CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 65

April 6, 2009

TARIKH: 07/04/09 (SELASA)
MUKA SURAT: 65
Surah Ali Imran: Ayat 116-121



PENGERUSI: Ust. Mohd Shahran Ibrahim
ULASAN TAJWEED: Ust. Syukri Mat
TERJEMAHAN:Tn. Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR:Ust. Kama

ISI-ISI PENTING

1. Harta dan anak-anak orang kafir tidak akan memberi manfaat kepada mereka di hari akhirat.

2. Segala perbelanjaan dan infaq oleh orang kafir seperti angin sejuk dingin yang bertiup merosakkan tanaman.

3. Dilarang mengambil orang yang bukan kalangan beriman sebagai sahabat dalam sesuatu urusan.

Tafsiran Surah Ali Imran,ayat 118: Rujuk Almeshkat, Sahab, Nidaul Iman.

4. Golongan munafiq akan bergembira bila melihat orang mukmin ditimpa musibah.


ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1). Ust. Mohd Shahran

Memberi tambahan bahawa sedekah dan semua amalan orang kafir itu hanya akan menjadi seperti fatamorgana.

2). Ust. Nasir

a) Menimbulkan persoalan mengenai hadis yang menyebutkan bahawa solat sebagai amalan pertama yang akan dinilai, jika baik solatnya, baiklah amalan lainnya. Jika sebaliknya, maka amalan lain pun bermasalah. Apakah hadis ini mebawa maksud amalan lain tidak diterima jika persoalan solat tidak selesai?

Rujuk: Ulasan Dr. Husamuddin bin Musa Ufanah, Islamweb

b) Apakah ada kaedah bagi orang awam untuk mengenali hadis palsu?

Ust Kama menyebutkan beberapa petanda hadis palsu. Satunya adalah apabila sesuatu amalan yang kecil dijanjikan ganjaran besar. Namun tidak semua. Sememangnya menentukan kepalsuan sesuatu hadis amat sukar melainkan dengan ilmu.

3) Hj. Jaafar

Soalan mengenai amalan dalam kenduri arwah dimana hidangan makanan dikirimkan pahalanya kepada arwah. Apakah sampai kiriman seperti itu?

Ust. Kama mengulas semula hadis terputusnya amal melainkan 3 perkara.

4). Ust. Syukri

a) Membuat ulasan tambahan mengenai ayat 117: Bahawa amalan orang kafir sia-sia di akhirat kelak.

b) Membuat ulasan tambahan mengenai ayat 120: Orang kafir merasa gembira apabila musibah menimpa orang Islam. Di kalangan sesama orang Islam sendiri pun ada penyakit ini . Jika ada perasaan seperti ini, maka samalah kita dengan orang kafir.

5). En. Suradi

a) Soalan mengenai kesahihan hadis bahawa ruh orang beriman di Syurga dan ruh orang kafir di bawah lapisan bumi yang ketujuh.

Ust Kama menyebutkan bahawa ruh orang beriman menurut sebuah hadis sahih akan ditempatkan disyurga.

Rujuk: Fatwa Bin Baz, Islamweb

b) Soalan mengenai kesahihan hadis yang menyebutkan bahawa barangsiapa yang menerima hadiah untuk sesuatu perkara, dia telah mendatangi salah satu pintu riba.

-Tangguh

c) Soalan tentang hadis bahawa bila telah diqamatkan untuk solat hendaklah bersegera kepada solat. Bagaimana dalam kondisi makanan telah dihidangkan?

-Tangguh

Ust. Kama mengulas bahawa ada solat yang waktunya muwassa' dan ada yang mudhoyyak. Ia tergantung dalam kondisi waktu solat yang kategori mana.

d) Soalan mengenai hadis yang menyebutkan bahawa seburuk-buruk manusia adalah yang mencuri dalam solat.

Ust. M. Shahran menghuraikan bahawa pencuri dalam solat adalah orang yang tidak sempurna rukuk dan sujudnya dalam solat.

6. Samit

Soalan: Merujuk kepada larangan Allah dalam ayat 118 yang mengambil orang kafir sebagai teman dalam satu-satu urusan, bagaimana soal praktikalnya dalam masyarakat majmuk pada hari ini?

-Tangguh

JAWAPAN SOALAN TERTANGGUH MINGGU LALU

Ust. Kama menjawab mengenai hukum duduk antara dua khutbah Jumaat.

Rukun Khutbah Jumuat menurut Abu Hanifah adalah satu sahaja iaitu zikir sama ada sedikit atau banyak. Memadai jika menyebut Subhanallah sekali atau Alhamdulillah sekali. demikian juga menurut Maliki, rukunnya cuma satu iaitu nasihat yang mengandungi peringatan (tanzir) atau galakan (tabsyir). Bagi Syafie, rukun khutbah adalah 5 perkara iaitu: Ucapan Alhamdulillah, Solawat atas nabi, wasiat taqwa, membaca ayat Quran dalam salah satu khutbah, doa untuk mukminin dan mukminat dalam khutbah kedua. Bagi Ahmad bin hambal, rukun khutbah ada empat (Seperti Syafie kecuali doa untuk mukminin dan mukminat dalam khutbah kedua )

Behubung Duduk antara dua khutbah adalah thabit dan disebutkan dalam Sahih Muslim:

عن ابن عمر رضى اللّه عنهما قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يخطب يوم الجمعة قائما ثم يجلس ثم يقوم

" Daripada Ibn Umar RA telah berkata: Rasulullah SAW berkhutbah pada hari Jumu'at dalam keadaan berdiri kemudian baginda duduk dan kemudian berdiri semula".

Menurut mazhab Maliki, Hanafi dan Hambali, duduk antara dua khutbah adalah sunat.

Namun, menurt Syafie, ia adalah wajib. Tidak sah khutbah jika tidak duduk antara dua khutbah tersebut.

Justeru, tindakan pihak Masjid Kem Tentera mengumumkan solat Juma'at minggu sebelumnya tidak sah kerana khatibnya tidak duduk antara 2 khutbah adalah betul berdasarkan pendapat Syafie.

Rujuk jawapan: Nida'ul Iman

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP