CARI KANDUNGAN BLOG

Peringatan untuk para Qussas

March 8, 2022

Tak tahulah....apakah aku seorang Qussos atau tidak. Apabila aku bercermaah di masjid dan surau, lalu aku bawakan ayat Quran dan Hadis, apakah ketika itu aku seornag Qussas? Inilah yang perlu menjadi pertanyaan buatku dan buat seluruh penceramah!


Imam As-Suyuti dalam kitabnya Tahzirul Khawas bin Akazib Al-Qussos, ms 163-165 menyatakan satu kondisi yang meresahkan aku. Kata beliau, jika seorang Qussos menukilkan hadis nabi SAW tanpa mengetahui hadis itu Saheh atau tidak (Saqim), maka dia terjatuh ke dalam kancah dosa. Jika hadis yang dinukilkan itu kebetulan Saheh, dia tetap berdosa kerana menukilkan apa yang dia tidak tahu.Demikian, jika hadis yang dinukilkannya tidak saheh dan dia tidak tahu, dia tetap berdosa!

Lalu, apa jalan keluarnya?

Mau tidak mahu, seorang yang mahu menukilkan hadis, hendaklah tasabbut hadis tersebut biar dia tahu dengan yakin bahaw ahadis itu saheh. Kejahilan taraf hadis itu tidak meletakkannya di pihak yang diberikan kemaafan.

Bahkan, Imam As-Suyuthi dalam kitabnya itu, memetik perkataan Al-hafiz Al-Iraqi dalam kitabnya Al-baa'is 'alal Khalas min hawadisil Qussos menyatakan bahawa menukilkan hadis daripada kitab, sekalipun kitab Saheh Bukhari dan Muslim adalah tidak dibolehkan selagi belum dibacakan di depan orang yang ahli dalam ilmu hadis!

Kalau yang ini memang banyaklah ustaz penceramah fail. Manalah ada peluang nak bacakan hadis itu di depan ahli hadis. Cukup merujuk dan membaca kitab hadis saheh, maka dia pun sebarkan hadis itu. Bahkan dalam banyak keadaan, cukup dengan membaca hadis yang ditakhrijkan dalam mana-mana maqalah sebagai saheh, ia pun disebarkan kepada orang ramai.







Itu sudah kira teliti. Di sana, ada golongan penceramah yang baca di mana-mana kitab dan jumpa hadis, walaupun tidka dinyatakan status hadis itu, dia pun sebarkan. Atas sangka baiknya kepad pengarang kitab, dia sebarkan hadis yang ada di dalamnya. Katanya, takkan ulama silap!







0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP