December 29, 2020

Tafsir yang tidak mengikut apa yang warid dari Salafus Soleh

 Di antara kepincangan tafsiran Quran yang dikenalpasti ialah menafsirkan ayat tidak mengikut apa yang ditafsirkan oleh generasi Salafus Soleh. Perkara ini adalah di antara kecacatan dalam penafsiran. Jika ada tafsiran yang disebutkan oleh para salaf tentang satu ayat, maka tafsiran lain hendaklah diketepikan, bahkan tidka boleh diangkat sebagai tafsiran. Ini kerana generasi salaflah golongan yang paling faham dengan maksud sesuatu ayat Quran.

 

Kita lihat bagaimana mereka menafsirkan ayat 7 Surah Al-Fatihah:




غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ


Tafsiran yang betul bagi ayat ini adalah orang Yahudi dan Nasrani. Tidak perlu berbasa basi lagi dengan menyebutkan sifat-sifat. Terus langsung ditafsirkan sebagai orang Yahudi dan Nasrani. Orang yang dimurkai Allah itu Yahudi dan orang yang sesat itu orang Nasrani. Inilah tafsiran yang disebutkan dalam riwayat Turmizi dan lain-lain daripada Adi bin Hatim daripada nabi SAW (dalam hadis yang panjang) bahawa apa yang dimaksudkan ornag yang dimurkai Tuhan itu Yahudi dan yang sesat itu Nasrani.

 




Pun begitu, ada kalangan ulama tafsir yang cuba menafsirkan dengan makna yang yang lebih umum seperti yang dilakukan oleh Ahmad Mustafa Al-Maraghi:

 

 

 Demikian pula apa yang cuba diutarakan oleh Dr Mohammad Kamil Hussain dan Lajnah Al-Quran dan Sunnah di Kaherah:



Mereka menafsirkan dengan tafsiran yang tidak mengikut secara tuntas apa yang telah tsabit di kalangan salaf . Ini merupakan antara bentuk kesalahan dalam tafsir yang perlu diwaspadi dan diambil pelajaran oleh para menuntut ilmu tafsir.



 

 

 

December 27, 2020

MAKSUD KHAWARIJ


 Bekata Syahrastani dalam Al-Milal Wan Nihal:



كل من خرج على الإمام الحق الذي اتفقت الجماعة عليه يسمى خارجياً، سواء كان الخروج في أيام الصحابة على الأئمة الراشدين أو كان بعدهم على التابعين لهم بإحسان والأئمة في كل زمان

 

Maksudnya,sesiapa yang memerangi pemerintah yang sebenar, yang telah dipilih oleh rakyat  dengan kesepakatan, sama ada pada zaman sahabat atau sesudah zaman mereka, maka mereka itulah golongan Khawarij

December 15, 2020

Perihal Zikir Mufrad



Golongan yang mempertahankan zikir mufrad membawakan dalil-dali untuk mengabsahkan zikir mufrad. Mereka menaqalkan kata-kata seornag ahli sufi bernama Ibn Arabi yang mengalasankan kenapa zikir mufrad jadi pilihannya. Katanya, dia takut kalau-kalau dia mati antara nafi dan ithbat semasa menyebutkan kalimah tauhid, maka kalimah Allah, Allah lebih selamat.



Adapun hujjah-hujjah menolak kebsahan zikir mufrad itu ialah:



1) Zikir dalam bentuk kalimah mufrad ini tidak pernah sekalipun diriwayatkan ada diamalkan oleh nabi SAW atau sahabat, maupun generasu salaf




2) Dalil yang dibawa dalam hadis Muslim yang meyebutkan bahawa: Tidak akan berlaku kiamat selagi mana masih ada di muka bumi orang yang menyebutkan Allah-Allah hendaklah dibaca bersama pemahaman praktikal nabi dan sahabat. Selain itu, ia juga hendaklah dibaca bersama hadis lain yang diriwayatkan oleh imam AHmad dalam musnadnya yang tidak menyebutkan kalimah Allah-Allah, tetapi kalimah La Ilaha Illallah.




3) Mempertahan zikir kalimah Allah-Allah itu adalah jalan untuk menghalalkan zikir yang lebih khusus lagi sebagaimana yang dibawa oleh kaum sufi. Selepas mereka membenarkan kalimah zikir Allah-Allah dengan membawa hujah dalil yang sebenarnya tidak menyokong, apakah pula dalil yang membolehkan zikir Hu Hu , Ka Ka , HH HHH dan sebagainya?



Kata-kata yang takut kalau kiranya mati antara nafi dan Ithbat itu pula adalah "balawok". Ini hujahnya:

1) Umur makhluk dalam ilmu Allah. Kalau takut hal sedemikian menjadi pertimbangan, tiadalah ada ajaran nabi menyebut kalimah tauhid.



2) Amal adalah berdasarkan niat. Seorang yang mengucapkan kalimah tauhid berniat untuk menyempurnakannya. Kalau dia mati sebelum sempurna ucapan, Allah mengambil kira niatnya. Bukan dihitung perkataannya yang tidka sempat lengkap itu!



3) Nabi sendiri suruh kita talqinkan ornag nak mati dengan La Ilaha Illallah. Kalau ikut logik golongan sufi ini, lebihg baik talqinkan dengan kalimah Allah sahaja kerana saat nak mati, itulah saat yang paling membimbangkan. Boleh mati bila-bila masa sahaja.



4) Apa yang nabi minta Abu Talib ucapkan masa dia nak mati? Nabi minta Abu Talib kata "la Ilaha Illalah. Seharusnya nabi suruh sahaja sebut Allah. Itu lebih mudah bagi Abu Talib!



Kerana mengagungkan kalimah zikir mufrad inilah, lahirnya zikirnya Hu Hu. Lalu dibawakan dalil tentang kehebatan zikir Hu ini berdasarkan firmah Allah:



 

وما يعلم تأويله إلا ألله

 

Kata mereka, tiada yang mengetahui takwil Hu itu melainkan Allah. Kata ibn taimiyyah, kalau itulah menjadi maksud ayat itu, tentulah ganti nama itu tidak disebut secara mausul akan tetapi ditulis secara mafsul. Inilah adalah cubaan mentakwilakan Al-Quran mengikut hawa nafsu.










CARI KANDUNGAN BLOG