DAURAH 201
July 7, 2010
TARIKH: 07/ 07/2010
MUKA SURAT :201
SURAH AT-TAUBAH: AYAT 87-93
PENGERUSI : SURADI
ULASAN TAJWEED : UST KAMARUDIN BIN RAMLI
TERJEMAHAN : EN LADIS BURAW
TAFSEER : UST KAMA
ULASAN DAN PERSOALAN
1) SURADI
a) Apakah digalakkan kita bersedekah kepada pengemis di kaki lima sedangkan dengan bersedekah itu kita seolah-olah menggalakkan lagi perbuatan pengemis?
Ust Kama: Bersedeqah adalah amalan mulia. Apabila kita bersedeqah, maka tidak harus disusuli dengan cercaan kepada pengemis. Perkataan yang baik dan mulia adalah lebih baik daripada sedeqah yang disusuli dengan cercaan. Jika kita tidak sudi bersedeqah kepada pengemis di kaki lima itu dengan sebab-sebab tertentu, maka janganlah kita mencerca mereka. Berkatalah yang baik atau diam.
b) Jika suami datang ke masjid, isteri di rumah mendapat pahala. Bagaimana jika suami pergi ke tempat maksiat, apakah isteri di rumah juga mendapat dosa?
Ust Kama: Seseorang itu tidak akan menaggung dosa seseorang yang lain. Jika suami berbuat dosa, si isteri tidak akan menanggung dosa suami itu. Seseorang itu akan berkongsi dosa dengan pelakunya jika dia menyumbang ke arah dosa itu atau reda dengan dengan perlakuan dosa itu. Dalam sebuah hadis dinyatarakan bahawa redha dengan kufur itu kufur. Maka demikianlah, redha dengan dosa itu dosa.
2) CIKGU KHAIRUDDN
Melihat kepada pertelingkahan sejarah kalangan sahabat, timbul pertanyaan dan persoalan. Bagaimana kita sepatutnya menanggapi sejarah pertelingkahan para sahabat?
Para sahabat nabi adalah ahli ijtihad. Ali KW merupakan seorang mujtahid. Demikian Mu'awiyah, seorang mujtahid. Mereka telah berijtihad dalam politik sehingga asing-masing mengambil haluan sendiri. Kita yang hidup di zaman kini tidak tahu perkara sebenar di sebalik peristiwa yang dicatatkan dalam sejarah. Tidak sayugia kita mencela sebahagian sahabat. Mencela sahabat adalah perbuatan dosa.
Ust Kama: Sabda nabi yang bermaksud:
"Sesiapa yang berijtihad lalu benar, baginya 2 pahala. Jika salah baginya satu pahala".
0 comments:
Post a Comment