Daurah 126
October 27, 2009
TARIKH:27/10/09 (Selasa)
MUKA SURAT: 126
Surah Al-Maidah:109-113
PENGERUSI : Ust Tn Roslan Tn Muda
ULASAN TAJWEED : Ust Tn Roslan Tn Muda
TERJEMAHAN : Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR : Ust Kama
ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN
1) En. Suradi
a) Apakah maksud Ruhul Qudus dalam ayat 110?
Ust Kama: Ruhul Qudus dalam ayat tersebut adalah malaikat Jibrail
b) Allah mencipta Adam daripada tanah, Mengapa Hawa dicipta daripada tulang rusuk dan tidak daripada tanah seperti Adam juga?
Ust Kama: Allah maha berkuasa mencipta sesuatu daripada apa sahaja yang Dia mahu.
c) Jika imam yangh solat tak mampu berdiri dipertengahan solat, lalu dia duduk, bagaimana keadaan makmum di belakangnya?
JAWAPAN DITUNDA.
d) Apakah hukumnya solat Jumaat di surau?
Ust Kama: Solat Jumaat disyaratkan hendaklah dilakukan dalam bangunan dan bangunan itu boleh sahaja sekalipun dewan.
e)Apakah hukumnya perkahwinan antara anak bapa saudara dengan anak saudara kita?
Ust Kama: Mereka bukanlah muhram, oleh itu perkahwinan mereka adaslah sah.
2) Hj. Yususf
Berhubung dengan membuat patung, apakah hukumnya tugu negara yang selalu dikunjungi pemimpin negara pada hari pahwlawan dan bertafakkur di sana?
Ust Kama: Tugu negara adalah berhala dan membangunkannya adalah maksiat dan meruntuhkannya adalah ibadat. Perbuatan bertafakkur di sana adalah haram dan syirik.
0 comments:
Post a Comment