DAURAH 198
June 30, 2010
TARIKH: 30/ 06/2010
MUKA SURAT :198
SURAH AT-TAUBAH: AYAT69-72
PENGERUSI : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED : UST KAMARUDIN RAMLI
TERJEMAHAN : EN LADIS BURAW
TAFSEER : UST KAMA
ULASAN TAMBAH DAN PERSOALAN
1) SAMIT
Orang yang mempunyai kuasa mencegah kemungkaran dengan tangan (kuasa) tetapi hanya mencegah dengan hati. Apakah hukumnya?
Ust Kama: Mencegah kemungkaran ada 3 peringkat.Dengan tangan (kuasa), dengan lisan (lidah) dan dengan hati. seseorang yang tidak mencegah kemungkaran dengan tangannya sedangkan dia mampu berbuat demikian, dia memiliki selemah-lemah iman. Meninggalkan nahi mungkar dengan kuasa sedangkan ada kuasa untuknya adalah zalim dan berdosa. Orang begitu tidak menggunakan nikmat kekuasaan yang dikurniakan Allah kepadanya.
2) SURADI
Apakah benar jihad hanya untuk lelaki sahaja?
Ust Kama: Tidak benar. Jihad untuk lelaki dan wanita. Di zaman Rasulullah, ada penglibatan wanita di medan jihad di barisan belakang sebagai jururawat dan sebagainya. Dalam episod sepanjang sejarah Islam, kita akan menemui beberapa kes memperlihatkan keterlibatan wanita dalam jihad peperangan.
0 comments:
Post a Comment