CARI KANDUNGAN BLOG

PERHATIAN!

May 27, 2009

Sesi dauratul quran berikutnya ditangguhkan sempena cuti sekolah selama dua minggu. Akan disambung semula untuk DAURAH 86 pada muka surat 86 Surah An-Nisak ayat 45-51 pada:

14 JUN 2009

Read more...

DAURAH 85

TARIKH:26/05/09 (Selasa)
MUKA SURAT: 85
Surah An-Nisak:


PENGERUSI: Ust Ahmad Shahran Ibrahim
ULASAN TAJWEED: Ust. Tn. Roslan
TERJEMAHAN: Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR: Ust Kama

ULASAN TAMBAHAN DAN SOALAN

1. MAS SURADI

a) Terdapat kalangan tertenttu yang mempersendakan Al-Quran. Dalam konteks larangan mendekati solat bila dalam keadaan mabuk, terdapat pihak yang membacakan ayat 43 surah An-Nisak secara sekerat untuk mengatakan tak perlu solat. Mereka hanya membacakan:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَقْرَبُوا الصَّلَاةَ

"Wahai orang yang beriman, janganlah kemu medekati solat...."

Mereka berhenti setakat itu dan mengatakan berdasarkan ayat tersebut, solat tidak perlu dibuat.

Apakah kedudukan orang sebegini menurut kaca mata Islam?

Ust Kama: Sudah tentu orang yang sebegini menjadi kafir dengan dua sebab iaitu:
i) Mempersendakan Ayat Allah.
ii) Menafikan kewajipan solat.

b) Terdapat riwayat yang menyebutkan bahawa terdapat kalangan sahabat dahulu masuk solat berjemaah sebagai makmum masbuk dengan cara mengejar bilangan rakaat imam. Riwayat mengenai Muaz bin Jabal masuk solat sebagai makmum masbuk dengan mengikut imam dan menambahkan yang kurang sesudah imam memberi salam. Antara dua cara ini, nabi memperakui cara yang dibuat Muaz. Pada hari ini ada yang menjadi masbuk dan mengejar solat imam sebagai cara pertama tadi. Apakah ini disebabkan kejahilan mereka atau masihkah ada ruang-ruang untuk menerima cara tersebut?

Ust Kama: Jelas, Rasulullah memperakui cara yang ditunjuki Muaz. Solat tanpa ilmu adalah mardud.

2) En Samit

Apakah Abdullah bin Jad'an itu bukan Islam?

Ust Kama: Dia adalah seorang lelaki yang hidup pada zaman Jahiliyyah dan tidak beriman kepada Allah sebagaimana kebanyakan masyarakat Arab Jahiliyyah.

3) Pakcik X (Taman Bahagia)

Soalan tentang Jamak dan Qasar.

4) Hj. Osman

Hukum melihat gambar suka pantai perempuan.

5) Sdr. Salleh


6) Cikgu Khairuddin


a) Bagaimana cara mengelak daripada riak dan seumpamanya?
b) Derma dalam keadaan jahar untuk beri semangat kepada orang lain dan secara sir, mana lebih baik?


7)En Ladis

Adakah melihat tapak tangan untuk mengetahui penyakit termasuk dalam menenung nasib?


8) Hj. Yusuf

Adakah merenung nasib termasuk dalam maksud syirik?

Read more...

DAURAH 84

TARIKH: 25/05/09 (Isnin)
MUKA SURAT: 84
Surah An-Nisak:


PENGERUSI: Ust Tn. Roslan
ULASAN TAJWEED: Ust. Tn. Roslan
TERJEMAHAN: Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR: Ust Kama

ULASAN TAMBAHAN DAN SOALAN

1) Ust Tn Roslan


Ulasan Tambahan: 

a) Dalam pergaduhan antara suami isteri, apabila dilantik hakim yang bertujuan mendamaikan kedua-dua mereka, berkemungkinan ada yang benar-benar mahu mendamaikan, tetapi ada yang sebenarnya mahu memisahkan mereka.

Oleh itu, memilih orang menjadi hakim menyelesaikan sesuatu krisis perkahwinan hendaklah dari kalangan yang berusaha mendamaikan, barulah ada keberkatan di sana.
b) Melihat kepada ayat 36, kita mendapati bahawa larangan derhaka kepada Allah adalah selepas larangan berbuat syirik. Ini menunjukkan betapa besarnya dosa derhaka kepada ibu bapa.

2) Cikgu Khairuddin

Soalan:

a) Apakah hukumnya bersedekah kepada kaum kerabat?

Ust Kama:  Itulah sasaran yang terbaik dalam bersedekah. Merekalah yang perlu diutamakan.

b) Bagaimana menguruskan jiran yang sering menyakiti kita?

Ust Kama: Mendapat jiran yang baik adalah salah satu sumber kebahagiaan yang disebutkan dalam hadis nabi. Gunakanlah cara yang sesuai menurut pertimbangan masing-masing.

3) SURADI

a) Jiran ditakrifkan orang yang berada di sekeliling rumah kita dalam lingkungan 40 buah rumah. Apakah takrifan ini punya sandaran nas?

b) Bukankah memberi sedekah kepada fakir miskin itu hanya menggalakkan mereka untuk meminta-minta?

Ust Kama: Kita disuruh bersedekah, bukan memerhatikan urusan mereka. Itu adalah alasan orang tidak mahu bersedekah. Sucikan hati dan bersedekah sahaja. Sama ada mereka akan terus meminta lagi, usah dirungsingkan. Kalau tidak mahu bersedekah, jangan bersedekah dan jangan pula mencela dan mengherdik mereka.

 b) Minta ulas hadis yang bermaksud "Ikhtilaf umatku rahmat".

Ust Kama: Jawapan ditangguhkan.

4) SALLEH BIN WALI

Apakah dibolehkan berkahwin dengan sepupu?

Ust Kama: Sepupu adalah bukan muhram dan harus dikahwini.

5) Ayah Cikgu Khairuddin

Apakah boleh berkahwin dengan anak saudara sebapa?

Ust Kama: Anak saudara sebapa adalah sama dengan anak sudara seibu sebapa. Haram dikahwini.

6) UST NASIR

Apakah hukumnya mengamalkan pelbagai mazhab?

Ust Kama: Mengamalkan mana-mana mazhab tidak pernah diperintah oleh Islam. Mazhab lahir hasil perkembangan fekah Islam . Sebelum ada mazhab, umat Islam telah mengamalkan fekah Islam tanpa aa masalah. Justeru, jika kita mengamalkan fekah tampa memperhitungkan mazhab mana pada masa ini, tidaklah menjadi masalah.

7) HJ. YUSUF

Apakah pada zaman Rasulullah SAW ada peguam?

Ust Kama: Peguam adalah nama profesion pada zaman moden. Sama seperti Dokter, Jurutera dan sebagainya. Namun, dari bidang kerja atau sebahagian dari bidang kerja itu telah diamalkan pada zaman Rasulullah SAW. Namanya tentu bukan peguam.








Read more...

DAURAH 83

TARIKH: 24/05/09 (Ahad)
MUKA SURAT: 83
Surah An-Nisak: Ayat 27-33


PENGERUSI: Ust. Tn Roslan Tn Muda
ULASAN TAJWEED: Ust. Tn Roslan Tn Muda
TERJEMAHAN: Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR: Ust Kama

ULASAN TAMBAHAN DAN SOALAN

1). Cikgu Khairuddin

a) Apakah irihati yang dibenarkan?

Ust . Kama menyebutkan tentang hadis:


"Tidak boleh berdengki melainkan dalam dua keadaan: dengkikan seorang lelaki yang diberikan Allah harta lalu dibelanjakan sehingga habis ke jalan yang benar dan dengkikan seorang lelaki yang dikurniakan Allah ilmu kemudian dia menunaikan tuntutan ilmu itu dan mengajarkannya".

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

b) Hadis tentang sahabat masuk syurga.


2). Mas Suradi

a) Apakah hukumnya kita berbohong kepada orang yang meminta hutang dengan mengatakan tiada barang yang mahu dihutangkan.

b) Hadis nabi tentang Qamat yang berbunyi:

Ust Kama menjelaskan bahawa bangun untuk solat apabila diqamatkan bergantung kepada keadaan kemampuan seseorang.

Rujuk: Islamweb,Islamadvice,

c) Apakah sebutan takbiratul ihram dengan lafaz :"Allahu akbaru" dengan dihidupkan 'dhomah' pada huruf 'ra', apakah sah takbiratul ihram tersebut?


3). Bapa Cikgu Khairuddin.

Apakah maksud makan harta anak yatim?Minta penjelasan lanjut.

Ust. Kama menjelaskan beberapa contoh makan harta anak yatim:

i) Golongan pengusaha rumah anak yatim yang mengambil kesempatan daripada sumbangan dan derma.

ii) Kenduri tahli arwah yang mengambil simpanan si mati sedangkan dia mempunyai anak-anak yang masih kecil.

4) En. Samit

a) Mengulas tambah mengenai ijab dan qabul dalam masyarakat.

b) Soalan tentang perjanjian beri harta pusaka.

Ust. Kama: Boleh buat perjanjian tersebut. Ia merupakan wasiat dan disyaratkan tidak melebihi 1/3 daripada keseluruhan harta.

5) Pakcik Taman Bahagia

Apakah ada dalil azan dan iqamat di telinga kanan dan kiri bayi yang baru lahir?


Ust Kama menjelaskan bahawa azan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri.

Tentang apakah dalil bagi amalan tersebut, permintaan ditangguhkan.

6) Hj. Yusuf

Apakah setiap wasiat perlu ditulis?

Ust. Kama menjelaskan bahawa wasiat dalam Islam hendaklah ditulis.




Read more...

DAURAH 82

May 19, 2009

TARIKH: 19/05/09 (Selasa)
MUKA SURAT: 82
Surah An-Nisak: 24-26


PENGERUSI: Ust Tn. Roslan
ULASAN TAJWEED: Ust. Tn. Roslan
TERJEMAHAN: Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR: Ust Kama

ULASAN TAMBAHAN DAN SOALAN

1) Ust. Tn Roslan

Ulasan Tambahan: Senario yang berlaku hari ini, terdapat kalangan yang berkahwin dengan yang diharamkan seperti berkahwin dengan lelaki dan berkahwin dengan adik beradik. Kita perlu mengambil berat mengenai hukum yang telah ditetapkan oleh Allah.

2) Ust. Syukri

a)Bukankah yang paling mulia adalah yang paling bertakwa di kalangan kamu. Apakah konsep hamba ini selari dengan konsep ketakwaan sebagai ukuran kemuliaan?

b)Derma organ dibolehkan menurut fatwa kontemporeri dengan alasan-alasan tertentu. Tidakkan ini berlawanan dengan penghormatan terhadap si mati yang ditekankan oleh Rasulullah SAW.


3) Cikgu Khairuddin

a) Apakah kedudukan hamba seperti barang yang boleh dijual beli?

Ust Kama mengatakan memang begitulah kedudukan hamba dalam Islam. Cuma dia manusia, bukan barang. Mu'amalahnya sama dengan barang.

4) En Hussein Muin

Apakah rahsia Allah membezakan antara hamba dan orang merdeka dalam aspek hukum?

Ust Kama menjelaskan bahawa psikologi seorang hamba tidak sama dengan psikologi seorang merdeka. Islam meraikan perbezaan ini dan dijelmakan dalam bentuk hukum yang berbeza.


5) En Samit

Tambahan: Di Indonesia terdapat amalan mut'ah yang meluas di kalangan pelancong Arab yang berkunjung ke Indonesia.

6)En Suradi

a) Apakah hamba masih releven pada hari ini?bagaimanakah dalam kontek Palastin hari ini boleh dipraktiskan?

Ust. Kama menjelaskan bahawa setiap apa yang dinyatakan dalam Al-Quran adalah releven.

b) Apakah gigi emas pada si mati perlu ditanggalkan?Kalau ya, tidakkah itu menyakiti si mati yang dilarang oleh Rasulullah?

Ust Kama menyatakan bahawa perlu ditanggalkan kerana gigi emas itu adalah termasuk harta pusaka. Ia juga perlu ditanggalkan kerana mengelakkan pembaziran.

c)Persoalan tatu

i) Apakah tatu perlu dihilangkan setelah masuk Islam?

Perlu dihilangkan kecuali jika membawa mudharat.

ii) Apakah sah solat orang bertatu?

Tatu dan solat adalah dua hal yang berbeza. Solat ada syarat sahnya sedangkan memakai tatu adalah haram.




Read more...

DAURAH 81

TARIKH: 18/05/09 (Isnin)
MUKA SURAT: 81
Surah An-Nisak: 20-23


PENGERUSI: Ust M. Shahran
ULASAN TAJWEED: Ust. Syukri Mat
TERJEMAHAN: Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR: Ust Kama

ULASAN TAMBAHAN DAN SOALAN

1) En Suradi

a)Apakah larangan menghimpunkan dua saudara dalam satu perkahwinan pada masa yang sama atau masa berlainan juga?

b) Apakah boleh maskahwin dicampurkan dengan belanja?


2) Pakcik Taman Bahagia(tak pasti nama)

Apakah boleh minta semua mahar jika kahwin tak sempat setubuh?


3) Hj. Jaafar


4) En. Momoh

a)Apakah sudara kandung anak susuan menjadi muhram kepada saudara susuannya?

b) Batalkah wuduk jika bersentuhan dengan mentua?



Read more...

DAURAH 80

TARIKH: 17/05/09 (ahad)
MUKA SURAT: 80
Surah An-Nisak: 15-19


PENGERUSI: Ust Tn. Roslan
ULASAN TAJWEED: Ust. Tn. Roslan
TERJEMAHAN: Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR: Ust Kama

ULASAN TAMBAHAN DAN SOALAN

1) Cikgu Ridhwan

a) Apakah cara paling ringkas bertaubat?
b) Apakah solat taubat ada dalilnya?
c) Bagaimana dengan solat tasbih dan solat Isyraq?


2) Hj. Jaafar


Apakah maksud mendekati zina yang disebutkan dalam ayat (ولا تقربوا الزنا) termasuk perbuatan orang bertunang keluar berdua pada masa pertunangan?


3) Hj. Osman

Apakah beza antara ulama dunia dan ulama akhirat?


4)En. Samit

Allah menyebutkan taubat itu adalah untuk orang jahil, bagaimanakah jika taubat orang alim, adakah diterima Allah SWT?


5) En Suradi

a) Dosa kecil gugur dengan sebab wuduk. Adakah kerana itu kita duilarang menyapu sisa wuduk si anggota wuduk selepas berwuduk?

b) Bagaimanakah dengan teguran Dr Asri agar tiadak mengintip perbuatan zina yang dilakukan oleh pasukan pencegah maksiat yang ditubuhkan?

c)Nabi adalah orang yang paling mustajab doanya. Kenapa nabi diriwayatkan pernah meminta sahabat mendoakan untuknya?

d) Doa boleh mengubah qada. Apakah maksudnya?

Read more...

DAURAH 79

May 17, 2009

TARIKH: 12/05/09 (SELASA)
MUKA SURAT: 79
Surah An-Nisak: 12-14


PENGERUSI: Ust M. Shahran
ULASAN TAJWEED: Ust Sukri bin Mat
TERJEMAHAN: Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR: Ust Kama

ULASAN TAMBAHAN DAN SOALAN

1) Ust M. Shahran

Ulasan Tambahan: Allah menunjukkan kasih sayangNya kepada hambanya dengan janji syurga. Apa yang penting, apakah persiapan kita sesudah mati agar kita layak memasukki syurga Allah swt.

2) En. Suradi

a)Mengapa surah an-Nisak disebut an-nisak kubra dan surah At-Talak disebut an-Nisak Sughra?

b) Apakah boleh makmum masbuk bangun menyambung solat sebaik sahaja imam memberi salam pertama?

3) Samit
Bagaimanakah hukuman ke atas orang kafi menurut undang-undang Islam?

4) Hj. Yusuf
a) Apakah maksud asobah?
b) Bagaimanakah kedudukan harta sepencarian dalam harta pusaka apabila suami sudah mati?
c)Bagaimanakah membahagikan pusaka bagi geran tanah yang ada nama?

5) Hj. Jaafar
Apakah lafaz salam yang terbaik?

7) Hj. Osman
a) Apakah benar nabi ada 9 orang isteri?

8) En Ramlin
Apakah negara dalam dunia yang melaksanakan hudud?

Read more...

DAURAH 78

Entry akan dimasukkan kelak

Read more...

DAURAH 77

Entry akan dimasukkan kelak.

Read more...

DAURAH 76

Entryakan dimasukkan kelak

Read more...

DAURAH 75

May 5, 2009

TARIKH:04/05/09 (ISNIN)
MUKA SURAT: 75
Surah Ali Imran: Ayat 187-194


PENGERUSI: Ust M. Shahran
ULASAN TAJWEED: Ust Nazri Jusoh
TERJEMAHAN: Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR: Ust Kama

ULASAN TAMBAHAN DAN SOALAN

1. En. Suradi

a) Apakah benar makhluk pertama dicipta adalah Al-Qalam?

Ust Kama menjelaskan bahawa terdapat hadis yang soheh mengenai al-Qََalam sebagai makhluk pertama dicipta. Syeikh Al-bani telah menyebutkan satu hadis dalam Silsilatul Ahadith As-Sohehah bahawa Rasulullah telah bersabda:

إن أول شيء خلقه الله تعالى القلم ، وأمره أن يكتب كل شيء يكون

"Sesungguhnya makhluk pertama yang diciptakan Allah adalah al-Qalam, dan Dia memerintahkannya menulis setiap sesuatu"


Rujuk: Ijabah

b)Apakah benar langit dan bumi pada mulanya satu, lalu dipisahkan?

Ust. Kama menjelaskan bahawa memang bumi dan langit mulanya satu lalu dipisahkan dan menyebutkan ayat Al-Quran menganainya:

أَوَلَمْ يَرَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوۤاْ أَنَّ ٱلسَّمَاوَاتِ وَٱلأَرْضَ كَانَتَا رَتْقاً فَفَتَقْنَاهُمَا وَجَعَلْنَا مِنَ ٱلْمَآءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ أَفَلاَ يُؤْمِنُونَ

. Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, Kemudian kami pisahkan antara keduanya. dan dari air kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?

(Surah Al-Ambiyaa: Ayat 30)


2. En Samit

Ulasan tambahan: Kejadian langit dan bumi dan berfikir tentangnya tentulah bukan sebagaimana amalan sains dewasa ini. Kelebihan berfikir tentang kejadian langit dan bumi serta kejadian alam semuanya tentu berkaitan rapat dengan sejauh mana fikir itu membawa kita lebih dekat kepada Allah swt.

3. Cikgu Redhuan

a) Merujuk kepada ayat 191, apakah ia boleh menjadi dalil membolehkan zikir sambil melompat, menari dan sebagainya?

Ust. Kama: Zikir sambil melompat adalah bid'ah kerana ia merupakan ibadah. Ibadah hanya boleh berpandukan kepada nas yang qat'i. Ia tidak boleh direka. Nabi dan para salafus soleh tidak pernah menujukkan contoh zikir sambil melompat dan menari.

b)Ulasan tambahan: Ayat 190 merupakan ayat yang berkaitan ilmu sains.

4. Ust Nasir

a) Manakah yang lebih baik , zikir dengan suara perlahan atau suara yang kuat?

5). Ust. Nazri

Saya selalu mendengar dari guru-guru pondok menceritakan kisah Nur Muhammad. Sejauh manakah kebenaran cerita ini?

6). Ust Syukri

Ulasan tambahan: Ayat 193 adalah satu munajat dan doa yang sangat cantik. Sama-sama kita ambil doa ini dan amalkan.

7)Hj. Jaafar

Apakah zikir yang terbaik?

8) Hj. Osman

Bagaimanakah cara mengetahui sesuatu amalan yang kita lakukan itu diterima atau tidak?

9) En. Hussein

Terdapat amalan-amalan dalam masyarakat Melayu yang berasal dari amalan Hindu seperti berinai. Bagaimanakah sikap kita terhadap amalan warisan seperti ini?



Read more...

DAURAH 74

TARIKH: 03/05/09 (AHAD)
MUKA SURAT: 74
Surah Ali Imran


PENGERUSI: Ust Tn. Roslan
ULASAN TAJWEED: Ust Tn. Roslan
TERJEMAHAN: Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR: Ust Kama


ULASAN TAMBAHAN DAN SOALAN

Read more...

DAURAH 73

May 3, 2009

TARIKH: 26/04/09 (SELASA)
MUKA SURAT: 73
Surah Ali Imran: Ayat..


PENGERUSI: Ust M. Shahran
ULASAN TAJWEED: Ust Tn. Roslan
TERJEMAHAN: Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR: Ust Kama

ULASAN TAMBAHAN DAN SOALAN

1) En. Suradi

a) Apakah jika dibukakan hijab, boleh mengetahui perkara yang ghaib?

Ust Kama menjelaskan bahawa perkara ghaib tidak akan diketahui. Berdasarkan ayat yang dibincangkan pada malam ini, hakikat kemunafikan itu tidak didedahkan oleh Allah kepada mana-mana orang Islam. Ia hanya diberikan kepada nabi-nabi tertentu yang dikehendakinya. Justeru, sesiapa yang mendakwa dia mengetahui perkara yang ghaib, dia berdusta. Boleh sahaja apa yang dilihatnya dan didakwa sebagai perkara ghaib, adalah mainan syaitan sahaja.

b) Apakah hukumnya menyuntik untuk tujuan mematikan bagi pesakit yang sedang koma dan tiada harapan sembuh?

Ust. Kama menjelaskan hukum pembunuhan ehsan (Euthanasia). Ia adalah dilarang dan haram dalam Islam kerana ia adalah satu pembunuhan tanpa hak. Manusia tidak boleh menentukan hidup mati seseorang. Jika cuba menentukan hidup mati seseorang dengan cara tersebut, ia seolah-olah telah merampas hak eksklusif Allah swt.

c) Apakah benar hadis yang menyebutkan bahawa ada kesan jahitan didada nabi akibat dibelah dadanya oleh malaikat untuk tujuan membersihkan hatinya?

Jawapan ditangguh

2. Ust Nasir

Apakah ukuran khusyuk boleh disandarkan kepada kisah saidina Ali yang terkena panah dan hanya boleh dicabut sewaktu solat?

Ust. Kama menjelaskan bahawa khusyuk itu adalah khuduk anggotanya semasa solat dan khusyuk hatinya kepada Allah.

3. Ust Syukri

Dalam ayat 180 surah Ali Imran, Allah mencela orang yang tidak mengeluarkan zakat dan dijanjikan bahawa hari akhirat kelak, harta yang tidak dizakatkan itu akan menjadi ular botak (Syujak Aqra' ) yang melingkar dilehernya. Bagaimanakah jika seseorang itu tidak sepenuhnya membersihkan hartanya dengan zakat?Dengan ertikata lain mengeluarkan zakat tetapi tidak sempurna.

Ust. Kama menyebutkan bahawa ayat 180 surah Ali Imran adalah ancaman bagi porang yang bakhil dan enggan mengeluarkan zakat dengan sebab kebakhilan tersebut. Jika dia tidak bakhil dan mengeluarkan zakat, cuma tidak sempurna, dia tetap makan harta haram. tentang balasannya, apakah termasuk dalam ancaman ayat tersebut, wallahu 'alam.


4. Hj. Jaafar

Apakah hukumnya memberikan zakat kepada ibu bapa?

Ust Rashid menjelaskan bahawa ibu bapa bukanlah tanggungan anak. Oleh itu harus memberikan zakat kepada ibu bapa yang tergolong dalam lapan asnaf zakat yang disenaraikan. Malah, itulah yang sebaik-baiknya.


5. Hj. Osman

Merujuk kepada pelajaran muka surat 72 yang menyebutkan mengenai ganjaran-ganjaran kepada para syuhada, antaranya dikahwinkan dengan 70 bidadari, berapakah pula bidadari yang akan kita perolehi jika kita masuk syurga tanpa syahid?

Ust. Kama menjelaskan bahawa dalam syurga, apa sahaja yang kita inginkan akan diperolehi berdasarkan janji Allah dalam ayat 71 surah Az-Zukhruf:

"Diedarkan kepada mereka piring-piring dari emas, dan piala-piala dan di dalam surga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan sedap (dipandang) mata dan kamu kekal di dalamnya".

"Oleh itu, kalau tn haji berjaya memasuki syurga Allah, dan menginginkan seribu bidadari sebagai isteri, maka Allah akan tunaikan. Dia tuhan yang tidak memungkiri janjinya. Adapun kepada para syuhada itu dijanjikan 70 bidadari, ia adalah janji. Allah tidak akan memungkiri janjinya. Allah boleh memberikan lebih daripada jumlah itu jika mereka menghendakinya", lanjut Ust. Kama.

Rujuk: Islamweb,


Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP