DUNIA SINGKAT SEKALI
October 29, 2017
Imam Al-Qurtubi menyebutkan riwayat Qotadah daripada Anas bahawa Rasulullah telah menyampaikan khutbah pada satu hari sedangkan matahari telah hampir tenggelam di ufuk Barat. baginda bersabda:
ما بقي من دنياكم فيما مضى إلا مثل ما بقي من هذا اليوم فيما مضى
" Tidak bersisa daripada duniamu ini berbanding yang telah lepas kecuali seperti sisa yang ada pada hari ini berbanding sehari suntuk yang telah dilalui".
Wahab bin Munabbih membuat perkiraan tempoh dunia ini dengan menyebut usia dunia keseluruhannya sebagai 6000 tahun sedangkan dunia telah melampau tempoh usia 5600 tahun.
Sumber: Tafsir Surah Al-Qomar: Ayat 1
0 comments:
Post a Comment