DAURAH 26
October 30, 2008
ISI-ISI PENTING
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,
(yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa diantara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), Maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan . Maka Itulah yang lebih baik baginya. dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu Mengetahui.
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang aku, Maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
ISU-ISU YANG DITIMBULKAN
1. Hj. Jaafar bertanyakan mengenai wasiat si mati agar membina maqam atas kuburannya sesudah dia mati. Apakah wasiat seumpama itu perlu dilaksanakan?
Ust. Kamaruddin menjelaskan bahawa wasiat melakukan benda yang haram tidak wajib dilaksanakan . Wasiat itu terbatal. Binaan atas kuburan adalah dilarang berdasarkan beberapa hadis antaranya:
Sabda Rasulullah SAW:
(Jangan kamu tinggalkan berhala melainkan kamu hancurkan dan tiada kubur yang dimuliakan melainkan diratakan)-Hadis Riwayat Muslim dan lainnya.
Rujuk Fatwa Dr. Husamuddin bin Musa Ufanah (Pensyarah Fiqah dan Usul Universiti Al-Quds, Palestin)
2. En Suraudi menimbulkan soalan mengenai maksud ayat 173 surah Al-Baqarah, apakah pengharaman babi hanya berlaku dalam syariat Islam ataupun telah diharamkan dalam Syariat yang terdahulu.
Ust Zubair: Pengharaman telah berlaku dalam syariat terdahulu. Terdapat pengharamannya dalam Bible.Ini membuktikan bahawa pengharaman babi bukanlah perkara baru.
TAMBAHAN
Ust. Kamaruddin mengulas mengenai persoalan dalam daurah sebelumnya mengenai kemaksiatan yang dilakukan oleh orang kafir, apakah ia akan menyebabkan bala yang akan menimpa semua termasuk orang Islam. Ust. Kamaruddin menyebutkan firman Allah swt:
Maksudnya: Takutilah fitnah (bala bencana) yang tidak menimpa orang-orang zalim sahaja, dan ketahuilah bahawa Allah sangat keras siksaannya.
0 comments:
Post a Comment