CARI KANDUNGAN BLOG

MANFAAT UMUM DAN KHUSUS

August 4, 2019

Terdapat dua jenis manfaat iaitu"

1) Muta'addi
2) Qosir

Manfaat Muta'addi itu ialah yang memberi faedah kepada orang lain seperti mengajar, jihad, sedekah jariah dan sebagainya.

Manakala manfaat Qosir itu adalah untuk diri sendiri seperti, solat, puasa, zikir dan sebagainya.

Di atantara dua jenis manfaat ini, manakah yang lebih baik?

Sudah tentulah manfaat muta'addi.

Sebab itu datang hadis nabi SAW menyebut:

فضل العالم على العابد كفضلي على أدناكم

Labihnya orang alim berbanding ahli ibadat adalah seperti lebihnya aku berbanding orang paling hina di kalangan kamu".
( Hadis riwayat Turmizi) 

Orang yang memberi manfaat Qosir, bila mati, matilah bersamanya faedahnya. Namun, orang yang memberikan manfaat Muta'addi, faedah amalannya itu berterusan.

Kelebihan yang dimaksudkan ini adalah dari sudut jenis. Bukan bermaksud lebih pada zatnya. Tentulah solat leih baik daripada amalan lain kerana solat itu rukun Islam. Haji itu rukun Islam. Apa yang dimaksudkan lebih di sini adalah lebih luas ganjarannya.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP