CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 73

May 3, 2009

TARIKH: 26/04/09 (SELASA)
MUKA SURAT: 73
Surah Ali Imran: Ayat..


PENGERUSI: Ust M. Shahran
ULASAN TAJWEED: Ust Tn. Roslan
TERJEMAHAN: Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR: Ust Kama

ULASAN TAMBAHAN DAN SOALAN

1) En. Suradi

a) Apakah jika dibukakan hijab, boleh mengetahui perkara yang ghaib?

Ust Kama menjelaskan bahawa perkara ghaib tidak akan diketahui. Berdasarkan ayat yang dibincangkan pada malam ini, hakikat kemunafikan itu tidak didedahkan oleh Allah kepada mana-mana orang Islam. Ia hanya diberikan kepada nabi-nabi tertentu yang dikehendakinya. Justeru, sesiapa yang mendakwa dia mengetahui perkara yang ghaib, dia berdusta. Boleh sahaja apa yang dilihatnya dan didakwa sebagai perkara ghaib, adalah mainan syaitan sahaja.

b) Apakah hukumnya menyuntik untuk tujuan mematikan bagi pesakit yang sedang koma dan tiada harapan sembuh?

Ust. Kama menjelaskan hukum pembunuhan ehsan (Euthanasia). Ia adalah dilarang dan haram dalam Islam kerana ia adalah satu pembunuhan tanpa hak. Manusia tidak boleh menentukan hidup mati seseorang. Jika cuba menentukan hidup mati seseorang dengan cara tersebut, ia seolah-olah telah merampas hak eksklusif Allah swt.

c) Apakah benar hadis yang menyebutkan bahawa ada kesan jahitan didada nabi akibat dibelah dadanya oleh malaikat untuk tujuan membersihkan hatinya?

Jawapan ditangguh

2. Ust Nasir

Apakah ukuran khusyuk boleh disandarkan kepada kisah saidina Ali yang terkena panah dan hanya boleh dicabut sewaktu solat?

Ust. Kama menjelaskan bahawa khusyuk itu adalah khuduk anggotanya semasa solat dan khusyuk hatinya kepada Allah.

3. Ust Syukri

Dalam ayat 180 surah Ali Imran, Allah mencela orang yang tidak mengeluarkan zakat dan dijanjikan bahawa hari akhirat kelak, harta yang tidak dizakatkan itu akan menjadi ular botak (Syujak Aqra' ) yang melingkar dilehernya. Bagaimanakah jika seseorang itu tidak sepenuhnya membersihkan hartanya dengan zakat?Dengan ertikata lain mengeluarkan zakat tetapi tidak sempurna.

Ust. Kama menyebutkan bahawa ayat 180 surah Ali Imran adalah ancaman bagi porang yang bakhil dan enggan mengeluarkan zakat dengan sebab kebakhilan tersebut. Jika dia tidak bakhil dan mengeluarkan zakat, cuma tidak sempurna, dia tetap makan harta haram. tentang balasannya, apakah termasuk dalam ancaman ayat tersebut, wallahu 'alam.


4. Hj. Jaafar

Apakah hukumnya memberikan zakat kepada ibu bapa?

Ust Rashid menjelaskan bahawa ibu bapa bukanlah tanggungan anak. Oleh itu harus memberikan zakat kepada ibu bapa yang tergolong dalam lapan asnaf zakat yang disenaraikan. Malah, itulah yang sebaik-baiknya.


5. Hj. Osman

Merujuk kepada pelajaran muka surat 72 yang menyebutkan mengenai ganjaran-ganjaran kepada para syuhada, antaranya dikahwinkan dengan 70 bidadari, berapakah pula bidadari yang akan kita perolehi jika kita masuk syurga tanpa syahid?

Ust. Kama menjelaskan bahawa dalam syurga, apa sahaja yang kita inginkan akan diperolehi berdasarkan janji Allah dalam ayat 71 surah Az-Zukhruf:

"Diedarkan kepada mereka piring-piring dari emas, dan piala-piala dan di dalam surga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan sedap (dipandang) mata dan kamu kekal di dalamnya".

"Oleh itu, kalau tn haji berjaya memasuki syurga Allah, dan menginginkan seribu bidadari sebagai isteri, maka Allah akan tunaikan. Dia tuhan yang tidak memungkiri janjinya. Adapun kepada para syuhada itu dijanjikan 70 bidadari, ia adalah janji. Allah tidak akan memungkiri janjinya. Allah boleh memberikan lebih daripada jumlah itu jika mereka menghendakinya", lanjut Ust. Kama.

Rujuk: Islamweb,


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP