CARI KANDUNGAN BLOG

Daurah 113

August 18, 2009

TARIKH:18/08/09 (Selasa)
MUKA SURAT: 113
Surah Al-Maidah: 32


PENGERUSI: Mas Suradi
ULASAN TAJWEED: Ust.Tn Roslan
TERJEMAHAN: Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR: Ust Kama

Isi-isi penting

1) Kerana peristiwa pembunuhan Habil oleh Qabil, Allah menetapkan buat Bani Israel satu prinsip umum bahawa sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan cara zalim, maka dia seolah-olah telah membunuh seluruh manusia. demikian sebaliknya, siapa yang menyelamat nyawa satu orang manusia, seolah-olah dia memberi kehidupan kepada seluruh manusia.

2)Allah menetapkah hukum jenayah hirabah iaitu dibunuh, disalib, dipotong tangan dan kaki secara bersilang dan dibuang negeri mengikut kategori jenayah hirabah yang dilakukannya.

3) Asbabul Nuzul Ayat mengenai hukum Hirabah ialah berkenaan perbuatan rombongan dari Urainah yang datang ke Madinah lalu mengadu sakit disebabkan cuaca madinah. Rasulullah menyuruh mereka minum air kencing unta dan susu unta. Mereka lakukan arahan rasul tetapi setelah sembuh, mereka membunuh gembala unta. lalu rasulullah memerentahkan oarang menangkap mereka dan mereka telah dihukum.


3) Al-wasilah mempunyai dua pengertian iaitu:
a) Temapt tertinggi dalam syurga di bawah arasy Allah dan ia khusus buat nabi Muhammad SAW.
b) Taqarrub kepada Allah dengan cara mengerjakan ketaatan dan menjauhi larangan Allah.

4) Biarpun orang-orang kafir mahu menebus mereka dari azab neraka dengan segala apa yang mereka miliki di dunia ini, Allah tidak sekali-kali akan menerima tebusan mereka.




ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) Hj. Yusuf

Apakah hukumnya harta yang diperolehi dari menang loteri.

Ust Kama : Duit itu adalah haram. Jika duit itu telah dikembangbiakkan, ia menjadi haram sekadar yang bukan melalui jalan usaha halalnya. Selebihnya, dia perlu bersihkan dengan berzakat dan infaq fi sabilillah.


2) Hj. Ayung

Apakah hukumnya harta haram yang digunakan untuk membina masjid dan sekolah agama sertra sebagainya?

USt Kama: Duit dari sumber yang haram hanya boleh digunakan untuk manfaat umum seperti membina tandas awam, jalanraya, jambatan dan sebagainya.

3) Mas Suradi.

a) Bagaimanakah menentukan waktu berbuka di atas kapal terbang?

Ust. Kama: Waktu berbuka adalah berdasarkan di ruang udara negara mana kita berada. samalah keadaan kita menentukan waktu solat.

b) Bukankah kalau begitu akan jadi panjang waktu berpuasa ?

Ust Kama: Jika masyaqqah bagi orang yang bermusafir dengan kapal terbang itu untuk berpuasa dan berbuka mengikut waktu yang disebutkan, dia boleh berbuka dan tidak berdosa kerana orang yang bermusafir diharuskan berbuka.


4) En Momoh

Terdapat sesetengah orang pergi berpuasa di London kerana mencari waktu yang singkat berpuasa. Apakah hukumnya orang sebegini?

Ust Kama: Orang itu boleh berpuasa mengikut tempoh masa di London. Tentang niatnya, terserah kepada Allah SWT.




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP