CARI KANDUNGAN BLOG
DAURAH 72
TARIKH: 26/04/09 (AHAD)
MUKA SURAT: 72
Surah Ali Imran: Ayat
PENGERUSI: Ust M. Shahran
ULASAN TAJWEED: Ust Rashid
TERJEMAHAN: Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR: Ust Kama
Mengulas tentang jihad melawan hawa nafsu
2. Hj. Osman
Bagaimanakah kedudukan tentera bukan Islam yang terkorban dalam mempertahankan negara?
Ust Kama menghuraikan bahagian-bahagian syahid. Syahid dunia, dunia akhirat dan akhirat sahaja. Bagi berjuang dalam peperangan dan terkorban, bergantung kepada niatnya. Jika dia beperang selain kerana Allah, seperti mahu tunjuk berani, mahu mempertahankan hartanya dan dunianya dan lain-lain maksud dunia, maka matinya hanya syahid dunia. Di sisi Allah di hari akhirat, dia bukan tergolong kalangan syahid.
3. Suradi
a) Apakah benar anak yang hafaz Quran dapat memberi syafaat kepada 10 orang ahli keluarganya?
Ust Kama menjelaskan bahawa dinyatakan dalam hadis bahawa orang yang syahid dapat memberi syafaat kepada 70 orang ahli keluarganya. Sementara yang hafaz al-Quran yakni ingat dan mengamalkan dengan Al-Quran, akan memberi syafaat terhadap 10 ahli keluarganya.
b) Apakah orang kafir yang mengucap dua kalimah syahadah dengan sebab lamanya pergaulan dengan orang Islam dianggap sebagai Islam?
Ust Kama mengatakan bahawa mengucap dua kalimah syahadah dengan kesedaran makna kalimah dan imlpikasinya menjadikan seorang itu Islam.
4. ) En Samit
Mengulas mengenai beberapa kesalahan fahaman dalam masyarakat seperti dakwaan bahawa al-Quran ada 40 juzuk dan bukan 30 juzuk,solat bukan lima waktu tetapi solat sepanjang masa dan sebagainya.
Ust kama mengulas tambah bahawa itu semua adalah ajaran sesat.
Sila baca buku "Talbis Iblis" karya Ibnu Qayyim al-Jauziyyah.
DAURAH 71
April 21, 2009
MUKA SURAT: 71
Surah Ali Imran: Ayat 157-165
PENGERUSI: Ust M. Shahran
ULASAN TAJWEED: Ust Rasyeed
TERJEMAHAN: Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR: Ust Kama
1. Dengan rahmat Allah, akhlak nabi dibentuk menjadi lemah lembut.
2. Sikap keras hati akan menyebabkan mad'u lari meninggalkan daie.
3. Musyawarah adalah sunnah Rasulullah yang wajar kita contohi.
4. Kemenangan dan kekalahan telah ditentukan Allah.
5. Perbuatan khianat adalah amalan keji dan akan dibalas diakhirat kelajk dengan memikul apa yang dikhianatkannya.
ULASAN TAMBAHAN DAN SOALAN
1). SURADI
a) Jika ibu bapa kafir memeluk Islam, bagaimanakah kedudukan anak-anak mereka? Pada tahap umur berapakah mereka dikatan menjadi Islam?
b) Apakah benar ada hadis yang menyebutkan bahawa orang nkafir yang memeluk Islam itu lebih mulia berbanding orang yang islam sejak asalnya?
c) Jika satu jenazah dijumpa di pantai, yang pada sangkaan kita telah diuruskan dan dikebumikan di laut lepas, apakah ia perlu dikembalikan ke laut semula?
2). UST NASIR
Apakah benar hadis yang menyebutkan bahawa Abu Talib akan diazabkan dengan seringan-ringan azab dalam neraka iaitu dipakaikan kasut dari besi tembaga lalu mendidih otaknya?
3). UST. SYUKRI
Huraian tambahn mengenai peristiwa perang Uhud.( Telah dihuraikan pada malam sebelumnya)
4). HJ. JAAFAR
Apakah hukumnya membuat tangkal menggunakan ayat al-Quran?
Ust Kama menjelaskan bahawa ia adalah haram kerana tangkal, dibuat daripada apapun, adalah diharamkan dalam Islam.
ٌRujuk: Fatwa Binbaz, Islamweb.
5). UST RASHEED
Ulasan tambahan mengenai perbezaan antara sistem syura dan demokrasi.
6)HJ OSMAN
a) Berapakah martabat solat?
Ust Kama menjelaskan bahawa martabat solat adalah sebagai tiang agama.
b)Apakah maksud al-kauthar? Apakah ia telaga atau sungai?
Ust Kama menjelaskan bahawa maksud al-kauthar adalah haudhun nabiyy.
Catatan blog:
(Namun, kalau mengikut kitab-kitab Tafsir, al-kauthar ditafsirkan dengan banyak nama. Ada yang mengatakan ia adalah kebaikan yang banyak, anak keturuna nabi, ulama umatnya,ilmu dan hikmah, al-Quran kelebihannya, dan sebagainya. Sekurang-kurang ada 26 pandangan mengenai maksud al-kauthar)
Namun, hadis yang menyebutkan bahawa al-Kauthar adalah Haudhun Nabiyy (telaga nabi) lebih kuat kerana hadis-hadis mengenai telaga nabi mencapai darjat mutawatir.
Rujuk: Islamweb
DAURAH 70
PENGERUSI: Ust. M Shahran Ibrahim
ULASAN TAJWEED: Ust. Syukri Mat
TERJEMAHAN: Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR: Ust Kama
ISI-ISI PENTING
4) En. Samit
Read more...
DAURAH 69
MUKA SURAT: 69
Surah Ali Imran: Ayat...
PENGERUSI: Ust. M Shahran Ibrahim
ULASAN TAJWEED:
TERJEMAHAN: Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR: Ust Kama
ULASAN TAMBAHAN DAN SOALAN Read more...
DAURAH 68
April 9, 2009
PENGERUSI:
ULASAN TAJWEED:
TERJEMAHAN:
ULASAN TAFSIR: Read more...
DAURAH 67
MUKA SURAT: 67
Surah Ali Imran: Ayat 132-140
PENGERUSI: Ust. M. Shahran Ibrahim
ULASAN TAJWEED: Ust. Tn Roslan
TERJEMAHAN: Tn Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR: Ust. Kama
ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN
1). Ust. M. Shahran
Ulasan Tambahan: Ayat 133 mengingatkan kita agar bersegera berbuat amal kebaikan sebelum kematian.
2). Ust. Rasyid
Menyebutkan kisah berkaitan ayat 133 di mana orang kafir menjadikan alasan penolakan mereka terhadap seruan Islam apa yang fahami secara senda gurau dari ayat 133. Kata mereka, kalaulah luasnya syurga adalah seluas langit dan bumi, maka tiadalah lagi neraka. Justeru apa perlunya mereka masuk Islam kalau kelak ke syurga juga mereka. Dalam menanggapi olok-olok ini, nabi bertanya kepada mereka: kemana perginga malam setelah datangnya siang?
3). Cikgu Khairuddin
a) Apakah beza antara infaq dan zakat?
b) Apakah hukumnya zakat peendapatan?
4). Ust Nasir
a)Bagaimanakah jika orang yang kita buat salah kepadanya tidak memafkan dosa kita kepadanya?
b) Perlukah memberitahu bentuk dosa kita ketika meminta maaf?
c) Bagaimanakah mendapatkan ihsan dalam ibadah?
5). Hj. Jaafar
Soalan: Mengenai hadis bahawa orang tua tak akan masuk syurga, hanya orang muda sahaja yang masuk ke syurga. Minta huraian.
6). Hj Gapar
Bagaimanakah nak minta maaf kepada orang yang telah meninggal dunia?
7). Hj. Osman
Apakah maksud Al-Quran diturunkan atas 7 huruf?
8). Mas Suradi
a) Hari raya jatuh hari Jumaat, apakah perlu solat jumaat lagi setelah solat hari raya?
Read more...
DAURAH 66
MUKA SURAT: 66
Surah Ali Imran: Ayat 122-132
PENGERUSI: Ust. M. Shahran Ibrahim
ULASAN TAJWEED: Ust. Rasyid-Mad Wajib Muttasil
TERJEMAHAN: Tn Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR: Ust Kama
ULASAN TAMBAHAN DAN SOALAN
1). Tn. Hj Yusuf
Ulasan Tambahan: Perang Uhud adalah peperangan yang benar-benar menguji keimanan kerana dalam peperangan ini tentera Islam ramai yang terbunuh. Kita pada hari ini wajar bersyukur kerana pengorbanan para pejuang lampau yang telah mengorbankan dirinya untuk Islam.
2) Ust. Rasyid
Ulasan Tambahan:
a) Pakaian hitam tidaklah boleh disandarkan kepada syaitan kerana ia merupakan pakaian sebahagian ulama dan ummahatul mukimini juga diriwayatkan memakai pakaian hitam.
b) Riba pada zaman ini dijenamakan dengan nama-nama baru.
3). Cikgu Salleh
Soalan: Apakah bank-bank yang sesuai untuk kita berusrusan dan tidak mengamalkan riba?
Ust Rasyid menjawab: Bank Islam dan Bank Rakyat adalah dua bank yang sepenuhnya bermuamalah dengan sistem Islam. Terdapat bank-bank lain yang menyediakan skim Islam.
4).Ust. Syukri Mat
Ulasan Tambahan: Menjelaskan konsep riba dan menerangkan kaedah pembelian kereta yang tidak mengandungi riba (Al-bai' bi thaman Ajil).
5). Masuradi
a) Apakah malaikat membantu tentera Afghanistan?
b) Pertanyaan tentang hadis: "Ambil pemberian selama mana ia pemberian....(Bab rasuah)
c) Apakah hukumnya orang Kafir membacakan ayat Quran?
d) Apakah minyak rambut di kepala menjadikan air basuhan wuduk mustakmal?Apakah tidak celak itu menghalang air dari kena kulit?
6) Hj. Yusuf
Ulasan Tambahan: Rasuah dari aspek jenayah,
Read more...
DAURAH 65
April 6, 2009
PENGERUSI: Ust. Mohd Shahran Ibrahim
ULASAN TAJWEED: Ust. Syukri Mat
TERJEMAHAN:Tn. Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR:Ust. Kama
ISI-ISI PENTING
1. Harta dan anak-anak orang kafir tidak akan memberi manfaat kepada mereka di hari akhirat.
2. Segala perbelanjaan dan infaq oleh orang kafir seperti angin sejuk dingin yang bertiup merosakkan tanaman.
3. Dilarang mengambil orang yang bukan kalangan beriman sebagai sahabat dalam sesuatu urusan.
Tafsiran Surah Ali Imran,ayat 118: Rujuk Almeshkat, Sahab, Nidaul Iman.
4. Golongan munafiq akan bergembira bila melihat orang mukmin ditimpa musibah.
ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN
1). Ust. Mohd Shahran
Memberi tambahan bahawa sedekah dan semua amalan orang kafir itu hanya akan menjadi seperti fatamorgana.
2). Ust. Nasir
a) Menimbulkan persoalan mengenai hadis yang menyebutkan bahawa solat sebagai amalan pertama yang akan dinilai, jika baik solatnya, baiklah amalan lainnya. Jika sebaliknya, maka amalan lain pun bermasalah. Apakah hadis ini mebawa maksud amalan lain tidak diterima jika persoalan solat tidak selesai?
Rujuk: Ulasan Dr. Husamuddin bin Musa Ufanah, Islamweb
b) Apakah ada kaedah bagi orang awam untuk mengenali hadis palsu?
Ust Kama menyebutkan beberapa petanda hadis palsu. Satunya adalah apabila sesuatu amalan yang kecil dijanjikan ganjaran besar. Namun tidak semua. Sememangnya menentukan kepalsuan sesuatu hadis amat sukar melainkan dengan ilmu.
3) Hj. Jaafar
Soalan mengenai amalan dalam kenduri arwah dimana hidangan makanan dikirimkan pahalanya kepada arwah. Apakah sampai kiriman seperti itu?
Ust. Kama mengulas semula hadis terputusnya amal melainkan 3 perkara.
4). Ust. Syukri
a) Membuat ulasan tambahan mengenai ayat 117: Bahawa amalan orang kafir sia-sia di akhirat kelak.
b) Membuat ulasan tambahan mengenai ayat 120: Orang kafir merasa gembira apabila musibah menimpa orang Islam. Di kalangan sesama orang Islam sendiri pun ada penyakit ini . Jika ada perasaan seperti ini, maka samalah kita dengan orang kafir.
5). En. Suradi
a) Soalan mengenai kesahihan hadis bahawa ruh orang beriman di Syurga dan ruh orang kafir di bawah lapisan bumi yang ketujuh.
Ust Kama menyebutkan bahawa ruh orang beriman menurut sebuah hadis sahih akan ditempatkan disyurga.
Rujuk: Fatwa Bin Baz, Islamweb
b) Soalan mengenai kesahihan hadis yang menyebutkan bahawa barangsiapa yang menerima hadiah untuk sesuatu perkara, dia telah mendatangi salah satu pintu riba.
-Tangguh
c) Soalan tentang hadis bahawa bila telah diqamatkan untuk solat hendaklah bersegera kepada solat. Bagaimana dalam kondisi makanan telah dihidangkan?
-Tangguh
Ust. Kama mengulas bahawa ada solat yang waktunya muwassa' dan ada yang mudhoyyak. Ia tergantung dalam kondisi waktu solat yang kategori mana.
d) Soalan mengenai hadis yang menyebutkan bahawa seburuk-buruk manusia adalah yang mencuri dalam solat.
Ust. M. Shahran menghuraikan bahawa pencuri dalam solat adalah orang yang tidak sempurna rukuk dan sujudnya dalam solat.
6. Samit
Soalan: Merujuk kepada larangan Allah dalam ayat 118 yang mengambil orang kafir sebagai teman dalam satu-satu urusan, bagaimana soal praktikalnya dalam masyarakat majmuk pada hari ini?
-Tangguh
JAWAPAN SOALAN TERTANGGUH MINGGU LALU
Ust. Kama menjawab mengenai hukum duduk antara dua khutbah Jumaat.
Rukun Khutbah Jumuat menurut Abu Hanifah adalah satu sahaja iaitu zikir sama ada sedikit atau banyak. Memadai jika menyebut Subhanallah sekali atau Alhamdulillah sekali. demikian juga menurut Maliki, rukunnya cuma satu iaitu nasihat yang mengandungi peringatan (tanzir) atau galakan (tabsyir). Bagi Syafie, rukun khutbah adalah 5 perkara iaitu: Ucapan Alhamdulillah, Solawat atas nabi, wasiat taqwa, membaca ayat Quran dalam salah satu khutbah, doa untuk mukminin dan mukminat dalam khutbah kedua. Bagi Ahmad bin hambal, rukun khutbah ada empat (Seperti Syafie kecuali doa untuk mukminin dan mukminat dalam khutbah kedua )
Behubung Duduk antara dua khutbah adalah thabit dan disebutkan dalam Sahih Muslim:
عن ابن عمر رضى اللّه عنهما قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يخطب يوم الجمعة قائما ثم يجلس ثم يقوم
" Daripada Ibn Umar RA telah berkata: Rasulullah SAW berkhutbah pada hari Jumu'at dalam keadaan berdiri kemudian baginda duduk dan kemudian berdiri semula".
Menurut mazhab Maliki, Hanafi dan Hambali, duduk antara dua khutbah adalah sunat.
Namun, menurt Syafie, ia adalah wajib. Tidak sah khutbah jika tidak duduk antara dua khutbah tersebut.
Justeru, tindakan pihak Masjid Kem Tentera mengumumkan solat Juma'at minggu sebelumnya tidak sah kerana khatibnya tidak duduk antara 2 khutbah adalah betul berdasarkan pendapat Syafie.
Rujuk jawapan: Nida'ul Iman
Read more...DAURAH 64
MUKA SURAT: 64
Surah Ali Imran: Ayat 109-115
PENGERUSI: UST. AHMAD SHAHRAN IBRAHIM
ULASAN TAJWEED: UST. TN ROSLAN
TERJEMAHAN:UST. SYUKRI MAT
ULASAN TAFSIR:Ust. Kama
ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN
1).Ust. Syukri
Soalan: Berdasarkan ayat 111, Yahudi kalah setiap kali berperang dengan orang Islam. Mengapa realiti hari ini, ummat ISlam pula yang kalah?
Ust Kama menjelaskan bahawa ayat 111 hendaklah difahami bersama ayat 110. Jika ummat Islam umat terbaik dengan sebab 3 syarat dalam ayat, tidak ada sebab mengapa kemenangan menjadi milik Islam.
2).Ust. Nasir
a) Apabila imam tertinggal benda sunat dalam solat, perlu ditegur oleh makmum?
b)Jika terlupa untuk sujud sahwi, perlukah kembali kepada solat untuk melakukan sujud sahwi?
3). Hj. Jaafar
Terdapat orang yang petah bercakap soal agama, tetapi tidak mendirikan solat. Apakah tindakan kita terhadap orang seperti ini?
4.) Hj. Osman
Apakah kelebihan majlis zikir di akhirat kelak?
5). Suradi
a) Apakah perkataan "azaa" dalam ayat tersebut bermaksud "qalila"?
b)Apakah hukumnya khutbah jumaat tidak duduk antara 2 khutbah?
Jawapan ditangguh.
c) Apakah nabi Isa itu ummat nabi Muhammad yang terakhir?
DAURAH 63
April 4, 2009
MUKA SURAT: 63
Surah Ali Imran: Ayat 101-108
Sumber bahan:
1) Ceramah mahmud Al-Misri: TafsirSurah Ali Imran: Ayat 102 Read more...
DAURAH 62
TARIKH: 31/03/09 (SELASA)
MUKA SURAT: 62
Surah Ali Imran: Ayat 92-100
PENGERUSI : Ust. Syukri Mat
ULASAN TAJWEED : Ust M. Shahran Ibrahim
TERJEMAHAN :Tn Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR : Ust Kamaruddin Wahab
ISI-ISI PENTING:
1. Kebaikan itu adalah sama ada syurga, ketaatan atau amal soleh. ia boleh dicapai dengan membelanjakan ke jalan Allah apa yang paling disayangi.
2. Disebutkan dalam tafsir bahawa makanan yang diharamkan oleh Israil (Nabi Yaakob )ke atas dirinya adalah daging unta dan susunya kerana disebabkan keduanya beliau ditimpa penyakit sakit urat.
3. Baitullah di Makkah adalah rumah ibadat pertama di muka bumi dibina dan kemudian diikuti oleh Baitul Maqdis yang dibina oleh nabi Sulaiman. Menurut riwayat, 100 tahun setelah nabi Ibarhim membina Kaabah.
4. Ibadah Haji adalah sunnah nabi Ibrahim dan ia merupakan rukun Islam kelima bagi mereka yang mampu.
5. Ayat 100 adalah berkenaan upaya kaum Yahudi untuk mengembalikan permusuhan silam antara Khazraj dan Aus. Hampirlah mereka kembali berperang akibat adu domba Yahudi tetapi Rasulullah berjaya mendamaikan dan mengingatkan mereka semula.
ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN
1) Ust. Nasir
a) Minta penjelasan mengenai maksud "orang yang dimurkai" dan "orang yang sesat" dan kenapa mereka digelar begitu.
Ust. Kama menjelaskan bahawa orang yang dimurkai adalah Yahudi dan yang sesat adalah Nasrani. Yahudi dimurkai Allah kerana mereka menentang para nabi mereka, membunuh para nabi dan mengubah kitab yang dibawa oleh nabi mereka. Manakala kesesatan nasrani pula adalah kerana mereka mengangkat pendeta mereka sebagai Rab selain Allah sehingga mereka mempercaya bahawa Isa itu adalah anak Allah.
b) Bagaimana kedudukan saf solat yang terputus?
Saf dalam solat Jemaah amat penting. Dalam sebuah hadis nabi memperingatkan saf yang tidak rapat akan menyebabkan kerenggangan hati sesama muslim. Jika Saf tidak sempurna, kuranglah pahala solat jemaah. Jika saf terputus terus dengan satu kelompok solat di satu tempat dan saf pertama di tempat lain, maka tiadalah pahala jemaah biarpun solat seperti itu sah. Menurut sebahagian ulama, solat sendirian di belakang saf adalah tidak sah. wallahu A'lam.
c) Ulasan mengenai hadis bahawa Abu Lahab diberi minum susu dalam neraka kerana sambutan maulid.
Ust kamaruddin menjelaskan bahawa Imam Bukhari menyebutkan riwayat daripada Urwah mengenai mimpi yang dilihat oleh sebahagian ahli keluarga Abu Lahab mengenai keadaan Abu Lahab
Teks hadis dalam Soheh Bukhari:
حدثنا الحكم بن نافع أخبرنا شعيب عن الزهري قال أخبرني عروة بن الزبير أن زينب بنت أبي سلمة أخبرته: أن أم حبيبة بنت أبي سفيان أخبرتها أنها قالت: يا رسول الله انكح أختي بنت أبي سفيان فقال: (أوتحبين ذلك). فقلت نعم لست لك بمخلية وأَحَب من شاركني في الخير أختي. فقال النبي صلى الله عليه وسلم: (إن ذلك لا يحل لي). قلت: فإنا نُحَدث أنك تريد أن تَنْكح بنت أبي سلمة ؟ قال: (بنت أم سلمة) !!. قلت: نعم. فقال: (لو أنها لم تكن ربيبتي في حجري ما حلت لي إنها لابنة أخي من الرضاعة أرضعتني وأبا سلمة ثويبةٌ فلا تَعْرضن عليّ بناتكن ولا أخواتكن)قال عروة: وثويبة مولاة لأبي لهب كان أبو لهب أعتقها فأرضعت النبي صلى الله عليه وسلم فلما مات أبو لهب أُريه بعض أهله بشر حيبة ، فقال له: ماذا لقيت ؟ قال أبو لهب: لم ألق بعدكم غير أني سُقيت في هذه بعتاقتي ثويبة.
قال عروة: وثويبة مولاة لأبي لهب كان أبو لهب أعتقها فأرضعت النبي صلى الله عليه وسلم فلما مات أبو لهب أُريهبعض أهلهبشر حيبة ، فقال له: ماذا لقيت ؟ قال أبو لهب: لم ألق بعدكم غير أني سُقيت في هذه بعتاقتي ثويبة.
Dalam Hadis Bukhari tersebut, Imam Bukhari menyebutkan apa yang disebutkan oleh Urwah mengenai Suwaibah. Apa yang didakwa bahawa Abu lahab diberi minum susu dalam neraka itu kerana memerdekakan Suwaibah yang kemudian menyusukan nabi, adalah perkataan Urwah. Urwah pula menceritakan bahawa perkara itu adalah berdasarkan mimpi setengah keluarga Abu Lahab.
Apakah mimpi tersebut boleh dijadikan sandaran untuk membenarkan bahawa Abu Lahab diberi minum susu dalam neraka?
Sedangkan dalam Quran Allah telah berfirman:
وَالَّذِينَ كَفَرُوا لَهُمْ نَارُ جَهَنَّمَ لَا يُقْضَى عَلَيْهِمْ فَيَمُوتُواوَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمْ مِنْ عَذَابِهَاكَذَلِكَ نَجْزِي كُلَّ كَفُور
"Dan orang-orang kafir bagi mereka neraka jahannam. mereka tidak dibinasakan sehingga mereka mati dan tidak (pula) diringankan dari mereka azabnya. Demikianlah kami membalas setiap orang yang sangat kafir.
Bagaimana mimpi boleh menafikan nas Al-Quran?
2) Ust. Syukri
Membuat ulasan tambahan mengenai ayat 94: Bahawa antara makanan yang diharamkan kepada kaum Bani Israil ialah haiwan yang berkuku.
3). Hj. Jaafar
Persoalan: Apakah mencium bangunan kaabah termasuk dalam sunnah?
Ut. Kamaruddin menjelaskan bahawa perbuatan mencium bangunan Kaabah, termasuk menyentuh dan bertempelan di sana adalah perbuatan bid'ah yang tidak pernah dibuat oleh nabi dan para sahabat. Barangsiapa yang berbuat haji tidak mengikut sunnah dan petunjuk daripada Rasulullah SAW, maka bagaimanalah hendak mendapat haji yang mabrur? Kita tidak harus meniru gelagat yang tidak ditunjuki oleh nabi Muhammad biarpun ramai yang melakukannya. Biarpun semua orang berbuat begitu, kita tidak perlu meniru jika ia bukan petunjuk nabi.
4). En. Suradi
Menimbulkan persoalan apakah hukumnya solat Jema'ah kali kedua dalam satu masjid?Terdapat pandangan yang memakruhkannya sebagaimana dinaqalkan oleh Syeikh Albani daripada pandangan Imam Syafie dalam kitab Al-Umm.
Persoalan ini ditangguhkah ke minggu hadapan. Tiada ahli daurah yang bersedia mengulasnya.
Read more...DAURAH 61
MUKA SURAT: 61
DAURAH 60
MUKA SURAT: 60
PENGERUSI : Ust. Syukri Mat
ULASAN TAJWEED : Ust rashid
TERJEMAHAN :Tn Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR : Ust Kamaruddin Wahab
ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN
1). Ust. Syukri
a) Ulasan tambahan: Al-Quran dijamin oleh Allah daripada sebarang pindaan dan perubahan sebagaimana yang telah menimpa kitab-kitab sebelumnya.
b) Soalan:Apakah golongan ahli kitab dikira berdosa kerana mereka mengikut kitab yang dipinda sehingga menjadi sesat?
2). En. Mauluddin
a) Apakah beza antara Quran Al-Karim dengan Quran Majid?
Perbezaan ketara adalah dari sudut tulisannya.
b) Apakah hukumnya tafsir Quran tidak merujuk kepada hadis?
Tafsir dengan pendapat sendiri adalah haram.
c) Apakah golongan ahli kitab masih ada sekarang?
Golongan ahli kitab ada pada zaman sekarang kerana Al-Quran menyebutkannya.
3) Hj. Osman
a)Apakah orang fasik sah mewalikan nikah anaknya?
Menurut mazhab syafie, adil adalah syarat bagi wali. Jika wali tidak adil, perkahwinan itu tidak sah.
b)Apakah seseorang itu fasik kalau dia tidak berbuat dosa besar?
Fasik ialah melakukan dosa besar dan berkekalan di atas dosa kecil. Apakah mungkin ada manusia biasa yang tidak pernah melakukan dosa besar?
4). Suradi
Apakah hukumnya jika berwuduk dan tidak dihabiskan wuduk itu sehingga air wuduk kering dari anggota wuduk?
Muwalat bukan syarat sah wuduk. Oleh itu tidak mengapa jika tidak berturut-turut.