QOTADAH
May 17, 2017
Selalu kita temui riwayat daripada Qotadah disebutkan dalam kitab tafsir. Siapakah Qotadah?
Beliau adalah Qotadah bin Di'amah
Beliau lahir pada tahun 60 H dan meninggal pada tahun 117H.
Kata Imam Ahmad, lahirnya Qotadah dan A'mash pada tahun yang sama.
Imam Az-Zuhri pernah ditanya, apakah Qotadah yang lebih alim atau makhul? Beliau
Beliau orang yang paling alim pada zamannya tentang bangsa Arab , nasab dan sejarahnya.
Ada satu lagi. Dipanggul Abu Qotadah. Dia sahabat nabi.
Sementara Qotadah bin Di'amah adalah seorang kalangan Tabi'in
Kata Az-Zahabi tentangnya dalam Siyar A'lam An-Nubala':
حافظ العصر ، قدوة المفسرين والمحدثين ، كان من أوعية العلم ، وممن
يضرب به المثل في قوة الحفظ
Hafiz (hadis) pada zamannya, ikutan kalangan mufassirin dan muhaddisin, merupakan pancaran ilmu, orang yang dijadikan misalan dalam kuat hafalan.
Kata Abu Hilal:
سألت قتادة عن مسألة ، فقال : لا أدري ، فقلت : قل فيها برأيك ، قال
: ما قلت برأي منذ أربعين سنة ، وكان يومئذ له نحو من خمسين سنة .
" Aku bertanya kepada Qotadah satu masalah. Lalu Beliau bertkata: Aku tidak tahu. Lantas aku katakan kepadanya: Katakanlah apa menurut pandanganmu. Jawabnya: Aku tidak pernah berkata dengan pendapatku semenjak 40 tahun lepas. Adalah waktu itu umurnya sekitar 50 tahun!".
Imam Ahmad bin hambal mengatakan bahawa Qotadah tidak belajar daripada mana-mana sahabat melainkan Anas R.A.
0 comments:
Post a Comment