AL MAWARDI
January 5, 2018
Nama sebenarnya adalah Abu Al-Hasan Ali bin Muhamamd bin Habib Al- Basri Al Mawardi. Dia lebih lebih dikenali dengan panggilan Al-Mawardi. Panggilan itu adalah nisbah kepada pekerjaan keluarganya iaitu memproses dan memperniagakan air bunga mawar.
Beliau lahir di Basrah tahun 364H dan meninggal tahun 450H.
Antara karyanya dalam tafsir adalah An-naktu wal 'uyun.
Taqiyyudin Ibn Solah menuduhnya muktazilah berdasarkan kandungan kitab tafsirnya itu.
Namun, Az-Zahabi menolak lebel itu ke atasnya dengan mengatakan:
"Kalau semua orang alim kita cari kesalahannya, akan adalah kegelincirannya. Tidak akan selamat kecuali sedikit".
Ibn Kathir dalam Tobaqatul Fuqaha' As-Syafi'iyyin (Jil 1; ms 419) menyifatkan Ibn Solah menohmahnya dengan tuduhan muktazilah berdasarkan kitab tafsirnya itu.
Ibn Hajar Al-Asqolani menyatakan bahawa persamaan beberapa perkara antara Al-Mawardi dengan pegangan muktazilah bukan alasan untuk mengatakannya sebagai muktazilah, seperti kesepakatannya dengan prinsip mewajibkan berhukum dan beramal dengan apa yang ma'qul dan bukan manqul.
Bersambung lagi nanti....
0 comments:
Post a Comment