَادَ كَالْعُرْجُونِ الْقَدِيمِ ۝ لا الشَّمْسُ يَنْبَغِي لَهَا أَنْ تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ [يس:38-40]



Ulama tafsir cuba menafsirkan maksud mustaqir bagi matahari itu sehingga terbit beberapa pandagangan dalam menafsirkannya.:


1) ia adalah orbitnya yang berada di bawa arasy sebagaimana dalam hadis.


2) Ia adalah kesudahan peredarannya iaitu hari kiamat.


3) Iaitu limit keberadaan matahari yang ia tidak akan melewatinya.


4) Iaitu tempat terbitnya pada musim panas dan musim sejuk yang ia tidak akan melanggarnya.


Sebenarnya, maksud mustaqirruha ini telah pun ditafsirkan dalam hadis yang saheh. Maka cubaan menafsirkan kepada makna lain adalah salah. Disebutkan dalam hadis

Nabi bersabda kepada Abu Zar:

أتدري ما مستقرها يا أبا ذر ؟ قلت: لا. قال: مستقرها سجودها تحت العرش. يعني: إذا حاذت العرش سجدت سجوداً يليق بها لا يعلمه إلا الله، هو الذي يعلم كيفيته، ثم يؤذن لها فتستمر حتى تطلع من مطلعها، فإذا جاء آخر الزمان قيل لها: ارجعي من حيث جئت، فترجع فتطلع من مغربها، فالمستقر محاذاتها للعرش، فإذا حاذت العرش في وسط السير سجدت

 

 

 

 

 

FAKHRUDDIN AR-RAZI

فخر الدين الرازي.jpg

Nama beliau adalah Fakhruddin Muhamamd bin Umar bin Al-Hasan bin Al-Husain At-Taymi Al-Bakri Ar-Razi. Beliau dilahirkan pada tahun 543H di daerah Ar-Ray iaitu sebuah bandar bersejarah di sebelah Tenggara bandar Tehran di Irran.

dari segi nasab keturunan, beliau adalah daripada bangsa Quraisy.

Beliau banyak mengembara untuk menuntut ilmu dna terkenal dengan bidang ilmu yang pelbagai seperti Tafsir, kimia, astronomi, bahasa dsb. Beliau adalah tuan punya kitab tafsir yang dinamakan "mafatihul ghaib".

Fahkruddin Razi bermazhab Syafie  dan nerupakan tokoh ahli sunnah yang benyak menghunjam para ahli falsafah dan muktazilah.


Beliau wafat pada tahun 606H.

 

 

December 1, 2020

MA'MAR BIN RASYID AL-BASRI

Beliau dilahirkn tyahun 95/96H. Beliau dilahirkan di Basrah.

 

Beliau diberi kinayah Abu Urwah.

Beliau banyak mengembara menyebarkan ilmu hadis dan mencari hadis-hadis yang belum diketahuinya.  Apabila dia sampai di Yaman, orang di sana mahu Ma'mar tinggal bersama mereka dan tidak lagi hidup berkelana. Maka caranya ialah mengahwinkan Ma'mar dengan wanita di sana. Dengan sebab itu, Ma'mar pun tidak lagi berkelana sehingga beliau mati di Yaman pada tahun 153H


 Dalam pengembaraannya, beliau mengambil ilmu hadis daripada banyak tokoh termasuk Sufyan As-Tsauri. Ibn Al-Mubarak disebutkan sebagai antara muridnya.


Kisah Ma'mar ini jadi satu contoh bagaimana nikah mengubah tabiaat pencinta ilmu. Sebab itu masyhurlah kata-kata Abu yazid Al-Bustami:

"Ilmu itu hilang di  paha-paha wanita"

Dalam sebutan yang lain:

" Ilmu itu mazbuh di antara paha-paha wanita".

CARI KANDUNGAN BLOG