CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 444

April 16, 2013

TARIKH : 05/ 04 /2013
MUKA SURAT :444
SURAH YASIN: AYAT 55-70
 
PENGERUSI                       : MAS SURADI
ULASAN TAJWEED         : mas suradi
TERJEMAHAN                 : HJ. YUSUF
TAFSEER                           : UST KAMA


ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN 


1) HUSSAIN MUIN

Di manakan kedudukan di akhirat bagi orang kafir yang berniat untuk masuk Islam tetapi beliau mati sebelum sempat masuk Islam?

Ust Kama: Orang Kafir yang ingin masuk Islam hendaklah mengucap 2 kalimah Shahadah dan selagi kama kalimah shahadah tidak diungkapkan, maka dia masih bukan Islam. Niat mahu masuk Islam tidak menjadikan dia Islam. Maka, orang itu adalah masih kafir dan tempatnya di akhirat adalah dalam neraka, kekal di dalamnya selamanya.

2) HJ. YUSUF

a) Mengapa dalam 10 orang yang dijamin syurga itu tiada seorang pun perempuan?

Ust Kama: 10 yang diberi berita gembira tentang syurga bukanlah ketetapan yang disebut dalam nas Al-Quran maupun hadis. Ia hanya rumusan daripada sesetengah ulama setelah meneliti nas hadis. Tidak semestinya hanya 10, malah ada lagi beberapa individu yang disebutkan sebagai ahli syurga samada secara lansung maupun tidak langsung.  Khadijah, Aishah dan Fatimah adalah wanita-wanita syurga yang disebutkan oleh Rasulullah SAW.

 
b) Benarkah perempuan paling ramai masuk neraka?
 
 Ust Kama: Perempuan paling ramai amsuk neraka disebutkan dalam hadis. Punca utamanya adalah kerana mengabaikan hak suami.

3) CIKGU KHAIRUDDIN

Mengenai amalan adat orang kita berkaitan dengan membaca Yasin malam Jumuat. Minta dijelaskan kedudukannya dari segi sunnah.

4) EN. MUDA AJAK

a) Bagaimana membendung amalan baca Yasin malam jumuat yang sudah sebati dengan masyarakat?

Ust Kama: Membaca Yasin pada dasarnya tidak menjadi masalah. Hanya bila dikepilkan dengan kepercayaan mengenai fadhilat, itulah yang menjadi masalah. Hanya Rasulullah SAW sahaja yang berhak meriwayatkan fadhilat.  Maka, ilmu akan menentukan kedudukan amalan tersebut.

b) Ada orang berkata, di Malaysia sudah ada segala-galanya tentang Islam. Ada Universiti Islam, Bank Islam, Jabatan Agama Islam dan berbagai-bagai lagi. Maka tidak cukupkah dengan Islam di Malaysia sehingga ada pihak yang masih lagi memperjuangkan Islam.

Ust Kama: Seperti halnya dengan manusia Islam, cukupkah hanya dengan pakaian ISlam, nama Islam, solat, haji dan zakat sedangkan akidah masih bergelumang syirik. Perjuangan perlu ditegakkan agar akidah Islam tegak dalam dirinya. Sebagaimana individu memerlukan akidah Islam, maka demikianlah negara juga memerlukan akidah Islam.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP