Daurah 106
July 28, 2009
TARIKH:28/07/09 (Selasa)
MUKA SURAT: 106
Surah An-Nisak: Ayat 176 & Surah Al-Maidah: 1-2
Surah An-Nisak: Ayat 176 & Surah Al-Maidah: 1-2
PENGERUSI : Ust. Sukri Mat
ULASAN TAJWEED: Tn Roslan
TERJEMAHAN : Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR : Ust Kama
ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN
1) MAS SURADI
a) Nabi tidak menerima sedekah tetapi menerima hadiah. Apa hikmahnya?
menerima sedekah adalah satu kehinaan sebagaimana sabda Rasululah SAW:
اليد العليا خير من اليد السفلي
Tangan yang memberi( Sedekah) lebih mulia daripada tangan yang menerima".
Justeru, mana mungkin nabi menerima sedekah sedangkan dialah semulia-mulia makhluk.
Nabi menerima hadiah kerana hadia bukan melibatkan mulia hina. Nabi pernah bersabda:
تهادوا تحابوا
"Saling beri hadiah olehmu, nescaya kamu akan berkasih sayang".
b)Apakah ada faedah melaksanakan upah haji bagi orang yang tidak solat?
Ust. Kama- Disunatkan melaksanakan upah haji bagi orang Islam yang meninggal dan tak sempat melaksanakan rukun Islam kelima itu. Jika dia tak solat, maka dia menanggung dosa tidak solatnya. Upah haji yang dilakukan buatnya adalag satu bentuk hutang Allah yang mustahak dibayar.
2) EN. SAMIT
a) Siapakah yang paling afdhal melakukan upah haji buat ibu bapa?
Ust Kama: Yang paling afdhal adalah anak-anak
b) Apakah berburu dengan lembing sama dengan anak panah?
USt. Kama- Hukum lembing sama dengan anak panah.
3) UST. SUKRI
Persoalan: Melihat kepada ending surah An-Nisak yang kembali menceritakan mengenai harta pusaka, kelihatan seperti tidak sesuai dengan topik dalam ayat-ayat sebelum ayat terakhir. Minta ulasan.
Ust Kama: Ending surah An-Nisak adalah sesuai dengan topik yang banyak diperkatakan dalam surah ini iaitu persoalan harta pusaka.
Ust Kama: Ending surah An-Nisak adalah sesuai dengan topik yang banyak diperkatakan dalam surah ini iaitu persoalan harta pusaka.
4) HJ. JAAFAR
a)
b)Jika anjing menggigit ayam, dan ayam itu sempat disembelih, bagaimana dengan bahagian yang terkena gigitan anjing?
5)UST. NASIR
a) Apakah sah korban binatang seperti rusa?
Rusa bukanlah dari jenis an'am. Oleh itu, tidak boleh korban dengan rusa.
ULASAN LANJUTAN:
Syarat-Syarat kurban:
1) Binatang kurban ialah "bahimatul an'am " iaitu unta, lembu dan kambing.
2) Binatang kurban itu sampai umur iaitu:
a) Unta -5 tahun3) Binatang itu selamat daripada kecacatan
b) Lembu -2 tahun
c) Kambing-1 tahun
d) Biri-biri-6 bulan
4) Merupakan hal milik sempurna bagi orang yang ingin berkorban.
5) Tidak tergantung dengan hak orang lain seperti dalam gadaian.
6) Dikorbankan dalam waktunya iaitu selepas solat hari raya korban sehingga tenggelam matahari hari ke 13 Zulhijjah.
Rujukan : Islamqa
Tatimmah
1) Berkata Imam An-Nawawi dalam Al-Majmu'" Dinaqalkan daripada jama'ah bahawa para ulama telah berijamak bahawa Quran hanya sah jika binatang itu unta, lembu dan kambing.
2) Berkata Ibn Rusyd bahawa terdapat ijmak bahawa qurban hanya sah jika binatang itu tergolong "bahimatul an'am" kecuali pendapat Hasan Soleh yang mengatakan bahawa boleh dibuat qurban dengan lembu liar untuk 7 bahagian dan rusa untuk satu bahagian.
Rujukan : Ijabat
b) Bolehkah bayar fidyah puasa untuk seorang sahaja bagi semua jumlah fidyah?
6) EN. MOMOH
Apakah binatang yang ditembak halal dimakan?
Ust Kama- Di sana ada nazor....
0 comments:
Post a Comment