December 15, 2020

Perihal Zikir Mufrad



Golongan yang mempertahankan zikir mufrad membawakan dalil-dali untuk mengabsahkan zikir mufrad. Mereka menaqalkan kata-kata seornag ahli sufi bernama Ibn Arabi yang mengalasankan kenapa zikir mufrad jadi pilihannya. Katanya, dia takut kalau-kalau dia mati antara nafi dan ithbat semasa menyebutkan kalimah tauhid, maka kalimah Allah, Allah lebih selamat.



Adapun hujjah-hujjah menolak kebsahan zikir mufrad itu ialah:



1) Zikir dalam bentuk kalimah mufrad ini tidak pernah sekalipun diriwayatkan ada diamalkan oleh nabi SAW atau sahabat, maupun generasu salaf




2) Dalil yang dibawa dalam hadis Muslim yang meyebutkan bahawa: Tidak akan berlaku kiamat selagi mana masih ada di muka bumi orang yang menyebutkan Allah-Allah hendaklah dibaca bersama pemahaman praktikal nabi dan sahabat. Selain itu, ia juga hendaklah dibaca bersama hadis lain yang diriwayatkan oleh imam AHmad dalam musnadnya yang tidak menyebutkan kalimah Allah-Allah, tetapi kalimah La Ilaha Illallah.




3) Mempertahan zikir kalimah Allah-Allah itu adalah jalan untuk menghalalkan zikir yang lebih khusus lagi sebagaimana yang dibawa oleh kaum sufi. Selepas mereka membenarkan kalimah zikir Allah-Allah dengan membawa hujah dalil yang sebenarnya tidak menyokong, apakah pula dalil yang membolehkan zikir Hu Hu , Ka Ka , HH HHH dan sebagainya?



Kata-kata yang takut kalau kiranya mati antara nafi dan Ithbat itu pula adalah "balawok". Ini hujahnya:

1) Umur makhluk dalam ilmu Allah. Kalau takut hal sedemikian menjadi pertimbangan, tiadalah ada ajaran nabi menyebut kalimah tauhid.



2) Amal adalah berdasarkan niat. Seorang yang mengucapkan kalimah tauhid berniat untuk menyempurnakannya. Kalau dia mati sebelum sempurna ucapan, Allah mengambil kira niatnya. Bukan dihitung perkataannya yang tidka sempat lengkap itu!



3) Nabi sendiri suruh kita talqinkan ornag nak mati dengan La Ilaha Illallah. Kalau ikut logik golongan sufi ini, lebihg baik talqinkan dengan kalimah Allah sahaja kerana saat nak mati, itulah saat yang paling membimbangkan. Boleh mati bila-bila masa sahaja.



4) Apa yang nabi minta Abu Talib ucapkan masa dia nak mati? Nabi minta Abu Talib kata "la Ilaha Illalah. Seharusnya nabi suruh sahaja sebut Allah. Itu lebih mudah bagi Abu Talib!



Kerana mengagungkan kalimah zikir mufrad inilah, lahirnya zikirnya Hu Hu. Lalu dibawakan dalil tentang kehebatan zikir Hu ini berdasarkan firmah Allah:



 

وما يعلم تأويله إلا ألله

 

Kata mereka, tiada yang mengetahui takwil Hu itu melainkan Allah. Kata ibn taimiyyah, kalau itulah menjadi maksud ayat itu, tentulah ganti nama itu tidak disebut secara mausul akan tetapi ditulis secara mafsul. Inilah adalah cubaan mentakwilakan Al-Quran mengikut hawa nafsu.










December 13, 2020

Dilarang memakai sebelah kasut

 Orang pakai kasut, dua belah. Apa jadi kalau hanya berkasut sebelah kaki? Orang kata orang itu gila. Ituklah kemungkinannya. Selain itu ia juga menimbulkan ketidakselesaan kepada badan yang berjalan tercongat conget.

Ada hadis nabi yang melarang berkasut sebelah. Tidak kiralah sebelah kanan atau kiri. Termasuk yang dilarang adalah memakai khuf sebelah sahaja. Mungkin juga, pakai stoking sebelah sahaja. Perbuatan ini tidka cantik di mata.

hadis nabi diriwayatklan dalam Saheh Muslim bab PAKAIAN menyebutkan :


حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ ، عَنْ مَالِكٍ ، عَنْ أَبِي الزِّنَادِ ، عَنِ الأَعْرَجِ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يَمْشِي أَحَدُكُمْ فِي نَعْلٍ وَاحِدَةٍ ، لِيُحْفِهِمَا جَمِيعًا ، أَوْ لِيُنْعِلْهُمَا جَمِيعًا 

 Janganlah seseornag  kamu berjalan dengan satu kasut, akanm tetapi hendaklah memaki kdua-duanya.


Ibn Al-Arabi Al-Maliki mengatakan sebab larangan itu ialah cara memakai kasut hanya sebelah sahaja adalah cara berjalan syaitan. 


Sungguhpun hadis ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah dengan sanad yang saheh, terdapat bantahan daripada Aisyah ketika ornag beritahunya apa yang dikatakan Abu Hurairah. Aisyah r.a membantahnya sebagaimana dalam riwayat:


وروى الحافظ أبو زرعة العراقي في كتاب شرح الاحكام عن ابن أبي شيبة عن ابن عيينة عن عبد الرحمن بن القاسم عن أبيه ان عائشة كانت تمشي في خف واحد وتقول لاخيفن أبا هريرة قال واسناده صحيح.


December 10, 2020

'Atiyyah bin Sa'ad

 Beliau adalah Ibn Junadah Al-'Aifi Al-Kufi dengan kunyah Abul Hasan. Beliau adalah kalangan Tab'in yang masyhur akan tetapi dari sudut Sanad hadis, beliau adalah daif. Beliau meriwayatkan hadis daripada Ibn Abbas, Ibn Umar dan Abu Said Al-Khudri.

Mengambil hadis daripadanya oleh anaknya Al-hasan, Hajjaj bin Arto'ah, Qurrah bin Khalid Zakaria bin Abi Zaidah, Mus'ir dan lain-lain.

Beliau meninggal tahun 111H. Imam Az-Zahabi dalam Siyar menyebutkan bahawa beliau adalah  seorang Syiah Ali. 

Beliau berpendapat Ali lebih aula menjadi khalifah berbading Abu Bakar dan Umar. Beliau juga seornag Mudallis dan diberitakan bahawa beliau duduk berguru dengan Abu Sa'id. Apabila Abu Sa'id sudah meninggal, beliau duduk pula dengan Al-Kalbi. Ketika ini beliau menganggap Al-kalbi itu sebagai Abu Sa'id . Beliau sendiri mengatakan bahawa beliau menamakan Al-Kalbi itu Abu Sa'id dan ketika meriwayatkan daripada Al-kalbi, beliau menyebutkan teleh mencerityakan kepada oleh Abu Sa'id.

CARI KANDUNGAN BLOG