CARI KANDUNGAN BLOG

TUKAR NAMA SYIHAB JADI HISYAM

September 4, 2021

 وروى البخاري في الأدب المفرد عن عائشة رضي الله عنها قالت: ذُكر عند رسول الله صلى الله عليه وسلم رجل يقال له: شهاب، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "بل أنت هشام"


Seorang lelaki bernama Syihab, lalu nabi tukar namanya jadi Hisyam. 

Ramai ulama menghukumkan makruh menamakan seseorang dengan sandaran kepada "din" seperti Nuruddin, Nasiruddin (kecuali Kamaruddin-kerana ia nama kuih-haha-ketawa sikit). Apatah lagi kalau sandaran kepada Din itu yang negatif seperti Syihabuddin. Syihab itu ertinya nyalaan api. Jamung. 

Dalam Surah An-namlu ayat 7: Allah SWT berfirman mengesahkan perkataan Musa kepada isterinya:

سَآتِيكُمْ مِنْهَا بِخَبَرٍ أَوْ آتِيكُمْ بِشِهَابٍ قَبَسٍ لَعَلَّكُمْ تَصْطَلُونَ

Jadi, yang namanya Syihab ni sejenis api. Api itu berkaitan dengan siksaan dan azab. Mana sesuai digandingkan dengan Din yang bermaksud agama. Agama itu rahmat.


Minta maaflah bagi yang namanya Syihabuddin. Ini kerana ada hadis sahih yang sebut nabi tukar nama Syihab jadi Hisyam. Jadi, bubuh nama Hisyamuddin. Namun itu masih lagi makruh kalau ikut pendapat tadi.

Zaman dulu, gelaran sahaja guna nama Din. Lama-lama ia jadi nama. 

Imam Nawawi sendiri terkenal dengan Muhyiddin. Ibn Taimiyyah dikenali sebagai Taqiyuddin.  Bukan sedikit nama ulama yang pakai Din segala ni.

Maka, kalau nak pakai ajalah. Hukumnya kalau nak dirungkaikan, boleh sampai ke makruh sahaja. Namun, ia masih mukhtalaf. Tidak ada dalil Qat'i bahawa nama bersekedudukan dengan Din ini makruh. hanya ijtihad sebahagian ulama.

Namaku Kamaruddin....


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP